You are on page 1of 6

KEBERKESANAN PENGGUNAAN STILISTIK DALAM CERPEN Pengenalan Cerpen yang telah dipilih bertajuk Laut Kehidupan.

Cerpen ini mengisahkan Milah yang datang dari sebuah keluarga yang hidup susah dan sering dihina oleh orang kampung terutamanya Mak Jenab. Namun keluarga tersebut sentiasa sabar sehinggakan pada suatu hari rahsia di antara Mak Jenab dan ibu Milah terbongkar. Sejak dari itu, Mak Jenab sudah tidak menghina keluarga Milah lagi malahan Mak Jenab sering membantu keluarga Milah. Analisis keberkesanan penggunaan stilistik dalam cerpen Menerusi stilistik, kita dapat menggunakan gaya bahasa atau ayat dengan baik serta dapat menguasainya. Melalui cara ini, sesuatu karya akan lebih indah dan kreatif. Analisis keberkesanan penggunaan stilistik dalam cerpen yang dipilih ini merangkumi aspek keindahan bahasa, gaya bahasa dan peribahasa. Keindahan bahasa Dalam kehidupan sehari-hari, manusia berkomunikasi dengan menggunakan bahasa. Bahasa merupakan wadah untuk manusia berkongsi maklumat, menyampaikan maksud dan apa-apa juga justifikasi yang mewajarkan berlakunya tindak balas. Dalam konteks karya sastera seperti cerpen, bahasa turut memainkan peranan penting. Hal ini demikian kerana peranan atau fungsi bahasa dalam kesusasteraan merupakan tulang belakang kepada penghasilan sesebuah hasil kesusasteraan. Bahasa

menjadi wahana kepada pengarang untuk mencurahkan pemikiran, perasaan dan juga falsafah yang diperjuangkan oleh pengarang. Di samping itu, bahasa jugalah yang merupakan medium ekspresi, komunikasi dan juga medan pernyataan manifestasi jiwa seseorang pengarang. Jadi, bahasa merupakan wahana atau alat berkomunikasi, alat berfikir dan alat untuk mengembangkan ilmu pengetahuan (Arbaie Sujud 2010 : 131 ). Sebagai contoh, ayat Dasar laut kelihatan jernih. Sejernih fikiranku saat itu. Ayat ini digunakan agar dapat memberi kesan ke dalam jiwa

pembaca untuk membaca dan menghayati apa yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam cerpennya. Gaya bahasa Gaya bahasa digunakan dalam sesebuah karya adalah untuk mempelbagaikan penggunaan bahasa supaya karya tersebut menjadi menarik dan memberikan kesan kepada pembaca. Antara gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini ialah: 1. Pengulangan Gaya Bahasa Bilangan penggunaan Anafora 4 i. Laut adalah nadi kehidupan keluargaku. Laut adalah kehidupanku. ii. Ibu sudah tua. Ibu juga selalu sakit. iii. Aku muak dengan tingkahnya. Aku mual dengan sikapnya. iv. Ayahlah yang mengajarku mengenali Ayahlah yang mengajarku membelah Epifora 2 i. membisikkan kata-kata untuk ibu. ... melangkah menenangkan ibu. ii. rindukan ayah. rindukan ayah. Jumlah 6 Contoh dari cerpen

2. Penyirnaan Gaya bahasa Bilangan Penggunaan Sinkof 7 i. ii. iii. iv. v. kita bahagia bu, pergi dululah, Midah lakukan, bang? perempuan tak sedar diri. ada hati pulak tu menggoda suami aku. vi. vii. Kalau mak kau ni menyihir suami aku kan? Contoh dari cerpen

Afesis

i. ii.

Menginsafkanku tak baik nak. Kalau mak kau ni

Aferesis Jumlah

1 10

i.

3. Perbandingan Gaya bahasa Bilangan penggunaan Depersonifikasi Metafora 1 3 i. i. Laut adalah jantungku Hinaan penduduk kampung dengan benang kesabaran. ii. Tanpa ayah di sisi, tiang kekuatan kami seakan runtuh. iii. Personifikasi 9 i. Segala yang terbuku di hati. Kami bertiga menyulam segala nista. ii. Aku lihat ibu membuang pandangan ke arah laut yang sedang terbentang luas. Contoh dari cerpen

iii.

Aku lihat dadanya beralun deras.

iv.

Aku menyalurkan keyakinan kepada ibu. ada tangisan yang menyapa gegendang telingaku.

v.

vi.

Habis sumpah seranah meluncur dari mulutnya yang lancang.

vii.

Milah tahu setiap kedengkian yang bersarang dalam hati semua orang di sini.

viii. ix. Diksi 1

Hatiku sedang tersenyum. Membelah lautan

Apatah lagi rumah beratap rumbia yang sudah senget itu hanya(menggambarkan keadaan hidup yang susah).

Simile

Memisahkan aku dengan laut ibarat memisahkan jasad dan nyawaku.

Jumlah

15

4. Pertautan Gaya Bahasa Bilangan penggunaan Sinekdok 2 i. Mengharapkan ibu mencari sesuap nasi aku tidak tega. ii. Bukan menjadi tulang belakang kepada mereka Eufemisme 1 i. Abang, kenapa abang pergi terlalu awal? Contoh dari cerpen

Antonomasia

i. ii.

Tok penghulu Ketua kampung

Jumlah

5. Pertentangan Gaya bahasa Bilangan penggunaan Hiperbola 1 Takut ada air mata yang akan membasahi lantai kayu jati rumahku. Jumlah 1 Contoh dari cerpen

Peribahasa
Penggunaan peribahasa dalam sebuah karya, antaranya bertujuan untuk menimbulkan unsur keindahan dan memantapkan penceritaan. Contoh peribahasa yang terdapat dalam cerpen ini ialah ada hati, sakit hati dan tulang belakang.

Rumusan Kesimpulannya, penggunaan stilistik di dalam sesebuah cerpen amat penting dalam melahirkan unsur kekreatifan dalam menghasilkan sesebuah karya. PERATUSAN PENGGUNAAN ASPEK STILISTIK DALAM CERPEN Aspek Stilistik Pengulangan Penyirnaan Perbandingan Pertautan Pertentangan JUMLAH Bilangan Penggunaan 6 10 15 4 1 36 Jadual 1 Peratusan 16.67 27.78 41.67 11.11 2.78 100

You might also like