You are on page 1of 15

AKTIVITI : 1 KAJIAN DOKUMEN (T1A1) Berdasarkan kepada adat resam perkahwinan yang telah dipilih, lakukan kajian dokumen

mencari maklumat melalui pembacaan buku, jurnal, makalah bercetak ataupun atas talian (pencarian internet). Maklumat yang dicari harus merangkumi aspek-aspek berikut;

Sejarah atau latarbelakang termasuk tujuan ianya diadakan; sama ada kerana agama; tradisi turun temurun; budaya dan lain-lain; Adat resam perkahwinan seperti persediaan sebelum upacara majlis yang merangkumi risikan, pertunangan dan lain-lain; Pelbagai pakaian pengantin; Juadah dan Kuih muih utama/khas; Amalan-amalan yang dilakukan; Pantang larang jika berkaitan; Dan lain-lain mengikut kreativiti anda.

Laporkan semua pencarian dokumen anda dalam bentuk penulisan kertas kerja. Upload laporan pada Assignment page di portal EPIC. Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 1 sebelum atau pada 5 Julai 2013 (5.00 PM). Namakan fail laporan anda sebagai T1A1.

AKTIVITI : 2 RAKAMAN SUASANA SAMBUTAN DAN RUMUSAN (T1A2) Aktiviti ini adalah kesinambungan kepada Aktiviti 1. Anda telahpun melalui proses mencari maklumat secara membaca. Tujuan aktiviti ini adalah untuk anda mengalami sendiri sambutan upacara perkahwinan tersebut.

Lawatan ke rumah seorang teman yang menyambut upacara perkahwinan yang anda pilih. Mengambil gambar/ videokan suasana sambutan sebenar yang merangkumi pakaian; jenis juadah yang dihidangkan; amalan-amalan yang dilakukan dan lain-lain aspek yang berkaitan.

Berdasarkan kepada gambar foto/ video suasana sambutan majlis perkahwinan, anda perlu membuat rumusan sepanjang 300 hingga 350 patah perkataan.

Upload gambar foto/ rakaman dan rumusan anda pada Assignment page di portal EPIC. Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 2 sebelum atau pada 20 September 2013 (5.00 PM). Namakan fail laporan anda sebagai T1A2.

AKTIVITI : 3 JURNAL REFLEKTIV (T1A3)


Sebagai penamat kepada Tugasan 1; anda perlu membuat aktiviti terakhir ini iaitu menulis Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif (JR) merupakan catatan luahan perasaan; reaksi; fikiran; persepsi anda berdasarkan semasa membuat aktiviti 1 dan 2. Dalam JR anda juga, bandingkan perbezaan yang mungkin wujud antara adat resam perkahwinan berlainan yang diperoleh melalui aktiviti 1 (kajian dokumen) dengan situasi sebenar yang dirakamkan dalam aktiviti 2. Tuliskan semua catatan anda dalam bentuk karangan esei; dan buat satu rumusan keseluruhan. Berikan cadangan-cadangan atau tindakan susulan dimana perlu. Anda dinasihati membuat refleksi dari aspek seorang individu; seorang ibu/bapa; seorang anak; seorang ahli masyarakat majmuk Malaysia; dan seorang guru yang bertanggungjawab membentuk generasi akan datang. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja.

Upload Jurnal Reflektif anda pada Assignment page di portal EPIC. Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 3 (Jurnal Reflektif) sebelum atau pada 4 Oktober 2013 (5.00 PM). Namakan fail laporan anda sebagai T1A3 (Jurnal Reflektif)

Sebagaimana kaum-kaum lain di Malaysia, kaum India juga mempunyai adat resam perkahwinannya yang tersendiri. Sebelum sesuatu perkahwinan itu berlaku, terdapat beberapa adat yang perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama mahupun budaya kaum India itu sendiri. Di antara adat yang perlu dilakukan adalah seperti Parisam, proses membuat kad jemputan, mukurtta kaal dan lain-lain.

Parisam adalah suatu adat seumpama pertunangan di dalam masyarakat melayu. Ia adalah adat memberi hadiah kepada bakal pengantin perempuan. Terdapat dua jenis adat parisam iaitu parisam biasa dan udan parisam. Adat ini akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Parisam akan disediakan dalam jumlah yang ganjil oleh pihak lelaki.

Bakal pengantin lelaki akan mengetuai rombongan membawa parisam ke rumah pengantin perempuan. Ketibaan rombungan akan disambut dengan bunyian alat-alat muzik tradisional. Selepas upacara sembahyang dijalankan, bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari kepada anaknya. Setelah memakai sari tersebut, bakal pengantin perempuan akan dibawa keluar ke ruang tamu. Saudara mara akan mengalungkan bunga yang dinamakan orrai-maalai, pada masa yang sama kad jemputan akan diberikan kepada kedua-dua belah pihak.

Bagi masyarakat India beragama Hindu, kad jemputan kahwin memainkan peranan yang penting. Ia akan dibuat berpandukan kalender Hindu, yang mana akan dipasti tidak berlaku sebarang kesilapan. Kad yang telah siap dihasilkan akan menjalani beberapa upacara keagamaan seperti disapukan dengan cecair kunyit dan dibawa ke kuil, kemudian barulah dibawa kerumah bakal pengantin untuk diberikan kepadanya.

Thaali atau Tjrumaanggalyam adalah suatu kalungan berupa rantai leher yang dikalungkan ke leher kedua-dua pengantin semasa upacara perkahwinan dijalankan. Ia adalah lambang suci sesuatu perkahwinan itu. Thaali boleh diperbuat daripada emas ataupun hanya daripada kunyit sahaja yang kemudiannya diikat pada benang. Proses pembuatan thaali dilakukan tujuh atau sembilan hari, sebelum hari perkahwinan oleh pembuat thaali. Apabila siap ia akan menjalani upacara sembahyang dan akan dinamakan sebagai thaalippadaiyal.

Lima hari sebelum hari perkahwinan adat Mukuurta Kaal akan dilakukan dirumah pengantin lelaki. Untuk menjadikan mukuurtta kaal, sebatang pokok muda akan ditebang, pokok tersebut hendaklah lurus, berukuran dua atau tiga meter dan berukur lilit diantara 20 hingga 30 sentimeter. Mukuurtta Kaal akan didirikan setelah menjalani upacara keagamaan yang khusus. Adat ini dilakukan bagi menandakan bahawa perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.

Thirumanan bermaksud penyatuan melalui ikatan perkahwinan antara suami dan isteri. Terdapat tiga jenis Thirumanan di dalam masyarakat India, ianya berbeza mengikut suku kaum masyarakat India itu sendiri iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam.

Upacara perkahwinan akan dilakukan oleh Pedanda. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali ke leher pengantin perempuan. Kemudian kedua-dua pengantin akan memberi hormat kepada kedua-dua ibubapa dan mertua. Setelah selesai segala upacara keagamaan dan jamuan, pengantin perempuan akan ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas disahkan sebagai suami isteri.

ATURCARA PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

DEWAN PERKAHWINAN KAUM INDIA

KERETA PENGANTIN Kereta pengantin dihias dengan riban dan bunga-bungaan dengan cantik. Saudara-mara sedang menuggu ketibaan pengatin lelaki.

Ketibaan Pengantin Lelaki.

Pengantin dijemput ke dewan perkahwin dengan meniris 'panir' (air mawar). Pengikut pengantin lelaki membawa hantaran seperti sari, gelang tangan, cincin tangan dan cincin kaki untuk pengantin perempuan.

Pengantin lelaki di jemput masuk ke dewan perkahwinan selepas meniris 'panir' dan meletak 'pothu' pada dahinya.

Adik lelaki pengantin perempuan membawa naik pengantin lelaki ke pelamin.

Adik lelaki pengantin perempuan duduk di sebelah pengantin lelaki untuk menjalankan upacara perkahwinan.

Sami memulakan upacara perkahwinan.

Pengantin lelaki dikalung dengan bunga malai oleh pengiring pengantin lelaki.

Pengiring pengantin lelaki memberikan pakaian dan bunga malai yang perlu dipakai semasa upacara persandingan dengan pengantin perempuan kepada pengantin lelaki bagi pihak keluarga pengantin perempuan.

Pengantin perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan memakai sari pada hari perkahwinan . pertunangan

Ibu pengantin perempuan meniris air mawar dan meletakkan pothu di dahi anaknya.

Adik perempuan pengantin lelaki membawa naik pengantin perempuan ke pelamin.

Sami menjalankan upacara perkahwinan dan meminta pengantin perempuan supaya berdoa.

Pengantin perempuam dikalungkan bunga malai oelh pengiring pengantin perempuan.

Pengiring pengantin perempuan memberikan pakaian perkahwinan dan bunga malai yang perlu dipakai semasa upacara persandingan.

Sami meminta persetujuan ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan upacara perkahwinan .

Pengantin lelaki bersedia untuk mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan.

Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan apabila sami memberi keizinan kepadanya.

Pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan.

Pengantin lelaki memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan.

Adik lelaki pengantin perempuan memakai cincin pada jari kaki pengantin lelaki.

Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan pengantin yang baru kahwin.

Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin emas kedalamnya. Sami meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-merta untuk mendapatkannya. Pengantin yang berjaya mendapat cincin emas, akan menjadi miliknya. Tujuan adalah untuk menyemai nilai tolakransi pada diri pasangan pengantin tersebut.

Pasangan pengantin dijemput menjamu hidangan bersama dengan kedua-dua ahli keluarga.

Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki.

You might also like