You are on page 1of 3

APA ITU PI?? Apa itu pi?

Pi adalah konstan di mana nilainya ditakrifkan sebagai nisbah lilitan bulatan kepada diameternya. Simbol merupakan huruf Yunani yang disebut dengan nama pi. Simbol telah diperkenalkan oleh William Jones seorang ahli matematik Welsh pada tahun 1707 akan tetapi tidak mendapat sambutan. Pada 1737, Leonhard Euler (ahli matematik dan fizik Swiss) secara rasminya mempopular simbol untuk mewakili nilai pi dan digunakan sehingga hari ini. Nilai pi telah wujud beribu-ribu tahun dahulu. Tetapi tiada siapa yang mengetahui orang pertama yang menjumpai nilai pi. Bukti awal wujudnya nilai pi adalah menerusi orang-orang Babylonia dan Mesir di mana mereka telah menggunakan nilai pi untuk mencari luas bulatan. Menurut Ahmes dalam Rhind Papyrus (k.k. 1650 SM), orang Mesir memberi nilai terhampir untuk pi bersamaan 3.160484. Manakala menurut tablet Babylonia (k.k. 1900-1680 SM), orang Babylonia menganggarkan nilai pi bersamaan 3.125. Anggaran nilai-nilai pi ini dikatakan kurang tepat kerana orang Mesir dan Babylonia mendapatkan nilai pi dengan mengukur objek-objek yang berbentuk bulat. Hakikatnya pada waktu itu objek mereka tidaklah berbentuk bulat secara zahirnya. Kira-kira 200 SM, Archimedes telah muncul sebagai orang pertama yang mendapatkan anggaran nilai pi secara teori pengiraan. Archimedes membuktikannya dengan melukis poligon yang lebih besar di luar sebuah bulatan dan poligon yang lebih kecil di dalam bulatan tersebut.

Apabila bilangan sisi poligon bertambah, poligon itu akan membentuk seperti bulatan. Archimedes menggunakan poligon yang mempunyai 96 sisi dan mengambil ukuran panjang sisi poligon tersebut. Kemudian Archimedes telah membuktikan bahawa nilai pi terletak di antara 22/7 (3.1429) dan 223/71 (3.1408). Archimedes tidaklah mengemukakan nilai pi yang sebenar sebaliknya memberikan nilai pi yang lebih hampir dan anggaran ini lebih baik daripada orang Mesir dan Babylonia. Perjuangan Archimedes tidak terhenti setakat ini kerana terdapat ramai lagi ahli-ahli matematik yang lain yang berusaha mendapatkan anggaran nilai pi yang lebih baik. Contohnya seperti berikut, Ptolemy Zu Chongzhi alKhwarizmi k.k. 150 3.1416

430-501

355/113

k.k. 800

3.1416

14 al-Kashi k.k. 1430 titik perpuluhan 9 Viete 15401603 titik perpuluhan 17 Roomen 15611615 titik perpuluhan 35 titik perpuluhan

Van Ceulen

k.k. 1600

Walaupun nilai pi yang dikemukakan oleh ahli-ahli matematik terdahulu bukanlah nilai sebenar, akan tetapi sumbangan mereka itu sangat membantu kita pada hari ini. Nilai pi yang lazim digunakan pada masa kini adalah 22/7 (3.1429) .

PENGARANG : 1. Hasliza bt Julaihi 2. Nor Hidayatul Ziana bt Jahari 3. Nur Hasimah bt Krema 4. Tan Pei Ping EDITOR : Zainab Afina bt Suharto

You might also like