You are on page 1of 3

REFLEKSI KEBUDAYAAN MELAYU (BMM 3114) Syukur alhamdulillah saya panjatkan pada Ilahi kerana tugasan Kerja Kursus

Pendek Kebudayaan Melayu telah dilaksanakan dengan jayanya. Semua ini adalah berkat kerjasama dan usaha semua rakan-rakan dalam unit Pengajian Melayu semester tujuh. Tidak lupa juga kepada Puan Norzaini Binti Yusof, iaitu pensyarah pembimbing saya yang banyak memberi bimbingan sepanjang melaksanakan tugasan ini. Beliau juga menjadi pemudah cara bagi melancarkan perjalanan

tugasan ini. Sebelum melaksanakan tugasan ini, perbincangan dengan ahli kumpulan saya iaitu Adilah telah diadakan bagi memastikan tugasan ini dapat disempurnakan dengan baik. Saya dan rakan turut mengadakan perbincangan dengan pensyarah pembimbing bagi menambahkan lagi kefahaman kami ketika melaksanakan tugasan ini. Saya dan rakan banyak membuat rujukan daripada sumber buku dan internet untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk ini. Sememangnya, bahan di internet sangat banyak namun tidak begitu memenuhi kehendak soalan tugasan yang diberikan. Saya dan rakan banyak membanding bezakan bahan internet dengan sumber buku supaya maklumat yang akan diolah selari dengan kehendak soalan. Saya juga turut melakukan pemerhatian kasar dengan melihat isuisu dan keadaan semasa budaya masyarakat Melayu sekarang ini. Rata-rata masih mengamalkan adat dan budaya yang sama tetapi ada beberapa unsur telah diubah dan disesuaikan dengan peredaran zaman yang semakin moden ini. Dalam tugasan ini saya dan rakan dihendaki menggambarkan tentang kebudaaan Melayu dalam beberapa aspek iaitu institusi politik, ekonomi, sosial, bahasa serta kesusasteraan. Dalam tugasan ini saya dan rakan telah menghuraikan bagaimana kebudayaan Melayu telah meresap dan mempengaruhi kelima-lima aspek ini. Secara ringkas, kebudayaan Melayu bermaksud ketamadunan

masyarakat Melayu yang diwarisi dan bersifat dinamik. Kebudayaan diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Kebudayaan menjadi gambaran kepada identiti sesebuah masyarakat itu. Setiap identiti yang dibawa menjadi tanda pengenalan kepada bangsa-bangsa yang lain.

Banyak pengalaman yang saya dan rakan perolehi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Sememangnya saya dilahirkan sebagai anak jati Melayu namun pengetahuan dan ilmu dalam budaya Melayu ini agak kurang. Agak memalukan bagi seorang anak Melayu yang kurang mengetahui asal-usul budaya Melayu yang bermula sejak dahulu lagi dan diwarisi hingga ke generasi masa kini. Walau bagaimanapun, semasa menyiapkan tugasan ini, sedikit sebanyak saya dapat menambah pengetahuan yang dahulunya cetak kepada lebih berilmu. Namun begitu masih banyak lagi bidang kebudayaan Melayu belum diterokai. Tidak dinafikan, wujud juga beberapa masalah yang dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini, antaranya kekangan waktu. Ini disebabkan oleh kesibukkan masa apabila menjalani praktikum selama tiga bulan. Pada mulanya, saya berasa sedikit tertekan kerana terpaksa menyiapkan banyak tugasan di sekolah di tambah pula dengan tugasan kerja kursus yang perlu dihantar dalam tempoh kurang dari sebulan. Namun semua itu bukan alasan untuk saya tidak menyiapkan tugasan ini. Saya dan rakan memperancangan masa dengan betul dan membuat pembahagian kerja supaya segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Dengan izin Allah, ternyata usaha kami berjaya kerana kami berjaya menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya dan rakan juga mengalami masalah dalam mencari sumber maklumat yang betul dan relevan dengan isu yang ingin dihuraikan. Sebagaimana yang saya telah terangkan, terlampau banyak bahan daripada internet yang menbincangkan tentang tajuk tugasan ini. Namun tidak semuanya membincang dan menyatakan fakta yang tepat mengenai kebudayaan Melayu. Oleh sebab itu saya dan rakan banyak merujuk kepada sumber buku. Saya juga akan memastikan sesuatu maklumat itu dipetik dari sumber yang benar dan dari tokoh-tokoh ilmuwan dalam bidang kebudayaan Melayu. Antara penemuan baru yang dapat meningkatkan kefahaman saya adalah dahulunya saya memikirkan bahawa masyarakat dahulu tidak mempunyai sistem sosial yang teratur dan sistematik. Walhal sejak dari dahulu lagi masyarakat Melayu telah hidup secara berorganisasi di bawah satu pemerintahan yang dipimpin oleh sultan. Saya juga turut memikirkan masyarakat dahulu mampu hidup, bekerja,

mendapatkan pendidikan walaupun zaman ekonomi dahulu tidaklah berkembang pesat seperti zaman moden kini. Namun mereka mampu menguruskan segala sumber yang ada pada ketika itu untuk melengkapkan dan memenuhi keperluan mereka sehari-hari. Namun pada suatu era apabila Tanah Melayu mula dijajah, bidang ekonomi telah berkembang dengan pesat hinggakan ramai pendatang asing datang ke Tanah Melayu untuk bekerja. Saya juga menyedari bahawa bahasa-bahasa Melayu pada zaman dahulu sangat indah dan puitis. Masyarakat dahulu sangat kaya dengan bahasa-bahasa kiasan yang digunakan secara berhemah walaupun mempunyai makna tersirat kepada si pendengar. Bahasa seperti inilah yang melambangkan sifat orang Melayu sendiri yang lemah lembut dan bersopan santun. Malangnya, di era ini bahasabahasa kiasan ini telah luput ditelan zaman. Penggunaan bahasa Melayu yang asli sudah jarang digunakan oleh penutur-penutur bahasa. Bahasa asing dan bahasa singkatan mula menular dalam kalangan masyarakat dan bakal merosakan identiti bahasa Melayu yang suatu ketika dahulu pernah menjadi Lingua Franca di era Kesultanan Melayu Melaka. Kesimpulannya, tugasan ini memberi saya peluang untuk menerokai bidang kebudayaan Melayu sejak dahulu hingga sekarang. Banyak input yang saya perolehi dan saya boleh aplikasi dan gunakan apabila keluar berjasa kepada anak bangsa kelak. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapakan tugasan ini. Saya juga ingin memohon maaf jika terdapat beberapa kelemahan yang ada pada diri ini. Sekian, terima kasih Disediakan oleh,

___________________ Nur Azlika Binti Khazizi Pismp Bm/Pj/Mz 900704-08-5756 123371

You might also like