You are on page 1of 2

Arca

David 1623 Gianiorenzo Bernini Marmar Deskripsi Arca di atas dihasilkan oleh Gianlorenzo Bernini pada 1623. Media yang digunakan adalah marmar. Arca di atas menggunanakan gaya dan stail Baroque. Arca ini menampilkan figura lelaki yang hendak membaling batu. Figura tersebut sedang berdiri di atas batu bata. Figura tersebut juga sedang memusing badannya sedikit ke belakang. Mimik mukanya sedang berada di dalam keadaan yang geram. Hal ini dapat dilihat pada bahagian mulutnya yang ditutup rapat dan matanya yang seolah-olah memandang tajam terhadap sesuatu. Kelihatan jelas otot-otot badan, kaki dan tangan. Rambut figura dapat dilihat kerinting.

Intepretasi/tafsiran Arca ini memberi simbolik kepada seorang tokoh pejuang yang dinamakan David. Ia memnunjukkan satu saat yang genting di mana seorang lelaki yang berusia 20 tahun sedang menentang Goliath iaitu gergasi. Hal ini berkaitan dengan hidup dan mati. Dalam arca ini, David tidak memakai peralatan berperang yang berat dan hanya memakai beg sandang kecil pada bahagian badannya. Di tangannya, beliau sedang memegang batu dan bersedia untuk membuat balingan terhadap gergasi tersebut. Badannya yang sedang memusing ke belakang menunjukkan beliau sedang mengumpul tenaga untuk membuat balingan kepada gergasi tersebut dan juga menunjukkan gergasi tersebut berada jauh sedikit darinya. Ekspresi mukanya pula menunjukkan kemarahan, bercita-cita tinggi dan sedang menumpukan perhatian sepenuhnya. Analisis Berdasarkan arca di atas, unsur seni yang jelas kelihatan adalah bentuk. Figura lelaki jelas kelihatan dan otot-otot yang terdapat pada badan jelas menunjukkan seorang lelaki. Seterusnya adalah jalinan dan garisan. Terdapat jalinan sentuh pada arca ini. Bagi unsur seni garisan, terdapat garisan beralun pada rambut. Prinsip yang utama dalam arca ini adalah imbangan. Arca ini menunjukkan imbangan yang tidak simetri. Penilaian Arca yang dihasilkan oleh bernini jelas menunjukkan aksi beremosi dan gambaran yang dinamik. Gaya dan stail ini terdapat dalam Baroque. Dalam arca ini juga, pengkarya menunjukkan komposisi figura yang tepat berdasarkan saiz. Otot-otot yang kelihatan juga menunjukkan aplikasi anatomi manusia dalam arca ini.

You might also like