You are on page 1of 2

Sektor Perkilangan

Industri Produk Berasaskan Getah


Industri Berasaskan Getah
Industri produk-produk getah Malaysia terdiri daripada lebih 500 pengilang produk-produk lateks; tayar dan produk-produk berkaitan tayar; dan produk-produk getah industri dan am. Industri ini menyumbang RM12.96 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2010. Produk-produk getah mewakili 2 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.

Pengeluaran getah asli Malaysia pada 2010 berjumlah 939,241 tan metrik berbanding 857,019 tan metrik pada 2009. Penggunaan getah asli tempatan pada 2010 adalah 642,996 tan metrik. Industri-industri yang menggunakan getah asli pada 2010 adalah produk-produk lateks (79.3%), tayar-tayar (9.8%), produk-produk getah am (7.3%), produk-produk getah industri (3.4%) dan lain-lain (0.2%). Pertumbuhan rancak industri ini telah membolehkan Malaysia menjadi pengguna lateks getah asli terbesar dunia.

Subsektor produk-produk lateks adalah subsektor terbesar dalam industri produk-produk getah dan terdiri daripada 127 pengilang mengeluarkan sarung tangan perubatan, isi rumah dan industri, kateter, benang lateks, belon, stal jari dan produk-produk busa. Subsektor ini mewakili 80 peratus daripada jumlah eksport getah, terutamanya sumbangan sarung tangan, kateter dan benang lateks. Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar dan pengeksport utama dunia bagi kateter, benang lateks dan sarung tangan perubatan getah asli.

Pada masa ini terdapat 120 syarikat dalam subsektor tayar dan produk-produk berkaitan tayar yang terdiri daripada sembilan pengeluar-pengeluar tayar manakala bakinya mengeluarkan tayar celup, bunga tayar bagi mencelup tayar, injap dan aksesori-aksesori lain. Terdapat tiga pengeluar tayar utama yang mengeluarkan tayar kereta penumpang, tayar kenderaan komersial dan tayar jentolak, dan sembilan lain yang mengeluarkan tayartayar jenis lain. Nilai eksport tayar getah, kelepak dan tiub dalaman pada 2010 berjumlah RM598.1 juta.

Subsektor produk-produk getah industri dan am terdiri daripada 187 syarikat yang mengeluarkan berbagai-bagai jenis produk getah seperti pelekap, tali sawat, hos, tetiub, kedap, dan kepingan untuk industri-industri automotif, elektrik & elektronik, jentera dan kelengkapan dan pembinaan, terutamanya untuk pasaran tempatan.

Industri produk-produk getah perlu dipelbagaikan lagi, dengan memberi penekanan kepada produk-produk getah nilai tambah tinggi dan teknologi tinggi, seperti produk-produk untuk aplikasi kejuruteraan, pembinaan dan marin. Seperti yang digariskan dalam IMP3, lebih banyak usaha-usaha R&D perlu dijalankan dalam pembangunan produk dan aktiviti hiliran. Bidang-bidang baru untuk digalakkan termasuk pengekstrakan produk-produk biokimia daripada lateks menggunakan bioteknologi. Usaha-usaha ini akan menentukan penambahbaikan berterusan kualiti produk-produk bagi mengekalkan daya saing dalam pasaran eksport. Kerajaan terus menggalakkan pembangunan industri-industi berasaskan sumber bagi mempelbagaikan sumber pertumbuhan negara. Selain insentif-insentif cukai yang pada masa ini disediakan bagi produk-produk dan aktiviti-aktiviti digalakkan, kerajaan telah memperhalusi lagi insentif-insentif ini untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti tertentu yang mana antaranya adalah industri produk-produk getah. Bagi menggalakkan lagi pelaburan dalam industri-industri berasaskan sumber, syarikat-syarikat tempatan dalam industri getah yang melabur semula untuk mengembangkan projek-projek mereka layak mendapat Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan.

You might also like