You are on page 1of 14

Sejarah kedatangan agama Buddha

Agama Buddha ialah agama falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Sakyamuni (Siddharta Gautama) yang lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha tersebar ke benua India 5 kurun selepas beliau meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun seterusnya, agama ini tersebar ke Asia Tenggara termasuk Malaysia melalui Mubalik India yang berdagang ke Melaka.

Ajaran bagi penganut agama Buddha

Ajaran bagi penganut Buddha terbahagi kepada 2 kategori iaitu dari segi konsep ketuhanan dan ibadah. Ajaran dari segi ketuhanan bagi penganut agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama. Menurut ajaran Buddha, terdapat empat Kebenaran Mulia atau etika yang diperjuangkan iaitu hidup manusia penuh penderitaan, manusia menderita kerana nafsu, manusia perlu menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada penderitaan dan mencapai nirwana dan penderitaan dapat dihapuskan dengan mengamalkan Jalan Lapan Lapis Mulia. Jalan Lapan Lapis Mulia menurut ajaran Buddha ialah pengetahuan yang baik, pemikiran yang baik, pertapaan yang baik, perkataan yang baik, keinginan yang baik, kelakuan yang baik, usaha yang baik dan kehidupan yang baik.

Ajaran Buddha juga terdiri daripada kerangka dasar ajaran Buddha yang terbahagi kepada tiga iaitu ajaran tentang Sradha (keyakinan), ajaran tentang sila (etika) dan ajaran tentang ritual (bhakti). Ajaran tentang Sradha (keyakinan) bermaksud penganut Buddha harus memiliki keyakinan kepada Tuhan, adanya para Buddha, kitab suci dan nirwana. Ajaran tentang sila (etika) pula ialah sila atau budi pekerti itu dititikberatkan supaya manusia boleh mencapai suatu kebijaksanaan yang sempurna. Kesempurnaan ini dapat diperoleh dengan mengamalkan enam jalan sempurna iaitu pemberian dalam bentuk kebendaan dan moral, keseimbangan, keteguhan, dan kebersihan perbuatan, perkataan dan pemikiran, pemikiran yang tenang dan seimbang, semangat yang berkobar-kobar dan penuh perjuangan untuk mencapai tujuan, dan niat untuk mempersatukan pemikiran. Manakala ajaran

tentang ritual (bhakti) pula bermaksud rasa hormat dan sujud kepada sesuatu yang harus dihormati.

Manakala ajaran dari segi ibadat pula terdiri daripada amalan-amalan yang dilakukan oleh penganut agama Buddha itu sendiri. Apabila amalan yang dilakukan itu berteraskan kepada ajaran agama, maka amalan itu dianggap ibadat. Amalan bagi penganut agama Buddha boleh dibahagikan kepada amalan harian, amalan menyambut perayaan dan amalan sewaktu perkahwinan. Perkara pertama ialah amalan harian dimana sifat tolak ansur merupakan perkara utama dalam ajaran buddha. Mereka percaya terdapat 3 objek suci yang perlu dihormati iaitu Buddha, Dhamma dan Sangha. Wajar bagi mereka untuk memiliki sebuah imej atau gambar Buddha di dalam rumah, bukan sebagai perhiasan tetapi sebagai penghormatan.

Bagi penganut agama Buddha mereka harus memberi penghormatan kepada Guru Agung mereka pada setiap hari. Amalan ini dilakukan pada awal pagi atau lewat malam sebelum tidur. Ketika melakukan amalan ini, puja berfaedah jika usaha dilakukan untuk membaca Sutta. Cara hidup begini adalah satu amalan Buddhis yang mulia. Selain itu, ibubapa yang beragama Buddha digalakkan menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Minggu Buddhis atau kelas-kelas agama untuk melatih mereka menjadi anak-anak yang bertanggungjawab dan warganegara yang baik.

Sementara seseorang Buddhis digalakkan untuk melaksanakan amalan agama di dalam rumah, mereka juga diingatkan supaya tidak melupakan atau mengabaikan kewajipan sosial mereka terhadap kegiatan-kegiatan di vihara (wat) pada bulan purnama dan hari bulan baru iaitu hari pertama dan hari ke-15 kalendar Cina. Kunjungan ke sesebuah vihara dan menyertai upacara keagamaan dianggap sebagai satu perbuatan yang berpahala. Mengamal Delapan Sila (Attha Sila) oleh para penganut pada perayaan tanggal satu dan limabelas merupakan satu perbuatan yang berpahala serta berpatutan. Mereka yang menyertai upacara ini diminta untuk berpakaian sederhana yang serba putih dan berada di vihara selama sehari untuk mengambil bahagian di dalam upacara-upacara keagamaan seperti meditasi, perbincangan agama, membaca buku-buku agama serta mengembangkan kasih sayang suci. (Bhante Dr K Sri Dhammananda. 2005:2).

Masyarakat beragama Buddha menyambut pelbagai perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Zhong Qiu Jie (Pesta Kuih Bulan). Terdapat amalan yang diamalkan semasa menyambut perayaan-perayaan ini. Bagi Tahun Baru Cina, biasanya perayaan ini disambut di antara pertengahan Januari atau Februari selama 15 hari. (Denyse Tessensohn.1994:111). Jamuan keluarga yang diadakan pada malam Tahun Baru amat penting. Kepala keluarga dianggap amat bertuah jika semua anaknya sama ada yang telah berkahwin ataupun belum, dapat makan bersama pada malam itu. Pelbagai makanan akan disediakan. Sebelum tengah malam iaitu pada pukul 11.00 malam, semua ahli keluarga akan membakar colok di tempat pemujaan. Roh nenek-moyang yang telah mati diberi penghormatan sepenuhnya. Ibubapa duduk bersama dan anak-anak akan memberi dua biji buah limau. Sebagai balasan anak-anak akan menerima hongbao yang mengandungi wang kertas baru. Tingkap dan pintu dibiarkan terbuka dan masing-masing mengucapkan Gong Xi Fa Cai (Selamat Tahun Baru dan Semoga Makmur). (Denyse Tessensohn.1994:111).

Apabila berkunjung ke rumah orang Cina pada hari perayaan ini yang dianggap terpenting di antara semua perayaan, jika boleh, bawa bersama dua biji buah limau mandarin. Amalan bertukar-tukar hadiah adalah biasa dalam kalangan sepupu dan adik-beradik yang telah berkahwin. Ketika menyambut Tahun Baru, orang Cina mempunyai amalan yang dikaitkan dengan nasib baik dan buruk seperti tidak melakukan kunjungan pada hari ketiga, jangan memotong menggunakan pisau atau gunting, bercakap hanya mengenai sesuatu yang menggembirakan dan tidak marah-marah. Sepanjang cuti, ramai yang bermain mahjong dan daun terup dan ramai juga keluarga yang akan berkunjung ke tokong. Chap Goh Mei atau Yuan Xiao ialah hari ke-15 Tahun Baru Cina. Jamuan akan diadakan sebagai penutup Tahun Baru. Yu Sheng ialah sejenis hidangan utama. Ketika hendak memakannya bahan-bahan akan digaul sambil melaungkan kekata lo hei yang bermaksud Semoga semua yang hadir bertambah makmur. Tradisi ini diamalkan oleh orang Kantonis, Teochew dan para peniaga yang berkumpul untuk mengucapkan selamat dan makmur di antara satu sama lain. (Denyse Tessensohn.1994:112).

Manakala Zhong Qiu Jie (Pesta Kuih Bulan) pula disambut pada malam bulan lapan qamari ketika bulan penuh yang dianggap masa yang paling indah sepanjang

tahun bagi orang Cina. Ketika ini pesta kuih bulan disambut secara romantik dan meriah. (Denyse Tessensohn.1994:113). Kanak-kanak bermain tanglung dan menikmati kuih-muih istimewa. Orang muda mengambil kesempatan untuk berkenalan dan menemui seseorang yang istimewa. Ramai keluarga menjamu selera dengan memakan buah limau bali (pomelo) dan kuih bulan yang diisi dengan kacang manis, kuning telur asin atau makanan vegetarian. (Denyse

Tessensohn.1994:113)

Seterusnya ialah amalan sewaktu perkahwinan. Pada masa kini peranan tukang risik semakin pupus. Orang muda bertemu pasangan masing-masing di tempat kerja, majlis-majlis dan rumah-rumah kawan. Janji temu dibenarkan oleh keluarga, sekalipun yang konservatif. Bagaimanapun, ia dikawal dan tidak dilakukan secara bebas. Persetujuan ibubapa masih penting. Mengikut tradisi, pasangan itu mesti daripada kumpulan loghat dan latar belakang yang sama dan bukan berasal daripada suku yang sama. Bagaimanapun, ibubapa moden lebih bersifat terbuka.

Sebelum ketibaan hari perkahwinn, berbagai-bagai istiadat penting diadakan. Haribulan dan waktu perkahwinan yang dipilih mestilah yang dipercayai membawa tuah. Upacara perkahwinan yang sebenar hanya melibatkan ahli keluarga sahaja dan kenalan rapat jarang diundang sama. Upacara minum teh amat penting dalam perkahwinan Cina, tetapi pasangan pengantin mestilh sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat pendaftarn perkahwinan sivil, di tokong atau gereja. Upacara ini berlangsung di rumah pengantin lelaki dan di situ juga teh dipersembahkan kepada tuhan dan nenek moyang di hadapan tempat pemujaan keluarga. Pasangan pengantin akan melutut atau tunduk sambil menuang teh untuk pihak keluarga pengantin lelaki. Sebagai balasan, pasangan pengantin akan diberi hongbao atau barang kemas emas. Kemudian, adik-beradik pengantin lelaki akan mempersilakan pasangan itu minum teh, disusuli oleh pasangan pengantin menghadiahkan hongbao kepada mereka. Setelah itu, pasangan ini akan ke rumah pengantin perempuan pula dan upacara yang sama akan dilakukan kepada keluarga pengantin perempuan.

Pada zaman dahulu, pinli ialah hantaran kepada pengantin perempuan untuk ibubapanya. Oleh sebab si gadis akan menjadi hak suaminya, pihak suami perlu

membayar ganti.

Rugi kepada ibubapa si gadis yang telah membesarkan anak

mreka selama ini. Oleh itu, pinli dianggap sebagai adat lama yang wajar dikekalkan, memandangkan ia adalah cara yang sebaik-baiknya menghargai jasa dan

pengorbanan ibubapa. Sebahagian daripada pinli juga digunakan untuk membayar harga pakaian pengantin perempuan. (Denyse Tessensohn.1994:115).

Nilai- nilai Murni Dalam Ajaran Buddha

Buddha merupakan seorang yang dikenali dengan sifat merendah diri dan juga bersederhana dalam melakukan setiap pekerjaannya. Bekiau diagungkan oleh pengikutnya bukan karena kekayaan, keindahan, atau lainnya. Beliau diagungkan karena kebaikan, dan kebijaksanaannya. Inilah sebab utama mengapa pengikut ajaran Buddha memilih ajaran Buddha sebagai agama mereka.

Buddha mengajar pengikutnya dengan pelbagai nilai yang sangat penting dalam hidup. Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakseimbangan di dalam dunia. Secara kasarnya, beliau mengajar penganutnya supaya hidup secara sederhana. Walau bagaimanapun, terdapat nilai- nilai lain yang diajar oleh beliau yang membuatkan ramai yang kagum dengannya.

Antaranya ialah ajaran Buddha tidak membedakan kelas atau dalam kata lain kasta. Ini bermakna, setiap manusia adalah sama tarafnya walaupun mereka berbeza dari segi pangkat, keturunan dan juga harta. Tambahan pula, Buddha mengajarkan bahawa manusia menjadi baik atau jahat bukan kerana kasta atau status sosial. Sebaliknya, beliau percaya seseorang itu boleh menjadi manusia yang baik atau jahat karena perbuatannya. Dengan berbuat jahat, seseorang menjadi jahat, dan dengan berbuat baik, seseorang menjadi baik. Sebagai contoh, setiap manusia mahupun raja ataupun orang miskin boleh memasuki syurga atau neraka, ataupun mencapai Nirvana.

Selain itu, agama Buddha mengajar pengikutnya supaya mempunyai sifat belas kasih yang universal ataupun menyeluruh. Beliau menyuruh agar pengikutnya memancarkan dan mempamerkan kasih saying ataupun metta kepada semua makhluk lain walaupun makhluk tersebut adalah seekor semut. Jadi, manusia

mestilah berbaik- baik sesama mereka tanpa mengira jantina dan warna kulit. Selain itu, manusia juga seharusnya mempunyai sifat belas kasihan terhadap haiwan tanpa mengira jenisnya. Berbeza dengan beberapa agama lain, para pengikutnya dibolehkan membunuh haiwan kerana agama mereka mengajar umatnya bahawa haiwan diciptakan adalah untuk meneruskan kelansungan hidup. Bahkan, ada agama yang membenarkan pembunuhan terhadap manusia yang bersalah dan juga yang menentang agama mereka.

Di

samping

itu,

Buddha

juga

tidak

memaksa

pengikutnya

supaya

mempercayainya. Jadi, tiada paksaan dalam menganut agama ini. Bagi beliau, seseorang itu akan mengetahui dan mempercayai kebenaran sesuatu agama dengan kajian individu. Jadi, beliau menggalakkan penganutnya supaya berfikir dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Buddha bahkan pernah berkata, Jangan percaya apa yang Kukatakan kepadamu sampai kamu mengkaji dengan kebijaksanaanmu sendiri secara cermat dan teliti apa yang Kukatakan . Hal ini pun berbeza dengan agama lain yang melarang pengikutnya mengkritik ajarannya sendiri. Kita boleh katakana Buddha adalah seorang yang menyarankan seseorang itu melakukan penyiasatan dan tidak memaksa menganut ajaran yang disebarkan oleh beliau.

Berikutnya,

Agama

Buddha

mengajarkan

seseorang

itu

sepatutnya

melindungi dirinya sendiri. Nilai murni yang dapat kita boleh dapatkan daripada apa yang dikatakan beliau ialah kita mestilah menyayangi diri sendiri dan tidak melakukan perkara yang boleh memudaratkan kesihatan. Beliau pernah berkata bahawa, Jadikanlah dirimu pelindung bagi dirimu sendiri. Siapa lagi yang menjadi pelindungmu? Bagi orang yang telah berlatih dengan sempurna, maka dia telah mencapai perlindungan terbaik. Hal ini berbeza dengan pepatah inggeris yang selalu kita dengar iaitu God helps those who help themselves ataupun Tuhan menolong mereka yang menolong dirinya sendiri. Inilah ajaran Buddha yang menyebabkan umat Buddha mencintai kebebasan dan kemerdekaan, dan menentang segala bentuk kezaliman dan penjajahan. Buddha sendiri tidak pernah mengaku yang beliau adalah tuhan. Sebaliknya, beliau hanyalah seorang guru ataupun pemimpin yang diberikan amanah untuk menyampaikan ajran tersebut. Beliau juga tidak pernah menjanjikan syurga (Nibbana) mahupun neraka sekiranya

penganutnya melakukan kebaikan mahupun kejahatan. Seperti tertulis dalam Dhammapada, Semua Buddha, termasuk Saya, hanyalah penunjuk jalan . Pilihan untuk mengikuti jalanNya atau tidak, tergantung pada orang yang bersangkutan. Jadi, beliau berpendapat seseorang itu tidak akan dilemparkan ke syurga sekiranya melakukan kebaikan dan tidak semestinya dilemparkan ke neraka oleh Nya sekiranya mereka melakukan kejahatan. Jika seseorang itu melakukan segala jenis dosa dan dia memuja, berdoa, dan menghormati Tuhan, maka Tuhan akan menunjukkan cintaNya dan mengampuni orang tersebut. Hal ini membuat orang menjadi terdorong untuk tidak peduli, walau sebesar manapun dosanya, dia masih akan diampuni sekiranya dia bertaubat atas kesalahannya.

Seterusnya, Agama Buddha adalah agama yang suci. Apa yang dimaksudkan dengan frasa tersebut adalah agama tanpa pertumpahan darah. Buddha

menyarankan supaya umatnya hidup dalam suasana yang harmoni, dan dan tidak bergaduh mahupun berperang antara satu sama lain. Setelah lebih dari 2500 tahun agama ini berkembang ke serata dunia, Agama Buddha tidak pernah menyebabkan peperangan. Bahkan, Buddha sendiri melarang penyebaran ajaranNya melalui senjata dan kekerasan. Sebagai perbezaan, banyak pemimpin agama menjadi raja kepada kerajaannya, dan pada masa yang sama menjadi diktator dari agamanya. Menurut beberapa bahan rujukan, meskipun ada beberapa agama yang tidak disebarkan melalui senjata atau kekerasan, tetapi mereka telah menyebabkan terjadinya kepada perang antara agama. Hal ini menyebabkan agama tersebut tidak layak dianggap sebagai agama yang suci atau bebas dari pertumpahan darah.

Agama Buddha juga adalah agama yang damai dan bebas daripada memonopoli kedudukan ataupun penaklukan. Dalam Dhammapada, Buddha berkata, Seseorang yang membuang pikiran untuk menaklukkan orang lain akan merasakan kedamaian. Pada saat yang sama, Beliau memuji sekiranya seseorang itu membuat penaklukkan terhadap diri sendiri. Beliau berkata, Seseorang yang menaklukkan ribuan orang dalam perang bukanlah penakluk sejati. Tetapi seseorang yang hanya menaklukkan seorang saja yaitu dirinya sendiri, dialah pemenang tertinggi.

Di sini, menaklukkan diri sendiri terletak pada bagaimana mengatasi kilesa (kekotoran batin). Ini bermakna, pengikut Buddha diajar supaya mengawal diri dari melakukan perkara terkutuk dan keji. Ini termasuk suka membazir serta melakukan kejahatan terhadap diri sendiri dan makhluk lain. Hal in berkait rapat den nilai murni yang diajarkan Buddha supaya penganutnya besederhana dan menyayangi antara satu sama lain. Andaikan semua orang menjadi umat Buddha, maka diharapkan manusia akan beroleh perdamaian dan kebahagiaan. Buddha mengatakan bahwa semua makhluk harus dianggap sebagai sahabat atau saudara dalam kelahiran, usia tua, penyakit, dan kematian. Beliau juga mengajarkan semua umat Buddha untuk tidak menjadi musuh orang-orang tak seagama atau pun menganggap mereka sebagai orang yang berdosa. Beliau mengatakan bahwa siapa saja yang hidup dengan benar, tak peduli agama apapun yang dianutnya, mempunyai harapan yang sama untuk beroleh kebahagiaan di kehidupan sekarang dan kehidupan yang akan datang. Sebaliknya, siapapun yang menganut agama Buddha tetapi tidak mempraktikkannya, hanya akan beroleh sedikit harapan akan pembebasan dan kebahagiaan.

Dalam agama Buddha, setiap orang memiliki hak yang sama untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Dengan kata lain, setiap orang dapat mencapai Kebuddhaan. Ini berkait rapat dengan nilai yang mana setiap manusia tidak mengira pangktnya boleh mencapai Nirvana. Dalam agama lain, tiada siapapun bisa menjadi Tuhan selain Tuhan sendiri, tidak peduli sebaik apapun pengikutnya bertindak. Seseorang takkan pernah mencapai tingkat yang sama dengan Tuhan. Bahkan pemimpin agama pun takkan pernah mencapai ketuhanan.

Yang terakhir, Agama Buddha mengajarkan tentang konsep sebab dan akibat. Buddha mengajarkan bahawa segala sesuatu yang berlaku mempunyai sebabnya yang tersendiri. Tiada suatu apapun yang muncul tanpa alasan. Sebagai contoh, kebodohan, ketamakan, keuntungan, kedudukan, pujian, kegembiraan, kerugian, penghinaan, celaan dan penderitaan adalah akibat dari keadaan-keadaan yang memiliki sebab. Jadi, dapat kita simpulkan bahawa akibat-akibat baik muncul dari keadaan-keadaan yang baik, dan akibat buruk muncul dari penyebab-penyebab buruk. Kita sendiri yang menentukan keuntungan dan kerugian bagi diri kita dan Tidak ada tuhan atau siapapun yang dapat melakukannya mahupun mengubahnya

untuk kita. Oleh karena itu, kita harus menentukan nasib kita sendiri, Buddha dalam kata lain menggalakkan penganunya berusaha bersungguh- sungguh dalam melakukan setiap perkara yang dijalankan dan tidak hanya mengharapkan belas kasihan orang lain danjuga nasib yang baik sahaja.

Secara keseluruhannya, dapat kita katakan bahawa Buddha memberikan nasihat dan kata- kata berguna dalam setiap aspek kehidupan. Setiap perkara besar yg diajjarkan beliau mempunyai maksud dan juga hikmah yang tersirat yang mana dapat kita fikirkan menggunakan logik akal. Jika persamaan dilakukan antara agama- agama yang terdapat di duna ini, kita dapat lihat dengan jelas sekali bahawa setiap agama menganjurkan kepada perbuatan- perbuatan baik dan tidak menggalakkan penganut mereka dari melakukan kejahatan dan juga permusuhan di dalam kalangan manusia.

Kesan- kesan Ajaran Buddha Terhadap Individu

Jika kita benar-benar dapat memahami sifat sebenar Buddha Dhamma, tidak perlu ditanya lagi sama ada Buddhisme itu suatu agama yang praktikal. Perkataan Buddhisme itu dapat diinterpretasikan dalam pelbagai cara. Buddha Dhamma merupakan peraturan-peraturan moral semulajadi yang telah diterima secara universal kerana ia telah diperkenalkan melalui suatu pemahaman yang mendalam mengenai manusia. Seperti yang kita tahu, Buddha sendiri mengajar pengikutnya pelbagai ajaran yang dapat dijadikan teladan yang baik. Teladan ini jika dilihat secara kasarnya masih relevan walaupun telah diamalkan sejak lebih 2500 tahun yang lalu. Dapat kita lihat ajaran ini menekankan terhadap etika dan tatasusila seseorang individu untuk hidup di dalam masyarakat. pelbagai kesan individual yang dapat diambil dan dijadikan model jika para pengikutnya mengamalkan sepenuhnya ajaran ini,.

Jikalau setengah-setengah ajaran dikemukakan untuk mengawal minda dan deria seseorang demi menghasilkan seorang manusia yang mulia, ajaran-ajaran itu

janganlah dianggap sebagai tidak praktikal. Jika seseorang manusia itu jatuh sakit dan doktor memberi ubat yang pahit, maka mereka tidak boleh menganggap bahawa ubat itu tidak mujarab. Doktor memberi ubat tersebut berdasarkan sifat penyakit. Dengan cara yang serupa, bila Buddha mengemukakan prinsip-prinsip keagamaan, Beliau sedar bahawa manusia penuh dengan pelbagai mentaliti. Buddha menasihatkan penganutnya supaya mempupuk tatasusila dengan

mengamalkan prinsip-prinsip dan sifat-sifat suci yang tertentu yang baik. mereka perlu mempraktikkan agama ini dengan mula-mula sekali, menyemai kelakuan yang bermoral. Apakah moraliti? Istilah ini tidak harus didefinisikan secara longgar kerana sedia wujud begitu banyak peraturan relatif

yang diperkenalkan manusia sebagai bermoral atau beretika. Akan tetapi, moral atau etika ciptaan manusia adalah relatif dan berubah mengikut kehendak manusia sendiri. Ia berubah mengikut masa dan kehendak masyarakat. Kelakuan dan moral tertentu tidak sesuai jika diamalkan di dalam negara dan masyarakat tertentu. Lain orang, lain pula pendapatnya. Akan tetapi, jika kita kaji kod etika yang diperkenalkan oleh Buddha, kita akan dapat memahami mengapa ia kekal serta tidak berubah dan akan relevan selama-lamanya. Seterusnya, Buddha memperkenalkan Dhamma untuk dipraktikkan, tetapi menyuruh para pengikutnya supaya tidak sekali-kali mempercayainya secara membuta tuli. Pengikut-pengikut agama tertentu selain Buddhisme bila sahaja ditanya sebab-sebab mereka mengamalkan praktis dan kepercayaan keagamaan yang tertentu, berterus terang bahawa praktis dan kepercayaan tersebut dihuraikan di dalam buku-buku suci mereka. Guru-guru agama dan ibu bapa mereka telah mengajar mereka mempercayai tanpa menyoal apa sahaja yang termuat di dalam buku-buku suci dan mereka juga wajib mengikut tradisi. Selain itu, Buddha pernah berkata, Ehi-Passiko, yang bermakna Datang dan Menyiasat. Beliau tidak pernah menyuruh sesiapa juga untuk datang dan mempercayai ataupun datang dan menerima terus Ajarannya. Dari mula-mula lagi, itulah caranya Beliau memperkenalkan Ajaran-ajarannya. Datang dan melihat,

kemudian menyiasat. Dia menyuruh para pengikutnya supaya menggunakan akal, minda dan kebijaksanaan. Mengikut ajaran Buddha yang diperolehi dari sumbersumber yang dipercayai, beliau menyuruh penganutnya supaya jangan sekali-kali menerima terus ajaran guru-guru agama, menganggap bahawa mereka sudah tentunya betul secara automatik atas sebab mereka itu orang yang mulia. Tidak baik untuk menerima mana-mana prinsip keagamaan termasuk yang termuat di dalam buku-buku suci tanpa menilai terlebih dahalu atau memahami makna dan faedah yang termaktub di dalamnya. Sebagai buktinya, Buddha telah menaruh kepercayaannya kepada kebijaksanaan manusia serta kebolehan manusia menggunakan kebijaksanaannya . Berdasarkan Jalan Mulia Lapan Lapis, para penganut Buddha digalakkan berfikir terlebih dahulu dalam melakukan perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan jahat. Ini boleh disamakan dengan pepatah melayu, buat baik berpada pada, berbuat jahat jangan sekali. Seseorang individu seharusnya berfikir dahulu sebelum membuat kebaikan kerana ini boleh menyebabkan individu lain mendapat kesan buruk daripadanya. Ini kerana, perkara ini boleh menyebabkan pelaku kebaikan itu sendiri teraniaya. Ini juga boleh disamakan dengan pepatah melayu iaitu bagai melepaskan anjing tersepit. Sebagai contoh, Kamil membantu kawan baiknya yang cedera untuk membawa beg yang sudah dia ketahuinya terdapat dadah di dalamnya. Jika kita lihat, peruatan Kamil itu sangat mulia tetapi secara tidak lansung boleh menyebabkannya diheret oleh anggota polis ke dalam penjara.

Di samping itu, Buddha menekankan para penganutnya supaya berusaha sedaya upaya mengawal fikiran yang tidak benar atau lebih baik lagi, menggantikannya dengan fikiran yang baik. Cara itu sahaja yang dapat menghapuskan kekurangan tersebut. Cara berfikir dengan betul adalah dengan menggunakan daya pemikiran demi mencapai kejayaan. Jika seseorang individu itu telah mempelajari cara mengawal dan menumpu tenaga mental, maka mereka seolaholah melihat masalah yang dihadapi itu mempunyai jalan penyelesaian yang mudah dan mampu diatasi. Tiada sesiapa pun yang dapat meruntuhkan mereka pada masa itu dan tiada siapa yang dapat mengganggu kita kerana semangat dan azam yang membara. Setiap manusia membina keyakinan diri untuk menghadapi segala masalah, mental mahupun fizikal. Disebabkan ini, seseorang itu patut menjimatkan tenaga mental kita dengan menggunakan Fikiran yang Benar. Dengan

ini, kebencian dihapuskan dan sebaliknya Metta dipupuk. Memupuk fikiran yang benar dapat mengurang perpautan, Seterusnya individu tersebut dapat menilai setiap masalah secara objektif tanpa membuang tenaga yang amat berrnilai. Berikutnya adalah pertuturan yang Benar. Petuturan kita kadang kala menyakitkan hati orang lain. Masalah timbul kerana kita bercakap tanpa berfikir dahulu. Dengan itu, sebelum kita mula bercakap, kita mesti berjaga jaga. Kita mesti mempunyai pengetahuan dan kesedaran agar tidak bercakap secara tidak bertanggungjawab. Fikirlah sebelum bertutur. Pertimbangkan sama ada pertuturan itu berniat jahat, kasar, kesat atau siasia. Penggunaan perkataan yang tidak wajar akan merendahkan imej kita di kacamata orang lain.

Tindak-tanduk yang Benar juga ditekankan Buddha kepada penganutnya. Kita patut cuba sedaya upaya agar tidak mementingkan diri, memikirkan perihal kebajikan diri sendiri sahaja. Kebajikan orang lain perlu difikirkan juga. Kita perlu mengelakkan tindak-tanduk salah yang mendatangkan kesakitan, menyakiti hati atau mendatangkan keburukan kepada orang lain. Tindakan kita mestilah tindakan

yang akan mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan juga kepada orang lain. Sesetengah tindakan berguna kepada kita tetapi tidak berguna kepada orang lain dan begitu juga sebaliknya. Buddha berkata, Biarlah kita bijaksana. Kita boleh membantu orang lain, tetapi pada masa yang sama kepentingan diri sendiri tidak diketepikan. Buddha melarang penganutnya supaya jangan sekali kali bertindak bertentangan dengan Panca Sila.

Cara sara-hidup yang Benar juga perlu dipraktikkan oleh penganut Buddha. Pada dasarnya, seseorang manusia perlu mencari nafkah untuk menyara hidup, sama ada secara makan gaji ataupun berniaga. Walau apa pun pekerjaan yang dilakukan, ia mestilah mengikut suara hati. Ada yang menjalankan perniagaan dengan menipu atau membawa kesengsaraan kepada orang lain. Tentu sekali cara hidup ini dicela oleh sesiapa pun. Di dalam apa sahaja pekerjaan yang dilakukan, seseorang itu mestilah mempunyai sikap yang berpatutan, bersopan dan adil. Pekerjaan yang melibatkan penyembelihan binatang, penjualan hamba abdi, minuman keras, racun, dadah merbahaya dan senjata patut elakkan.

Kesedaran yang Benar bermaksud apa sahaja yang dilakukan haruslah dalam keadaan waras atau sedar pada setiap masa. Kita perlu berjaga- jaga ketika bertutur dan berfikir. Fikiran seseorang itu tidak seharusnya dibiarkan melencong. Dengan cara ini, seseorang itu akan bekerja dengan cekap. Kesedaran seperti ini mesti dipraktikkan pada bila-bila masa di dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, jika seseorang itu mendapat musibah atau kesusahan, dia seharusnya berfikiran lebih terbuka dan positif.

Akhirnya adalah Konsentrasi minda yang Benar atau Latihan Mental. Secara kasarnya, fikiran individu tidak betulbetul terlatih. Disebabkan ini, mereka sering melakukan kesalahan dan menjadi runsing. Seseorang individu mestilah melatih dan mengawal fikirannya. Setelah itu, minda akan lebih dipercayai, lebih sedar, baik, adil dan saksama kepada semua. Walau bagaimanapun, proses ini amat sukar dan segelintir sahaja manusia yang dapat mencapai minda yang terlatih sempurna. Ini adalah sebabnya dunia ini penuh dengan orang yang tidak boleh dipercayai, kejam, dan selalu melakukan tipu helah. Jika minda manusia telah terlatih, maka setiap insan dapat hidup secara aman. Punca utama masalah seseorang individu ialah

minda itu tidak terlatih dan dikuasai oleh nafsu keinginan, kebencian dan kejahilan. Apabila kesemua pengaruh-pengaruh buruk ini telah dapat dihapuskan,

ketenteraman dan kebahagiaan akan dicapai.

Kesimpulan.

Kita sebagai rakyat Malaysia khususnya yang hidup di dalam pelbagai kaum seharusnya memahami dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai agama lain. Ini adalah kerana, dengan mempelajari agama lain kita dapat memupuk semangat kemuafakatan. Sebagai contoh, kita mengetahui tentang pantang larang di dalam agama lain, kita dapat mengelak dari menyakitkan hati kaum atau agama lain. Agama buddha melarang penganutnya untuk memakan daging, kita sepatutnya menghormati perbezaan ini dengan mengelak dari menghidang mereka makan daging. Perkara seperti ini akan memupuk semangat kerjasama dan dapt hidup dalam 1 masyarakat yang harmoni.

You might also like