You are on page 1of 52

PQE 3101

TAJUK: ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR


DISEDIAKAN OLEH: FATHIAH BINTI HASSAN FATIMAH MARDHIAH BINTI HJ.MOHD NOR

SUBTOPIK ISRAILIYYAT
ALASAN MENERIMA DAN MENOLAKNYA
CONTOH ISRAILIYYAT HUKUM MERIWAYAT PENGERTIAN CARA PENYERAPAN DALAM TAFSIR BAHAYANYA TERHADAP AJARAN ISLAM PEMBAHAGIAN PERAWI

ISRAILIYYAT

PENGERTIAN ISRAILIYAT

BAHASA
Israiliyat adalah perkataan jamak bagi Israiliyyah, iaitu bentuk kata yang dinisbatkan kepada Israil.
ISRA = hamba ISRAIL = hamba Allah

IL =Allah

ISTILAH
Sesuatu yang menyerap ke dalam tafsir dan hadis di mana periwayatannya berkaitan dengan sumber dari Yahudi dan Nasrani.

PANDANGAN ULAMA
Husein Adz Dzahabi Kisah dan dongeng yang diserapkan dalam tafsir dan hadits bersumberkan Yahudi, Nasrani dan lainnya. Cerita-cerita yang sengaja diserapkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dan hadis yang tidak diketahui sumber. Asy-Syarbasi Kisah-kisah dan berita-berita diserapkan oleh Yahudiah ke dalam Islam.

Amin al Khuli Israiliyat adalah informasi-informasi maklumat yang berasal dari ahli kitab yang menjelaskan nas-nas al-Quran atau hadis. Sayyid Ahmad Khalil Riwayat-riwayat yang berasal dari ahli kitab, baik yang berhubungan dengan agama mereka atau yang tidak ada hubungannya sama sekali dengannya. Penisbahan riwayat israiliyat kepada orang-orang Yahudi kerana para perawinya berasal dari kalangan mereka yang sudah masuk Islam.

CARA PENYERAPAN ISRAILIYAT DALAM TAFSIR

Orang Yahudi telah berimigrasi secara besar-besaran ke jazirah arab untuk menghindari tekanan dan penindasan dari Nitus, seorang panglima Romawi. Mereka datang ke Jazirah Arab dengan membawa kebudayaan dan keyakinan agama yang bersumber dari kitab-kitab mereka. Selain itu, orang-orang Arab pra-Islam pun sering melakukan perjalanan untuk berniaga ke negeri Yaman pada musim dingin dan ke negeri Syam pada musim panas. Kondisi dua kebudayaan ini, iaitu Yahudi dan muslim melahirkan pemikiran-pemikiran yang berbeza & berlakunya perkongsian ilmu. Mereka saling bertukar pikiran ihwal masalah-masalah keagamaan.

Perkembangan Islam semakin pesat ketika nabi hijrah ke Madinah. Disanalah nabi dan pengikutnya diterima dengan baik oleh kaum Anshar. Di Madinah inilah banyak menetap kelompok Yahudi, seperti Bani Qainuqa, Bani Quraidzah, Bani Al Nadir, suku Khazraj, Khaibah, Fadak dan suku Aus.

Umat Muslim dengan kaum Yahudi dapat hidup berdampingan, sehingga mereka dapat saling bertukar informasi mengenai berbagai masalah keagamaan ataupun masalah lainnya. Rasulullah menemui orang Yahudi dan ahli kitab untuk dakwah Islam. Orang Yahudi sendiri sering datang kepada Rasulullah SAW untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pada waktu ini kurang berlaku penyerapan israiliyat kerana segala permasalahan dirujuk terus kepada baginda.

Mereka yang masuk Islam dari kalangan Yahudi dan Nasrani adalah kaum yang berperadaban tinggi. Mereka masih begangan dengan ajaran agama mereka terdahulu. Mereka tidak melepaskan seluruh ajaranajaran yang mereka sehingga pemahamannya sering tercampur antara ajaran Islam dengan ajaran terdahulu.

Terdapat kaum Muslim pada waktu itu untuk mengetahui sepenuhnya tentang seluk beluk bangsa Yahudi yang berperadaban tinggi. Maka, muncullah kelompok mufassir yang berusaha meraih kesempatan itu dengan memasukkan kisah Israiliyat tersebut dalam penafsiran mereka terhadap kisah yang ada dalam al-Quran. Akibatnya, tafsir itu penuh dengan kebohongan, bahkan mendekati khurafat dan tahayul. Setelah Rasul wafat, sahabat mula berijtihad terhadap hal yang tidak dijumpai. Riwayat dan ahli Kitab menjadi salah satu rujukan. Mereka akan menolak jika menjumpai kisah israiliyyat yang bertentangan dengan syari'at Islam. Mereka akan menangguhkan jika kisah- kisah itu diperselisihan.

Adz-Dzahabi mengatakan para sahabat tidak berlebih-lebih dalam meriwayatkan israiliyat Pada era tabi'in, cerita israiliyat dalam tafsir semakin berkembang. Sumbernya adalah ahli kitab yang masuk Islam .

Keinginan yang kuat dari orang-orang untuk mendengar kisah-kisah


dalam kitab mereka. Muncul sekelompok mufassir yang ingin mengisi kekosongan pada tafsir dengan memasukkan israiliyat. Sikap selektif dalam periwayatan semakin hilang. Ilmu hadis tidak dituliskan sanadnya secara lengkap.

BAHAYA ISRAILIYAT TERHADAP AJARAN ISLAM

Dalam riwayat Israiliyyat terdapat unsur penyerupaan Allah & mensifatkan Allah dengan sifat yang tidak sesuai dengan keagungan dan kesempurnaan Allah bagi merosakkan aqidah umat islam. Contohnya dalam fasal 2 kitab Sifrut-Takwim menyatakan selepas Allah selesai ciptakan dunia, Allah telah beristirehat pada hari ke-7 untuk melepaskan penat lelah. Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan : "Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit & bumi dan apa yang ada diantara keduanya dalam 6 hari (masa),dan Kami sedikit pun tidak ditimpa kelelahan (Qaf : 38)

Ia juga mempunyai unsur-unsur penafian terhadap sifat maksum para Nabi dan Rasulullah, serta menggambarkan mereka dengan dalam bentuk yang menonjol syahwatnya, suka buat perbuatan buruk & perbuatan tidak sesuai bagi orang yang jadi Nabi. Sebagai contoh, kisah bahwa Nabi Luth a.s. berzina dengan dua orang puteri kandungnya. Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan Nabi Luth sangat benci terhadap perbuatan kaumnya iaitu masalah perzinaan dan segala bentuknya.

"Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia.Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas" (asy-Syu'ara : 165-166)

Cerita-cerita Israiliat ini memalingkan manusia dari maksud & tujuan al-Quran.
Iaitu memalingkan manusia dari memikirkan ayatayat al-Quran, mengambil manfaat dari nasihatnya serta membahas hukum-hukum & hikmahnya kerana manusia akan sibuk menghabiskan waktu kepada hal-hal kecil yang takde nilai & faedahnya.

Cerita-cerita Israiliat ini menggambarkan seolah-olah Islam itu agama yang penuh dengan khurafat,khayalan & kebohongan yang tidak ada sumbernya. Diriwayatkan tentang sifat Nabi Adam, kepalanya sampai ke awan ataupun langit & sampai menyondolnya hingga botaklah kepalanya.Masa dia turun ke bumi, maka menangislah dia kerana akan tinggalkan syurga hingga air matanya bagaikan lautan & diantaranya kapal boleh belayar.

Cerita-cerita Israiliat membuatkan manusia hilang kepercayaan kepada Ulama' Salaf, baik dari kalangan para sahabat ataupun tabi'in. Banyak cerita-cerita Israiliat yang mungkar ini disandarkan kepada golongan Ulama' Salaf yang selama ini dianggap sebagai sumber agama ataupun penyelesai masalah-masalah agama yang penting bagi umat Islam yang akhirnya mereka dipandang keji kerana kononnya para Ulama' ini telah menipu umat Islam.

Inilah akibat Riwayat Israiliyyat terhadap aqidah umat Islam dan juga terhadap kesucian ajaran Islam. Kaum Yahudi selalu berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mengikis aqidah dan melemahkan kepercayaan umat Islam terhadap Al-Quran dan Al-Hadits. Mereka juga berusaha menggoyang kepercayaan umat Islam terhadap golongan salafussalih yang memiliki peran dalam memikul risalah umat Islam dan menyebarkannya ke segala penjuru dunia.

PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT
Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah membahagikan Israiliyyat kepada 3 bahagian: (Rujuk-Ibnu Taimiyyah,Muqaddimah dalam Usul Tafsir, m/s 100):

Israiliyat yang sama dengan apa yang ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah

2
Kisah Israiliyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah

3
Kisah israiliyat yang tidak dapat dipastikan kedudukkannya iaitu (maskut anhu)

Pertama: Israiliyat yang sama dengan apa yang ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah

Israiliyyat yang telah diumumkan oleh pendapatpendapat termasyhur akan kebenarannya. Bahagian ini disebut maqbul(diterima) dan harus meriwayatkannya. Contoh: Riwayat yang menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa a.s ialah Nabi Khidir yang diceritakan di dalam al-Quran dan hadith nabi s.a.w.

Contoh2 lain seperti kisah nabi-nabi yang terdapat dalam kitab al-Quran dan kitab hadits sahih seperti nabi yunus yang ditelan oleh ikan nun, kisah ketampanan nabi yusuf (Surah Yusuf:31) dan sebagainya yang dibenarkan di dalam islam.

Kedua: Kisah Israiliyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah

Israiliyyat yang telah dicatatkan sebagai dusta atau sesuatu yang sengaja diada-adakan. Bahagian ini disebut mardud (ditolak) dan tidak sah diriwayatkan. Contoh: Kisah-kisah yang mencemar maruah
kenabian seperti dalam riwayat kisah Nabi Yusuf a.s. apabila menyebutkan bahawa baginda yang berkeinginan kepada isteri pembesar Al-Aziz dan sebagainya yang mengaitkan para nabi dengan dosa syirik, zina dan sebagainya.

Ketiga: Kisah israiliyat yang tidak dapat dipastikan kedudukkannya iaitu (maskut anhu)
Israiliyyat yang tidak diketahui sama ada benar atau dusta. Bahagian inilah yang disebut maskut/mendiamkan diri. Bahkan hendaklah dikatakan Aku beriman dengan apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang telah diturunkan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum kami, kerana setiap nabi dan rasul yang diutus oleh Allah itu tidak kami bezakan antara mereka. Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.

Abu Hurairah

SAHABAT
Abdullah Bin Salam

Abdullah Bin Amar Bin al-Ash

PERAWI
TABIIN
Kaab Bin al-Ahbar Wahab Bin Munabbih

TABII TABIIN

Ibnu Ishaq Ibnu Juraih

BIOGRAFI PERAWI ISRAILIYYAT


Abdullah Bin Salam Salah seorang sahabat baginda yang memeluk Islam ketika ketibaan Nabi di Madinah. Seorang yang diiktiraf keilmuannya dalam kitab Taurat dan Al-Quran serta seorang yang thiqah dikalangan para sahabat Nabi s.a.w.

Kaab Bin al-Ahbar


Seorang yang diiktiraf keilmuaannya sehingga digelar Al-Ahbar (yang berilmu). Mahir dalam tafsir dan juga kitab Taurat. Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai turut meriwayatkan hadith dari beliau menunjukan pengiktirafan mereka terhadap ketokohan dan thiqah beliau dalam ilmu tafsir dan hadith.

Wahab Bin Munabbih


Diiktiraf sebagai seorang ulama tabiin. Banyak meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah, Abu Said Al-Khudri, Ibnu Abbas, Ibnu Umar. Imam Bukhari, Muslim, Al-Nasai, Al-Tirmizi dan Abu Daud turut meriwayatkan hadith dari beliau. Seorang yang alim dengan kitab Taurat dan turut mengarang kitab. Majoriti ulama mengiktiraf ketokohan dan thiqah beliau.

TIDAK HARUS MERIWAYAT

HARUS MERIWAYAT

PANDANGAN 1: TIDAK HARUS MERIWAYATKAN PERKARA ISRAILIYAT


Dalil yang menyokong pandangan ini ialah hadis nabi s.a.w: , Maksudnya: Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami . (HR Bukhari) Hadis ini melarang umat Islam daripada mengambil ceritacerita Ahli Kitab yang bersumberkan Kitab Taurat dan sebagainya. (Az-Zahabi, al-Israiliyyat dalam Tafsir dan hadis, m/s 55-56) .

HUJAH GOLONGAN PERTAMA


Orang Yahudi mengubah ayat Allah menyebabkan mereka tidak amanah.

41. demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar beritaberita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataanperkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempattempatnya Yang sebenar. (Surah al-Maidah:41)

Larangan al-Quran berkata sesuatu tanpa ada asas dan ilmu dan israiliyyat antara kata-kata tanpa ilmu.
Firman Allah: dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah al-Isra ayat 36)

PANDANGAN 2: HARUS MERIWAYATKAN PERKARA ISRAILIYAT


Dalil yang menyokong pandangan ini ialah hadis nabi s.a.w: , , Maksudnya: Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan penipuan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di dalam neraka. (HR Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, mereka melihat harus bagi orang Islam menyebut riwayat daripada Bani Israel dan perbuatan tersebut bukanlah satu kesalahan.

Pandangan ini tertolak kerana maksud sebenar hadis ini ialah sampaikan kepada orang Islam tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada Bani Israel, dan jelaskan kepada mereka tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Bani Israel kerana sejarah mereka yang penuh dengan kehinaan kecuali nabi-nabi dan orang-orang soleh di kalangan mereka.

CONTOH ISRAILIYAT DALAM TAFSIR

CONTOH 1 Surah al-Fajr, ayat 6-8 :


Maksudnya : Tidakkah kamu perlihatkan bagaimana diperbuat oleh Allah dengan kaum Ad yang mendirikan kerajaan yang agung yang mana tidak pernah dijadikan sepertinya dalam mana-mana negeri. Menurut al-Zamahsyari telah diriwayatkan bahawa Ad mempunyai 2 orang anak lelaki yang bernama Syalid dan Syadad. Kerajaan keduanya adalah teragung dan mempunyai kekuasaan yang luas biasa. Syadad telah mendengar khabar tentang keagungan & keindahan syurga, maka beliau menyuruh rakyatnya membina sebuah bandar di tengah-tengah padang pasir di negeri Adan selama 300 tahun.

Bandar ini besar & indah, yang diperbuat daripada emas, perak, zabarjad dan yaakut, dikelilingi pohon yang subur & sungai yang sejuk. Sehari Syadad dan pengikutnya berjalan di bandar tersebut, maka mereka didatangi oleh Allah dengan satu suara teriakan yang kuat dari langit sehingga binasalah kerajaannya. Ibn Khaldun menegaskan bahawa ia hanyalah cerita dogeng khurafat Ahli kitab yang tidak ada sumber yang sah mengenai riwayatnya. Menurutnya lagi, bandar yang diceritakan itu tidak wujud sebagaimana yang telah digambarkan.

ATH-THABARI
Mafhumnya : Maka tatkala anak itu sampai (Pada
umur sanggup) berusaha bersama-sama dengan Nabi Ibrahim, Nabi Ibrahim berkata: "Hai anakku, sesunguhnva aku melihat dalam mimpi aku meyembelihmu. Pikirkanlah apa pendapatmu? Ia menjawab, "Wahai Bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatkanku termasuk orang-orang yang sabar ".

Berlaku pendebatan mengenai siapa anak yang bersama Nabi Ibrahim ketika itu. Sebahagian ulama mengatakan bahawa Nabi Ismail as dan sebahagian lagi mengatakan Nabi Ishaq as. Pendapat kedua menurut Ibnu Katsir dan mufassir lainnya berasal dari israliyat. Kerana : sumber tafsiran ini berasal dari keinginan mengangkat nenek moyang bangsa Yahudi yaitu Ishaq as.

ALASAN MEMASUKKAN ISRAILIYAT DALAM TAFSIR

ZAMAN SAHABAT DAN TABIIN


Sabda Nabi : riwayatkan lah atau bertahadits lah kamu dengan bani israil,kerana itu semua tidaklah mengapa. Mereka menyaksikan Nabi SAW telah melakukan hal yang serupa diwaktu dulu seperti dialog dengan para tokoh ahlul kitab

Mereka memerlukan ahli kitab untuk mentafsirkan ayat yang berhubungan dengan kisah-kisah terdahulu

HUJAH MENOLAK KEMASUKAN ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

MEROSAK AQIDAH UMAT ISLAM


Terdapatnya penyelewengan dan juga penggubahan dalam kitab-kitab ahli Kitab selepas kewafatan nabinabi terdahulu. Justeru itu, kita selaku umat Islam seharusnya sentiasa mengambil sikap berjaga-jaga dan sentiasa meneliti kebenaran sesuatu perkara.

KESUCIAN AL-QURAN DICEMARI


Sebarang riwayat Israiliyat yang melampau kepalsuannya perlu ditolak kerana mencemari kesucian al-Quran. Keutamaan untuk tidak meriwayatkan Israiliyat dalam tafsir

Al-Quran adalah yang terbaik kerana tafsiran yang terdapat


dalam Al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w bersama usaha keras

para mufassir menggunakan aqal yang dipandu syarat yang


tetap, sudah cukup bagi orang Islam memahami mesej yang hendak disampaikan Allah s.w.t dan Rasulnya.

UNSUR-UNSUR PENAFIKAN
Riwayat Israiliyyat mengandungi unsur-unsur penafikkan terhadap sifat maksum para nabi dan rasul, serta menggambarkan mereka dengan imej keji dan aib yang tidak layak bagi manusia yang dimuliakan oleh Allah. Contoh: kisah Nabi Nuh as. minum anggur sampai mabuk dan kisah bahwa Nabi Luth as. berzina dengan dua orang putri kandungnya.

MENGHILANGKAN RASA KEPERCAYAAN TERHADAP


SEBAGIAN ULAMA SALAF, BAIK SAHABAT ATAU TABIIN.

Riwayat-Riwayat Israiliyyat menyimpang kepercayaan umat Islam terhadap sebahagian ulama salaf dari kalangan sahabat dan Tabiin. Ada banyak dongeng Israiliyyat yang riwayatnya dinisbahkan kepada kalangan salafus salih. Salafus salih yang dimaksudkan seperti Abu Hurairah ra., Abdullah bin Salam ra., Kaab Al Ahbar, dan Wahab bin Munabih.

BERPOTENSI UNTUK MEMALINGKAN MANUSIA DARI TUJUAN AL-QURAN


Riwayat Israiliyyat melalaikan umat dari pelajaran dan pemahaman maksud ayat-ayat Al-Quran, melalaikan umat dari pengambilan manfaat dan iktibar, serta nasihat-nasihat yang terkandung di dalamnya atau pemahaman tentang hukum-hukum yang terdapat di dalamnya.

KESIMPULAN
Israiliyyat merupakan cerita-cerita berkaitan dengan warisan Yahudi. Ia tersebar melalui berbagai peringkat dan suasana sehingga mampu bertapak di dalam karya warisan Islam, tafsir dan hadis. Tiada jalan pilihan bagi kita melainkan kita menolak segala rupa bentuk Israiliyyat yang menyalahi pegangan kita sebagai orang Islam.

RUJUKAN
BUKU RUJUKAN Rozali Adam. Al-Quran di antara Tafsir dan Israiliyyat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. INTERNET http://pemudaiman.blogspot.com/2010/08/manhajberinteraksi-dengan-riwayat.html http://jomfaham.blogspot.com/2011/01/riwayatisrailiyyat-menurut-perspektif.html

You might also like