You are on page 1of 23

DISEDIAKAN OLEH:

NORSYAKIRAH BT MD.NOOR NAZIRAH BT MURAD RAJA NURSYAIRAH BT RAJA AZHAL NORASHIKIN BT ZULKIFLI NURSYAWWIRAH BT ADNAN

PENGENALAN

Acara lari berganti-ganti yang biasa dipertandingkan adalah 4 x 100 meter, 4 x 200 meter, dan 4 x 400 meter. Suatu pasukan lari berganti-ganti terdiri daripada empat pelari yang bergilir-gilir di antara satu sama lain, mereka berlari dalam satu pusingan balapan dengan membawa baton di dalam tangan dan dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari seterusnya. Jika baton terjatuh, ia mesti dipungut oleh pelari yang menjatuhkannya. Selepas baton dihantar, pelari harus berada dalam lorongnya sehingga laluan di balapan tidak berhalangan.

SEJARAH LARI BERGANTI-GANTI

Acara lari berganti-ganti merupakan acara yang tergolong dalam acara pecut. Acara lari berganti-ganti tercetus setelah acara lari pecut diperkenalkan. . Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter.

ALATAN
Alatan yang digunakan dalam acara lari berganti-ganti ini adalah: Blok permulaan Blok permulaan digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti. Blok permulaan akan digunakan oleh pelari pertama. Blok permulaan harus boleh disesuaikan mengikut keselesaan atlit. Cara mengukur blok untuk keselesaan atlit boleh dilakukan seperti dalam gambar berikut:

a) Letakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari garis permulaan. b) Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.

(c) Pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis permulaan.

Baton Baton adalah alat yang paling penting dalam acara lari berganti-ganti.Baton berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada kayu, logam atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada 30sm dan tidak kurang daripada 28sm. Ukur lilitnya hendaklah antara 12sm dan 13sm yang beratnya tidak kurang daripada 50gm. Ia wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawa berlari. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Penyerahan baton kepada rakan sepasukan dilakukan di dalam zon penukaran (20meter).

Alatan lain yang perlu dalam acara lari berganti-ganti adalah sepertipakaian dan kasut lari yang sesuai dan menepati peraturan yang telahditetapkan.

CARA-CARA MEMEGANG BATON (PELARI PERTAMA)


CARA PERTAMA Baton dipegang dengan 3 jari iaitu jari hantu,jari manis,dan jari kelinking. Jari telunjuk dan ibu jari digunakan untuk menyokong badan. Hujung baton hadapan diangkat sedikit supaya tidak menyentuh tanah di hadapan garisan permulaan.

CARA KEDUA -Baton dipegang dengan dua jari,jari ketiga dan keempat iaitu jari hantu dan jari manis. -Badan disokong oleh ibu jari,jari telunjuk dan jari kelinking. -Hujung baton hadapan diangkat sedikit supaya tidak menyentuh tanah di hadapan garisan permulaan

CARA KETIGA -Baton dipegang dengan ibu jari dan jari ketiga sahaja. -Badan disokong oleh 4 jari yang lain. -Hujung baton hadapan diangkat sedikit supaya tidak menyentuh dihadapan garisan permulaan.

GAYA PENYERAHAN BATON


a) teknik dari atas ke bawah / downsweep b) teknik dari bawah ke atas / upsweep c) teknik ./ open palm

TEKNIK DARI ATAS KE BAWAH


Cara paling pantas yang tanpa memecah rentak lari atlit. Mempunyai risiko baton jatuh dan pembatalan yang tinggi. Berlaku antara 2 pihak, iaitu pembawa dan penerima baton. Pembawa baton menghayunkan baton dari atas ke bawah ke arah tangan penerima.

Penerima baton Tangan di halakan ke belakang dan diangkat ke atas. Tapak tangan menghadap ke arah langit. Ibu jari dan jari telunjuk penerima berbentuk V untuk menerima baton. Penerima bersedia untuk memegang baton apabila merasakan baton diletak dia atas tangannya.

Penyerah baton bersedia untuk melepaskan baton apabila baton diletakkan di atas tangan penerima. Penerima baton akan mengambil baton daripada rakannya. Penyerah baton melepaskan baton daripada tangannya.

KELEBIHAN TEKNIK ATAS KE BAWAH (DOWNSWEEP)

Senang dipelajari. Pelari merasakan ia satu cara hantaran yang selamat dan tepat. Tangan dapat dihalakan ke atas dengan lebih tinggi daripada badan berbanding teknik bawah ke atas. Semakin besar pembukan tangan akan memberi lebih banyak keupayaan untuk jarak bebas. Jika pembawa baton menyampaikan baton dengan cara yang tepat,ia akan memendekkan dan mempercepatkan masa untuk menerima baton

KELEMAHAN

Masa yang diperuntukkan untuk menghantar baton kepada pelari seterusnya adalah sangat terhad. Perlukan lebih banyak latihan dan latih tubi terutamanya bagi kuartert yang baru. Pembawa baton mestilah mengelakkan daripada melakukan wind mill dan freezing the stick.

CARA UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA TARGET LARI


Lazy limb tangan hendaklah dibengkokkan ke belakang Pendulum swing tidak perlu meluruskan tangan sepenuhnya untuk menghantar baton dengan ayunan yang tepat ke belakang. Bicep squeeze elakkan daripada menghadkan hayunan tangan supaya ketinggian dan kestabilan dapat dikekalkan.

PERATURAN

LATIHAN ANSUR MAJU

CARA UNTUK PEMILIHAN PASUKAN


Ciri-ciri keperluan pelari Pelari pertama-seorang atlet yang berpengalaman yang boleh bermula dengan sempurna dan pantas dari blok. Kebolehan untuk berlari diselekoh. Mempunyai kemampuan memecut yang tinggi. Boleh dipilih daripada pelari 110 meter atau 100 meter lari berpagar Kebiasaanya adalah pelari yang kedua

Pelari kedua-terdiri daripada pelari pecut yang terpantas . Seorang yang boleh berlari lurus dengan baik. Diberi latihan untuk meningkatkan kemampuan menerima dan memberi baton. Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kiri. Boleh dipilih daripada pelari 400 meter atau pelompat jauh.

Pelari ketiga-seseorang yang boleh berlari diselekoh dengan baik. Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kanan.

Pelari keempat-pelari yang terpantas atau kedua terpantas dalam pasukan. Seseorang yang mempunyai semangat bertanding yang tinggi. Kebolehan untuk berlari lurus dengan yakin. Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kiri. Seseorang yang tidak akan mengaku kalah walau apapun keadaan.

You might also like