You are on page 1of 35

BUKU PANDUAN LEPASAN SPM

SESI 2009/2010

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA) TERENGGANU WWW.PEMBINATERENGGANU.WORDPRESS.COM

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan Ada Apa Selepas SPM? Pilihan 1: Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) Pilihan 2: Kemasukan ke IPTA (Asasi, Matrikulasi IPTA atau Diploma IPTA)

2 3

9 16 21 27 30 32

Pilihan 3: Politeknik (peringkat diploma atau sijil) Pilihan 4: Kolej Komuniti (peringkat sijil) Pilihan 5: STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (Tingkatan 6) Pilihan 6: STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia Pilihan 7: Persedian Luar Negara Pilihan 8: IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta (peringkat sijil, diploma atau Ijazah)

33 34

Rujukan

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PENDAHULUAN

Pengajian pasca SPM merupakan antara peringkat pengajian yang paling kritikal sebelum seseorang pelajar, menceburi bidang kerjaya. Kegagalan memahami dan memanfaat segenap peluang yang ada di peringkat ini mungkin akan menjejaskan peluang individu untuk memiliki kerjaya yang terbaik. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Terengganu telah mengambil langkah proaktif bagi membantu golongan belia khususnya lepasan SPM dalam memahami bentuk-bentuk peluang yang ditawarkan di peringkat ini. Aspirasi PEMBINA Terengganu adalah memastikan tidak berlaku sebarang bentuk keciciran pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Jika ini mampu dilaksanakan, maka peningkatan taraf sosio-ekonomi di kalangan belia mampu dicapai. Dengan ini diharapkan dapat mengurangkan masalah-masalah sosial belia yang sedikit sebanyak disebabkan jumlah keciciran pelajaran peringkat pasca SPM di kalangan belia khususnya belia Melayu Islam Buku Panduan Lepasan SPM ini akan memberi panduan bagi para pelajar yang masih belum jelas tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Terengganu www.pembinaterengganu.wordpress.com www.pembina.com.my


Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 2

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 1: MATRIKULASI KPM (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA) 1.1 Program Yang Ditawarkan
Matrikulasi KPM menawarkan 2 jenis program: 1. Program 1 tahun mendaftar masuk pada bulan April (keutamaan diberikan kepada pelajar yang memiliki keputusan 2. Program 2 tahun mendaftar masuk pada bulan Jun Matrikulasi KPM menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu : Jurusan/Aliran Jurusan Sains Jurusan Perakaunan Aliran Teknikal Mata Pelajaran a. Sains Hayat Biologi, Kimia dan Matematik b. Sains Fizikal Fizik, Kimia dan Matematik Perakaunan, Ekonomi, Matematik dan Pengurusan Perniagaan Matematik, Asas Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik.

Mata Pelajaran Wajib (Semua jurusan dan aliran) Sains Informatik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Moral dan Dinamika Kemahiran. Kokurikulum (Semua jurusan dan aliran) Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Kawad. Senarai Matrikulasi KPM:

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

1.2 Syarat Kelayakan


1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010. 2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009. 3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009. o Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi. o Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan). o Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan. Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut : 1. Jurusan Sains (M001)

6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia 4B Matematik 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

2. Jurusan Perakaunan (M003)


6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik 7D Matematik Tambahan 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)


6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan 4B Matematik 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan

1.3 Permohanan Kemasukan


Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :
1. Permohonan Secara Manual (PSM) 2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

1.3.1 Tarikh Tutup


Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2009. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

1.3.2 Semakan Permohonan


Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 5

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

1.3.3 Semakan KeputusanPermohonan


Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

1.3.4 Surat Tawaran dan Pendaftaran


Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

1.3.5 Rayuan
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

1.3.2 Pertanyaan
Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut. Laman web rasmi Matrikulasi KPM - http://www.moe.gov.my/bmkpm/

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

1.4 Peringkat Seterusnya


Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam. Pelajar boleh mengisi borang UPU secara online di http://upu.mohe.gov.my/
Rujuk Pilihan 2

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

Pelajar yang lulus Program Matrikulasi Sains boleh memohon untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama dalam bidang seperti berikut:

Perubatan Pergigian Sains Sains Komputer Teknologi Kejuruteraan Seni Bina Bioperubatan Bioteknologi Farmasi Sains Gunaan Sains Pendidikan Teknologi Maklumat Bidang-bidang lain yang sesuai

b) Pelajar yang lulus Program Matrikulasi Perakaunan boleh memohon untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama dalam bidang seperti berikut:

Perakaunan Ekonomi Pengurusan Perniagaan Pentadbiran Perniagaan Pentadbiran Awam Teknologi Maklumat Pengurusan Sumber Manusia Bidang-bidang lain yang sesuai

Pelajar yang mengikuti bidang perubatan juga berpeluang ditaja ke unversiti luar negara.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 2: KEMASUKAN KE IPTA (Asasi, Matrikulasi IPTA atau Diploma)


Borang UPU merupakan platform bagi pelajar lepasan SPM dan lepasan STPM/setaraf* untuk memohon melanjutkan pelajaran di IPTA *Setaraf = Matrikulasi/Diploma/STAM

2.1 Program Yang Ditawarkan


Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

2.1.1 Lepasan SPM


Program ASASI (UM, UiTM, UIAM) Matrikulasi IPTA (UM, UIAM, UiTM, UPM) Diploma di IPTA-IPTA utama

2.1.2 Lepasan STPM/Matrikulasi/STAM


Diploma di IPTA-IPTA utama Ijazah di IPTA-IPTA utama

2.2 Syarat Kelayakan


2.2.1 Lepasan SPM
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut :

Warganegara Malaysia dan Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurangkurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:


Semua program Asasi di UIAM; Semua program Asasi Sains di UM; dan Semua program Asasi di UiTM;

2.2.2 Lepasan STPM/Matrikulasi/STAM


Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut :Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 9

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai. dan Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya : Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am. dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain. atau Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00. atau Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2009, 2008 atau 2007 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid. atau Memiliki kelulusan Diploma/Setaraf atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau Lulus peperiksaan STPM Tahun 2008 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi Tahun 2007 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

2.2.3 Syarat-Syarat Khusus Kemasukan Program IPTA bagi Lepasan STPM/Setaraf


Bagi mengetahui syarat khas program pengajiankemasukan ke ipta program pengajian lepasan stpm/setaraf sesi akademik 2010/2011 rujuk https://www.mohe.gov.my/emas/v2009/index_syarat.php

2.2.4 Kaedah Pengiraan Merit Bagi Calon Lepasan SPM


http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/KENYATAAN%20AKHBAR%20KAEDAH%20PENGIRAAN%20MERIT.pdf

2.3 Permohanan Kemasukan


Permohonan kemasukan ke IPTA adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun GIRO sehari selepas iklan disiarkan.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

10

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

1.4 Soalan-Soalan Lazim


Permohonan 1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011 disiarkan? Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011 :1. Lepasan Diploma/Setaraf : 03 Januari 2010 2. Lepasan STPM/STAM : 31 Januari 2010 3. Lepasan SPM/Setaraf : 31 Januari 2010 2. Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA? Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011 boleh dikemukakan mengikut program melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut :1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Januari 2010 (capaian mulai 12 tengah hari) 2. Lepasan STPM/STAM : 02 Februari 2010 (capaian mulai 12 tengah hari) 3. Lepasan SPM/Setaraf : 02 Februari 2010 (capaian mulai 12 tengah hari) 3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011? Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Februari 2010 2. Lepasan STPM 2009 : 30 Mac 2010 3. Lepasan STAM 2009,2008,2007 : 30 Mac 2010 4. Lepasan SPM : (Kategori B, C dan D) 30 Mac 2010 5. Lepasan SPM 2009 : 30 Mac 2010 4. Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA ? Permohonan kemasukan ke IPTA adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun GIRO sehari selepas iklan disiarkan. 5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum? Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan? Ya. HANYA bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C dan D (Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf). Calon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah disahkan ke IPTA pilihan. 7. Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011 diumumkan? Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu ketiga Jun 2010 Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

11

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : Minggu pertama Mei 2010 8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf? TIDAK. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja. 9. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf - Ijazah Pertama? YA. Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan. Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian di upu.mohe.gov.my 10. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas tarikh tutup permohonan kemasukan ke IPTA? TIDAK DIBENARKAN. 11. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang telah ditawarkan oleh sesebuah IPTA? TIDAK DIBENARKAN. 12. Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran? TIDAK DIBENARKAN. 13. Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang? Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat. 14. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011? Pemohon perlu mendapatkan Tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf - Ijazah Pertama di IPTA. Untuk mengikuti program pengajian Perubatan, Farmasi dan Pergigian calon perlu mencapai sekurangkurangnya Tahap 3 (Band 3) dan Tahap 4 (Band 4) bagi mengikuti Program Pengajian TESL, Undang-undang dan Kesusasteraan Inggeris. Hebahan/Pertanyaan 15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf? Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut : 1. Internet : - http://upu.mohe.gov.my - http://www.jpt.uum.edu.my - http://www.jpt.utm.my 2. SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888 3. Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 12

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

16. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA? Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut: PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur. Sebarang aduan/pertanyaan sila e-mel kepada: webmaster@ptptn.gov.my Sila hubungi PTPTN HOTLINE - 03-2092 7788 untuk sebarang kemusykilan. Faks : 03- 2092 1925 Aplikasi Dalam Talian 17. Apakah elemen yang perlu dimasukkan semasa mengemukakan permohonan? Elemen yang WAJIB diisi ialah No. Kad Pengenalan/My Kad, No. Unik ID, Kata Laluan, Nama Ibu dan Kod Imej. 18. Bagaimanakah saya menjana 5 elemen wajib di atas? i- Nombor Kad Pengenalan/My Kad - menggunakan No.KP yang sah ii- Nombor Unik ID - yang dibeli di BSN iii- Kata Laluan - dicipta sendiri perlulah ringkas iaitu terdiri daripada enam(6) hingga lapan (8) aksara (alphanumeric) . iv- Nama Ibu - perlulah ringkas dan mudah untuk diingati. v.Kod Imej - berdasarkan Imej yang tertera. 19. Sekiranya saya terlupa Kata Laluan dan Nama Ibu yang dimasukkan semasa permohonan, apakah langkah atau cara terbaik untuk saya melaksanakan proses kemaskini atau semakan permohonan? Anda boleh menghubungi BPKP JPT dengan memberi No.KP dan nombor rujukan permohonan untuk mendapatkan semula Kata Laluan atau Nama Ibu yang telah dimasukkan. Lepasan Matrikulasi - Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID dan tidak mengingati Kata Laluan, anda perlu memaklumkan kepada Kaunselor Kolej Matrikulasi, PASUM dan Koordinator Asasi UiTM untuk penyelarasan dengan pihak BPKP JPT. 20. Adakah kemungkinan berlaku persamaan pada Nombor Unik ID yang dijana oleh BSN? YA. Namun bagi mengemukakan permohonan, anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Unik ID, Kata Laluan dan Nama Ibu. Ini menunjukkan anda dan rakan anda yang mempunyai Nombor Unik ID yang sama akan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang berbeza.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

13

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

21. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga? Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Contoh adalah seperti berikut: KH03 - Sarjana Muda Senibina # 22. Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi maklumat? Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai mengemukakan permohonan iaitu setelah klik butang "Sah & Hantar". Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.Maklumat permohonan yang dicetak selain daripada laman ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke IPTA telah berjaya dilakukan oleh anda. 23. Bagaimanakah saya boleh mengetahui permohonan saya telah selamat diterima oleh sistem ? Anda boleh mengetahui permohonan telah diterima oleh sistem dengan membuat semakan melalui [Menu Semakan]. 24. Semasa permohonan Fasa 1 saya belum memiliki keputusan akhir Matrikulasi/ KPM/PASUM/ASASI, bagaimanakah cara membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke IPTA? Anda boleh membuat pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 1 berdasarkan keputusan Semester Pertama. Setelah keputusan semester akhir diketahui, anda boleh membuat pengemaskinian pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 2 dibuka. Perlu diingatkan program pengajian yang mempunyai ujian dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa 2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1. 25. Saya berminat mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPTA. Apakah syaratsyarat yang perlu dipenuhi? Calon yang ingin mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI. 26. Bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan? Hebahan mengenai ujian MEdSI boleh disemak mulai minggu kedua April 2010 di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my dan panggilan temu duga pada minggu kedua Mei 2010 di laman web upu.mohe.gov.my. 27. Bagaimanakah saya mendapat surat tawaran dari IPTA? Anda boleh mendapat surat tawaran melalui laman web IPTA. Anda juga WAJIB menyatakan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan. 28. Bagaimanakah saya mengemukakan rayuan sekiranya gagal mendapat sebarang tawaran ke IPTA? Anda WAJIB mengemukakan permohonan rayuan melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Rayuan). HANYA calon yang GAGAL mendapat sebarang tawaran ke IPTA sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan eRayuan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 14

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

29. Bilakah keputusan rayuan diumumkan? Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke IPTA akan diumumkan pada minggu ketiga Julai 2010 selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA. Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA. Sekiranya tidak mendapat sebarang tawaran sehingga 31 Julai 2010, permohonan rayuan anda dianggap TIDAK BERJAYA. 30. Adakah BPKP JPT melaksanakan Ambilan Semester Kedua (Disember)? TIDAK. Walau bagaimanapun terdapat beberapa IPTA tertentu melaksanakan Ambilan Semester Kedua. Sila layari laman web IPTA berkaitan untuk maklumat lanjut. Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mel kami upu@mohe.gov.my atau kunjungi kami di Karnival Pengajian Tinggi Negara - JOM MASUK U Tahun 2010 di 10 lokasi terpilih mulai minggu pertama Januari hingga Akhir Mac 2010. Maklumat lanjut sila layari laman web www.upu.mohe.gov.my

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

15

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 3: POLITEKNIK (PERINGKAT DIPLOMA ATAU SIJIL)


Politeknik KPT ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti dan ICT di peringkat sijil dan diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Terdapat 27 buah Politeknik yang sedang beroperasi di seluruh negara. Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua (2) kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 45,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik dan lulusan Sijil Kolej Komuniti pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program. Polteknik KPT menawarkan 20 program sijil dan 49 program diploma dalam pelbagai bidang. Ia juga menawarkan program kemahiran di peringkat sijil kepada calon berkeperluan khas yang masalah pendengaran. Ketika ini terdapat 86,000 pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di Politeknik KPT.

3.1 Program Yang Ditawarkan


3.1.1 Lepasan SPM (senarai Program Sijil dan Diploma)
Untuk senarai program Sijil dan Diploma yang ditawarkan kepada pelajar Lepasan SPM, sila rujuk http://www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/index.asp

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

16

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

3.1.2 Senarai Politeknik


1. Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak 2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang 3. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah 4. Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan 5. Politeknik Kuching, Kuching, Sarawak 6. Politeknik Port Dickson, Si Rusa, Negeri Sembilan 7. Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah 8. Politeknik Shah Alam, Shah Alam, Selangor 9. Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor 10. Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang 11. Politeknik Kota, Melaka, Balai Panjang, Melaka 12. Politeknik Kota, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu 13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu 14. Politeknik Merlimau, Merlimau, Melaka 15. Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak 16. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah 17. Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Selangor 18. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis 19. Politeknik Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang 20. Politeknik Mukah, Mukah, Sarawak 21. Politeknik Balik Pulau, Bayan Lepas, Pulau Pinang 22. Politeknik Jeli, Jeli, Kelantan 23. Politeknik Nilai, Nilai, Negeri Sembilan 24. Politeknik Banting, Banting, Selangor 25. Politeknik Mersing, Pasir Gudang, Johor 26. Politeknik Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu 27. Politeknik Sandakan, Sandakan, Sabah

3.2 Syarat Kelayakan

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

17

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

Syarat Kelayakan Bagi Permohonan Kemasukan Politeknik Lepasan SPM

3.3 Permohanan Kemasukan


Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web; http://www.politeknik.edu.my

Carta aliran permohonan kemasukan politeknik secara online

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

18

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00(Ringgit Malaysia: Enam sahaja. Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN. Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan atau MyKadpemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT. Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit sebelum meninggalkan kaunter BSN. Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang dan terlupa. NOTA: Nombor PIN yang sama boleh digunakan untuk mengakses e-Borang Kolej Komuniti KPT. Pemohon hendaklah mencetak paparan butiran permohonan setelah menekan butang 'HANTAR MAKLUMAT PERMOHONAN'. Pindaan maklumat pada e-borang boleh dibuat sebelum tarikh tutup dan mencetak semula butiran permohonan terkini.

http://www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/index.asp

3.4 Soalan Lazim


Soalan Lazim bagi Politeknik. 01. Saya seorang pelajar lulusan sijil kolej komuniti.Oleh sebab itu, adakah politeknik menawarkan tempat untuk lulusan seperti kami? Anda boleh mengikuti kursus Bridging di Politeknik mengikut kursus yang anda pohon.Permohonan bolehlah buat secara atas talian. Syarat Kelayakan Masuk Untuk Semua Program Bridging Lulusan Sijil Kolej Komuniti adalah Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 19

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

seperti berikut: 1. Warganegara Malaysia. 2. Lulus SIJIL KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA yang berkaitan dengan kursus yang dipohon serta memenuhi syarat minimum berikut: o Memperolehi Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 3.00 atau lebih pada semester akhir DAN o Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun. 02. Berapakah bilangan Politeknik yang sedang beroperasi pada masa kini? Politeknik yang sedang beroperasi adalah 20 Politeknik. Apakah syarat untuk lulusan sijil politeknik bagi meyambung ke kursus diploma di mana-mana politeknik? Syarat kelayakan masuk untuk semua kursus Diploma Lulusan Sijil Politeknik: 1. Warganegara Malaysia. 2. Lulus SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA yang berkaitan dengan kursus yang dipohon serta memenuhi syarat minimum berikut: o Memperolehi Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 2.50 atau lebih pada semester akhir ATAU o Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun jika HPNM kurang daripada 2.50.

03.

04.

Bolehkah pembelajaran dibuat secara sambilan di Politeknik? Anda boleh mengikuti kursus yang dinamakan Kursus Secara Sambilan.Diperingkat Politeknik, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah dilantik bagi menguruskan program ini. Hanya 10 buah politeknik yang menawarkan peluang pembelajaran untuk Kursus Secara Sambilan ini. Anda boleh menghubungi talian 03-51634019/18/17 untuk keterangan lanjut. Saya telah diterima masuk ke Politeknik tetapi bercadang ingin menukar tempat pengajian ke politeknik lain?Adakah ini dibenarkan. Pertukaran politeknik adalah tidak dibenarkan.Keputusan tawaran adalah muktamad.

05.

06.

Berapakan jumlah yuran pengajian untuk mengikuti program di Politeknik? 1. Yuran Pengajian - RM 200 setiap semester (dibayar semasa pendaftaran) 2. Bayaran Lain - Ditetapkan oleh Politeknik(dianggarkan RM 500) Siapakah yang membiayai pelajar-pelajar Politeknik? Pelajar Politeknik Peringkat Diploma ditaja oleh PTPTN. Walaubagaimanapun mulai 1 Jan 2005, semua pelajar peringkat Sijil juga akan ditaja oleh PTPTN.

07.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

20

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 4: KOLEJ KOMUNITI (PERINGKAT SIJIL)


Kolej Komuniti merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui Memorandum No 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Tujuan penubuhan Kolej Komuniti adalah untuk merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam system pendidikan negara amnya dan pengajian tinggi khasnya. Ia berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) merupakan institusi pendidikan yang menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil serta program jangka pendek kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), pekerja dan kumpulan lain dalam masyarakat setempat. Kolej Komuniti mula beroperasi dengan sepuluh buah kolej perintis pada Jun 2001 dan kin bilangannya telah meningkat kepada 38 buah kolej komuniti dan 18 buah cawangan di seluruh negara.

4.1 Program Yang Ditawarkan


4.1.1 Senarai Kursus yang ditawarkan
V01 - SIJIL MULTIMEDIA KREATIF (ANIMASI) (SAN) V02 - SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN BERSEPADU (STB) V03 - SIJIL AUTOMOTIF (SAU) V04 - SIJIL PELUKIS PELAN SENI BINA (SPS) V05 - SIJIL PENYENGGARAAN BANGUNAN (SBM) V06 - SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (PEMASANGAN DAN PERKHIDMATAN) (STE) V07 - SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN (SKS) V08 - SIJIL HOTEL & KATERING (SHK) V09 - SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN (SFP) V10 - SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN (SPK) V11 - SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN (STP) V12 - SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT (STM) V13 - SIJIL PERAKAUNAN PERNIAGAAN (SPP) V14 - SIJIL MULTIMEDIA KREATIF (PENGIKLANAN) (SMP) V15 - SIJIL PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA (SPU) V16 - SIJIL PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN (SPL) V17 - SIJIL REKABENTUK DALAMAN (SRD) V18 - SIJIL LANSKAP DAN PENGURUSAN NURSERI (SLP) V19 - SIJIL KECANTIKAN DAN DANDANAN RAMBUT (SKD) V20 - SIJIL BAKERI DAN KONFEKSIONARI (SBK) V21 - SIJIL INDUSTRI SERAMIK (SIS) V22 SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN PERABOT - (SFM)

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

21

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

4.1.2 Senarai Kolej Komuniti


1. PERLIS i- Kolej Komuniti Arau 7. JOHOR i- Kolej Komuniti Segamat ii- Kolej Komuniti Ledang 2. KEDAH i- Kolej Komuniti Bandar DarulAman - Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu - Kolej Komuniti Cawangan Jerai ii- Kolej Komuniti Sungai Petani - Kolej Komuniti Cawangan Jeli iii- Kolej Komuniti Kulim iv- Kolej Komuniti Langkawi v- Kolej Komuniti Baling 8. TERENGGANU - Kolej Komuniti Cawangan Muar - Kolej Komuniti Cawangan Pagoh 5. SELANGOR i- Kolej Komuniti Sabak Bernam - Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Karang ii- Kolej Komuniti Kuala Langat - Kolej Komuniti Cawangan Klang

iii- Kolej Komuniti Bandar Penawar iii- Kolej Komuniti Hulu Selangor iv- Kolej Komuniti Segamat 2 v- Kolej Komuniti Pasir Gudang - Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai 11. SARAWAK i- Kolej Komuniti Kuching iv- Kolej Komuniti Hulu Langat v- Kolej Komuniti Selayang

i- Kolej Komuniti Kuala Terengganu ii- Kolej Komuniti Mas Gading - Kolej Komuniti Cawangan Pasir Mas - Kolej Komuniti Cawangan Santubong - Kolej Komuniti Cawangan Betong

3. PULAU PINANG i- Kolej Komuniti Kepala Batas - Kolej Komuniti Cawangan Nibong Tebal - Kolej Komuniti Cawangan Bukit Mertajam ii- Kolej Komuniti Bayan Baru

- Kolej Komuniti Cawangan Kemaman

9. NEGERI SEMBILAN i- Kolej Komuniti Jempol ii- Kolej Komuniti Jelebu

6. PAHANG i- Kolej Komuniti Kuantan ii- Kolej Komuniti Bentong - Kolej Komuniti Cawangan Raub

4. PERAK i- Kolej Komuniti Teluk Intan ii- Kolej Komuniti Chenderoh iii- Kolej Komuniti Gerik iv- Kolej Komuniti Sungai Siput v- Kolej Komuniti Pasir Salak

10. MELAKA i- Kolej Komuniti Bukit Beruang - Kolej Komuniti Cawangan Kota Melaka ii- Kolej Komuniti Masjid Tanah iii- Kolej Komuniti Selandar iv- Kolej Komuniti Jasin

iii- Kolej Komuniti Mentakab iv- Kolej Komuniti Paya Besar v- Kolej Komuniti Rompin

12. SABAH i- Kolej Komuniti Tawau - Kolej Komuniti Cawangan Semporna

13. KELANTAN i- Kolej Komuniti Kok Lanas

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

22

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

http://www.bpkk.edu.my/pengambilan/?lang=my&id=1&mnu=1

4.1.2 Fokus Kursus - Kursus Yang Ditawarkan


Kolej Komuniti KPT menawarkan program berbentuk formal dan tidak formal yang menitikberatkan kemahiran.

4.1.3 Tempoh Pengajian


Tempoh minimum pengajian bagi semua program sijil ialah dua tahun (4 semester) dan tempoh maksimum ialah lima tahun (10 semester).

4.1.4 Latihan Industri


Setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus latihan industri (LI) selama satu semester (enam bulan). LI dijalankan pada semester ketiga bagi program peringkat sijil, bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam pekerjaan

4.2 Syarat Kelayakan


1. Calon mestilah WARGANEGARA Malaysia. 2. Lulus peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) atau SIJIL PELAJARAN MALAYSIA VOKASIONAL (SPMV) Lulus Bahasa Melayu. 3. Nota : Pelajar lepasan Sekolah Menengah Teknik dalam aliran vokasional digalakkan memohon Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 23

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

4.3 Permohanan Kemasukan


4.3.1 Permohonan Secara Atas Talian (On-Line):
- Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti KPT bagi Sesi Januari 2010 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web ini mulai 13 September 2009 (Ahad). :- Pemohon baru diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja) mulai tarikh tersebut. :- Jika nombor PIN hilang atau terlupa, pemohon hendaklah membelinya semula. :- Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan semasa membeli nombor PIN di BSN bagi mengelakkan berlakunya kesilapan nombor kad pengenalan. Kesilapan tersebut akan menyebabkan pemohon tidak boleh mengakses e-Borang. :- Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. :- Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit. NOTA: Nombor PIN yang sama juga boleh digunakan untuk mengakses e-Borang Politeknik KPT.

4.3.2 Permohonan Secara Manual/Borang


:- Borang Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti bolej dibeli di mana-mana Kolej Komuniti dengan menggunakan Wang Pos berharga RM 6.00. Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke Kolej Komuniti yang berhampiran. PERHATIAN: Gunakan HANYA satu kaedah sahaja, untuk membuat permohonan baru.

4.3.3 Semakan Status Permohonan


:- Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Kolej Komuniti KPT HENDAKLAH mencetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT-SPKK) melalui laman web ini. Arahan selanjutnya yang perlu calon lakukan terdapat dalam surat tersebut. Web rujukan: http://www.bpkk.edu.my/pengambilan/?lang=my&cat=1&id=1&mnu=1 :- SURAT TAWARAN RASMI AKAN DIPOSKAN KEPADA TUAN-TUAN SETELAH PIHAK KOLEJ MENERIMA BORANG JAWAPAN TAWARAN BJT-SPKK.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

24

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

4.4 Soalan Lazim (FAQ)


S1: Apakah perbezaan kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti dengan Politeknik? J1: Kursus di Kolej Komuniti menekankan aktiviti hands on atau praktikal iaitu nisbah teori dengan amali adalah 25% : 75% S2: Apakah kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti? J2: Kolej Komuniti menawarkan kursus formal dan kursus pendek. Terdapat 22 kursus formal yang ditawarkan manakala kursus pendek bergantung kepada permintaan dan keperluan komuniti. S3: Berapakah tempoh pengajian bagi kursus sijil yang ditawarkan di Kolej Komuniti? J3:Tempoh pengajian minimum bagi kursus Sijil ialah selama 2 tahun (4 semester) dan tempoh maksimum ialah selama 5 tahun (10 semester). Setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6 bulan pada semester ketiga. S4: Apakah syarat kemasukan bagi kursus Sijil yang ditawarkan di Kolej Komuniti? J4: Syarat minimum untuk memohon ke kursus formal di Kolej Komuniti adalah warganegara Malaysia yang lulus SPM atau SPMV, manakala kursus pendek adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat. S5: Bagaimanakah cara untuk memohon belajar di Kolej Komuniti? J5: Bagi kursus formal, calon boleh memohon dengan menggunakan borang yang boleh dibeli di manamana Kolej Komuniti atau permohonan secara online di http://www.bpkk.edu.my. Iklan mengenai permohonan akan dikeluarkan pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober setiap tahun. Bagi kursus pendek pula mereka yang berminat boleh melihat iklan atau brosur mengenai kursus yang ditawarkan di kolej yang berkenaan. S6: Adakah Kolej Komuniti menyediakan kemudahan penginapan? J6: Kolej Komuniti tidak menyediakan asrama atau tempat penginapan. Walaubagaimanapun pihak Kolej sedia membantu untuk mendapatkan tempat penginapan. S7: Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di Kolej Komuniti? J7: Kolej Komuniti menyediakan kemudahan-kemudahan seperti bilik kuliah, makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, percetakan, kemudahan sukan dan kemudahan pengangkutan. S8: Berapakah bayaran yang dikenakan? J8: Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Sepenuh Masa (peringkat sijil) ialah yuran pengajian adalah sebanyak RM200.00 (setiap semester) dan yuran pelbagai sebanyak RM210.00 dibayar semasa pendaftaran semester pertama sahaja. Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Pendek pula adalah minimumRM5.00 dan maksimum adalah RM20.00. Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 25

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

S9: Adakah bantuan kewangan yang disediakan? J9: Kolej Komuniti ada menyediakan pembayaran elaun sebanyak RM 250 sebulan kepada pelajar Kolej Komuniti yang layak sahaja (Tertakluk kepada syarat dan perubahan). Kepada yang tidak layak mendapat elaun, pelajar boleh memohon pinjaman yang ditawarkan oleh KPT. S10: Adakah lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi? J10: Ya, lulusan Kolej Komuniti boleh menyambung pengajian ke program diploma di Politeknik melalui program bridging selama 6 bulan dan pengajian diploma selama 1 tahun. Seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi di universiti tempatan atau luar negara. Lulusan Sijil Kolej Komuniti boleh juga memohon untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Komuniti. S11: Adakah kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti diiktiraf? J11: Sebanyak 18 kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti telah mendapatkan pengiktirafan daripada JPA manakala bakinya 4 kursus masih lagi dalam proses mendapatkan pengiktirafan. Berikut adalah senarai kursus yang telah mendapat pengiktirafan JPA: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. Kursus Teknologi Pembuatan Bersepadu Kursus Automotif Kursus Pelukis Pelan Senibina Kursus Penyenggaraan Bangunan KursusTeknologi Pembinaan KursusTeknologi Elektrik Kursus Sistem Komputer dan Sokongan Kursus Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kursus Multimedia Kreatif (Animasi) Kursus Fesyen dan Pakaian Kursus Hotel dan Katering Kursus Teknologi Maklumat Kursus Pelancongan dan Pengembaraan Kursus Multimedia Kreatif (Pengiklanan) Kursus Perakaunan Perniagaan Kursus Penyejukan dan Penyamanan Udara Kursus Rekabentuk Dalaman Landskap dan Pengurusan Nurseri

Empat lagi kursus sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan JPA iaitu: 1. 2. 3. 4. Kursus Kecantikan dan Dandanan Rambut Kursus Bakeri & Konfeksionari Industri Seramik Teknologi Pembuatan Perabot

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

26

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 5: STPM SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (TING. 6)


STPM merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar M alaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).STPM disediakan oleh M ajlis Peperiksaan M alaysia (M PM) yang juga menyediakan M alaysian University English Test (M UET), berbeza dengan Sijil Pelajaran M alaysia (SPM), Penilaian M enengah Rendah (PM R) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan M alaysia (LPM). Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan M PM adalah terletak di bawah Kementerian Pelajaran M alaysia. STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah program matrikulasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran. STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.

5.1 Program Yang Ditawarkan


Pembelajaran Tingkatan 6 hanya ditawarkan di sekolah-sekolah tertentu dan ini dimaklumkan melalui surat tawaran kepada pelajar yang layak. Para pelajar akan mengikuti kelas di Tingkatan 6 selama 1.5 tahun. Tingkatan 6 itu sendiri dibahagi kepada 2 peringkat; setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas.

5.1.1 Mata Pelajaran


Terdapat dua jurusan yang ditawarkan di Tingkatan 6: Kemanusiaan Sains Calon STPM menduduki maksimum 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan matematik seperti M athematics S, M athematics T, Further M athematics T, Computing, Physics, Chemistry, dan Biology ditawarkan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa M elayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut ditawarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagi mata pelajaran yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam bahasa M elayu atau bahasa masing-masing. Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang kombinasi mata pelajaran adalah dibenarkan, iaitu pengambilan apa-apa mata pelajaran adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang memohon university tempatan diwajibkan mengambil Pengajian Am. Kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan kombinasi mata pelajaran berdasarkan aliran sains atau kemanusiaan. Senarai mata pelajaran yang ditawarkan: 900 Pengajian Am 910 Bahasa M elayu 911 Bahasa Cina 912 Bahasa Tamil 913 Bahasa Arab 920 Literature in English Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 27

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

922 Kesusasteraan M elayu 930 Syariah 931 Usuluddin 940 Sejarah 942 Geografi 944 Ekonomi 946 Pengajian Perniagaan 948 Perakaunan 950 M athematics S 954 M athematics T 956 Further M athematics T 958 Computing 960 Physics 962 Chemistry 964 Biology 966 Sains Sukan 970 Seni Visual

5.1.2 Gred
STPM menggunakan sistem Nilai Gred M ata Pelajaran. Terdapat 11 gred, iaitu: A4.00 (Lulus Penuh) A3.67 (Lulus Penuh) B+ 3.33 (Lulus Penuh) B3.00 (Lulus Penuh) B2.67 (Lulus Penuh) C+ 2.33 (Lulus Penuh) C2.00 (Lulus Penuh) C1.67 (Lulus Sebahagian) D+ 1.33 (Lulus Sebahagian) D1.00 (Lulus Sebahagian) F 0.00 (Gagal) Para pelajar bebas memilih sama ada ingin mengambil 4 atau 5 mata pelajaran. Walau bagaimanapun, hanya 4 mata pelajaran terbaik diambil kira sebagai keputusan akhir peperiksaan STPM. Perbezaan mengambil 5 dan 4 mata pelajaran: Contohnya 5 principal B iaitu 3.00 darab 5 = 15.00/4 = 3.75 (CGPA), 4 principal B iaitu 3.00 darab 4 = 12.00/4 = 3.00 (CGPA). Perbezaan pointer CGPA yang ketara, antara 3.75 3.00 = 0.75. Walau bagaimanapun bebanan lebih kepada pelajar yang mengambil 5 mata pelajaran

5.2 Syarat Kelayakan


Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang dari 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa permohonan dilakukan. Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam manamana mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan SPM termasuk Bahasa Melayu. Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 28

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

5.2.1 Jurusan Kemanusian


Calon mestilah memperoleh agregat tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan SPM

5.2.2 Jurusan Sains


Calon mestiliah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kepujian dan agregat tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata peajaran sains yang diambil dalam peperiksaan SPM

5.3 Permohanan Kemasukan


Selepas keputusan SPM dikeluarkan pada bulan Februari, pelajar dinasihatkan utk berhubung dengan guru kauselor masing-masing bagi pendaftaran kemasukkan ke Tingkatan 6. Permohonnan akan dilakukan mengikut sekolah Tawaran akan dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing Pelajar yang gagal ditawarkan ke Tingkatan 6 boleh membuat rayuan di Pejabat Pendidikan Negeri/Daerah

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

29

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 6: STAM (SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA)


S ijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam M alaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan M alaysia (LPM) untuk memastikan pelajar Malaysia yang diterima masuk ke Universiti Al-Azhar dan universiti yang setaraf dengannya di dalam dan di luar negara, terdiri daripada mereka yang benar-benar berkualiti dan dapat memiliki ijazah dalam jangka masa yang paling singkat. Kemasukkan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar kini dibuat melalui lebih kurang 26 jenis sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan pelbagai sekolah seperti Sijil Tinggi Ugama. STAM diperkenalkan agar sistem dan syarat kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar akan lebih selaras.

6.1 Program Yang Ditawarkan


6.1.1 Mata pelajaran
Mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut: S101 Hifz Al-Quran dan Tajwid S102 Fiqh S103 Tauhid dan M antiq (ilmu akal logik) S104 Tafsir dan Ulumuhu S105 Hadith dan M ustolah S106 Nahu (tatabahasa) dan Sarf S107 Insya dan M utalaah S108 Adab dan Nusus S109 Arudh dan Qafiyah S110 Balaghah (kesusateraan)

6.1.2 Gred
Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat M aqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan. Calon yang ingin mengulang peperiksaan tersebut boleh memilih untuk mendaftar dan menduduki mana-mana mata pelajaran yang ingin diperbaiki dalam tempoh 3 tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki. Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut: o Mumtaz - Cemerlang o Jayyid Jiddan - Sangat Baik o Jayyid - Baik o Maqbul - Lulus o Rasib - Gagal

6.2 Syarat Kelayakan



Telah menduduki Sijil Pelajaran M alaysia (SPM), atau Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM. Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

30

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

6.3 Permohanan Kemasukan


Calon-calon yang berminat boleh membuat pendaftaran di mana-mana sekolah kerajaan yangmenawarkan STAM atau mendaftar di pusat-pusat pengajian swasta Bagi calon yang mendafatar di sekolah-sekolah kerajaan yang menawarkan pembelajaran STAM, pendaftaran selalunya mengikut jadual pembelajaran sekolah biasa. Bermula pada awal Januari Bagi calon-calon persendirian atau yang mendaftar di institusi swasta, kebiasaannya pendaftaran ditutup pada hujung bulan Mac, selepas keputusan SPM diumumkan. Antara institusi-institusi swasta yang menawarkan pembelajaran STAM adalah Akedemi Ikatan Muslimin di Ipoh, Perak

Dapatkan maklumat lanjut mengenai pengajian STAM di Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Perak. Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://ismaperakdr.wordpress.com/

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

31

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 7: PERSEDIAAN LUAR NEGARA


7.1 Program Yang Ditawarkan
Terdapat pelbagai jenis program-program persediaan pengajian luar negara. Antara yang sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar tajaan mahupun persendirian adalah seperti berikut: No 1 2 3 4 5 6 7 Program Persedian Luar Negara A-Level International Baccalaureate AUSMAT ADFP (American Degree Foundation Programme) & ACTP (American Credit Transfer Programme) Ambang Asuhan Jepun (AAJ) SAM South Australian Matriculation Persediaan Timur Tengah, Rusia, Korea, Perancis dan Jepun Institusi yang menawarkan program persediaan INTEC, KYUEM, KDU Kolej Mara Banting INTEC, KBU INTEC, Taylors College UM Taylors College, INTI international University College INTEC Negara International International Australia USA Jepun Australia Timur Tengah, Rusia, Korea, Perancis dan Jepun

7.2 Syarat Kelayakan


Tajaan bergantung kepada badan/syarikat tajaan Persendirian bergantung kepada institusi yang menawarkan program persediaan (kebiasaanya minimum)

7.3 Permohanan Kemasukan


Tajaan perlu melaui proses pemilihan yang ketat. Ini termasuk sesi temuduga dan ujian Persendirian boleh mendaftar terus di institusi yang menawarkan program persediaan

7.4 Peringkat Seterusnya


Menyambung pengajian di IPT luar negara/

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

32

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 8: IPTS (INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA)


8.1 Senarai IPTS

PENUBUHAN
Senarai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia dan Tahun Penubuhannya seperti pada tahun 2007 Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 33

PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

RUJUKAN
http://www.moe.gov.my http://www.moe.gov.my/bmkpm/ http://upu.mohe.gov.my/ http://upu.mohe.gov.my/index1.php http://www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/index.asp http://www.bpkk.edu.my/pengambilan/?lang=my&id=1&mnu=1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Persekolahan_Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Agama_Malaysia Pendidikan Selepas SPM, Abdul Hakim Mustor, PTS Professional, 2006

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10

34

You might also like