You are on page 1of 2

REFLEKSI BIG

Program Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang dapat melatih semua guru pelatih ke arah lebih berdisiplin dan bertanggungjawab untuk menjadi seorang bakal guru nanti. Program ini banyak memberi input kepada para guru pelatih khususnya dalam pembentukan sahsiah dalam diri guru pelatih. Pada kali ini, BIG yang dijalankan adalah bertemakan alam sekitar dan melibatkan khidmat masyarakat.. Program berbentuk khidmat masyrakat ini adalah salah satu program yang dapat membantu dalam mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan dan juga dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga negara. Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut, saya dan juga rakan sekelas menjalankan Program BIG ini di salah satu tempat rekreasi iaitu Bukit Cerakah yang terletak di Shah Alam, Selangor. Sepanjang saya menjalani Program Bina Insan Guru (III) ini, pelbagai manfaat dan input yang telah saya dapat hasil daripada program dan aktiviti yang telah diadakan di Bukit Cerakah. Antara manfaat yang diperolehi oleh saya adalah saya dapat meninjau dan mengenali dengan lebih dekat alam sekitar seperti flora dan fauna. Bukan itu sahaja, saya juga dapat mengenali serba sedikit spiesis-spiesis pokok dan haiwan yang terdapat disana. Kebanyakan alam sekitar di sana terjaga dan selamat untuk dilawati dan dijadikan tempat rekreasi untuk keluarga. Selain itu juga, saya juga mendapat pengalaman dalam melakukan khidmat masyarakat yang di jalankan sepanjang program BIG itu diadakan sebagai contoh membersihkan kandang rusa dan sebagainya. Disamping itu juga, ia juga dapat membantu saya dalam menjadi seorang yang berdisiplin dengan melakukan aktiviti tersebut dan memberi kesedaran kepada diri saya sendiri. Seterusnya, terdapat beberapa kelemahan dalam melakukan Program Bina Insan Guru. Antara kelemahan yang dihadapi oleh saya adalah pengurusan yang dilaksanakan semasa program tersebut kurang memuaskan dan taklimat yang diberikan pihak pengurusan tapak reakreasi tersebut kurang jelas. Mereka hanya

memberikan taklimat pada awal ketibaan sahaja. Tetapi dengan bantuan rakan dan mentor, kami dapat menjalankan aktiviti dengan lancer dan teratur. Selain itu, program Bina Insan guru (III) ini juga diadakan di Kampus Pendidikan Teknik. BIG yang diadakan di Kampus Pendidikann Teknik tersebut adalah Seminar mengenai Guru dan Perundangan. Sepanjang seminar tersebut dijalankan, saya juga memperolehi pelbagai maklumat berguna berkaitan dengan profesion yang dipilih oleh saya iaitu guru. Antara maklumat yang dapat saya perolehi hasil daripada seminar tersebut adalah saya mendapat pendedahan mengenai perundangan yang terdapat dalam profesion perguruan. Pada sebelumnya,saya tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang maklumat tersebut. Bukan itu sahaja, saya juga mendapat maklumat yang lebih tepat lebih-lebih lagi undang-undang yang perlu diikuti apabila menjadi seorang guru nanti. Kesimpulannya, dapat saya simpulkan bahawa Program Bina Insan yang dijalankan pada kali ini amatlah memberi keseronokan kepada saya dan juga rakanrakan seperjuangan kerana dapat menikmati alam sekitar yang indah sambil melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat. Dengan apa yang telah dilakukan saya berhadap ia dapat diaplikasikan didalam kehidupan seharian saya dan juga menerapkan ke dalam diri para pelajar sewaktu menjadi guru nanti. InsyaAllah.

(Disediakan Oleh: Mohd Zubir Bin Razip)

You might also like