2
2. Menyedari pentingnya pembinaan negara bangsa bagisebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, KementerianPelajaran telah memilih
“Guru Pembina Negara Bangsa”
sebagaitema Hari Guru pada tahun ini. Keupayaan membina Negara Bangsaamat bergantung kepada keutuhan perkongsian nilai serta semangatpatriotisme yang dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangansemua lapisan rakyat, terutama dalam kalangan generasi muda.Menerusi semangat patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani,mempunyai kekuatan mental, emosi dan fizikal dalam membentukketahanan negara. Nilai sosial seperti semangat kekitaan, perasaansaling hormat-menghormati, mengamalkan sifat toleransi, taat setiadan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap negara wajarlahdipupuk dan diamalkan sejak di bangku sekolah dan menjadikannyabudaya hidup masyarakat.3. Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsaadalah selaras dengan gagasan 1 Malaysia; rakyat didahulukan danpencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri MohdNajib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat1 Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta
Leave a Comment