You are on page 1of 2

9. Masa Itu Emas Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia.

Semarak kasih, sekalung budi buat Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma, penjaga masa setia, Dif-dif Tehormat, seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan.

Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh, izinkan saya mendefinisikan terlebih dahulu tajuk pidato saya agar hadirin di dalam dewan ini dapat menghayati pidato ini bersama saya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, masa ditakrifkan sebagai waktu, ketika atau tempoh.. Manakala emas pula diertikan sebagai sejenis logam kuning yang berharga. Oleh itu, apabila masa dinisbahkan kepada emas yang sangat berharga, ia jelas membuktikan kepada kita betapa pentingnya masa itu kerana masa yang sudah berlalu tidak akan berulang lagi. Di sini saya bawakan kepada anda dua indikator utama tentang Pada masa cuti sekolah, kita boleh menggunakan masa lapang itu untuk melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah. Kita boleh membantu mereka dengan mengemas rumah, menyiram pokok bunga, menolong ibu memasak dan lain-lain lagi. Ini dapat meringankan tugas ibu bapa dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kita.

Selain itu, masa lapang haruslah kita gunakan untuk membaca atau mengulang kaji pelajaran. Aktiviti ini boleh menambahkan kemahiran dan kecekapan kita dalam sesuatu mata pelajaran. Kita juga akan dapat membaiki kelemahan dalam pelajaran Selain itu, jika ada kesempatan, kita boleh berkelah bersama keluarga. Dengan berkelah, kita dapat merehatkan fikiran dan menyegarkan minda setelah penat berlajar. Apatah lagi berkelah juga dapat mengeratkan tali persaudaran kerana kita dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain, makan dan sebagainya bersama keluarga

Masa lapang terutamanya pada musim cuti sekolah juga boleh kita gunakan untuk berkunjung ke rumah saudara-mara. Ini dapat mengeratkan persaudaraan antara saudara mara, di samping dapat melancong dan menikmati keindahan alam.

Kesimpulannya, masa amat berharga. Justeru, hargailah masa demi kehidupan yang lebih sempurna. Masa cuti sekolah atau masa lapang boleh dilalui dengan perkara yang tidak sia-sia apabila kita menghargai masa.

You might also like