/  2
 
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalamtempoh yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pegajaran, dan nilai telah saya pelajari.Melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dannegara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini. Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasimasa hadapan, bermakna mereka juga mnyemai perasaan patriotik sekaligusmenunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.Dalam erti kata lain, melalui prinsip penjaggan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita berbangga dengan sejarah bangsa.Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita hidup dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat kekitaan.Bangsa Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain di negara ini saling bekerjasama dantolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan semangat muhibahyang menjadikan negara kita sentiasa aman dan harmoni. Walaupun ada jurang seperti perbezaan agama dan budaya, tetapi ini tidak menghalang daripada rakyat Malaysiamengeratkan hubungan antara satu sama lain menyebabkan wujudnya sikap bertolak ansur dan toleransi antara satu sama lain. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalammenjaga dan memelihara bangunan bersejarah seperti Muzium Sultan Abu Bakar, IstanaBesar Johor.Saya berbangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia dan menghargai jasa-jasa pemimpin tanah air.

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...

Nur Hafizah Mohamadleft a comment

k.krss sej.....