You are on page 1of 3

MASALAH GENDER

Antara 30,000 hingga 40,000 wanita transseksual yang telah menjalani pembedahan tinggal di Amerika Syarikat, dan berpuluh ribu lagi sedang dalam proses menjalani peralihan jantina (gender transition). Bilangan ini jauh lebih besar dari yang sering dianggap umum kerana hikikat sebenar dan tahap situasi transseksual tidak dapat dilihat. Paling tersembunyi adalah bilangan besar wanita-wanita transseksual berjaya yang telah pun sempurna peralihan. Ini adalah kerana kebanyakkan wanita-wanita yang berjaya hidup dalam keadaan selubung (stealth mode) ataupun tersebati (woodworked). Mereka meninggalkan latar belakang mereka dan bersembunyi dikalayak umum untuk mengelakkan stigma masyarakat dan meneruskan hidup baru mereka. Kejayaan-kejayaan peribadi mereka memastikan asimilasi dan kesebatian mereka dalam masyarakat.

Ketidakkelihatannya wanita-wanita berjaya yang telahpun menjalani pembetualan jantina di kalangan masyarakat, menambah kepada tanggapan bahwa transseksualisme lelaki-ke-perempuan (LkP) itu tidak kerap berlaku. Namun transseksualime jati bukanlah jarang. Bancian terbaru menunjukkan bahwa ianya berlaku pada seorang setiap 250 ke 500 kanak-kanak yang dilahirkan lelaki, dan lebih kurang 1 setiap 2500 orang yang dilahirkan lelaki di Amerika Syarikat telahpun menjalani pembedahan jantina kerana mereka transseksual. Transseksualisme lantas adalah dua kali lebih kerap dari sklerosis berbilang (multiple sclerosis MS), palsi serebrum (cerebral palsy) maupun bibir/lelangit rekah (cleft lip/palate).

Halimunan kejayaan-kejayaan ini memberi tanggapan bahwa peralihan jantina kerap kali membawa kesudahan menyedihkan. Pihak media sekarang menyorot transseksual-transseksual hanya dalam dua situasi, yaini bilamana seseorang yang ternama membuat pembedahan jantina dan bila diskriminasi, gangguan dan penganiayaan berlaku. Liputan media mengenai pembedahan jantina seseorang tidak pernah mendapat liputan lanjut tentang perkembangannya beberapa tahun kemudian. Liputan memberi fokus sebaliknya kapada keadaan kehidupan pra-peralihan, kemelut ketika peralihan tetapi tidak pernah tentang kehidupan selepas peralihan. Kemelesetan pendedahan seimbang ini membentuk persepsi masyarakat bahwa peralihan membawa paling kurang kepinggiran kerana kita tak dengar lagi tentang mereka. Pada jangka panjangnya, hanya kisah kegagalan sosial yang kadang kala timbul dan kisah mangsa-mangsa penganiayaan dan gangguan tidak pudar-pudar.

Kekurangan model peranan (role model) berjaya, dan berhadapan dengan imej-imej sterotaip transseksual gasang yang sengaja diada-adakan oleh media seperti dalam rancangan TV Jerry Springer menyebabkan gadis-gadis trans sering dibelenggu ketakutan untuk memberitahu sesiapa tentang keadaan mereka. Sentiasa di ingatkan tentang keganasan dan diskriminasi yang dihadapi golongan trans tanpa mengetahui bahwa sebilangan besar wanita berjaya mengatasi masaalah-masaalah begini, ramai transseksual muda tidak dapat melihat jalan keluar dari kesusahan perit mereka. Stigma masyarakat tentang transseksualisme menyebabkan ramai remaja membendung rasa hina, malu dan bersalah tentang keadaan mereka. Akibatnya gadis-gadis transseksual muda sering membuang masa bernilai, yang bertahun-tahun, sebelum mendapatkan bantuan, dan ramai gagal mencari jalan memperbetulkan keadaan jantina mereka.

Akhir-akhir ini situasi ketidakkelihatan tersebut mula berubah dengan semakin ramai wanita dari segenap pelusuk dunia yang telah pun menjalani pembedahan membuat sito-sito web untuk membantu. Sesetengah mereka keluar secara diam-diam dikalangan komuniti TS. Yang lain berkongsi kisah-kisah mereka (mereka terus tersebati ataupun dalam keadaan selubung) dan keluar secara maya (virtually out, VO) hanya di internet. Kita bertuah dapat akhirnya mengetahui kisah hidup mereka melalui senarai sito-sito seperti berikut. Lynn berharap semakin ramai wanita-wanita berjaya dapat tampil secara diam-diam dengan rasa selesa untuk berkongsi kisah hidup mereka begini di jaringan web.

Wanita-wanita yang disenaraikan di laman-laman ini adalah dari pelbagai kumpulan. Mereka dari berbilang kewarganegaraan, bangsa dan kaum. Mereka berasal dari kelas sosial dan latar belakang kekeluargaan berbeza. Mereka membuat peralihan dalam usia berbeza. Ada yang telah lama dan ada yang baru sahaja menjalani pembedahan. Sesetengahnya telah keluar bertahun-tahun manakala yang lainnya masih hidup dalam keadaan selubung.

Ramai di kalangan wanita-wanita ini terpaksa menghadapi rintangan-rintangan dahsyat demi menjalani peralihan, terutamanya mereka yang melaluinya bertahun-tahun dahulu. Ada yang bangkit dari kehinaan awal termasuk kedesakkan kehidupan jalanan namun kemudiannya beroleh juga kejayaan. Yang lainnya mengalami peralihan yang lebih mudah akhir-akhir ini di negara-negara barat yang lebih

berkesedaran. Sebilangan kecil begitu bertuah mendapat sokongan keluarga masing-masing sejak kecil pun. Seperti yang anda akan lihat, laman ini bukanlah senarai kehormat atau apa -apa. Sebaliknya ia bertujuan menjadi tempat dimana model-model peranan yang begini berbeza tapi representatif dapat tampil lebih ketara model-model peranan yang kebanyakkannya mudah dihubungi melalui internet untuk interaksi dan bantuan.

Perkara yang membuatkan wanita-wanita ini berjaya bukanlah tahap pencapaian kerjaya atau berapa banyak wang yang mereka ada, bagimana jelita mereka maupun kemahsyuran mereka sebagai penghibur. Pencapaian-pencapaian ini bergitu bererti dan membuktikan bahwa peralihan tidak membendung seseorang wanita dari mencapai apa yang secara tradisinya dianggap masyarakat sebagai kejayaan. Kejayaan sebenarnya yang tertera disini walaubagaimanapun adalah pencapaian naluri. Mereka berjaya hidup sepenuhnya. Ini terlihat dari raut wajah ceria mereka dan tersirat dalam kisah kisah hidup mereka. Ini adalah kejayaan wanita-wanita yang mengatasi dan memperbetulkan transseksualisme awal dan terus mara kehadapan meraih kebahagiaan, keselesaan dan kedamaian hidup

Rata-rata, kisah-kisah kita dapat membantu merubah pandangan umum tentang keadaan transseksual. Apa tidaknya? Kita penyumbang ceria dan produktif kepada pelbagai aspek kehidupan: sebagai doktor dan peguam, ahli sains, jurutera dan ahli program, juruterbang, usahawan, pengurus dan pekerja pejabat, sebagai pensyarah universiti dan mahasiswi, di bidang politik, dalam bidang pendidikan, penguatkuasaan undang-undang, bidang-bidang kepakaran, di dunia peragawati dan hiburan. Realiti dan kesempurnaan transformasi fizikal kita tidak boleh disangkal. Ramai di antara kita adalah isteri, kekasih ataupun pasangan hidup dalam hubungan-hubungan penuh kasih sayang yang terbina bertahun tahun. Anda dapat mengimbas wajah begitu menarik tentang keadaan transseksual bila menjengok laman-laman yang dipaut dari sini yang mengandungi maklumat tentang pengalaman wanita-wanita berjaya ini.

You might also like