You are on page 1of 14

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU Reka Bentuk dan Teknologi

ASAS MEREKA BENTUK 1. Proses Mereka Bentuk A. Mengenal pasti Masalah Tiada produk di pasaran Produk sedia ada terdapat kegagalan dan kelemahan Produk sedia ada susah dikendalikan Produk di pasaran besar dan berat Produk sedia ada tidak praktikal dalam cuaca negara ini Produk sedia ada mahal Produk sedia ada tidak menjimatkan masa atau terhad penggunaannya B. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea Data dan maklumat yang diperolehi dengan a. menyiasat b. membaca c. membuat lawatan d. melayar internet e. temuramah Semua maklumat dan data hendaklah direkodkan dalam buku idea. Buku idea ialah buku yang merekodkan tarikh, lakaran, senarai bahan, butir penemuan dan lain-lain perkara yang berkaitan C. Menilai dan memilih idea yang terbaik Kumpulkan semua idea dan lakarkan idea tersebut Analisa dan pilih satu idea yang terbaik D. Pembinaan (perlaksanaan idea) Rancang carta aliran kerja Pilih idea dan lakaran , sediakan bahan yang diperlukan Tentukan bahan dan pengikat yang akan digunakan Pasang setiap bahagian dan bahan dengan tepat dan kukuh Pilih kemasan yang sesuai Gunakan kemasan sewajarnya dan pastikan ia menarik E. Pengubahsuaian Pengubahsuian perlu dilakukan sekiranya a. Terdapat beberapa bahagian produk tidak berfungsi b. Keseluruhan produk tidak berfungsi c. Terdapat bahagian produk tidak selamat dan berbahaya kepada pengguna Ingin membuat penambahan kepada produk sedia ada Ingin membuat tukaran bahan atau jenis pengikat F. Pendokumentasian Satu laporan lengkap secara bertulis Butiran Laporan mestilah mengandungi i. Tajuk ii. Latar belakang iii. Objektif iv. Deskripsi projek

v. Rujukan vi. Lampiran 2. Faktor Reka bentuk A. Fungsi Berfungsi B. Rupa bentuk Menarik C. Kesesuaian bahan Mudah didapati D. Kaedah Pembinaan Tidak merumitkan Tidak membazirkan masa E. Ketahanan Tahan ketika digunakan Tahan ketika disimpan Tidak mudah rosak, patah atau pecah F. Kos produk berpatutan G. Kemasan bersesuaian dengan penggunaan H. Faktor Keselamatan mesra pengguna dan mesra alam Tidak boleh mencederakan dan membahayakan pengguna I. Faktor Kormersial Boleh dipasarkan Mampu manarik pembeli 3. Pencetusan Idea A. Mengenal pasti Masalah B. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea i. melalui pembacaan ii. melayari internet iii. membuat lawatan dan kajian C. Menilai dan memilih idea yang terbaik

4. Melakar A. Tujuan Melakar membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D atau 2D

B. Ciri-ciri Lukisan Lararan Lukisan lakaran dibuat dengan menggunakan pensil Lukisan Lakaran yang baik haruslah mengandungi . maklumat bahan I. ukuran panjang dan lebar II. ukuran tinggi dan tebal III. jenis penyambung yang digunakan IV. tarikh lakaran V. Skala VI. Dimensi VII. Nama individu/kumpulan VIII. Nama projek C. Jenis lukisan lakaran . Lukisan Oblik Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 1 garisan mendatar dan 1 garisan serong bersudut 45 darjah sebagai paksi a. Lukisan Isometrik Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 2 garisan tapak 30 darjah sebagai paksi b. Lukisan perspektif Lukisan yang didasarkan kepada suatu titik lenyap atau garis ufuk

JENIS BAHAN

Kecacatan kayu I. Meleding II. Melengkung III. Berspring IV. Berpintal V. Berpusar VI. Retak

1. Kayu A. Jenis Kayu I. Kayu Keras i. Cengal II. Kayu Lembut i. Kayu Getah ii. Jelutung B. Saiz Kayu I. Papan Tebal Tebal 38 mm - 100 mm Lebar 150 mm ke atas Panjang 3 m - 6 m II. Papan Nipis Tebal 10 mm - 38 mm Lebar 76 mm ke atas Panjang 3 m - 6 m III. Kayu Beroti Tebal 38 mm - 100 mm Lebar 75 mm - 150 mm Panjang 3 m - 4 m IV. Kayu Jerjak Tebal 20 mm - 38 mm Lebar 25 mm - 76 mm Panjang 3 m - 6 m

C. Kecacatan Kayu I. Meleding II. Berspring III. Berpiuh IV. Berpintal V. Berpusar VI. Merekah D. Ciri-ciri kayu I. Boleh di dapati dalam pelbagai saiz II. Mempunyai ira dan urat kayu yang menarik III. Boleh dibina dengan pelbagai jenis tanggam IV. Boleh mengecut jika tidak dikeringkan dengan betul V. Mudah diserang serangga perosak 2. Papan Lapis Papan Lapis terdiri beberapa lapisan kayu yang dipotong nipis disusun secara berselang-seli dan diglu dan dimampatkan bersama-sama melalui proses kilang

Papan lapis dijual dalam saiz yang besar seperti 4' x 8' dan digredkan berdasarkan ketebalan A. Saiz : panjang dan lebar = 2 440 mm x 1220 mm Tebal = dari 3 mm hingga 32 mm B. Jenis : Kalis air Tidak kalis air C. Kegunaan : Untuk membuat dinding bilik, perabot, pintu, rak dan kotak D. Kelebihan : Mudah dipotong Tidak retak dan meleding Kukuh dan tahan E. Keburukan : Mudah lekang apabila terkena air Hanya boleh digunakan di dalam rumah 3. MDF Medium Density Fibreboard (MDF) ialah bahan komposit yang berasaskan serat kayu lembut dan kayu terbuang. Ia terhasil daripada proses pemampatan dan glu A. Kegunaan : digunakan dengan meluas dalam industri perabot dan perumahan moden B. Saiz : 2 440 mm x 1 220 mm C. Kelebihan : i. Tahan haba ii. Tidak retak iii. Tidak mudah bengkok dan meleding iv. Permukaannya lebar dan rata 4. Mounting Board Ia adalah sejenis kertas keras A. Kegunaan B. Saiz : Ketebalan 2 mm. Dijual dalam saiz 610 mm x 1 220 mm atau 610 mm x 910 mm C. Kelebihannya : Diwarnakan dengan warna-warna yang menarik Mudah dilengkungkan Mudah dipotong dan dibentuk

ALATAN TANGAN

1. Pembaris Keluli A. Kegunaan : Mengukur dan memindahkan jarak B. Saiz : 30 cm dan 15 cm C. Binaan : Dibuat daripada keluli 2. Pita Pengukur A. Kegunaan : Mengukur jarak B. Saiz : 3 M dan 6 M 3. Sesiku L A. Kegunaan : i. Untuk membuat garisan lurus bersudut tepat ii. Untuk menguji kerataan iii. Untuk menguji ketepatan iv. Untuk menguji kepersegian B. Saiz : Ditentukan mengikut panjang bilahnya C. Binaan : Bilahnya dibuat daripada kelulu. Badan dibuat daripada kayu atau logam. 4. NT Cutter A. Kegunaan : Untuk memotong papan lapis yang dinipis atau mounting board B. Saiz : 5. Gergaji Tangan A. Kegunaan : Untuk memotong kayu, papan, papan lapis dan MDF B. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya dan bilangan gigi dalam setiap 25mm 6. Gergaji Puting A. Kegunaan : Untuk memotong lurus kayu dan papan bersaiz kecil B. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya 7. Gergaji Lengkung Halus A. Kegunaan : Untuk memotong lengkung pada kepingan papan nipis dan papan lapis

B. Saiz : Ditentukan jarak antara mata gergaji dengan bingkai 8. Gergaji Besi A. Kegunaan : Untuk memotong rod besi dan PVC B. Saiz : Ditentukan oleh panjang 9. Gerudi Tangan A. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis B. Mata gerudi pintal digunakan bersama gerudi tangan 10. Mata Gerudi Pintal A. Kegunaan : Untuk membuat lubang B. Saiz : ditentukan oleh diameter 11. Gerudi Engkol A. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kayu ,kepingan papan dan papan lapis B. Digunakan bersama dengan mata gerudi gerimit 12. Tukul Kuku Kambing A. Kegunaan : Untuk mengetuk paku dan mencabut paku B. Saiz : Ditentukan oleh berat kepalanya 13. Tukul Warington A. Kegunaan : Untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar 14. Ragum Kakak Tua A. Kegunaan : Untuk mencabut paku 15. Gandin Kayu A. Kegunaan : Untuk mengetuk hulu pahat atau menanggalkan cantuman papan projek 16. Kikir Parut A. Kegunaan : Untuk mengikir dan membentuk hujung kayu 17. Apit G A. Kegunaan : Mengapit papan projek pada meja ketika kerja memotong dan menggerudi B. Saiz : terdapat dalam saiz seperti 1' dan 6'

MESIN GERUDI A. MESIN GERUDI LANTAI i. Kegunaan Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan kayu dan logam

Bahagian dan fungsinya 1. Penutup = Melindungi tali sawat dan takal 2. Suis = Menghidup dan mematikan motor 3. Bindu = Memutar mata gerudi 4. Mata gerudi = Membuat lubang pada kayu atau logam 5. Meja gerudi = Menempatkan ragum gerudi 6. Pelaras Meja = Melaraskan aras meja gerudi 7. Tuas Pemasuk = Menurunkan dan menaikkan bindu 8. Motor = Memutar bindu 9. Pengunci Bindu = Mengetatkan dan melonggarkan bindu 10. Ragum Gerudi = Memegang objek ketika kerja menggerudi iii. Peraturan Keselamatan ketika menggerudi 1. Penggunaan mesin hendaklah dilakukan oleh pelajar dengan pengawasan guru 2. Hanya seorang sahaja mengendalikan mesin 3. Pakai pakaian yang sesuai 4. Pakai gogal untuk melindungi mata B. MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK 1. Kegunaan: a. Mengerudi lubang kayu atau kepingan logam 2. Bahagian dan fungsinya . Bindu = memegang dan memusingkan mata gerudi I. Suis = menghidup dan mematikan motor II. Pemegang = memegang dan mengendalikan mesin III. Kabel = menghantar arus elektrik 3. Cara Menggunakannya . Mengerudi secara menegak I. Menggerudi secara mendatar

ii.

BAHAN PEMASANGAN

Keterangan Gambar I II Mata Gerudi Benam Pemutar Skru Biasa/Rata Gunakan saiz mata pemutar yang tepat dan sesuai V VI

keterangan Gambar Menggerudi Engsel Skru Alur Rata, Kepala Benam dan Kepala Bulat

III Pemutar Skru Philips IV

VII Skru Philips

i. Paku Panel ii. Paku Kepala rata 1. Paku A. Kegunaan : mencantum dua keping papan/kayu atau bahan lain kepada kayu B. Saiz : ditentukan panjang batangnya C. Jenis I. Paku Kepala Rata i. Kegunaan : untuk mencantumkan dua keping papan atau kayu ii. Saiz ditentukan oleh : Panjang iii. Apabila membeli paku nyatakan : jenis dan panjangnya II. Paku Panel i. Digunakan : untuk pembinaan perabot ii. Mempunyai kepala benam

Paku Payung i. digunakan untuk memaku papan lapis dan kepingan zink D. Kelebihan : Senang digunakan. Murah E. Keburukan Sukar ditanggalkan. Papan mudah pecah dan retak 2. Skru A. Digunakan : untuk memegang dan merapatkan kepingan kayu dan engsel B. Jenis: Skru dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut alur dan jenis kepala I. Skru Alur Rata/Biasa II. Skru Alur Philips III. Skru Kepala Bulat IV. Skru Kepala Benam C. Kebaikan skru : I. Boleh ditanggalkan semula dan boleh digunakan ke atas kayu yang keras II. Memberi cengkaman lebih kuat 3. Glu PVA i. Digunakan : untuk melekatkan dua keping bahan secara kekal ii. kebaikan skru : Boleh digunakan ke atas dua bahan yang berbeza. Contoh MDF dengan Papan Lapis

III.

PEMBINAAN PROJEK 1. Proses Mengukur Mengukur berdasarkan maklumat kertas projek 2. Proses Menanda Menanda ukuran panjang, lebar dan tebal 3. Proses Memotong Memotong kayu dan bahan kepada ukuran yang dikehendaki. Memotong kayu dan bahan kepada beberapa bahagian 4. Proses Membina dan Mencantum Membina tanggam dan mencantuk menggunakan bahan cantuman

i. Tanggam Lekap Palang

ii. Tanggam Lekap T

iii.Tanggam Temu

iv. Tanggam Temu

A. Membuat tanggam Pilih tanggam yang sesuai Ikuti langkah-langkah yang betul

Setelah siap pasang dan uji ketepatan dan kekuatan tanggam B. Mengglu Pilih glu yang sesuai dengan bahan yang digunaan Pastikan bahagian-bahagian yang perlu telah dipasang Biarkan bahagian yang diglu kering sekurang-kuarangnya satu hari semalam C. Memaku Gunakan paku yang sesuai , jika papan nipis paku yang kecil dan pendek

D. Menskru Jika papan atau kayu tebal hendaklah ditebuk lubang dengan gerudi terlebih dahulu Jika papan nipis hendaklah dibuat lubang pandu dengan menggunakan senggerek atau alat lain yang sesuai

KEMASAN PROJEK

I = Cat Licau II. Tepung Penyumbat III. Syelek IV. Cat Semburan V. Spirit 1. Bahan kemasan A. Tepung Penyumbat I. Kegunaan : untuk menyumbat liang-liang kayu II. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan III. Cara menggunakannya : boleh dicairkan dengan menggunakan air dan turpentine

B. Cat Alas I. Kegunaan : untuk menjadikan permukaan kayu lebih licin dan menjadi alas sebelum menggunakan cat licau II. Kelebihan III. Cara menggunakannya C. Cat Licau I. Kegunaan : untuk menutup liang-liang kayu dan kecacatan kayu disamping mencantikkan kayu dengan warna terpilih II. Kelebihan : Permukaan berkilau, licin dan mempunyai warna yang menarik Memberi ketahanan dan perlindungan kepada kayu III. Cara menggunakannya : Dilarutkan dengan turpentine dan di sapu dengan berus D. Cat semburan I. Kegunaan : untuk mengecat permukaan logam II. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan III. Cara menggunakannya : goncangkan bekas cat. Semburkan dengan cara menggerakkan semburan secara berulang-ulang E. Syelek I. Kegunaan : untuk mecantikkan kayu dan melindungi permukaan kayu II. Kelebihan : kos murah dan cepat kering III. Cara menggunakannya : larutkan syelek dengan pelarutnya (spirit methil) dan sapukan ke atas permukaan kayu mengikut arah urat kayu F. Tona kayu I. Kegunaan : untuk mencantikkan kayu dan menyamakan warna ke atas produk yang dibuat daripada pelbagai jenis kayu II. Kelebihan : Mudah digunakan Cepat kering Masih kelihatan urat kayu Setiap bahagian mempunyai warna yang sama G. Lekar I. Kegunaan : mencantikan permukaan kayu dan melindungi permukaan kayu II. Kelebihan : tahan haba dan tahan calar III. Cara menggunakannya : dilarutkan dengan 'thinner' . Disapu terus atas permukaan kayu atau atau lapisan syelek H. pelekat (Fomika dan stiker) I. Kegunaan : Untuk menutup permukaan kayu dengan corak yang cantik dan menarik II. Kelebihan : memudahkan kerja pengemasan dan menutup kecacatan permukaan kayu III. Cara menggunakannya : Disapukan glu dan diseterika di atasnya

2. Alatan kemasan

A. Kerta Las I. Kegunaan : untuk melicinkan permukaan kayu II. Cara menggunakannya : digunakan dengan bungkah kayu lalu digosokkan mengikut urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran kasar (3,2,1) dan disudahi dengan gred kekasaran yang halus (0, 00) B. Pengikis I. Kegunaan : untuk mengikis kotoran atau lebihan tepung penyumbat. II. Cara menggunakannya : Gerakkan hujung mata pengikir mengikut arah urat kayu C. Berus Syelek I. Kegunaan : untuk menyapu syelek dan lekar II. Cara menggunakannya : bersihkan berus dengan pelarut yang sesuai dan sapu syelek ikut arah urat kayu. Setelah selesai bersihkan semula dengan pelarutnya (contoh spirit methil) dan diikuti dengan air sabun dan keringkan. D. Berus Cat I. Kegunaan : untuk menyapu cat licau dan cat alas II. Cara menggunakannya : cuci berus dengan pelarut dan sapukan berus ke satu arah mengikut arah urat kayu Penjagaan berus
o o o

Berus yang selesai digunakan hendaklah di cuci dengan pelarus yang sesuai berus syelek dicuci dengan spirit methil, berus cat dicuci dengan turpentine dan berus lekar dicuci dengan thinner. Berus yang telah dicuci hendaklah digantung dalam tin atau peti untuk menggantung berus

Menu

Hak Cipta Muhammad Khairi. 2006 Email : smkbj2005@yahoo.com

You might also like