You are on page 1of 13

1.

NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI


Tarikh Patut Siap: 09.01.2012

1.1 Kepercayaan kepada Tuhan


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Tuhan pencipta alam


Keistimewaan dan keunikan ciptaan Tuhan Manusia dan alam semesta ialah ciptaan Tuhan Anggota yang tersusun rapi dan wajah yang menarik kumiaan Tuhan Keunikan setiap individu walaupun cacat anggota Keunikan alam semesta (Flora dan fauna, bentuk muka bumi seperti sungai, gunung-ganang dan laut) (a) Farid percaya bahawa semua makhluk di dunia ini adalah ciptaan Tuhan. (b) Swee Lan tidak kecewa dilahirkan cacat, sebaliknya dia menganggap itu semua adalah anugerah Tuhan. (c) Sebagai manusia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara keunikan dan keindahan alam yang telah Tuhan anugerahkan kepada kita.

(a) Bakar berazam akan menjalankan tugasnya sebagai ketua tingkatan dengan sebaik mungkin. (b) Muthu tidak akan menggunakan wang persatuan yang diamanahkan kepadanya untuk kepentingan diri. (c) Robert yang bertugas sebagai jurujual di koperasi sekolahnya, tidak terpengaruh dengan ajakan rakanrakannya untuk mencuri wang hasil jualan koperasi.

1.3 Harga diri


Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Kesedaran dan penerimaan diri untuk mencapai kesejahteraan hidup Kenali diri sendiri Maruah diri mesti dipelihara Kekuatan diri dihargai dan kelemahan diri diperbaiki Hala tuju kehidupan harus ditentukan (a) Ai Hua mengatasi kelemahannya dalam mata pelajaran Sains dengan menghadiri tuisyen. (b) Rajesh yakin akan keupayaan diri dan akan berusaha untuk menang dalam pertandingan itu nanti. (c) Jessica berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai cita-citanya.

1.2 Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempuma.

Amanah tanggungjawab semua


Amanah dalam setiap urusan Amanah dalam menjalankan tugasan dan tanggungjawab di sekolah Pengurusan wang persatuan atau kelab tanpa penyelewengan Urusan jual beli barangan

Bertanggungjawab terhadap diri dan persekitaran


Kesihatan diri dan persekitaran yang bersih Pemakanan yang seimbang Penjagaan tubuh badan

[1]

AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

Kecergasan fizikal Kebersihan persekitaran Rumah Sekolah Tempat awam

Kemampuan memahami keunikan individu asas perpaduan hidup


Toleransi menjamin perpaduan Kepentingan amalan toleransi dalam pelbagai aspek kerana setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan Kebolehan Pemikiran Status sosioekonomi Agama/Kepercayaan

(a) Li Moi mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk menjaga kesihatan dirinya. (b) Salem selalu bersenam agar badannya sentiasa segar dan sihat. (c) Kita perlulah mengamalkan sikap menjaga kebersihan walau di mana-mana sahaja kita berada.

1.5 Hemah tinggi


Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Berbudi bahasa budaya hidup kita


Amalan bersopan santun dalam kehidupan seharian Adab pertuturan yang sopan Lembut dalam tutur kata Bertegur sapa Tingkah laku yang sopan Adab di meja makan Adab menyambut tetamu Adab menggunakan kemudahan awam (a) Ezrin sentiasa bersopan dalam tingkah laku dan pertuturannya. (b) Mariam sentiasa bertegur sapa dengan jiran-jirannya. (c) Semasa ketiadaan ibunya, Susan mempelawa kawan ibunya masuk dengan menggunakan bahasa yang sopan.

(a) Kita hendaklah mengamalkan sikap bertolak ansur dalam pergaulan dengan kawan-kawan, untuk mengelakkan perselisihan faham. (b) Semua kaum perlu bertolak ansur antara satu sama lain untuk mewujudkan kesejahteraan hidup dalam masyarakat majmuk. (c) Ramli tidak berkecil hati apabila cadangannya ditolak dalam mesyuarat semalam.

1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Sikap berdikari menjamin kejayaan


Amalan berdikari dalam kehidupan seharian Kepentingan sikap berdikari untuk kejayaan hidup Rumah Sekolah (a) Aminah mencuci sendiri baju dan kasut sekolahnya. (b) Sundram sedar untuk berjaya dalam hidup, dia mesti berdikari. (c) Walaupun soalan latihan yang diberi oleh gurunya susah, Sim Moi berusaha mencari jawapannya sendiri terlebih dahulu sebelum meminta pertolongan daripada abangnya.

1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

[2]

AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Diri

Orang lain

Amalan kerajinan menjamin kemajuan


Kerajinan pemangkin untuk mencapai matlamat hidup Sikap kerajinan dalam melakukan sesuatu perkara Cekal Daya usaha Dedikasi Gigih Tekun

(a) Joe tidak mahu melakukan kegiatan yang membahayakan nyawanya kerana sedar nyawa adalah anugerahTuhan yang amat berharga. (b) Ahmad memandu keretanya dengan berhati-hati demi keselamatan dirinya dan orang lain. (c) Mei Mei telah menyelamatkan seorang kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai semalam.

1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

(a) Walaupun Sumarti sering gagal dalam peperiksaan, dia tidak berputus asa, sebaliknya dia terus berusaha bersungguh-sungguh. (b) Ah Meng tidak akan bermain selagi dia belum menyiapkan semua kerja rumah yang diberi oleh gurunya. (c) Dewi melakukan sesuatu kerja yang diberikan kepadanya dengan teliti dan sabar, sebab itulah semua orang berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Keadilan asas keharmonian keluarga


Amalan keadilan dalam institusi kekeluargaan Amalan keadilan di kalangan anggota keluarga Pembahagian tugas dan tanggungjawab Pembahagian barangan Pendidikan

1.9 Kasih sayang


Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Kasih sayang asas kesejahteraan hidup


Nyawa anugerah Tuhan yang amat berharga Sayang akan nyawa

(a) Ayah memberi hadiah yang sama kepada abang dan kakak kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM yang lepas. (b) Setiap hari Ahad, anak-anak Puan Jacylin diberi tugas yang bersesuaian dengan kemampuan masing-masing untuk membersihkan kawasan rumah. (c) Ayah memarahi abang dan adik yang bergaduh kerana berebut basikal yang baru dibeli itu.

2. NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN


Tarikh Patut Siap:13.02.2012

2.1 Kasih sayang terhadap keluarga

[3]

AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

Kasih sayang amalan suci


Kasih saying memupuk hubungan harmonis dengan anggota keluarga. Kepentingan amalan kasih sayang mengikut perpersktif pelbagai agama: Buddha Kristian Hindu Sikh

(c) Radzi menemani adiknya ke kelas malam demi keselamatan adiknya. (d) Lim sekeluarga meraikan majlis hari jadi ibunya dan berdoa agar ibunya panjang umur.

2.3 Mengekalkan tradisi kekeluargaan


Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

(a) Ibu dan ayah Tommy sangat menyayangi Tommy dan adik-beradiknya yang lain. Begitu juga Tommy dan adikberadiknya.Mereka amat menyayangi kedua-dua ibu bapa mereka. (b) Tina sanggup menjaga adik-adiknya semasa ibu dan bapanya keluar bekerja. (c) Sikap Chai yang suka bermanja dengan datuk dan neneknya menyebabkan hubungan mereka menjadi rapat.

Tradisi keluarga perlu dipelihara


Amalan tradisi kekeluargaan menjamin kehidupan berkeluarga Amalan tradisi kekeluargaan dalam kehidupan seharian Panggilan berdasarkan ikatan kekeluargaan Ziarah-menziarahi (a) Sani memanggil kakaknya Along kerana sudah menjadi tradisi keluarganya untuk menggelar anak sulung sedemikian. (b) Chong sekeluarga selalu menziarahi anggota keluarganya di kampung jika berkesempatan. (c) Susan selalu menegur sepupunya dengan ramah.

2.2 Hormat dan taat kepada anggota keluarga


Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

Hormat-menghormati asas keluarga harmoni


Hormat-menghormati sesama anggota keluarga Cara menghormati anggota keluarga Layanan Memberi perlindungan Meraikan Mendoakan (a) Raju tidak berkasar apabila menjawab pertanyaan ibunya yang menjadi pelupa akibat dimakan usia. (b) Sebagai adik, Tipah sentiasa berusaha agar tidak menyakiti perasaan kakaknya apabila mereka berbincang.

2.4 Tanggungjawab terhadap keluarga


Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

Anggota keluarga bertanggungjawab keluarga sejahtera


Kewajipan dalam keluarga tanggungjawab bersama Peranan setiap anggota keluarga - Ibu bapa - Anak-anak

[4]

AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

- Anggota keluarga lain (a) Kumari menyediakan sarapan pagi untuk setiap ahli keluarganya.

(b) Keluarga Pak Dollah hidup aman sejahtera kerana anak-anaknya tahu melaksanakan tugas masing-masing. (c) Seseorang anak patut mendengar nasihat ibu bapanya.

3. NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR


Tarikh Patut Siap:05.03.2012

3.1 Menyayangi dan menghargai alam sekitar


Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

Persekitaran yang bersih dan selesa mewujudkan suasana harmonis


Penjagaan persekitaran tanggungjawab bersama Penjagaan persekitaran untuk keselesaan hidup - Rumah - Sekolah - Tempat awam

Alam sekitar warisan kita


Keseimbangan alam sekitar menjamin kesejahteraan semua hidupan Kepentingan keseimbangan alam sekitar kepada semua hidupan - Manusia - Haiwan - Tumbuh-tumbuhan (a) Swee Lan sering kali menyertai kempen-kempen memelihara alam sekitar yang dianjurkan oleh kerajaan. (b) Mohan tidak melakukan pembakaran secara terbuka kerana dia sedar perbuatan tersebut akan mencemarkan alam sekitar. (c) Kerajaan melaksanakan peraturan mengawal pembalakan untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar.

(a) Ketua kelas 5 Alpha sentiasa memastikan kelas berada dalam keadaan bersih kerana mereka tidak selesa belajar sekiranya kelas kotor. (b) Linda menanam pokok-pokok bunga di sekitar rumahnya agar persekitaran rumahnya kelihatan cantik dan indah. (c) Pihak pengurusan Taman Rekreasi Air Terjun Sungai Gabai berusaha mengekalkan keindahan taman itu dengan melarang pengunjungnya membuang sampah di merata-rata tempat.

3.2 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar


Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan

3.3 Kemapanan alam sekitar


Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

[5]

AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

Hutan sebagai khazanah kehidupan


Sumbangan hutan kepada hidupan dan tanggungjawab manusia mengekalkannya Perlindungan terhadap hidupan liar Pemeliharaan hutan sebagai sumber ekonomi (a) Kerajaan telah mengisytiharkan beberapa kawasan hutan sebagai hutan simpan demi mengelakkan kepupusan khazanah hutan. (b) Rakyat menyokong tindakan kerajaan yang meletakkan beberapa spesies haiwan liar sebagai haiwan yang dilindungi. (c) Pembalak-pembalak haram sepatutnya menyedari bahawa penebangan pokok tanpa kawalan boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.

3.4 Peka terhadap isu-isu alam sekitar


Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

Manusia yang rasional sentiasa peka terhadap masalah alam sekitar


Prihatin terhadap masalah berkaitan dengan alam sekitar Pencemaran alam Udara Air Darat (a) Siti dapat menjawab soalan tentang pencemaran alam sekitar apabila disoal oleh gurunya. (b) Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai oleh pengusaha kilang menyebabkan pencemaran air sungai. (c) Penduduk di Kampung Asah mengadu bahawa kulit mereka gatal apabila mandi di sungai yang telah dicemari dengan bahan buangan dari Kilang A.

4. NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME


Tarikh Patut Siap:16.04.2012

4.1 Cinta akan negara


Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

(b) Raj an menceritakan keindahan negara kepada kawannya dari luar negara. (c) Sebagai pemandu pelancong, Ramli mengetahui banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong.

Kenali negara, cintai negara


Keindahan alam semula jadi kebanggaan kita Perasaan menghargai dan menyayangi keindahan alam semula jadi Sungai dan pantai Gunung-ganang (a) Siew Wai menulis sajak tentang keindahan tanah air.

4.2 Taat setia kepada raja dan negara


Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.

[6]

AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

Identiti negara lambang kedaulatan negara


Lambang dan lagu identiti negara tanda kesetiaan kepada raja dan negara Kepentingan menghormati dan menghayati identiti negeri dan negara Bendera Jata Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri

Sanggup berkorban demi mempertahankan ibu pertiwi


Rakyat berkorban nyawa demi negara Tanggungjawab dan peranan pasukan keselamatan Tentera Polis Bomba

(a) Semua orang mesti berdiri tegak apabila lagu Negaraku dimainkan. (b) Tamy mengenali lambang-lambang kebesaran negara seperti Jata Negara dan bendera negara. (c) Tina memahami maksud wama dan simbol dalam bendera Malaysia.

Perjuangan tokoh yang mempertahankan negara Lt. Adnan Saidi Datuk Bahaman Tok Janggut

4.3 Sanggup berkorban untuk negara


Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

(a) Lamin bercita-cita menjadi seorang tentera kerana ingin mempertahankan kedaulatan negara. (b) Mina memahami tujuan perjuangan tokoh-tokoh seperti Lt. Adnan dan Tok Janggut. (c) Kanang rela mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

[7]

AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

5. NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA


Tarikh Patut Siap:14.05.2012

5.1 Melindungi hak kanakkanak


Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempuma.

Sifat kelembutan wanita bukan penghalang daripada mendapat keistimewaan Pengagihan tugas Penjagaan maruah diri (Tiada gangguan seksual) (a) Encik Samad memastikan pengagihan tugas untuk pekerjapekerjanya dilakukan secara sama rata tanpa mengira jantina. (b) Encik Chin tidak memandang rendah terhadap kebolehan pekerja-pekerja wanitanya, malah memberi mereka kenaikan pangkat jika prestasi kerja mereka cemerlang. (c) Ibu menasihati kakak agar pandai menjaga maruah diri supaya orang lain tidak memandang rendah terhadapnya.

Hak kanak-kanak terjaga, generasi akan datang sejahtera


Hak asasi kanak-kanak tanggungjawab bersama Tanggungjawab golongan dewasa memastikan setiap kanak-kanak berhak mendapat dan menikmati keperluan hidup Makanan Pakaian (a) Ibu bapa yang bertanggungjawab akan memelihara hak asasi anak-anak mereka. (b) Puan Kala sentiasa memastikan anak-anaknya mendapat makanan dan pakaian yang secukupnya. (c) Encik Kelvin menegur isterinya kerana tidak menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak mereka.

5.3 Melindungi hak pekerja


Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

Hak asasi pekerja dipelihara, kebajikan mereka terbela


Kebajikan pekerja tanggungjawab bersama Setiap pekerja berhak mendapat pelbagai kemudahan Gaji Cuti Keselamatan (a) Encik Tan memberi kenaikan gaji kepada semua pekerjanya pada tiap-tiap tahun. (b) Puan Ruby membenarkan Ramesh bercuti untuk melawat ibunya yang sakit.

5.2 Menghormati hak wanita


Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Wanita berhak mendapat layanan yang baik


Layanan yang baik merupakan keistimewaan untuk wanita

[8]

AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

(c) Demi menjaga keselamatan pekerja, Syarikat ABC memperketatkan ciri-ciri keselamatan syarikat.

5.5 Melindungi hak pengguna


Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

5.4 Menghormati hak golongan kurang berupaya


Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

Konsep pengguna asas kesedaran semua


Hormati hak pengguna untuk mendapatkan keperluan asas Hak pengguna untuk mendapatkan barangan dan keperluan asas untuk kehidupan Makanan Pakaian Tempat tinggal Kesihatan Pendidikan Sanitasi (a) Puan Kamariah melaporkan kepada persatuan pengguna tentang sikap pemilik sebuah pasar raya yang menjual barangan yang telah melepasi tarikh luput. (b) Mak Leha tidak mudah terpedaya dengan pujukan jurujual yang datang ke rumahnya kerana menyedari barangan yang dijual lebih mahal daripada harga sebenar. (c) Encik Chin berasa marah apabila mendapati barangan yang dibelinya tidak seperti yang diiklankan, lalu melaporkannya kepada persatuan pengguna.

Semua insan yang dilahirkan mulia di sisi Pencipta


Hargai golongan kurang berupaya dengan memahami mereka Kemampuan memahami punca kecacatan seseorang akan menginsafkan diri Kelahiran Keturunan Kemalangan Penyakit (a) Encik Majid menyediakan kemudahan asas yang cukup di syarikatnya untuk kegunaan pekerjapekeijanya yang kurang berupaya. (b) Puan Mei memberi kasih sayang yang sepenuhnya, sama seperti anakanaknya yang lain kepada anaknya Tini yang cacat penglihatan. (c) Kerajaan turut menghargai kebolehan golongan kurang berupaya dengan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan mereka pada setiap sambutan Hari Pekerja.

6. NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI


Tarikh Patut Siap:02.07.2012

6.1 Mematuhi peraturan dan undang-undang


Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. [9] AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

Disiplin diri asas pembentukan sahsiah mulia


Pembentukan disiplin bermula di rumah dan sekolah Tanggungjawab mematuhi setiap peraturan Di rumah

Di sekolah

(a) Salmi sentiasa mengawal pergaulannya supaya tidak terlibat dengan kegiatan salah laku. (b) Kamala pulang ke rumah sebelum jam 8.00 malam mengikut waktu yang telah ditentukan oleh ayahnya. (c) Chua telah menahan beberapa orang pelajar yang ponteng kelas.

(a) Di Malaysia, tidak wujud paksaan untuk menganuti agama. (b) Majikan di Syarikat STU tidak menghalang pekerja-pekerja lelaki yang beragama Islam untuk keluar bersembahyang pada hari Jumaat. (c) Mei Mei tidak menyediakan makanan yang tidak boleh dimakan oleh rakan-rakannya yang berbeza agama ketika menjamu mereka pada Tahun Baru Cina.

6.2 Kebebasan bersuara


Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

6.4 Penglibatan diri dalam pembangunan negara


Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

Kebebasan bersuara asas masyarakat demokrasi


Keperluan kebebasan bersuara memupuk kesejahteraan hidup bermasyarakat Kebebasan memberi pendapat atau pandangan Kebebasan menyatakan perasaan (a) Pihak sekolah memberi peluang kepada pelajamya untuk bercakap dan memberi pendapat asalkan tiada tujuan menghasut. (b) Rakyat diseru agar tidak memperkatakan isu-isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman. (c) Wartawan mempunyai kebebasan menulis dalam akhbar, tetapi mereka tidak boleh mengkritik pihak-pihak tertentu sesuka hati.

Murid berjaya, sekolah cemerlang


Warga sekolah yang giat cergas menjamin kejayaan sesebuah sekolah Usaha melibatkan diri bagi menjayakan aktiviti anjuran sekolah Hari Guru Hari Sukan Minggu Kokurikulum Hari Anugerah Cemerlang (a) Kem motivasi yang diadakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah mendapat sambutandaripada kalangan pelajar. (b) Ketika melakukan aktiviti gotongroyong di sekolah, pihak sekolah telah mengagih-agihkan tugas untuk memastikan kelancaran aktiviti tersebut. (c) Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Sri Teratai telah merancang pelbagai aktiviti untuk ahli-ahli persatuannya.

6.3 Kebebasan beragama


Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Rakyat Malaysia menganuti pelbagai agama Amalan keagamaan membentuk peribadi Amalan keagamaan dalam kehidupan harian mengikut setiap agama Cara beribadat Perihal makanan

6.5 Sikap keterbukaan


Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

[10]

AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

Sikap terbuka membina keyakinan diri


Sikap terbuka dalam tindakan Setiap pandangan dan keputusan diterima dan dihormati - Mengawal emosi

(a) Rosnah dapat menerima sebarang kritikan terhadap cadangannya dengan hati yang terbuka. (b) Ahli-ahli jawatankuasa tersebut boleh bertolak ansur untuk mendengar pendapat setiap ahlinya. (c) Pei Pei dapat mengemukakan idea yang bemas untuk mengatasi masalah kecurian di taman perumahannya.

[11]

AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

7. NIALI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN & KEHARMONIAN


Tarikh Patut Siap:06.08.2012

7.1 Hidup bersama secara aman


Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Hidup bermasyarakat Jiran tetangga Berpersatuan

Amalan hidup yang harmonis asas kesejahteraan


Hubungan yang harmonis memupuk kemesraan Hubungan yang baik di semua peringkat Sekolah Masyarakat (a) Amira, Shanti, dan Mei Ling berkawan rapat walaupun mereka berlainan bangsa. (b) Penduduk Taman Melati yang berlainan bangsa sentiasa kunjungmengunjungi untuk mengeratkan hubungan. (c) Pak Kamil telah membenarkan Encik Raju menggunakan keretanya untuk menghantar isterinya yang sakit ke hospital.

(a) Penduduk Kampung Mumi telah bekerjasama mengawal kampung pada waktu malam untuk mengelakkan kecurian. (b) Penduduk Taman Selasih telah sama-sama menjayakan majlis perkahwinan anak Cikgu Kassim. (c) Guru dan pelajar Sekolah Tanjung Agas telah membuat kerja amal bagi membantu keluarga Chong yang hidup dalam kemiskinan.

7.3 Saling menghormati antara negara


Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat. Saling menghormati kedaulatan sesebuah negara asas kemantapan hubungan

Saling menghormati kedaulatan sesebuah negara


Hormati sistem pemerintahan, ideologi dan kedaulatan undang-undang negara lain (Eksekutif, legislatif dan kehakiman) (a) Negara-negara ASEAN sentiasa memupuk kerjasama dalam pelbagai bidang untuk kebaikan bersama. (b) Rakyat Malaysia yang berada di luar negara diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan di negara tersebut. (c) Masyarakat dunia menentang keganasan yang dilakukan terhadap negara lain.

7.2 Saling membantu dan bekerjasama


Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

Semangat kekitaan mewujudkan suasana yang aman


Saling membantu untuk kesejahteraan bersama

[12]

AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

[13]

AGENDA A+ SETIA EMAS, T1

You might also like