You are on page 1of 18

Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Ianya turut mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman diperingkat nasional dan global. Antara nilai sivik yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik. Matlamat bagi guru adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi di kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.

5. Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Proses yang dimaksudkan adalah merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah yang dinamik adalah untuk pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ianya memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. 5.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal Guru harus memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kekekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi. Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaahmasalah yang mungkin timbul. Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.

Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi dengan kekeriaan dan kebersihan. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta peredaran udara sekukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, computer dan CD serta LCD.

Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, saying kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasan pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus. Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disipilin murid.Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya menghukum. Ruang dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri seperti rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan kelas sendiri.

5.2 Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid kearah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid.Emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran. Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang sesuai dengan penglibatan; ganjaran dalam bentuk hadiah atau token ekonomi boleh diberikan kepada murid. Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid. Peneguhan negatif yang diberi boleh membawa kesan yang tidak menyeronokkan. Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka. Murid perlu belajar menerima diri, orang lain dan semulajadi sekara seadanya.

Mereka yang stabil emosi akan mempunyai minat yang mendalam, di senangi kawan, menerima demokrasi sekara terbuka, suka berjenaka dan paling utama mampu menanggung konflik yang berlaku. Emosi murid harus di urus dengan penuh bijaksana supaya mereka tidak berada dalam kebimbingan. Emosi harus di urus dengan berkesan untuk membangkit naluri ingin tahu dan mengelak dari mereka berputus asa. Emosi harus di urus dengan cara hubungan positif; guru harus mengamalkan kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengongkong murid; perlu mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid dengan pengajaran mengunakan pendekatan asertif dan berpusatkan murid. Hubungan positif sesama rakan kelas perlulah dibina; mereka harus diberi peluang bersosial dan mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan. Murid boleh mengunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri dan inisiatif pergaulan serta persefahaman perlu dikembangkan bagi mengalakkan menghasilkan keputusan yang bertanggungjawab dan berkesan.

5.3 Perhubungan Antara Kelompok Etknik Linton (1945) menyatakan kebudayaan adalah segala yang dipelajari dan di ulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu di dalam sesuatu masyarakat. Mesra budaya ini merupakan suatu budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya itu sebagai suatu amalan yang murni. Generasi muda wajar membaca dan memahami serta menghayati roh perlembagaan negara dan kontrak sosial yang diamalkan dinegara ini. Golongan muda disarankan memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia, sekali gus meneruskan kejayaan pembinaan negara dan menjaga perhubungan etnik. Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan pelajar tahun satu mengikuti kursus Hubungan Etnik sejak Oktober 2004. Modul Hubungan Etnik ialah unsur tradisi Perlembagaan Malaysia iaitu bahasa kebangsaan, agama persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah

dan Sarawak. Muka surat nota hilang woooo Orientasi sosial di dalam bilik darjah menentukan apa yang patut diamalkan dan apaka perkara yang tidak sepatutnya di lakukan di dalam bilik darjah; ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi penyesuaian dan pergaulan. Tajuk pembelajaran berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat harus dipilih dan setiap murid perlu diberi peluang untuk berorientasi dan berbincang tentang perayaan masing-masing. Penerapan budaya dan nilai murni dari etnik yang berlainan dapat di serapkan di dalam objektif pembelajaran. Guru harus adil, tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan sentiasa peka terhadap budaya murid tanpa mengira latar belakang mereka; dan guru tidak boleh merendahkan dan memburukkan walau apa pun etnik mereka. Aktiviti dan program yang dirancangkan tidak harus menyentuh isu-isu sensitive yang mampu mengguriskan perasaan mana-mana pihak. Guru hendkalah menerapkan nilai murni, kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasma dalam mengekal keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik atau warna.

5.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang perlu diberi perhatian serius agar pembaziran waktu tidakakan berlaku. Pelan tindakan strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan dan aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan hendaklah disertai dengan perancangan lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan perancangan strategik sekolah. Peningkatan profesionalisme guru di lihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam kelas dan mencorak perkembangan murid. Guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong kearah kekemerlangan murid. Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan rekfleksi. Guru juga perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bukut teks, rujukan tambahan dan maklumat tambahan termasuk laman web. Inovasi dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran agar tidak beku dan kaku

perlu diberi perhatian. Penyediaan perancangan kemajuan murid, merangka kerja tahunan, menyediakan ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya. Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagimengembangkan minda murid dan diperluas kepada kemahiran komunikasi, penyesuaian diri, kemahiran bersosial dan perkembangan tingkahlaku. Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan tahap intelektuan, kerohanian, kekuatan emosi, keteguhan jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokkan, memberi ruang dan peluang untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut dan mengugut murid, tidak membiarkan kegagalan berterusan, pembelajaran yang realistik dan boleh dilakukan mengambil kira kemampuan murid. Pembelajaran perlulah selaras objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid dan mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka. Objektif yang dirancang perlulah tepat,jelas dan mampu dikapai oleh murid pelbagai budaya dan latar belakang. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjayakan proses penyampaian ilmu pengetahuan,kemahiran,nilaidan sikap yang membawa kepada perubahan kepada tingkahlaku murid. Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan aktiviti perlulah melibatkan interaksi murid pelbagai budaya. Pengesanan dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan penambahbaikan dijalankan dalam pengaajaran berikutnya. Bagi peringkat pelaksanaan, penyampaian pengajaran berdasarkan objektif yang dirancang perlulah dipatuhi, motivasi yang bersesuaian supaya mereka memahami perbezaan diantara mereka perlu dititikberatkan. Aplikasi sumber yang hendak digunakan mestilah selaras dengan kaedah dan teknik yang di pilih. Semasa kelas dijalankan,adalah digalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu. Interaksi yangaktif dikalangan murid hendaklah dijalankan. Guru perlu menjadi role model kepada pelajar. Guru harus menjadi pengerak kepada pembelajaran berpusatkan murid. Perbezaan budaya harus menjadi pencetus minda dan motivasi kearah pembelajaran aktif, interaktif dan konstruktif. Guru boleh membantu menyediakan bahan berasaskan teknologi, eletronik, bukan elektronik

atau sumber lain. Murid terlibat dengan berkongsi pengalaman berasaskan tugas dan kejadian sebenar. Tugasan boleh dijalankan sekara koloborasi dan koperatif. Pelaksanaan aktiviti dapat dilaksanakan dengan mengawal masa dan menyusun aktiviti sekara berkesan. Proses brain breaks atauruang merihatkan minda juga perlu diberikan. Pengurusan pengajaran pembelajaran perlu dirancang supaya murid saling bergantung antara satu sama lain sekara positif, saling berinteraksi sekara bersemuka dan memupuk semangat tanggungjawab individu kearah pemprosesan berpasukan. Ini membolehkan murid menjadi lebih berani, yakin dan berwibawa dan melahirkan murid yang lebih rasional, beretika, hormat-menghormati, bantu membantu diantara satu sama lain. Pengunaan instrument yang ditetapkan oleh bahagian yang bertanggungjawab hendaklah digunakan yang termasuklah fokus dan hasil pembelajaran, isi kandungan mata pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran, penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi. Set induksi merupakan suatu proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran dengan tujuan menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil pembelajaran. Set induksi yang menarik dapat menarik minat mengenai tajuk yang ingin disampaikan dan memberi gambaran awal sebelum memulakan tajuk yang sebenar, mendorong murid untuk mengetahui isi pengajaran dan pemusatan mental murid kepada suatu konsep atau pendekatan. Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik seperti tayangan seduutan filem, nasyid, pantun, puisi, persembahan atau lakonan, permainan, soal jawab, mempamer suatu bentuk atau objek, pernyataan kontrovesial, klip video suatu panorama, satu persoalan yang mencabar minda murid. Set induksi hendaklah disediakan tentang apa yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi pelajaran, mendorong minat murid terhadap tajuk dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia serta dalam jangkamasa satu hingga lima minit. Perkembangan isi pelajaran berlaku sekara berurutan dengan set induksi dan berlaku dalam tiga aras ; i) aras pertama adalah aras asas dan semua murid yang hendak di

ii)

iii)

ajar hendaklah menguasai aras ini atau dikehendaki mengikuti program pemulihan seperti menyediakan soalan yang mudah, memahami nota ringkas guru aras kedua adalah meneruskan perkembangan selanjutnya, guru membuat penilaian dan yang gagal dikehendaki mengikuti program pemulihan dengan pendekatan yang lebih sesuai aras ketiga adalah aras sehingga selesai dan di ikuti penilaian yang terakhir di hujung pengajaran dan pembelajaran

Perkembangan isi pelajaran bermula dari yang mudah kepada yang lebih kompleks; disusun mengunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk menghayati ilmu yang diterokai. Aktiviti hendaklah dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan dimana semua pelaksanaan dapat dinyatakan, difahami sementara sebahagian murid dapat menganalisa, membandingbeza dan dapat membuat penilaian. Penyerapan dengan mata pelajaran lain termasuk prinsip Islam Hadhari, penggabung jalinan dengan tajuk-tajuk lain serta penerapan nilai harus diuruskan dengan bijaksana. Pengajar perlu mengunakan pelbagai kaedah, teknik bagi meningkat penguasaan ilmu disamping menjana kemahiran berfikir, berkomunikasi, berinteraksi, menulis, berhujah, berimiginasi dan sebagainya bagi membentuk kemenjadian murid. Kemahiran mengunakan sumber yang sedia ada seperti alat bantuan mengajar, bahan bantuan mengajar, kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi, bahan rujukan dan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah relevan dengan hasil pembelajaran serta isi pembelajaran dimana sumber dapat mempercepatkan dan menjimat masa pembelajaran, menarik minat murid dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai dengan keadaan semasa. Apabila seluruh potensi insan dibangunkan sekara integrasi atau bersepadu, bakal melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbang segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan

dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan supaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanafaat.

5.5 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis. Konsep modal budaya merujuk kepada individu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Pierre Bourdieu(1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibubapanya dan tahap pendidikan ibubapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.

Diantara teknik dan kaedah yang boleh di gunakan adalah ; Kaedah Direktif i) ii) iii) i) ii) belajar melalui penerangan dan di ikuti oleh fokus kepada kemahiran asas, latih tubi dan guru sebagai model mengunakan bahan media diajar mengaplikasikan pengetahuan untuk membuat keputusan, mengenalpasti andaian mengalakan menjana idea kritis dan kreatif murid dijangka dapat membuat pertimbanga yang relevan boleh diaplikasikan dalam amalan pedagogi dengan murid dapat diterima dapat mengaitkan bahan pengajaran dan pe sebenar boleh dikaitkan dengan pembelajaran eksp hidup sebenar memberi peluang untuk memikir tentan pros

Kaedah Mediatif

Kaedah Generatif

i) ii)

Kaedah Kontekstual

i) ii) iii)

Kaedah Metakognitif

i)

ii)

rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian ken murid akan berbincang tugasan dan dapat mempraktikka semasa latihan praktikal

Kaedah Konteks Luar

i) ii) iii)

memerlukan aktiviti dijalankan dan dilakukan diluar bilik guru bertindak sebagai fasilitator murid akan menjalankan aktiviti penyelesaian dan akan m sekara bertulis selepas aktiviti

Kajian Masa Depan

i) ii)

membolehkan murid mengambil bahagian mencipta pen depan membantu murid berfikiran jauh

Kaedah Koperatif

i) ii) iii) iv) v)

murid dapat berbincang sekara kumpulan dan harmonis dapat belajar bekerjasama dan berinteraksi di antara mu akan menjadi menarik kerana penglibatan aktif melatih meningkatkan akauntibiliti diri dan bertanggungj ahli kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk

Pembelajaran Koloboratif

i) ii) iii) iv)

dapat bekerjasama erat diantara dua pihak atau lebih berusaha bersama mencapai matlamat pembelajaran melibatkan kumpulan murid berusaha mencapai prestas keberkesanan pembelajaran dapat di tingkatkan

5.6 Pedagogi Kelas Bercantum Di wujudkan apabila bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang dari 15 orang. Sesebuah kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dikantum jika bilangan murid tidak mencukupi. Kelas bercantum juga wujud dalam sesebuah sekolah yang bilangan muridnya kurang dari 145 orang. Bilangan guru besar dan guru pula tidak melebihi 5 orang. Guru akan mengaajar lebih dari satu tahun persekolahan sekara serentak dalam kelas bercantum. Bangunan sekolah terdiri dari pondok-pondok kekil dan biasanya kurang lengkap. Guru mengajar sekara berkumpulan dan berpusatkan murid; tujuannya adalah membolehkan murid aktif dan memenuhi keperluan mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan.

Murid akan mengikuti mata pelajaran mengikut aktiviti yang diperingkat mengikut tahap pencapaian mereka; sekara langsun dapat diberi peluang untuk memberikan pendapat kepada rakan sekelas walaupun dari pelbagai kekerdasan yang berbeza. Guru juga mengunakan kaedah perbincangan, yang melibatkan perbualan antara guru-murid dan murid-murid didalam sebuah kelas.Perbincangan boleh sekara keseluruhan kelas yang biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru atau perbincangan sekara kumpulan kekil yang diketuai murid. Guru perlu bijak melaksanakan kelas cantum kerana terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam diri murid; kelemahan mengunakan pedagogi yang sesuai akan menjejaskan dan merencatkan minat murid.

5.7 Sosiologistik Sosiologistik adalah gabungan perkataan sosio dan linguistik yang menunjukkan bidang ilmu adalah perpaduan sosiologi dan linguistik.Perbahasan pokok dalam ilmu adalah masyarakat dan bahasa. Sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplin yang membincangkan dan menyusun teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian. Maksud masyarakat dalam ilmu linguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar dan kekil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasanya. Maksud istilah bahasa mencakupi gagasan seperti perbezaan kod-kod antara bangsa seperti bahasa Melayu, Indonesia, Arab, Inggeris dan lain-lain. Ragam regional dari satu kod adalah seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dan lainlain. Ragam kelompok sosial adalah seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah dan ragam stailistik melibatkan situasi rasmi, santai, intim dan sebagainya. Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri tatabahasa atau tahap makna iaitu semantik. Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses kemasyarakatan termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak

yang memberi pengertian umum, rasional dan emperikal serta bersifat umum (Soekanto 1982:50). Linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk lisan dan tulisan; linguistik memiliki rumus yang menjelaskan system, rasional, emperikal dan kesimpulan sebagai pemberian daripada kenyataan struktur, penggolongan dan rumus-rumus bahasa termasuklah pernyataan kekekualian. Bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian sekara formal dan abstrak atau kadang-kadang kaku oleh linguistik. Linguistik khususnya di Amerika menurut Fishman (1968:7) sehingga pertengahan pertama abad kedua puluh adalah disiplin normal yang hamper sejajar dengan matematik yang abstrak. Bidang ini memberi tumpuan ke atas analisis struktur bahasa dan pendekatan psikologis dan sosiologis dianggap berbahaya dan menyesatkan. Pada pertengahn 1960an pula, penemuan kembali antara kedua bidang ilmu ini, dan kesedaran baru khususnya dalam kalangan ilmuan Amerika akan hubungan yang tidak boleh di pisahkan antara perilaku bahasa dan perilaku sosial (Loveday, 1982:2). Istilah sosiolinguistik baru muncul dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan supaya di selidiki perhubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial ahli masyarakat (Dittmar, 1976:127). Dell Hymes (1962) menyebut sosio-lingusitik sebagai etnografi pertuturan. Lima perkara yang dapat disimpulkan mengenai istilah sosiolinguistik adalah : Mereka yang meminati bidang mempelajari metod dan alat yang digunakan dalam kelompok sosial di panggil ethnomethodologis. Dell Hymes mengutarakan konsep sosiolingusitik sebagai kekekapan berkomunikasi Variasi dan aneka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para penuturnya Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik adalah sasaran kajian sosiolinguistik terutamanya bagi menentukan bahasa asing untuk diajar disatu negara. Aspek sosial dalam bilingualisme dan multilinguisme adalah penting seperti code-switching.

Tujuh dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik yang dirumuskan oleh Dittmar (1976:128) dalam konferens di UCLA , 1964 ialah : i) ii) iii) iv) v) vi) vii) identity sosial penuntut identity sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi lngkungan sosial tempat peristiwa perbincangan berlaku analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek sosial penilaian sosial yang berbeza oleh penutur akan bentuk perilaku penutur tingkatan aneka atau ragam linguistik penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik

Sosiolingusitik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap suatu bahasa yang digunakan. Bidang ini melibatkan interaksi sosial dan bahasa sesuatu budaya. 5.8 Penilaian Berasaskan Budaya Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan adat dan kaum yang ada; penerapan nilai kerjasama dalam subjek akan memudahkan proses penilaian terhadap murid.

Penilaian terhadap nilai yang diamalkan merupakan garis panduan, tindakan dan pola tingkah laku yang diingini. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan perkembangan tingkahlaku yang baik dan menjamin keharmonian bilik darjah. Nilai mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang luas dan memberi kesan kepada hubungan suasana bilik darjah, sikap

dan tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain. Penilaian terhadap aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik darjah yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan guru dan murid. Nilai hidup berdisiplin bermula dari bilik darjah yang bertujuan membentuk individu yang bertanggungjawab dan dapat meneruskan amalan cara hidup yang baik. Disiplin juga meliputi dimensi moral dan akhlak yang mencorakkan sahsiah dan tingkah laku yang baik dan terpuji tanpa mengira latar belakang budaya murid. Budaya belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang ekspresi, perbincangan, penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah, mengasah pemikiran kritikal dan mencorakkan murid bersifat kreatif dan seronok di samping dapat menguasai kemahiran tertentu. Bilik darjah yang berkesan menawarkan pelbagai peluang pembelajaran untuk membantu setiap murid mengembangkan potensi, minat dan bakat yang berbeza. Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai pengaruh budaya keatas perkembangan dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang baik di bilik darjah. Guru diminta membentuk sikap murid terhadap over-dependency atau terlalu bergantung kepada guru atau orang lain untuk belajar dan mendapatkan maklumat. Orientasi sosial bilik darjah akan menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi penyesuaian serta pergaulan mereka. Orientasi akan menentukan iklim bilik darjah yang akan mempengaruhi pembelajaran murid.

Fungsi organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan mementingkan kepada keseragaman, kestabilan dan kepatuhan.Keadaan yang tidak kondusif seperti sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan bising, kurang perhatian individu, pengabaian terhadap murid lemah dan iklim dan suasana bilik darjah yang tegang. Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi yang luas terutama ke atas harga diri, keyakinan dan rasa kejayaan dalam kalangan murid.
Sumber :

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur. Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-9675451-04-1 Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/ Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20d i%20IPTA/Bab%202.pdf Pengukuhan Perpaduan Negara http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=print&sid=2523 Kembali
Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada Disember 22, 2009 oleh Pengendali@2006

Sumber : http://kheru2006.i8.com/EDU3106/5_Pembinaan_Persekitaran_Bilik_Darjah.htm diakses pada 9.2.2011

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan aspek-aspek berikut: Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan mengambilkira latar belakang murid yang berbeza Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan membuat pengubahsuaian semasa jika perlu Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan

4.5 Pengurus Pengajaran dan pembelajaran Dalam Kelas pelbagai budaya: Seorang guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar pengurus. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan termasuk : Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling Sistematik dalam merancang dan menilai Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang Bijak mengurus masa Berpandangan jauh Bersedia untuk berubah dan fleksibel Berkomuknikasi dengan berkesan 4.6 Peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran, peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru : i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran ii) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran iii) Selepas proses pengajaran dan pembelajaran

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid pelbagai budaya, guru perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran. Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek : - Hasil pembelajaran yang tepat - Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid - Sumber pengajaran yang mencukupi - Bahan bantu mengajar yang berkesan - Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas

(a) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan dan penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para pelajar. Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat membantu menerangkan sesuatu konsep (Hiebert, Weame & Taber, 1991; Kozma, 1991). Contoh-contoh bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, gambar, pengursan grafik, peta minda, gambarajah, radio, komputer, video, kad imbasan, gambarajah, akhbar, majalah,

audio visual, model, prototaip atau bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri bahan pengajaran efektif pula berbentuk maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan berkesan. Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran agar murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. Ini diakui oleh Mayer & Gallini, (1990); Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contoh-contoh yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran . Manakala Slavin (1994) menyarankan guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar (ABM). (b) Pemilihan Sumber Pengajaran Guru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja berjaya memberi penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu membuat perkaitan antara idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk berfikir pada aras tinggi . Sumber- sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks, buku rujukan, internet, maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal , prospektus, phamplets and brochures, laporan penyelidikan, statistik rasmi, Akta, Arahan Perbendaharaan termasuk sumber hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat, sesuai, dan mencukupi mampu mencabar minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Semasa merancang pengajaran, saya mendapatkan seberapa banyak input daripada pelbagai sumber sebelum memulakan setiap sesi pengajaran .

Sumber : http://jmnasira.blogspot.com/2009/11/pgsr-sm3-modul-edu-3106.html diakses pada 9.2.2011

You might also like