You are on page 1of 7

Ciri-ciri Ujian yang Baik

Sesuatu Ujian Yang Baik


Mengukur apa yang sepatutnya diukur. Mempunyai ciri-ciri:


Kebolehpercayaan markah ujian yang tinggi; Tafsiran markah ujian yang sah;

Memberi data yg relevan untuk membuat keputusan yang berguna.

Konsep Kebolehpercayaan Konsep kebolehpercayaan pengukuran merujuk kpd ketekalan skor, iaitu, setakat mana dua pengukuran mengenai perkara yang sama itu menghasilkan skor yang tekal (konsisten);

Merupakan satu syarat yg perlu untuk mencapai kualiti tinggi dalam pengukuran pendidikan dan psikologi.

Ketekalan (Konsistensi) Ketekalan (konsistensi) pengukuran yang tinggi di antara dua set pengukuran bererti pangkat (rank) yg dihasilkan oleh pengukuran pertama adalah lebih kurang sama dengan pangkat yg dihasilkan oleh pengukuran yg kedua;

Tahap konsistensi boleh dinyatakan dengan satu indeks statistik yg dikenali sebagai koefisien korelasi, r.

Ketekalan Skor Ukuran 1st 2nd 10 14 8 11 7 9 5 7 3 5 2 4 . Pangkat . Ukuran 1 Ukuran 2 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 6 6

A B C D E F

A B C D E F Koefisien Korelasi (r)

Ukuran 1st 2nd 8 14 10 11 7 9 3 7 5 5 2 4

Pangkat . Ukuran 1. 1. Ukuran 2. 2. 2 1 1 2 3 3 5 4 4 5 6 6

Satu nombor (di antara 0.00 dan 1.00) yg menggambarkan tahap ketekalan skor-skor ujian;

Diperoleh dgn menentukan pertalian antara skor drpd pengukuran pertama dengan skor pengukuran kedua;

r dikenali sebagai koefisien korelasi Pearson Product Moment; Koefisien Korelasi Plj Ujian1 Ujian2 (x) (y) x A 9 8 81 B 7 7 49 C 6 3 36 D 5 5 25 E 3 5 9 x= y= x= y= 30 28 200 172 y 64 49 9 25 25 xy= 179 xy 72 49 18 25 15

Koefisien Korelasi, r xy - (x) (y)/ N r = ___________________________ [ x- (x)/N ][ y- (y)/ N] 179 (30)(28)/5 = _________________________ = .63 [200 (30)/5][172 (28)/5]

X . .

. r = +1.0 Y

r = -1.0 Y .

. .. . .. .. .. . .. . r = +.70 Y

. . ... . . ... . .. ....

r = -.70 Y

X . .. . . .. .. . . .. r = +.20 Y

.. .. .... .. .. ... ..

r = -.20 Y

X .. . . . .. .. . ... . r = 0.0 Y

X .. .. .. .. . . .. . r = 0.0 Y

X . .

. r = +1.0 Y

r = -1.0 Y .

. .. . .. .. .. . . . . r = +.70 Y

. . ... . . ... . .. ....

r = -.70 Y

X . .. . . .. .. . . .. r = +.20 Y

.. .. .... .. .. .. ...

r = -.20 Y

X .. . .. . .. .. .. . . r = 0.0 Y

X ... . . . .. . .. .. r = 0.0 Y

Huraian Mengenai koefisien korelasi, r


r bernilai di antara +1.0 dan 1.0;

Koefisien korelasi +1.0 bermakna pertalian di antara dua pembolehubah itu sempurna; Tanda positif dan negatif yang berkaitan dengan sesuatu nilai koefisien korelasi menunjukkan arah perhubungan antara dua pembolehubah yang terlibat;

Sekiranya peningkatan nilai bagi sesuatu pembolehubah (x) adalah berkaitan dengan peningkatan nilai bagi pembolehubah satu lagi (y), koefisien korelasi ( r ) antara dua pembolehubah x dan y ini adalah positif;

Sekiranya peningkatan nilai bagi sesuatu pembolehubah (x) adalah berkaitan dengan berkurangnya nilai bagi pembolehubah satu lagi (y), koefisien korelasi ( r ) antara dua pembolehubah x dan y ini adalah negatif;

Dua set pengukuran untuk perkara yang sama boleh diperolehi dengan: (a) mengulangi ujian yang sama pada dua ketika yang berbeza, iaitu, ada jarak waktu di antara dua pengukuran; (b) mentadbirkan dua ujian setara yang mengukur isi kandungan yang sama serentak; (c) mentadbirkan dua ujian setara yang mengukur isi kandungan yang sama dengan jarak waktu antara pentadbiran;

Ketekalan antara skor ujian yang diperolehi daripada dua pentadbiran ujian itu ialah Koefisien Keboleh-percayaan ujian itu

Uji-Ulang-Uji Satu ujian ditadbirkan kepada satu kumpulan calon yang sama pada dua masa yang berlainan. Dua set skor diperolehi;

Koefisien korelasi antara dua set skor ini ialah Kebolehpercayaan Uji-UlangUji atau Kebolehpercayaan Kestabilan;

Ujian Bentuk Setara Dua ujian dibina berdasarkan sukatan pelajaran yang sama. Kemudian dua ujian ini ditadbirkan serentak kepada satu kumpulan calon yang sama;

Koefisien korelasi di antara dua set skor yang dihasilkan dikenali sebagai Kebolehpercayaan Bentuk Setara atau kebolehpercayaan selari;

Cronbach-alpha Satu koefisien kebolehpercayaan yang diperolehi dengan mentadbir-kan ujian sekali dan menentukan ketekalan antara respons kepada item-item dalam ujian.

Faktor-faktor yang mempengaruhi koefisien kebolehpercayaan: kebolehpercayaan: Biasanya ujian yang lebih panjang mempunyai koefisien kebolehpercayaan yang lebih tinggi;

Ujian terdiri daripada item-item sederhana sukar mempunyai keboleh-percayaan yang lebih tinggi daripada ujian terdiri daripada item-item yang terlalu sukar atau terlalu senang; Ujian yang lebih seragam (homogeneous) mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi; Ujian terdiri daripada item-item berkuasa diskriminasi yang lebih tinggi mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi; tinggi; Keberubahan (variability) kebolehan pelajar yang lebih tinggi boleh menghasilkan koefisien kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Bilakah setiap jenis kebolehpercayaan itu penting ? Kebolehpercayaan Kestabilan atau Uji-Ulang-Uji adalah penting untuk Ujian Aptitud di mana hasil ujian digunakan untuk meramal-kan prestasi masa depan;

Kebolehpercayaan Bentuk Setara adalah penting untuk menentukan sama ada sampel item yang digunakan dalam ujian itu mencukupi bagi mewakili domain isi kandungan;

Cronbach-alpha adalah penting untuk ujian yang mengukur sesuatu sifat psikologi seperti sikap, anxiety, kecerdasan , keagresifan , dan sebagiannya.

KESAHAN Konsep kesahan pengukuran merujuk kepada tafsiran dan penggunaan hasil engukuran;

Pengertian kesahan pentafsiran (validity of interpretation) dan penggunaan hasil pengukuran dapat dijelaskan lebih lanjut dengan beberapa ciri berikut:

Kesahan disimpulkan daripada bukti yang sedia ada ( bukan diukur); Kesahan bergantung kepada banyak jenis bukti yang berbeza; Kesahan dinyatakan dalam darjah (iaitu, tahap rendah, sederhana atau tinggi); Kesahan bergantung khusus kepada penggunaan yang spesifik; Kesahan merujuk kepada rumusan yang dibuat dan BUKAN kepada alat itu; Kesahan adalah satu konsep bersepadu

Bukti yang diperlukan untuk memastikan rumusan yang dibuat daripada hasil pengukuran itu adalah sah termasuklah:

Bukti berkaitan dengan isi kandungan (content-related evidence); Bukti berkaitan dengan kriterion (criterion-related evidence); Bukti berkaitan dengan konstruk (construct-related evidence) Bukti Berkaitan dengan Isi Kandungan

Bukti yang menunjukkan setakat mana isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel representif domain isi kandungan yang sepatut-nya diukur;

Fokus bukti berkaitan dengan isi kandungan untuk kesahan ialah tentang kerelevanan dan cukup tidaknya sampel tugasan yang terkandung dalam ujian;

Jadual penentuan ujian yang disediakan untuk sesuatu ujian merupakan satu bukti berkaitan dengan isi kandungan untuk menyokong kesahan rumusan skor ujian;

Bukti berkaitan dengan isi kandungan amat penting untuk menyokong tafsiran skor ujian pencapaian.

Bukti Berkaitan dengan Kriteiron Bukti yang menunjukkan setakat mana skor ujian berkenaan dapat meramalkan prestasi dalam sesuatu kriterion;

Ukuran kriterion boleh dilakukan dengan dua cara; satu di masa depan, dan satu serentak dengan ujian;

Bukti yang menunjukkan bahawa skor ujian dapat meramalkan prestasi dalam kriterion di masa depan diperolehi dengan menentukan koefisien korelasi antara skor ujian dengan kriterion yang diukur di masa depan;

Bukti Berkaitan dengan kriterion juga boleh dikumpulkan dengan menentukan koefisien korelasi antara ujian dengan kriterion yang diukuran serentak dengan ujian;

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan:


Ketelitian dalam membina ujian; Liputan isi kandungan; Kejelasan soalan; Bilangan soalan;

Keadaan di mana ujian itu ditadbirkan; Ketelitian dalam pemarkahan; Tingkah laku calon (examinees) semasa menjawab soalan. Bukti Berkaitan dengan Konstruk:

Glock & Ahmann (1981) mentakrifkan konstruk sebagai seuatu sifat yang dianggapkan wujud untuk memberi penjelasan mengapa sesuatu aspek tingkah laku manusia berlaku;

Bukti berkaitan dengan konstruk ialah bukti yang menunjukkan setakat mana skor ujian itu dapat ditafsirkan sebagai ukuran bagi sesuatu trait psikologi, ciri, kualiti, atau konstruk berkenaan.

You might also like