Professional Documents
Culture Documents
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal; Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya; Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI); Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Pemakanan
Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.
Risiko kesihatan
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
y y y y y y y y y y y y y
Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung) Strok (angin ahmar) Tekanan darah tinggi Batu hempedu Diabetes (kencing manis) Paras kolestrol darah yang tinggi Gout Sakit di bahagian bawah belakang badan Sukar bernafas Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut Gangguan pembuangan air kecil Penyakit hati Barah usus
Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik. Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa. Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy. Berjalan-jalan, berkebun. Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.
y y y
Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok). Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah. Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal. Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.