You are on page 1of 39

SEKAPUR SIRIH SEUNTAI KATA

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, sejuta kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan petunjukNya jua akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini. Sekalung penghargaan ditujukan khas buat Encik Abdul Ramli bin Sanusi, pensyarah yang begitu banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang berguna sepanjang kami menghasilkan tugasan ini. Terima kasih juga atas segala ilmu yang beliau curahkan kepada kami sepanjang tempoh berada disini. Tanpa bimbingan daripada beliau, sudah pasti tugasan ini tidak dapat dihasilkan dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang banyak memberi bantuan kewangan, sokongan dan dorongan untuk terus bersemangat menimba ilmu di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn ini. Tidak ketinggalan buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak menolong saya dalam mencari maklumat untuk bahanbahan tugasan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini. Tanpa bantuan anda semua, sudah tentu pencarian maklumat dan bahan rujukan ini bertambah sukar. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan ke atas semua pihak yang telah terlibat dalam menghasilkan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung. Allah sahaja yang dapat membalas jasa, budi dan bakti kalian. Sekian, wassalam.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 1

1.0 PENGENALAN

Dalam dunia pendidikan, seorang pendidik tidak akan lepas daripada apa yang disebut dengan pentaksiran. Dalam usaha melakukan pentaksiran subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah, setiap guru perlu menguasai konsep dan prinsip pengujian, penilaian dan pengukuran, teori-teori kognitif, afektif dan psikomotor, jadual spesifikasi ujian dan pembinaannya, pembinaan ujian, pemarkahan dan market, jenis dan kaedah penilaian bahasa, penilaian kemahiran bahasa dan tatabahasa. Oleh sebab itu, pengetahuan, pemahaman dan pengalaman dalam aspek-aspek tersebut amat diperlukan dalam pelaksanaan proses pentaksiran bermula daripada penyediaan dan pentadbian ujian, pemeriksaan dan pengukuran, analisis dan penilaian dan akhir sekali ialah melaksanakan tindakan susulan yang tepat. Jadi, sebagai seorang guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah, kita harus memainkan peranan dalam melaksanakan amanah ini. Kita yang juga

bertanggungjawab sebagai ajen perubahan di sekolah harus melengkapkan diri dengan ilmu pengatahuan yang tinggi serta menguasai seluruh aspek pentaksiran ini agar dapat menyahut seruan kerajaan untuk membentuk modal insan yang berkualiti di mata dunia. Dalam pada itu, bagi memenuhi syarat pemarkahan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ( BMM 3103 ) ini, kami secara kolaboratif telah ditugaskan untuk mencari maklumat tentang semua aspek di atas dengan lengkap dan tepat. Hasil pencarian maklumat ini perlu dipersembahkan dalam bentuk pengurusan grafik, jadual, carta dan sebagainya. Tugasan seterusnya pula memerlukan kami membuat pemeriksaan yang telus terhadap sampel karangan dengan alasan yang wajar terhadap teknik yang dipilih. Justeru, besarlah harapan kami agar pencarian maklumat dan hasil tugasan ini bermanfaat buat diri saya dan juga orang lain.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 2

2.0 KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

KERANGKA KONSEP

Pentaksiran

PENGERTIAN DAN KONSEP


Penilaian Pengujian

Rajah 1 : Pengertian dan Konsep

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 3

2.1 Pentaksiran

Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil

Pengertian Pentaksiran
Proses mendapatkan maklumat dan melakukan penghakiman tentang pendidikan memerlukan para pendidik dan guru menggunakan kaedah pentaksiran tertentu. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah instrumen, kumpulan yang ditaksir, respon, skor, kumpulan yang menaksir.

Rajah 2 : Pengertian Pentaksiran PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 4

2.1.1 Konsep Pentaksiran

PRODUK

PENGHA KIMAN

KONSEP PENTAKSIRAN

PROSES

MAKLUMAT

Rajah 3 : Konsep Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Terdapat beberapa aspek untuk menjelaskan konsep pentaksiran iaitu proses, maklumat, penghakiman dan produk. Proses bermaksud langkah ataupun tindakan serta operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat pula ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Aspek penghakiman pula merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar dan terakhir ialah produk yang melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan. Secara kesimpulan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor

menginterpretasi, menghurai, maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 5

2.1.2 Ciri-ciri Pentaksiran

Ciri-ciri Pentaksiran Yang Baik

KEOBJEKTIFAN

KEBOLEHPERCAYAAN

KEBOLEHTADBIRAN

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK

KESAHAN

KEMUDAHTAFSIRAN

Rajah 4 : Ciri-ciri Pentaksiran

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 6

Pentaksiran bergantung kepada data daripada keputusan pengujian. pengujian merupakan alat ukuran utama dalam proses penilaian. keberkesanan penilaian bergantung kepada ciri-ciri ujian itu dilaksanakan.

Oleh itu,

Ini bermakna

Sesuatu pentaksiran itu dikatakan baik dan bermutu tinggi apabila mengandungi beberapa ciri yang istimewa. Di antaranya ialah ciri kesahan, kebolehpercayaan,

keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran. Kesahan bermaksud benar dan tepat. Ciri kesahan sesuatu ujian merujuk

kepada darjah sejauh manakah ujian itu dapat mengukur apa yang ia sepatutnya mengukur. Dengan kata lain, ciri kesahan ini merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian dapat memenuhi objektifnya. Sesuatu ujian dikatakan sah jika ujian tersebut

benar-benar dan tepat mengukur semua perkara yang hendak diukur . Ciri keesahan terbahagi kepada beberapa jenis mengikut konteks sesuatu ujian itu dibuat. Di

antaranya ialah keesahan isi, keesahan gagasan, keesahan ramalan dan keesahan serentak. Kesahan isi merupakan jenis ciri ujian yang penting dan kerap kali digunakan dalam proses pembinaan ujian, sama ada di peringkat sekolah atau di peringkat pusat. Sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai ciri keesahan isi adalah ujian yang benar dan tepat menguji isi kandungan mata pelajaran mengikut tujuan dan aras kemahiran yang ditentukan. Contohnya, untuk memastikan sesuatu ujian itu mempunyai ciri keesahan isi ialah dengan adanya Jadual Spesifikasi Ujian. Dengan adanya Jadual Spesifikasi Ujian ini, item-item akan dapat dibina mengikut topik-topik yang hendak diuji secara keseluruhannya dalam topi-topik yang telah dipelajarinya. Kesahan gagasan merupakan ciri yang sah terkandung dalam sesuatu jenis ujian digunakan untuk mengukur trait, tingkah laku atau trait mental manusia. Ujian jenis ini adalah banyak digunakan untuk mengkaji tingkah laku dan interaksi manusia dalam masyarakat. Contohnya, dalam satu ujian yang disediakan untuk menentukan nilai moral manusia, beberapa hipotesis hendaklah diandaikan terlebih dahulu. Jika maklumat yang diperolehi daripada kajian menunjukkan apa yang diandaikan dalam

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 7

hipotesis tersebut, maka dapatlah dikatakan bahawa ujian itu mempunyai ciri keesahan gagasan yang tinggi. Kesahan ramalan pula merujuk kepada ciri ujian yang berkaitan dengan kebolehan meramal keupayaan atau kelayakan seseorang calon dalam menjalankan sesuatu tugas atau kerjanya pada masa depan. Contohnya, peperiksaan SRP, SPM dan STPM di peringkat sekolah lazimnya digunakan untuk meramal keputusan peperiksaan awam yang berkenaan. Untuk mendapat ciri keesahan ramalan yang

tinggi dalam sesuatu ujian, item-item yang dibina hendaklah benar-benar menguji perkara-perkara yang berkaitan dengan keupayaan, kemahiran ataupun kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa depan. Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian adalah selaras dengan pencapaian dahulu dalam sesuatu ujian yang lain tetapi serupanya. Ciri keesahan serentak dapat ditentukan dengan mentadbirkan dua set ujian yang serupa dalam masa yang berlainan. Sekiranya keputusan kedua-dua ujian adalah hampir sama, maka ujian itu mengandungi ciri keesahan serentak yang tinggi. Ciri seterusnya ialah kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan sesuatu ujian

merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila dia mengambil ujian itu beberapa kali dalam satu jangka masa, misalnya beberapa hari atau seminggu. Ini bermakna ciri kebolehpercayaan dapat ditentukan dengan memberikan ujian yang sama kepada sekumpulan pelajar dua kali atau lebih di antara jarak masa seminggu. Namun agak sukar untuk menentukan ciri kebolehpercayaan ini kerana terdapat faktorfaktor yang mempengaruhi pelajar yang mengambil ujian contohnya emosi, tempat ujian, suasana persekitaran dan sebagainya. Namun, ciri kebolehpercayaan ini boleh dipertingkatkan dengan menyediakan bilangan csoalan yang berpatutan. Ini kerana, pada dasarnya semakin bertambah bilangan soalan, maka semakin tepat mengukur ketekalan pencapaian calon yang mengambil ujian itu kerana bilangan soalan diberikan berpatutan akan dapat mengurangkan kesempatan calon meneka jawapan. Keadaan ini dikatakan benar-benar diuji dengan cara yang boleh dipercayai.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 8

Ciri keobjektifan pula merujuk kepada ketepatan seseorang memeriksa jawapan-jawapan calon. Sesuatu ujian dikatakan mengandungi ciri keobjektifanyang tinggi sekiranya pemeriksa memberikan markah yang sama kepada jawapan-jawapan yang sama mengikut skim permarkahan yang ditetapkan. Ciri kebolehtadbiran sesuatu ujian merujuk kepada sejauh manakah kelicinan proses pengujian dapat dilaksanakan di dalam bilik atau dewan peperiksaan. Kelicinan kebolehtadbiran sesuatu ujian merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik peperiksaan dalam masa yang singkat, ujian dapat dimulakan tepat mengikut jadual masa, arahan yang disampaikan jelas kepada setiap calon, pengawasan dapat dijalankan dengan rapi, pengutipan kertas jawapan dapat diuruskan dengan sesuai serta pemeriksaan kertas jawapan dapat dijalankan mengikut jadual masa yang ditetapkan. Ciri seterusnya ialah ciri kemudahtafsiran. Ciri ini merujuk kepada setakat

mana hasil pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaiannya. Ini bermakna keputusan ujian itu haruslah mudah dikumpulkan dan ditafsirkan supaya dapat memberi gambaran yang jelas serta tepat. Hasil penilaian daripada proses pentafsiran tersebut akan memberi gambaran yang jelas terhadap pencapaian dan kedudukan calon, kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian strategi pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian item ujian, dan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Secara keseluruhannya, ujian dikatakan bermutu tinggi ialah ujian yang mengandungi semua ciri seperti yang dinyatakan di atas iaitu keesahan, Untuk

kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran.

membina sesuatu ujian yang bermutu tinggi, haruslah pastikan semua ciri tersebut ada semasa proses penyediaan sesuatu ujian.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 9

2.1.3 Kaedah Pentaksiran

Kaedah Pertimbangan Profesional

Kaedah Lisan

Kaedah Portfolio

KAEDAH PENTAKSIRAN

Kaedah Penulisan

Kaedah Pemerhatian

Rajah 5 : Kaedah-kaedah Pentaksiran PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 10

2.2 Pengujian Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu

Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.

Pengujian
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis.

Dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran
Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru

Rajah 6 : Pengujian PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 11

2.2.1 Jenis-jenis Ujian

Ujian Pencapaian

Ujian Personaliti

Ujian Kecerdasan

Ujian Bakat

Ujian Prestasi

Ujian Diagnostik

Rajah 7 : Jenis-jenis Ujian PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 12

2.3 Penilaian

Penilaian
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.

Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.

Rajah 8 : Penilaian PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 13

2.3.1 Kepentingan Penilaian

Menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajarpelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.

Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajarpelajar dalam perkara yang hendak diajar.

Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera memperbaikinya.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian

Membolehkan guruguru menilai bahanbahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka

Rajah 9 : Kepentingan Penilaian PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 14

2.3.2 Jenis Aktiviti Penilaian

PENILAIAN MENGESAN PENGUASAAN

Dijalankan ketika guru berada dalam bilik darjah Tujuan : Mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang sedang diajarkan Tindakan susulan : Memperbetulkan kelemahan serta merta.

PENILAIAN MENGESAN KEMAJUAN

Dilakukan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik telah selesai diajarkan. Tujuan : Mengesan kemajuan murid tentang kemahiran yang telah dipelajari. Tindakan susulan : Menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan

PENILAIAN MENGESAN PENCAPAIAN

Dijalankan selepas guru telah mengajar beberapa topik pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan : Mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik pelajaran Tindakan susulan : Menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing.

Rajah 10 : Jenis Aktiviti Penilaian PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 15

2.4 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Pengujian

Pentaksiran

Penilaian

Rajah 11 : Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 16

3.0

TAKSONOMI BLOOM, SOLO DAN DOMAIN KRATHWOHL

TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL

Kerangka Konsep

TAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI BLOOM

DOMAIN KRATHWOHL

Rajah 12 : Taksonomi dan Domain

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 17

3.1

Taksonomi Bloom

3.1.1 Objektif Domain Kognitif Taksonomi Bloom

PENGETAHUAN

KEFAHAMAN

ANALISIS

APLIKASI

SINTESIS

PENILAIAN

Rajah 13 : Objektif Domain Kognitif Taksonomi Bloom

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 18

TAKSONOMI BLOOM

Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:

Domain Kognitif melibatkan perilakuperilaku yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian dan keterampilan berfikir

Domain Afektif melibatkan perilakuperilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi seperti minat, sikap, asresiasi dan cara penyesuaian diri

Rajah 14 : Tiga Domain Utama Tujuan Pendidikan PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 19

Domain Kognitif

1) Pengetahuan (Knowledge) Berasaskan mengenali peristilahan, gagasan, metodologi, sebagainya. kemampuan untuk dan mengingat definisi, fakta-fakta, pola, urutan, prinsip dasar, dan

4) Analisis (Analysis ) Mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit.

2) Pemahaman (Comprehension) Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual, diagram, arahan, peraturan dan sebagainya. 5) Sintesis (Synthesis) Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan..

3) Aplikasi (Application) Berkemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. 6) Penilaian (Evaluation) Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.

Rajah 14 : Domain Kognitif Taksonomi Bloom PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 20

3.1.2 Domain Kognitif Taksonomi Bloom

TAHAP

ISTILAH

Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas. Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan ideaidea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. Pilih, terangkan, tulis semula.

Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data dan lain-lain Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 21

Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi. Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Jadual 1 : Peringkat-peringkat Taksonomi Bloom

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 22

3.1.3 Domain Psikomotor Taksonomi Bloom

1- Persepsi

7. Penciptaan (Origination)

2- Persediaan ( Set)

6. Penyesuaian (Adaptation)

3- Respons Terpimpin

5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)

4. Mekanisme (Mechanism)

Rajah 15 : Domain Psikomotor Taksonomi Bloom

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 23

3.2

Taksonomi Solo

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 24

Domain David Krathwohl

Penerimaan

Pengorganisasian

Tanggapan

Domain Afektif

Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai

Penghargaan

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 25

2.0 SOALAN 2
MENYEDIAKAN NOTA BERKAITAN UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF DALAM BENTUK RAJAH PENGURUSAN GRAFIK.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 26

2.1
Penilaian Bahasa

Kerangka Konsep

Jenis Penilaian Bahasa

Ujian Formatif
Ujian Sumatif

Ujian Kefasihan Ujian Kemajuan

Ujian Bakat Ujian Pencapaian

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 27

Terdapat enam jenis ujian penilaian bahasa iaitu ujian formatif, ujian sumatif, ujian kefasihan, ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian.Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

UJIAN FORMATIF

Dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka

Merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar

Merupakan jenis ujian yang berasaskan kemahiran (yang diajar dalam jangka masa pendek).

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 28

UJIAN SUMATIF

Digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan pembelajaran

Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran

Merupakan bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa panjang (selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun)

Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester

Skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 29

Ujian kefasihan Ujian kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari.Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang.

Ujian kemajuan Selain itu, Ujian kemajuan adalah ujian ringkas yang dibina oleh guru-guru kelas untuk penggunaan kelasnya sahaja. Ia hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian ini harus berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin diuji.Ia membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan seseorang murid dan kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

Ujian bakat Di samping itu, ujian bakat adalah ujian yang khusus untuk menelah prestasi seseorang murid dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Ia selalu melibatkan data-data bahasa yang artificial iaitu mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.

Ujian pencapaian Ujian pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan/isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.Soalan yang diajukan dalam ujian jenis ini mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.Ia juga bertujuan untuk menentukan penempatan jenis sekolah, jurusan atau kumpulan-kumpulan tertentu murid.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 30

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pentaksiran?

(A) Satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik. (B) Proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. (C) Proses yang sistematik untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. (D) Proses yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar dengan menggunakan satu set instrumen.

Proses atau situasi sesuatu alat ujian yang sedang ditadbirkan oleh guru terhadap pelajar

2. Pernyataan di atas merujuk kepada (A) Pengujian (B) Pengukuran (C) Pentaksiran (D) Penilaian

3. Pilih prosedur penilaian yang betul. (A) Tindakan susulan > Analisis ukuran > Pentadbiran ujian > Pemeriksaan jawapan > Persediaan ujian (B) Persediaan ujian > Pentadbiran ujian > Pemeriksaan jawapan > Analisis ukuran > Tindakan susulan (C) Pentadbiran ujian > Pemeriksaan jawapan > Persediaan ujian > Analisis ukuran > Tindakan susulan (D) Analisis ukuran > Pentadbiran ujian > Tindakan susulan > Pemeriksaan jawapan > Persediaan ujian PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 31

4. Pilih pernyataan yang betul. I. Pengujian adalah teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku individu. II. Penilaian adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan. III. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. IV. Ujian merupakan alat pengukuran yang hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar dalam bentuk markah sahaja.

(A) I dan II sahaja (B) I, II dan III sahaja (C) II, III dan IV sahaja (D) Semua di atas

5. Pilih jawapan yang bersesuaian dengan penyataan di bawah

Pada aras ini, pengetahuan tentang fakta, teori, kaedah adalah dianggap telah dikuasai, dan seseorang diuji sama ada dia memahaminya atau tidak pengetahuan itu.

(A) Analisis (B) Kefahaman (C) Pengetahuan (D) Penilaian

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 32

6. Domain Krathwohl mengkategorikan domain afektif terdiri daripada I. II. III. IV. Penerimaan Pengujian Menilai Mentaksir

(A) I dan II (B) I dan III (C) II dan III (D) III dan IV

7. Berikut merupakan maklumat yang terkandung dalam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Pilih pernyataan yang betul mengenai JSU.

I. II.

Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran. Pemberatan peratus soalan pada kandungan aras kemahiran berdasarkan jumlah masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

III.

Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.

IV.

Item kesukaran ditentukan terlebih dahulu berdasarkan kedudukan kelas pelajar.

(A) I dan II sahaja (B) I dan III sahaja (C) I, II dan III sahaja (D) I, II dan IV sahaja

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 33

8. Ujian yang baik mestilah mempunyai rancangan yang rapi dan cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU amat penting untuk

(A) Soalan objektif lebih banyak daripada soalan bentuk struktur (B) Menentukan jumlah soalan yang sesuai untuk murid yang lemah. (C) Memberi panduan memberi markah kepada keputusan peperiksaan murid. (D) Memberi panduan untuk membentuk soalan peperiksaan dan format ujian yang sesuai

Pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama Ujian jenis ini akan dapat menguji pelajar dengan memberi lebih banyak soalan kepada pelajar.

9. Pernyataan di atas merujuk kepada ujian jenis

(A) (B) (C) (D)

objektif sumatif formatif subjektif

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 34

10. Kebolehpercayaan sesuatu ujian boleh dipertingkat jika prinsip-prinsip yang berikut diikuti kecuali

(A)

Arahan serta soalan adalah terang, jelas, senang difahami dan tidak mengelirukan

(B)

Kurangkan soalan agar dapat menggalakkan murid untuk meneka

(C) Ujian sepatutnya ditadbir oleh guru seperti ujian bertulis (D) Masa yang cukup perlu diberikan kepada murid dan guru untuk membuat persediaan

11. Ujian Formatif dijalankan untuk

(A) Menguji kemajuan pelajar dalam mencapai atau menguasai kemahiran (B) Menguji kemajuan pelajar dalam mencapai atau menguasai subkemahiran (C) Menguji kebolehan bahasa dalam membentuk sesuatu kemahiran bagi bacaan dan kefahaman (D) Menguji kemajuan dan kefahaman pelajar dalam semua kemahiran yang telah diajar sepanjang tahun lalu.

Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang murid-murid lebih mudah diperoleh melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan nilai diperoleh melalui kaedah bukan ujian.

12. Berdasarkan pernyataan di atas, kaedah bukan ujian terdiri daripada yang berikut kecuali

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 35

(A) Penilaian melalui Pemerhatian (B) Penilaian melalui Portfolio (C) Penilaian melalui Projek (D) Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran

13. Berikut adalah ciri-ciri portfolio.

Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian. Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkannya. Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.

Jenis portfolio di atas ialah portfolio (A) hasil (B) kerja (C) harian (D) dokumentari

14. Penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan oleh guru perlu mempunyai kualiti tertentu sebagai penanda aras. Manakah antara berikut merupakan strategi penilaian melalui pemerhatian ?

I. II.

Tindakan susulan diperlukan untuk hasil pemerhatian yang dijalankan. Dijalankan secara global dan nalitikal berdasarkan objektif yang ditentukan guru.

III.

Diajalankan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang. PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 36

IV.

Menggunakan instrument seperti senarai semak, rekod anekdot, rubric yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran.

(A) I, II dan III (B) I, II dan IV (C) II, III dan IV (D) Semua di atas

15.

Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru memerlukan murid berfikir di

samping dapat menguji dan menilai apa yang telah diajarkan. Tujuan utama penilaian melalui soal jawab ialah untuk

I. II. III. IV.

Mengesan pengetahuan berbahasa murid Menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis Mengetahui setiap kelemahan murid dalam topik yang diajar Mendorong murid menyusun dan menghurai bahan yang diajar

(A) (B) (C) (D)

I dan II sahaja II dan III sahaja I,II dan III sahaja I,II dan IV sahaja

16.

Antara teknik bagi menguji kemahiran mendengar ialah :

I. II. III.

Ujian Mendengar Petikan Ujian Mendengar Paragraf Ujian Imlak

(A) I dan II sahaja (B) II dan III sahaja PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 37

(C) I dan III sahaja (D) Semua di atas

17. Langkah-langkah pengajaran

Langkah I

: Guru mendemonstrasikan aksi berasaskan dialog, murid memerhati, mendengar dan memahami dialog.

Langkah II

: Lakonan berpasangan atau berkumpulan secara bergilirgilir. Ulangi lakonan dan aktiviti pengukuhan.

Langkah III

: Latihan pengukuhan dan kemahiran

Langkah IV : Rumusan

Berdasarkan pernyataan di atas, tujuan guru melaksanakan aktiviti di atas adalah untuk (A) (B) (C) menguji kebolehan murid bertutur secara bebas menguji kebolehan murid beraksi dengan arahan guru mengggalakan murid bertutur secara bebas berdasarkan kefahaman dan latih tubi mendengar bertutur (D) menggalakan murid beraksi dengan arahan guru berdasarkan kepada kumpulan atau pasangan yang ditetapkan

18. Guru menguji kemahiran membaca muridnya dengan memberi bahan rangsangan yang dipetik daripada surat khabar. Aspek yang ditekankan dalam menilai kelancaran bacaan muridnya ialah (A) (B) (C) bacaan laju mengikut jeda dan tanda baca serta cara yang sesuai. bacaan lancar mengikut jeda dan tanda baca serta cara yang sesuai. bacaan lancar mengikut jeda dan tanda baca serta kelajuan yang PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 38

sesuai. (D) bacaan perlahan, mengikut jeda dan tanda baca serta kelajuan yang sesuai.

19. Ujian Karangan Bahasa Melayu terdiri daripada yang berikut kecuali

(A) Bebas dan terbuka (B) Berstruktur (C) Tertutup (D) Berpandu

20. Antara yang berikut, manakah turutan proses pelaksanaan projek yang betul?

(A)

perancangan > persoalan > jadual pelaksanaan > pemantauan > pentaksiran

(B)

persoalan > perancangan > jadual pelaksanaan > pemantauan > pentaksiran

(C)

pentaksiran > pemantauan > persoalan > perancangan > jadual pelaksanaan

(D)

perancangan > persoalan > jadual pelaksanaan > pentaksiran > pemantauan

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | BMM 3103 39

You might also like