You are on page 1of 5

Husni seorang murid Tahun 6 Mesra daripada keluarga berlatar belakangkan sosioekonomi yang rendah.

Seorang murid yang tergolong dalam kumpulan pelajar berkebolehan. Walau bagaimanapun mengikut pemerhatian Cikgu Sally, Husni seorang pelajar yang pendiam, mudah mengalah dan mempunyai penghargaan kendiri yang rendah. Sejak akhir-akhir ini, menjelang UPSR keadaan Husni semakin merisaukan. Dia suka termenung dan kadangkala menangis keseorangan. Apabila ditanya oleh Cikgu Sally, Husni seperti menyembunyikan sesuatu.

Mendengar dengan aktif Memandangkan Husni seorang yang pendiam, Cikgu Sally perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan Husni. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh Husni, Cikgu Sally memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan Husni. Cikgu Sally juga sentiasa memberi perhatian kepada setiap tutur kata, gerak geri (body language) Husni semasa bercakap supaya dapat menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Brammer (1973) merumuskan bahawa tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kepada kefahaman, maka komunikasi tidak wujud. Mendengar dengan aktif amat penting dalam setiap tahap kaunseling, pentingnya mendengar secara aktif kerana ianya melibatkan tiga komponen iaitu kontak mata, gaya mendengar, dan respon, ketiga kompenen ini menunjukkan tindakan memberi perhatian dengan aktif ataupun mendengar dengan aktif. Contoh: Cikgu Sally Husni : Tadi kamu ada menyatakan cemburu dengan adik kamu? Betul.. : Iya.. saya ada cakap begitu tadi.

Cikgu Sally

: Tapi, kamu juga ada mengatakan bahawa kamu sangat menyayang adik kamu.

Husni Cikgu Sally

: Ya, saya memang sangat menyayanginya. : Boleh ceritakan kepada cikgu, apa yang membuatkan kamu memcemburuinya?

Husni

: (Diam lalu menundukkan kepala)

Dorongan minima Cikgu Sally bijak menggunakan kemahirannya untuk menggalakkan Husni meluahkan isi hatinya apabila dia merasakan bahawa Cikgu Sally sedang mendengar dan menumpukan perhatian terhadap apa yang diceritakan olehnya. Contoh dorongan minima menganggukkan kepala, senyuman, wajah yang tenang atau menggunakan separa bahasa seperti Mmm! Mmm!, Hmm! Hmm!. Husni Cikgu Sally Husni Cikgu Sally : Saya merasakan ayah dan ibu lebih menyayangi adik.. : Uh huh...(sambil mengangguk kepala), teruskan.. : Saya merasakan diri saya tidak disayangi. : Hmmm. (sambil mengangguk kepala)

Pendedahan Kendiri Cikgu Sally menggunakan kemahiran ini kerana dia berhajat untuk membuatkan Husni berkongsi sesuatu maklumat dengannya. Matlamat yang didedahkan adalah bersesuaian dan berfungsi. Cikgu Sally cuba mengelakkan maklumat yang boleh menyebabkan Husni berasa rendah diri atau kurang cekap. Pendedahan kendiri disini merujuk kepada mendedahkan perihal peribadi kepada oaring lain, dalam erti kata lain Cikgu Sally cuba menceritakan kisah peribadinya

bagi tujuan untuk difahami dan dibantu atau hanya satu bentuk perkongsian dimana beliau menceritakan kisah dirinya dari segi pengalaman untuk mengaitkan pengalaman yang dilalui oleh Husni dengan pengalamannya sendiri. Contoh : Husni Cikgu Sally Husni Cikgu Sally : Cikgu, saya selalu dimarahi ayah dan selalu dipukul. : Masa kecil dulu, adik cikgu pun pernah dipukul oleh ayah. : Tapi, kenapa cikgu? : Kerana dia tidak mahu belajar dan selalu pulang lewat malam.

Kemahiran Menyoal Soalan terbuka: Cikgu Sally meneruskan lagi sesi kaunseling dengan mengemukakan beberapa soalan terbuka. Ini bertujuan untuk menjemput perbincangan, perjelasan, dan huraian yang panjang lebar, ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka juga penting dalam menggalakkan penerokaan serta memberikan ruang kepada Husni meluahkan perasaan mengikut arah yang dipilihnya sendiri tanpa dikhususkan oleh kaunselor, dimana klien yang mengawal rundingan. Cikgu Sally Husni : Apakah perasaan kamu apabila dimarahi ayah? : Saya tidak suka ayah memarahi saya sebab rasa tidak disayangi. Cikgu Sally : Boleh jelaskan dengan cikgu, kenapa kamu rasa tidak disayangi apabila ayah memarahi kamu? Husni : Kerana ayah tidak mempercayai alasan yang saya berikan dan selalu membezakan saya dengan adik.

Soalan tertutup: Cikgu Sally juga turut mengajukan beberapa soalan tertutup untuk merujuk kepada menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja, dan jawapan ini memberikan jawapan yang khusus. Soalan tertutup bertujuan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta. Cikgu Sally : Adakah kamu melakukan sesuatu yang tidak disenangi ayah dan ibu? Husni Cikgu Sally : (Diam dan terus membisu) : Adakah kamu dipaksa melakukan sesuatu yang kamu tidak gemari. Husni : Ayah mahu saya mendaftar di pusat tusyen, tetapi saya berkeras tidak mahu. Cikgu Sally Husni Cikgu Sally Husni : Adakah kamu rasa ia akan membebankan keluarga kamu? : (Menganggukkan kepala) : Sudahkah kamu memohon maaf dari mereka? : (Menangis dan menggelengkan kepalanya)

Konfrontasi Disamping itu, Cikgu Sally menggunakan kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku tanpa lisan Husni. Konfrontasi teknik yang digunakan oleh Cikgu Sally bertujuan bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien. Teknik ini perlu digunakan dalam situasi yang sesuai supaya tidak menyebabkan Husni berdiam diri. Kemahiran ini hanya dilaksanakan selepas terbentuknya hubungan yang baik antara klien dengan kaunselor. Cikgu Sally menggunakan nada suara yang lembut yang mempunyai unsur-unsur mengambil

berat supaya mesej yang disampaikan tidak disalahtafsirkan. Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada Husni yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan Cikgu Sally. Konfrotasi digunakan apabila Husni tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan Contoh: Husni Cikgu Sally : Saya rasa saya mahu mengikuti kelas tusyen di bandar. : Mengapa Husni berfikir sedemikian. Cuba Husni jelaskan kepada cikgu. Husni : Supaya saya dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR kali ini. Cikgu Sally : Ya, tapi cikgu kurang faham. Tadi kamu kata kamu penat belajar dan tidak mahu membebankan kedua orang tua kamu untuk membayar yuran tusyen. Husni : Saya mahu ibu dan ayah bangga dengan pencapaian saya dan tidak akan dibanding-bandingkan lagi dengan adik.

You might also like