You are on page 1of 9

KADET BOMBA DAN PENYELAMAT UiTM UiTM KAMPUS ALOR GAJAH, MELAKA

NAMA: MOHAMMAD SYAFIQ BIN JEMAIN NO. MATRIK: 2012619248 KUMPULAN: C TAJUK: KAWAD KEBOMBAAN JURULATIH: ENCIK ASNIZAM BIN KAMBERON

PENGENALAN
CARA MEMBENTANG HOS:
Coil roll
- Memegang lug female coupling dan male coupling paras bahu dengan memastikan kedudukan hos yang dibentang melalui di bawah lengan.

Dutch roll
- Tangan kanan memegang kedua-dua coupling, di samping tangan kiri menyokong hos. Barulah balingan hos dilakukan.

Flaking roll
- Hos dibentang dengan menarik female coupling.

Figure of eight roll


- Hos dibentang dengan menarik female coupling.

CARA MEMBAWA HOS:


Mengepit
- Menggunakan kekuatan tangan dengan meletakkan hos di bawah ketiak dengan memastikan male coupling di atas dan menghala ke hadapan.

Memikul
- Meletakkan hos di atas bahu, tangan kanan berada di atas hos. Tangan kiri memegang lug coupling bagi mengelakkan kecederaan di kepala. Male coupling berada di bawah dan menghala ke hadapan bagi mengelakkan kecederaan semasa membawa hos. Membimbit

CARA MENGGULUNG HOS :


Coil roll
- Gulung dari female coupling sehingga hujung (male coupling).

Dutch roll
- Hos diurak hingga habis di atas tanah yang rata, kemudian female coupling dilipat semula 0.9m daripada male coupling. Ia dimulakan dari lipatan tengah.

Flaking roll
- Hos diurak (lingkaran) ke hadapan dan belakang. Kemudian kemaskan dengan tersusun. Figure of eight roll - Setelah hos diurak sehingga habis, kemaskan male coupling dengan kedua-dua tangan didepangkan, kemudian dimasukkan dengan bentuk 8.

KAWAD KEBOMBAAN H1
PENGENALAN
Kawad latihan ini dijalankan oleh 4 orang anggota. Semua permulaan kawad ini mesti dilakukan pada permulaan semua kawad kebombaan. Perlu diingatkan semua perbuatan seperti senang diri, sedia, ke-kanan lurus, pandang hadapan, berpusing, berjalan dan berlari adalah sama seperti kawad kaki.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN :


Hos 200 kaki Nozel Pam pili bomba

HUKUMAN
KAWAD H1 Satu aliran 300 kaki PASUKAN GERAK.!.

PERGERAKAN
Apabila dapat hukuman : Kesemua sekali ( 4 orang ) buat kerja serentak. Orang No 1 : Ambil satu gulung hos satu nozzle lari ke-hadapan 200 kaki tunggu dan sambung coupling no. 3, bentangkan hos, sambung nozzle, standby di bahagian hadapan bersama no. 3 & 4.

Orang No 2 : Ambil Standpipe / Hydrant Key and Bar sambungkan ke pili bomba dan sambut coupling no. 4, sambung ke stand pipe. Orang No 3 : Ambil satu gulung hos , lari ke 100 kaki dan sambung coupling no.4 dan bentang hose kehadapan serta sambut coupling no.1 dan sambung. Setelah selesai hendaklah lari kehadapan, bantu orang no. 1 memegang nozzle. Orang No 4 : Ambil satu gulung hos, sambung di standpipe pada no. 2 dan bentang hos tersebut. Setelah coupling no. 3, cantumkan dan terus lari kehadapan membantu no. 3 & 1 memegang nozzle.

APABILA PERGERAKAN SIAP :


- No. 1 perintahkan no. 4 BUKA AIR - No. 4 jawab perintah no. 1 , dan terus lari kepada orang no. 2 pada jarak 100 kaki BUKA AIR - No. 2 jawab perintah no. 4 dan terus buka air dengan menggunakan Hydrant Key. - No. 4 lepas memberi arahan lari balik kehadapan Bantu no. 1 & 3 memegang nozzle.

PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS :


Jurulatih akan mengarahkan TUTUP AIR DAN KEMAS - No. 1 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya perintah kepada no. 4 TUTUP AIR DAN KEMAS - No. 4 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya berlari ke no. 2 pada jarak 100 kaki dan arahkan TUTUP AIR DAN KEMAS

- No. 2 sambut arahan tersebut dan seterusnya menutup air daripada pili bomba. Setelah perjalanan air diberhentikan , semua anggota yang terlibat didalam kawad mengemas peralatan masing masing dan susun ditempat asal peralatan mengikut susunan yang teratur. Semua anggota yang terlibat hendaklah beratur dalam keadaan SEDIA dihadapan peralatan / seterusnya No. 1 bertindak sebagai ketua pasukan melaporkan pada jurulatih bahawa pasukan telah siap menjalankan kawad.

RAJAH KAWAD H1

KAWAD KEBOMBAAN H2
HUKUMAN
Semua anggota hendaklah menjalankan kawad H1 terlebih dahulu / setelah siap.

HUKUMAN
KAWAD H2 Satu aliran 400 kaki PASUKAN..GERAK !

PERGERAKAN
( MENAMBAH ALIRAN DI BAHAGIAN A ATAU B 100 KAKI ATAU 300 KAKI ) Orang No. 4 : Lari ketempat peralatan / ambil satu gulung hos , membentang dibahagian A atau B . Jika dibahagian A bentangkan dengan cara U shape. Jika dibahagian B bentangkan dengan cara ( Figure of 8 ) No. 8 . Setelah siap / lari ke no. 2 meminta tutup air . Selepas itu lari kehadapan membantu no. 1 & 3. Orang No. 1: Sebaik sahaja air berhenti mengalir no. 1 mengarahkan no. 3 & 4 membantu penyambungkan hos. Setelah siap no.1 arahkan no. 4 meminta buka air daripada no. 2 pada jarak 100 kaki. Orang No. 4 : Jawab arahan no. 1 , lari ke no. 2 pada jarak 100 kaki dan minta buka air. Orang No. 2 : Jawab arahan no. 4 terus buka air pili bomba dan no. 4 seterusnya berlari kehadapan bantu no. 1 & 3 memegang hos.

PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS


Pergerakan ini hendaklah dilakukan mengikut pergerakan kawad H1

RAJAH KAWAD H2

You might also like