You are on page 1of 99

mi sup bakso

Resipi: Joha Ahmad Mi sup bakso BAHAN-BAHAN 500 gm bebola daging bakso Mi kuning (celur) Sawi (celur) BAHAN KUAH 1 liter air 3 sudu besar bawang goreng 5 ulas bawang putih (ketuk) 4 helai daun limau purut 1 sudu besar serbuk sup Garam 1 sudu besar serbuk lada hitam

CARA MEMASAK 1. Satukan ke semua bahan kuah dan biarkan ia mendidih selama 20 minit. Kemudian bubuhkan bebola daging dan biar ia mendidih selama 15 minit. Bubuhkan garam.

serikaya durian

Resipi: Joha Ahmad Serikaya durian BAHAN-BAHAN 1 cawan isi durian 4 biji telur 2 cawan santan pekat 1 cawan gula cawan air perahan daun pandan 4 sudu besar tepung beras CARA MEMASAK 1. Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar lumat. 2. Tuangkan dalam loyang dan kukus selama sejam.

Serikaya ini tidak boleh dipotong, dan hanya boleh disenduk sahaja.

puding pic lasi


Puding pic lasi BAHAN-BAHAN 1 cawan buah pic dalam tin (airnya jangan dibuang) 15 gm serbuk agar-agar 1 cawan gula 2 cawan susu segar 3 sudu besar tepung kastard 1 cawan air 1 sudu besar esen vanila CARA MEMASAK 1. Kisar buah pic dengan santan dan air sirupnya sekali. 2. Satukan ke semua bahan dalam periuk bersama bahan kisar. 3. Di atas api yang kecil adunan hendaklah dikacau sentiasa sehingga kental. 4. Tuangkan dalam adunan.

spageti SAJI
Spageti SAJI BAHAN-BAHAN Separuh paket spageti - rebus bersama sdikit Garam dan tuskan

2 cawan lobak merah sagat kasar 4 biji tomato kisar 1 labu bawang merah dadu 1 sudu kecil serbuk lada hitam Garam dan gula 400 gm bebola daging Sekeping daun bay kering Sedikit marjerin atau mentega

CARA MEMASAK 1. Panaskan mentega dan masukkan bawang merah. Tumis sehingga layu. 2. Masukkan garam daun bay, serbuk lada hitam, gula, garam, tomato dan lobak merah serta bebola daging. 3. Biarkan ia mendidih. Anda boleh tuangkan secawan air dan tutup periuk agar bebola daging masak. 4. Setelah kuah sedikit kering dan bebola daging masak, tutupkan api.

Laksa Nyonya

Bahan-bahan: 3 gm bawang merah - kisar 3 gm bawang putih - kisar 2 batang serai - kisar 20 gm udang kering - kisar 2 cm lengkuas - kisar 2 cm kunyit - kisar 5 gm cili kisar 5 helai daun limau purut 3 kuntum bunga kantan - kisar 3 gm daun kesum 2 mangkuk santan Sedikit tau fucuk Garam secukup rasa Mi kuning atau bihun secukupnya - rebus

Bahan hiasan: Daun bawang hiris Kacang panjang celur Hirisan ayam/udang rebus Bawang goreng Tauge - celur Cara Menyediakan: 1. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 2. Masukkan daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan. 3. Masukkan santan dan tambahkan sedikit air. 4. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan tau fucuk. 5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Tomyam Laksa

BAHAN A: 2 batang serai (ketuk) 3 ulas bawang merah (kisar) 1 labu bawang putih (kisar) 2 labu bawang besar (hiris)

BAHAN LAIN: 20 tangkai cili kering (kisar) 500 ml air rebusan ayam 1 liter air 500 ml air kelapa muda 1/2 kg ayam (potong sederhana) 3 sudu besar pes tomyam 200 ml santan 5 helai daun limau purut Sedikit gula, garam dan perahan air limau

BAHAN HIASAN: Daun ketumbar Cendawan butang hiris Limau kasturi Isi kelapa muda Cili kisar

Kek ikan Daun ketumbar

CARA MENYEDIAKAN: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A hingga kekuningan. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan biarkan seketika. 2. Kemudian masukkan air, air rebusan ayam dan air kelapa muda. 3. Masukkan pes tomyam dan potongan ayam setelah mendidih. 4. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan. 5. Masukkan gula, garam dan perahan air limau secukup rasa dan biarkan mendidih. 6. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan bolehlah dihidangkan bersama mihun atau laksa dengan bahan hiasan lain.

KERABU MANGGA MUDA

Bahan-bahan: 4 biji mangga muda - dibuang kulitnya dan sagat 6 ulas bawang merah - dihiris 2 tangkai cili merah - dihiris 2 tangkai cili hijau - dihiris 1 sudu besar udang kering - dikisar 1 sudu besar cuka makan 5 ulas cili padi - dihiris 1 sudu kecil garam 1 sudu besar gula 1/2 cawan kacang tanah - disangai dan tumbuk kasar

Cara menyediakan: 1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk. 2. Gaul kesemua bahan itu hingga sebati.

KERABU KACANG BOTOR DAN TOMATO

Bahan-bahan: 1 ikat kacang botor - dipotong kecil dan dicelur 3 biji tomato - dibelah 2 dan hiris nipis 1/4 cawan santan pekat 4 sudu besar kerisik Ditumbuk halus: 2 batang serai 2 cm lengkuas 1 cm halia 2 sudu besar udang kering 4 biji buah keras 5 tangkai cili api 4 tangkai cili merah 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar - dibelah 2 dan dihiris nipis Garam dan gula secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Kacang botor dan tomato digaul dengan bahan-bahan kisar. 2. Masukkan santan, kerisik, gula dan garam sebelum digaul hingga rata. Hidangkan.

Kerabu Mangga Sotong

Bahan-bahan: 3 camca besar sotong kering manis - dikisar 1 biji mangga muda - jenis harum manis 2 tangkai cili merah 3 tangkai cili padi 4 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 2 camca besar udang kering 2 camca besar kacang tumbuk 1 biji limau nipis - ambil jusnya 1 camca kecil gula Sedikit garam Cara Menyediakan: 1. Hiris mangga halus memancang. 2. Timbuk cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan udang kering. Sangai semua bahan ini sebentar dan angkat. 3. Campurkan bahan tadi bersama mangga, sotong, kacang tumbuk, gula, jus limau dan garam. Gaul hingga sebati. 4. Hias dan hidangkan.

Kerabu Pahang

Bahan-bahan: 100 gm daun kucai 100 gm tauge 1 sudu kecil jintan hitam - tumbuk halus 3 ulas bawang merah - tumbuk 10 tangai cili padi - tumbuk 1 cawan pati santan Garam dan gula secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Bersihkan daun kucai dan dikerat 2 cm. Bersih dan tuskan tauge. 2. Di dalam mangkuk besar, campurkan daun kucai, tauge, jintan hitam, cili padi, santan dan bawang merah. Gaul rata dan hidangkan.

Salad Kerang Bersambal

Bahan-bahan: 1/2 kg isi kerang - yang telah direbus dan dibuang kulit 100 gm tauge 5 batang kacang panjang - potong kecil 2 batang serai - hiris halus 1 labu bawang besar - mayang halus 1/2 biji limau nipis - ambil jusnya Bahan Sambal: 2 sudu besar udang kering 3 tangkai cili 3 ulas bawang merah 1 sudu besar kerisik Sedikit belacan Garam secukup rasa Sedikit asam jawa Cara Menyediakan: 1. Celur seketika tauge dan kacang panjang. Angkat dan tuskan. 2. Kemudian gaul sebati kesemua bahan celur dengan serai, bawang besar dan kerang, ketepikan. 3. Tumbuk kesemua bahan sambal untuk dijadikan sambal. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. 4. Hidangkan sambal dengan bahan lain.

Kerabu Suun

Bahan-bahan: 15 ulas bawang kecil - hiris halus 3 lagu bawang besar - potong bulat 2 biji buah tomato - potong enam 2 paket suun - dicelur 15 biji cili padi - tumbuk 1 pokok daun bawang - hiris 1 pokok daun sup - hiris 2 batang serai - hiris 50 gm udang basah - buang kulitnya 2 ekor sotong - saiz besar dan potong bulat 1 bahagian dada ayam - cincang 5 biji limau nipis - perah airnya 2 sudu besar kicap cair Garam dan gula secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Rebus ayam, udang dan sotong hingga masak. (Anda boleh menyimpan air rebusannya untuk dijadikan stok). 2. Suun yang telah dicelur dicampurkan dengan bahan-bahan di atas. Gaul hingga rata. Sekiranya terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan tadi. 3. Boleh dihidangkan begitu sahaja atau dijamu bersama nasi putih dan hidangan lain.

Som tham Thai

Bahan-bahan: 5 tangkai cili padi 3 ulas bawang putih 2 sudu besar air gula kabung 1 sudu besar sos sotong 1 sudu kecil garam 50 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak 50 gm udang kering 100 gm mangga muda - parut memanjang 200 gm betik muda - parut memanjang 2 kelopak daun salad 2 tangkai kangkung 2 batang kacang panjang Beberapa hiris limau nipis diambil jusnya 1 kuntum bunga kantan

Cara menyediakan: 1. Lenyekkan bawang putih dan cili padi hingga hancur menggunakan batu tumbuk di dalam periuk tanah. 2. Masukkan udang kering, garam dan kacang tanah, lenyekkan lagi. Masukkan pula air gula dan sos sotong, lenyekkan lagi sehingga semuanya sebati.

3. Masukkan mangga dan betik muda yang telah diparut memanjang, lenyekkan seketika. 4. Tuangkan jus limau nipis, kacau rata. 5. Masukkan kacang panjang yang telah dipatah-patahkan dengan tangan. 6. Kemudian hiris halus bunga kantan, masukkan ke dalam bahan-bahan yang lain, dan kacau rata. Hidangkan bersama daun salad dan kangkung.

Kerabu Kerang Pucuk Paku

BAHAN-BAHAN: 1 ikat pucuk paku - celur kg tauge - celur 1 kg kerang - rebus 2 sudu besar kecil kerisik 3 ulas bawang merah - hiris 5 biji limau nipis - ambil jusnya 3 tangkai cili merah - kisar 10 tangkai cili padi - kisar Sedikit belacan Sedikit garam dan gula secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: 1. Siang pucuk paku dan celur. Begitu juga tauge dan kerang. 2. Masukkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan gaul rata. Hidangkan.

Kerabu Jantung

BAHAN-BAHAN: 1 biji jantung pisang 5 tangkai ulam raja 1 biji mangga muda 100 gm tauge 5 tangkai cili merah 1 ulas bawang merah 1 sudu besar ikan bilis tumbuk Garam secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: 1. Belah dua jantung pisang dan celur di dalam air panas selama beberapa minit sehingga lembut. Hiris halus dan masukkan ke dalam mangkuk. 2. Hiris halus ulam raja dan mangga muda. Gaulkan bersama jantung pisang tadi. 3. Tumbuk cili merah dan campurkan dengan bahan-bahan di dalam mangkuk tadi. 4. Masukkan juga ikan bilis tumbuk dan garam secukup rasa. Gaul rata. 5. Masukkan tauge dan bawang merah yang telah dimayang halus. Gaul sebati dan hidangkan.

Kerabu Sotong Kacang Kelisa

BAHAN-BAHAN: 400 gm sotong 10 tangkai kacang kelisa 100 gm kerisik 5 biji limau kasturi 10 tangkai cili padi 2 tangkai cili merah 2 labu bawang besar

CARA MENYEDIAKAN: 1. Sotong dipotong nipis dan direbus, kacang kelisa, cili padi, cili merah dan bawang dihiris nipis. Satukan kesemua bahan-bahan ini. 2. Gaulkan dengan kerisik, perahan limau kasturi dan garam secukup rasa. Pesan Saji : Kacang kelisa juga disebut sebagai kacang botol dan mengandungi banyak protein, kalsium, besi dan vitamin A.

Rebung Kerisik

BAHAN-BAHAN: 300 gm rebung (hiris dan celur) 6 tangkai cili padi (hiris) 8 ulas bawang merah (hiris) 2 tangkai cili merah (hiris) 150 gm kerisik 2 batang serai (hiris) 2 biji limau nipis (ambil jus) 1 cawan santan pekat 2 helai limau purut (hiris halus) 80 gm daun ketumbar (hiris kasar) CARA MENYEDIAKAN: 1. Rebung direbus sehingga lembut. Ketepikan. 2. Hiris rebung (kasar) dan gaulkan dengan semua bahan-bahan. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Somtam

BAHAN-BAHAN: 1 biji betik muda 1 biji mangga muda 2 ulas bawang putih 4 tangkai cili padi 4 tangkai kacang panjang 30 gm kubis 10 gm kacang tanah 3 biji tomato ceri 20 gm udang kering (tumbuk) 2 sudu besar jus limau 1 sudu besar sos ikan

CARA MENYEDIAKAN: 1. Sagat memanjang betik dan mangga. Kemudian potong halus memanjang kubis. Kacang panjang potong 6 cm. 2. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak perlu tumbuk, biarkan pecah-pecah sedikit. 3. Kemudian gaulkan dengan betik, kacang tanah, mangga, kubis, kacang panjang dan udang kering. 4. Akhir sekali tuangkan jus limau dan sos ikan. Masukkan tomato ceri dan gaulkan rata.

Kerabu Sotong

BAHAN-BAHAN: 200 gm sotong putih (potong panjang) 100 gm kacang panjang (hiris halus) 2 tangkai cili merah (hiris halus) 4 tangkai cili padi (hiris halus) 5 ulas bawang kecil (hiris halus) 20 gm daun pegaga (hiris halus) 1 sudu besar kerisik Garam dan lada sulah 2 sudu besar sos ikan 2 biji limau nipis (perah)

CARA MENYEDIAKAN: 1. Rebuskan sotong hingga masak dan toskan. 2. Campurkan bahan yang dihiris halus dengan sotong. 3. Masukkan bahan-bahan lain, gaul rata.

Kerabu Pauh

BAHAN-BAHAN: 1 biji mangga 6 tangkai cili padi (hiris) 1 biji tomato (potong dadu) 50 gm udang kering 50 gm kacang 3 sudu besar air gula Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN: 1.Ambil mangga dan parut agak kasar. Kemudian sangai kacang seketika. 2.Selepas itu tumbuk pula udang kering. 3.Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan dan bubuhkan air gula dan garam secukup rasa.

Hidangan Pencuci Mulut

Puding Susu
User Rating: Poor / 16 Best

Bahan-bahan A: 2 cawan agar-agar 8-9 cawan air 1/2 cawan gula pasir 1 gula melaka 2 helai daun pandan Bahan-bahan B: 6 biji telur ayam 1 tin besar susu manis 250 ml air 1 sudu kecil esen vanila Sedikit gula melaka - dihiris Cara menyediakan:

1. Masak agar-agar dengan air sehingga hancur. 2. Masukkan daun pandan, gula pasir dan gula melaka. 3, Masak dengan api perlahan. Biarkan seketika. 4. Untuk bahan B pula, pukul susu dan telur sehingga hancur. 5. Masukkan air dan esen vanila. 6. Seterusnya, masukkan gula melaka hiris ke dalam acuan tadi. 7. Kacau seketika. 8. Kukus adunan ini sehingga masak. 9. Setelah masak, tuangkan ke atas agar-agar tadi ketika ia masih panas.
Read More Add Comment (0) Hits: 2132

Tat Pandan Wangi


User Rating: Poor /4 Best

Bahan-bahan untuk pastri: 140 gm mentega 300 gm tepung gandum 50 gm gula kastor 1 biji telur

2 sudu besar air Secubit garam 1/4 sudu kecil esen vanila Sedikit pewarna kuning Kertas aluminium Kacang hijau atau beras secukupnya Cawan kertas secukupnya Bahan-bahan untuk inti: 200 ml santan pekat 200 ml air 90 gm gula kastor 40 gm tepung jagung 2 biji kuning telur Secubit garam 1 sudu kecil pes pandan Sedikit pewarna kuning dan hijau Cara menyediakan kulit tat: 1. Kacau telur, gula dan mentega hingga rata. 2. Masukkan esen vanila, garam, pewarna kuning dan air. Gaul sebati. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 4. Kemudian uli bahan-bahan ini sehingga menjadi doh yang lembut. 5. Canai doh setebal 1 sm. 6. Kemudian terap bulat mengikut ukuran acuan pai. 7. Masukkan doh ke dalam acuan. 8. Ratakan hingga menutupi bahagian tepinya. 9. Cucuk doh dengan garpu sebelum dialas dengan kertas aluminium. 10. Masukkan kacang hijau atau beras hingga penuh. 11. Bakar separuh masak dalam ketuhar pembakar. Cara menyediakan kastard pandan: 1. Kacau gula dan kuning telur hingga sebati. 2. Masukkan tepung jagung, air, santan, garam, pes pandan dan pewarna hijau serta kuning. 3. Kacau sehingga rata. 4. Tapis bahan-bahan ini supaya tidak berketul-ketul. Cara menyediakan tat pandan wangi: 1. Tuangkan kastard pandan ke dalam kulit tat. 2. Bakar selama 20 minit dalam ketuhar pembakar pada suhu 180 darjah selsius. 3. Apabila masak, masukkan tat ke dalam cawan kertas. 4. Hidangkan tat ini untuk minum petang.

Read More Add Comment (0) Hits: 1571

Sagu Koktel
User Rating: Poor /7 Best

Bahan-bahan: 100 gm sagu mata ikan 80 gm buah-buahan koktel 50 gm tepung kastard 200 ml air 2 sudu kecil coffeemate 80 gm gula Cara menyediakan: 1. Masak sagu sehingga kembang.

2. Tuangkan ke dalam acuan. 3. Tuang sagu berselang-seli dengan koktel buah-buahan. 4. Kemudian sejukkan dan letakkan ke dalam mangkuk. 5. Untuk sos kastard, didihkan air dan masukkan coffeemate. 6. Kacau sehingga sebati. Ketepikan. 7. Satukan gula dan tepung kastard. 8. Kemudian, tuangkan bancuhan coffeemate tadi. 9. Kacau perlahan-lahan. 10. Kemudian panaskan di atas api sehingga ia masak. 11. Sejukkan dan tuangkan ke atas sagu koktel tadi.
Read More Add Comment (0) Hits: 1744

Puding Ciku
User Rating: Poor /5 Best

Bahan-bahan: 1 cawan tepung kastard 4 cawan air 10 gm agar-agar - dimasak dengan 1 cawan air hingga larut Sedikit garam 4 biji buah ciku - 2 biji dikisar halus bersama 1 cawan air, 2 biji lagi didadu 4 sudu besar susu pekat manis Gula secukup rasa Cara menyediakan: 1. Masak tepung kastard dengan 4 cawan air. 2. Masukkan juga susu pekat manis. 3. Kemudian masukkan agar-agar yang telah dimasak. 4. Campurkan gula, garam dan buah ciku yang telah dikisar. 5. Masak hingga agak pekat dan tuangkan ke dalam acuan. 6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. 7. Hiaskan dengan ciku yang telah dipotong dadu.
Read More Add Comment (0) Hits: 972

Bubur Pelangi
User Rating: Poor /3 Best

Bahan-bahan: 2 ketul keledek oren - dipotong dadu 2 ketul keledek biru - direbus Sedikit bubur caca - direbus hingga kembang 1/2 keping gula melaka 1 cawan gula pasir 3 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 2 helai daun pandan - disiat dan simpulkan Sedikit garam Cara menyediakan: 1. Didihkan santan cair bersama gula pasir. 2. Masukkan pula gula melaka dan daun pandan. 3. Kemudian, masukkan kedua-dua jenis keledek. 4. Campurkan pula bubur caca. 5. Tuangkan santan pekat dan campurkan garam. 6. Didihkan lagi sambil dikacau agar tidak pecah minyak.

7. Angkat dan bolehlah dihidangkan.

Hidangan Pencuci Mulut

Puding Kelapa Gula Merah Berlapis


User Rating: Poor / 10 Best

Bahan-bahan A: 1 paket agar-agar serbuk 100 gm gula pasir 500 gm pati santan 1/2 sudu teh garam 2 helai daun pandan Cara menyediakan bahan-bahan A: 1. Masak kesemua bahan sehingga larut. 2. Tuangkan ke dalam acuan panjang dan sejukkan. 3. Apabila sejuk, potong kecil-kecil dan ketepikan.

Bahan-bahan B: 1 paket agar-agar serbuk 125 gm gula pasir 400 ml pati santan 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil vanila 2 helai daun pandan

Cara menyediakan bahan-bahan B: 1. Masak kesemua bahan hingga larut. 2. Sejukkan dan ketepikan.

Bahan-bahan C: 1 1/2 paket agar-agar serbuk 200 gm gula merah 900 ml air 100 gm gula pasir 2 helai daun pandan Cara menyediakan bahan-bahan C: 1. Masak kesemua bahan C sehingga gula larut. 2. Biarkan sejuk sedikit. 3. Kemudian tuangkan ke atas bahan-bahan A yang sudah dibekukan dan dipotong kecil-kecil. Biarkan sejuk. 4. Tuangkan campuran tadi di atas agar-agar B yang sudah mula mengeras sedikit. 5. Tuangkan perlahan-lahan supaya adunannya tidak bercampur. 6. Sejukkan sebelum dihidangkan. 7. Hidangkan bersama buah-buahan koktel dalam tin.
Read More Add Comment (0)

Hits: 1615

Puding Roti Bersos Vanila


User Rating: Poor /1 Best

Bahan-bahan untuk puding: Sedikit mentega 10 keping roti putih segi tiga (sebaiknya dibakar) 200 gm gula pasir 8 biji telur 500 krim putar (whipping cream) 1/2 sudu kecil esen vanila 1/2 cawan kismis 500 ml susu segar Bahan-bahan untuk Sos Vanila: 500 ml krim segar 100 gm gula kastor 6 biji telur 1 sudu kecil esen vanila

Cara menyediakan puding:

1. Sapu mentega pada acuan dan taburkan sedikit gula. 2. Buangkan bahagian yang keras di tepi roti dan potong roti menjadi tiga segi. 3. Aturkan bersilangan berlapis-lapis di dalam acuan hingga penuh. 4. Semasa mengatur roti ini, taburkan juga kismis pada setiap lapisan. 5. Pukul gula dan telur hingga sebati. 6. Campurkan susu, krim dan esen vanila. 7. Kacau hingga rata. 8. Tuangkan ke atas roti. 9. Bakar dengan kaedah bain marie (letak bekas berisi roti di dalam sebuah dulang berisi air) sehingga masak.

Cara menyediakan sos vanila: 1. Masak krim dengan setengah bahagian gula sehingga mendidih. 2. Di dalam bekas pemukul, satukan telur dengan baki gula serta esen vanila. 3. Tuangkan bahan yang dididihkan itu perlahan-lahan, sedikit demi sedikit sambil dipukul agar telur masak dan tidak bergentel. 4. Tapis ke dalam bekas dan sejukkan. 5. Apabila hendak makan, tuangkan sos ini ke atas puding roti tadi.

* (Info: Puding ini juga boleh dibuat dengan menggunakan pastri danish atau croissant)
Read More Add Comment (0) Hits: 2239

Puding Mahligai Pelangi

User Rating: Poor

/ 22 Best

Bahan-bahan A: 20 gm kacang hijau - direbus 10 gm gula pasir 100 ml susu cair Sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan B: 20 gm kacang merah - direbus 10 gm gula pasir 100 ml susu cair Sedikit pewarna merah

Bahan-bahan C: 20 gm jagung manis dalam tin 10 gm gula pasir 100 ml susu cair Sedikit pewarna kuning

Bahan-bahan D: 8 gm agar-agar serbuk 350 ml air mineral 7 gm gula pasir Secubit garam 1 helai daun pandan

Cara menyediakan: 1. Kisar halus kesemua bahan-bahan A, bahan-bahan B dan bahan-bahan C secara berasingan. 2. Ketepikan seketika. 3. Didihkan pula kesemua bahan D sehingga gula dan agar-agar sebati. 4. Bahagikan bahan D kepada tiga bahagian. 5. Ambil satu bahagian bahan D, campurkan dengan bahan A, satu bahagian dengan bahan B dan baki dengan bahan C. 6. Kacau sebati di atas api perlahan secara berasingan. 7. Setelah ketiga-tiganya pekat, tuang setiap satu secara berlapis di dalam bekas yang sesuai. 8. Sejukkan. 9. Hias mengikut suka sebelum dihidangkan.
Read More Add Comment (0) Hits: 6350

Puding Kristal
User Rating: Poor / 14 Best

Bahan-bahan: 20 gm agar-agar 2 1/2 cawan gula 2 1/2 cawan air 1 1/2 sudu besar kastard 2 sudu besar jagung manis - krim 1/2 cawan susu cair 6 biji ceri hijau 6 biji ceri merah 1 cawan nanas kiub 1/2 tin sirap nanas kiub Sedikit esen vanila Sedikit garam 1 biji kek span kopi Cara menyediakan: 1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. 2. Masukkan gula dan masak lagi hingga larut. 3. Masukkan sirap nanas kiub. 4. Asingkan sesenduk agar-agar. 5. Larutkan kastard dalam susu cair. 6. Campurkan juga jagung manis dan tuangkan ke dalam agar-agar. 7. Didihkan seketika hingga campuran kastard pekat.

8. Sediakan bekas kaca berbentuk panjang. Tuangkan satu senduk agar-agar. Biarkan sebentar. 9. Potong kek dan susun di atas agar-agar yang masih suam. 10. Apabila hampir beku, tuangkan pula sesenduk lagi agar-agar. 11. Taburkan ceri dan nanas kiub di atasnya. Biarkan seketika. 12. Tuangkan pula agar-agar kastard ke atasnya. 13. Biarkan hingga suam, baru tuangkan lebihan agar-agar kosong yang masih tinggal dan sejukkan. 14. Tuangkan sesenduk agar-agar ke dalam bekas. Biarkan hingga hampir sejuk. 15. Aturkan kek di atasnya. Tuangkan sesenduk lagi agar-agar. 16. Taburkan ceri yang telah dibelah dua dan juga nanas kiub.
Read More Add Comment (0) Hits: 2712

Puding Lemak Cendol


User Rating: Poor / 45 Best

Bahan-bahan: 20 gm agar-agar segera 1300 ml air 1 tin susu cair 1 cawan santan pekat 1 cawan gula merah 1 buku gula Melaka 1 1/4 cawan gula kasar 1 cawan cendol Sedikit garam Beberapa biji ceri merah Cara menyediakan: 1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. 2. Masukkan garam, susu cair dan santan pekat. Kacau selalu agar tidak naik minyak. 3. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. 4. Setiap satu dimasukkan ke dalam periuk yang berbeza. Perlahankan api di kedua-dua periuk. 5. Satu adunan dimasukkan gula kasar dan biarkan gula hancur. 6. Kemudian masukkan cendol.

7. Manakala satu lagi adunan, dimasukkan gula merah dan gula Melaka. Kacau sehingga keduadua jenis gula hancur. 8. Aturkan ceri di dalam acuan agar-agar. 9. Tuangkan sebahagian adunan putih, biarkan beku sedikit. 10. Tuangkan pula sebahagian adunan gula merah dan biarkan mengeras sedikit. 11. Ulangi proses melapis antara adunan putih dan adunan gula merah sehingga habis. 12. Biarkan beku dan sejukkan sebelum dihidang.

Hidangan Pencuci Mulut

Puding Marmar
User Rating: Poor / 61 Best

Bahan-bahan: 20 gm agar-agar 3 1/2 cawan air 3/4 cawan gula 5 biji telur 1 tin susu cair 1/2 sudu kecil esen vanila 1/2 sudu kecil mentega 3 sudu besar serbuk koko - bancuh dengan sedikit air

Cara Menyediakan: 1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masak lagi hingga kesemua bahan sebati. 2. Kacau telur, susu cair, esen vanila dan mentega hingga rata. Masukkan ke dalam agar-agar. Kacau rata. 3. Angkat adunan dan tapis. 4. Masak adunan yang siap ditapis sekali lagi dengan api sederhana. 5. Angkat dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Sebahagian dibiarkan dengan warna asal manakala sebahagian lagi dimasukkan bancuhan serbuk koko. 6. Masak adunan yang mengandungi koko cuma sekali mendidih, dan angkat. 7. Tuangkan sesenduk adunan warna asal di tengah loyang diikuti sesenduk warna koko. Lakukan proses ini sehingga kesemua adunan habis. Sejukkan sebelum dihidangkan. ng: Poor / 34 Best

PUDING JAGUNG

Bahan-bahan: 15 gm agar-agar 1 cawan air 1/2 cawan gula 3 helai daun pandan 3 sudu besar kastard 3 sudu besar jagung krim 1/2 cawan santan 1/4 cawan susu cair 1/2 cawan sirap gula kabung 1 sudu kecil tepung jagung 1 biji telur Cara membuat puding: 1. Rendam agar-agar, kemudian masak dengan secawan air hingga larut. 2. Masukkan pula gula dan dua helai daun pandan yang telah disiat-siat. 3. Apabila gula telah larut, campurkan dengan jagung krim dan kastard yang telah dibancuh dengan campuran susu serta santan. 4. Kacau rata hingga mendidih, masukkan pula telur, kacau lagi.

5. Apabila adunan masak, buangkan daun pandan dan pukul dengan pemukul telur hingga kelihatan gebu. 6. Tuangkan dalam acuan dan sejukkan. Cara membuat kuah: 1. Larutkan tepung jagung dengan sirap, campurkan sehelai daun pandan siat yang masih tinggal dan didihkan sambil dikacau. 2. Apabila menghidangkan puding, tuangkan kuahnya.

Agar-agar Keledek

Bahan-bahan: 15 gm agar-agar serbuk Pewarna hijau 4 cawan air 250 gm keledek - rebus dan lecek 50 gm santan pekat Sedikit garam Cara Menyediakan: 1. Rebus agar-agar dengan air hingga larut. 2. Tuangkan santan, masukkan garam dan keledek. Biarkan mendidih sambil dikacau. 3. Tuangkan ke dalam acuan dan bekukan. (Anda juga boleh menggunakan jus pandan untuk mendapat bau dan warna hijau).

Hidangan Pencuci Mulut

Jeli Kopi
User Rating: Poor / 19 Best

Bahan-bahan: 50 gm agar-agar 3 liter air 700 gm gula 200 gm susu pekat manis 100 gm pes kopi Cara Menyediakan: 1. Didihkan air, kemudian masukkan agar-agar dan gula. 2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. 3. Satu adunan diwarnakan dengan pes kopi (gelap), satu lagi diwarnakan pes kopi dan susu, manakala satu adunan diwarnakan dengan susu sahaja. Satu lagi di sarnakan dengan pes kopi (cerah).

4. Tuangkan warna gelap ke dalam bekas yang sesuai, biarkan sejuk sedikit baru dituangkan adunan kopi bersusu. Setelah sejuk tuangkan pula lapisan ketiga dan seterusnya lapisan keempat. 4. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Read More Add Comment (0) Hits: 5737

Talam Tako
User Rating: Poor / 38 Best

Bahan-bahan: (Bahagian Putih) 50 gm tepung green pea 100 gm gula kasar 1 biji kelapa - ambil 4 cawan santan Secubit soda bikarbonat Secubit garam * Kisar semua bahan agar tidak bergentel. Bahan-bahan: (Bahagian Hijau)

100 gm tepung green pea 200 gm gula kasar 5 cawan air daun pandan Secubit soda bikarbonat * Kisar semua bahan agar tidak bergentel. Cara Menyediakan: 1. Gunakan dua periuk yang berasingan. Masukkan bahagian putih ke dalam periuk pertama dan bahagian hijau ke dalam periuk kedua. Kacau serentak di atas api yang sederhana. 2. Bila adunan menjadi kental, tuangkan adunan hijau ke dalam loyang berselang-seli dengan adunan putih seperti membuat kek marble. Biarkan sejuk baru dipotong. Nota: Tepung green pea boleh dibeli di kedai yang menjual bahan-bahan kek. Ada dua jenis tepung green pea, satu berwarna putih dan satu lagi kekuningan. Untuk resipi ini, gunakan yang putih.
Read More Add Comment (0) Hits: 7942

Puding Cendol
User Rating: Poor / 29 Best

Bahan-bahan: 2 cawan cendol 30 gm agar-agar 2 1/2 cawan gula pasir 3 cawan santan 4 biji putih telur 3 helai daun pandan - basuh, siat dan simpul 2 cawan air Sedikit garam Cara Menyediakan: 1. Didihkan agar-agar dan air hingga hancur lalu masukkan gula dan daun pandan biarkan mendidih lagi hingga larut. 2. Tapis agar-agar dan jerang semula di atas dapur dengan api yang kecil. 3. Pukul putih telur bersama santan hingga kembang. Tuangkan ke dalam agar-agar, campurkan garam bagi membangkitkan lemak dan kacau hingga sebati. 4. Tuskan cendol dan masukkan ke dalam adunan di atas, kacau perlahan-lahan. Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan ke dalam peti sejuk hingga beku.
Read More Add Comment (0) Hits: 7751

Puding Jem Kukus


User Rating: Poor / 25 Best

Bahan Puding: 6 sudu besar tepung gandum 4 sudu besar mentega 4 sudu besar gula halus 2 sudu besar susu cair 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik 2 biji telur Sedikit jem Sedikit esen vanila Cara Menyediakan: 1. Ayak tepung bersama serbuk penaik.

2. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi. 3. Masukkan esen vanila dan tepung, pukul lagi. Tuangkan susu cair dan kacau rata. 4. Lengserkan acuan dengan minyak, tuangkan adunan dan ratakan jem. Tutup dengan kertas minyak dan kukus hingga masak. Bahan Sos: 2 sudu besar jem 2 sudu besar gula pasir 1 sudu besar tepung jagung 1/2 gelas air sejuk Cara Menyediakan: 1. Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih. 2. Keluarkan puding yang telah masak dan masukkan ke dalam pinggan, kemudian tuangkan kuahnya dan hidangkan.
Read More Add Comment (1) Hits: 5100

Manisan Suji
User Rating: Poor /5 Best

Bahan-bahan: 410 ml (1 tin) susu sejat 820 ml air 180 gm gula pasir 200 gm suji 10 biji buah pelaga - pecahkan 50 gm badam hiris 50 gm kismis hitam 3 sudu besar minyak sapi 1/2 sudu kecil garam Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak sapi dan goreng kismis serta badam hingga kuning. Angkat dan ketepikan. 2. Masukkan air, gula serta pelaga ke dalam lebihan minyak tadi, biarkan hingga mendidih dan gula hancur. 3. Masukkan pula suji, kacau hingga pekat lalu campurkan badam serta kismis, tinggalkan sedikit untuk hiasan. 4. Tuangkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil, hias dengan badam serta kismis.

Bahan-bahan Dasar: 125 gm mentega 75 gm gula aising 1 biji telur 20 gm susu tepung 250 tepung gandum Bahan-bahan Inti: 400 gm isi durian 50 gm gula 250 ml air 50 gm tepung kastard 100 ml susu cair Sedikit garam Cara Menyediakan Dasar: 1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. 2. Masukkan telur, kacau hingga rata. Masukkan pula tepung gandum dan susu tepung. Gaul hingga sebati. 3. Letakkan adunan pada permukaan loyang pai berukuran 22 cm. 4. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah Celsius.

Cara Menyediakan Inti: 1. Kacau semua bahan di atas api yang perlahan sehingga isi durian hancur.

Cara Menyediakan Pai: 1. Keluarkan kulit pai daripada loyang. 2. Masukkan inti pai dalam kulit. Biarkan sehingga benar-benar sejuk sebelum dihidangkan.
Read More Add Comment (0) Hits: 4445

Puding Laici
User Rating: Poor / 23 Best

Bahan-bahan: 10 gm agar-agar serbuk 2 gelas air 1 gelas gula 2 biji telur - asingkan putih dan kuning 1/4 tin laici Sedikit perisa laici Sedikit ceri merah Cara Menyediakan; 1. Pukul kuning telur hingga kembang. Ketepikan. 2. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih. 3. Masukkan kuning telur, kacau sebati. 4. Masukkan susu cair dan perisa laici, kacau sebati dan biar mendidih, kecilkan api.

5. Sementara itu, pukul putih telur hingga gebu, masukkan ke dalam adunan agar-agar dan angkat. 6. Susun ceri di dalam bekas, tuangkan adunan agar-agar. Biarkan sejuk. 7. Setelah sejuk, keluarkan daripada bekas dan tuang buah laici dan jusnya ke bahagian tengah puding.
Read More Add Comment (0) Hits: 6676

Halwa Betik Dan Lobak Merah


User Rating: Poor / 12 Best

Bahan-bahan: 2 biji betik - masak/muda 6 biji lobak merah 6 biji lobak putih 3 kg gula pasir 50 gm gula batu Kapur sirih secukupnya Cara Menyediakan: 1. Buang kulit betik serta lobak merah, dan ukir mengikut bentuk yang diingini. 2. Rendam ukiran dalam air kapur sirih semalaman, kemudian basuh bersih. 3. Celur bahan hingga lembut dan rendam semula dalam air sejuk selama 20 minit. Toskan. 4. Masak gula pasir dan gula batu dengan anggaran tiga mangkuk air hingga mendidih. Sejukkan. 5. Rendam bahan dalam air gula. Bagi ukiran yang agak tebal, cucukkan dengan lidi supaya ada ruang untuk air gula menyerap ke dalamnya.

6. Bagi halwa kering, bahan hendaklah direndam sekurang-kurangnya seminggu, manakala air gulanya hendaklah dipanaskan setiap hari. 7. Semasa memanaskan air gula, pastikan bahan-bahan dikeluarkan terlebih dahulu dan tunggulah air gula sejuk sebelum dimasukkan semula bahan. 8. Ulangi proses ini selama seminggu sebelum menjemur bahan di bawah panas terik. Semasa menjemur, tutup bahan dengan kain putih jarang bagi mengelak habuk dan kepanasan secara langsung yang boleh mencairkan gula. Ini akan menyebabkan halwa tidak cantik. Pesanan: * Semasa memanaskan air gula, gunakan api perlahan. Api yang besar menghanguskan air gula dan menguningkan bahan-bahan lain terutama lobak putih. * Semakin pekat air gula, semakin cantik halwa anda. * Halwa mesti disimpan di dalam bekas kedap udara, atau boleh juga di dalam peti sejuk. Jangan dedahkan halwa kerana udara persekitaran boleh mencairkan gula pada bahan. * Halwa boleh disimpan selama sebulan. Untuk diguna semula, masak air gula pekat, rendam dan jemurkan semula halwa.

Read More Add Comment (0) Hits: 6013

Puding Pelangi Ayu


User Rating: Poor / 27 Best

Bahan-bahan: 20 gm agar-agar - direndam semalaman 8 cawan air 2 cawan gula pasir 1/2 tin susu cair (1 cawan) 5 biji kuning telur 3 biji putih telur - dipukul 3 minit 2 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar tepung kastard 2 sudu besar mentega 1 sudu kecil vanila 1/2 sudu kecil garam 2 helai daun pandan Bahan-bahan B: 1 sudu kecil coklat emulco 1/2 sudu kecil esen kopi - dicampur dengan coklat emulco 1 sudu kecil esen strawberi - ditambah pewarna ros Cara Menyediakan: 1. Rebus agar-agar hingga hancur, kemudian masukkan gula. Apabila larut, tapis. 2. Pukul kuning telur, tepung jagung, kastard, sus, garam dan vanila.

3. Masukkan ke dalam agar-agar, kemudian campurkan mentega dan tutup api. Masukkan putih telur dan kacau hingga hancur dan sebati. 4. Bahagikan kepada tiga bahagian; satu bahagian dibiarkan warna asal, sebahagian lagi diwarnakan dengan coklat emulco dan esen kopi, manakala satu lagi dengan esen strawberi dan pewarna ros. 5. Tuangkan ke dalam acuan berselang-seli antara ketiga-tiga warna. (Biarkan setiap tuangan sedikit mengeras sebelum tuangan seterusnya)

idangan Pencuci Mulut

Tat Keju Blueberry


User Rating: Poor / 56 Best

Bahan Pastri: 300 gm tepung gandum 1 sudu besar susu tepung 180 gm gula aising 1 biji telur

Bahan-bahan Inti Keju: 250 gm keju krim 40 gm gula aising 20 gm mentega 1 biji telur 3 sudu besar krim putar (jika suka) 250 gm blueberry dalam tin Cara Menyediakan: 1. Ayak tepung gandum bersama susu tepung dan gula aising. 2. Satukan mentega dengan bahan tepung dan gaul ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. 3. Masukkan telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut sebelum didinginkan dalam peti sejuk selama 20 minit. 4. Canai doh setebal 1/2 cm sebelum diterap dengan acuan bulat yang bergerigi. 5. Doh yang diterap dimasukkan dalam acuan tat dan tekan sebelum dibakar selama 15-20 minit dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180 darjah Celsius. Biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. 6. Adunkan keju, gula aising dan mentega hingga berkrim. Masukkan telur dan krim putar dan kacau hingga sebati. 7. Masukkan sedikit blueberry ke dalam kulit tat, kemudian tuangkan inti keju hingga penuh. 8. Paipkan sedikit blueberry ke atas inti keju sebelum sebelum membentuk corak dengan lidi. 9. Bakar 8 - 10 minit dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Setelah masak, keluarkan tat dan masukkan ke dalam cawan kertas. Dinginkan dalam peti sejuk.
Read More Add Comment (0) Hits: 12531

Puding Durian
User Rating: Poor / 26 Best

Bahan-bahan: 60gm tepung kastard 40gm gula halus 700gm susu cair 100gm isi durian Cara Menyediakan: 1. Campurkan tepung kastard dengan gula dan susu cair kemudian kacau hingga sebati sebelum dimasak dalam ketuhar gelombang mikro selama lapan minit pada tahap High. Kacau dua kali. 2. Keluarkan dan masukkan isi durian. Kacau hingga rata dan masukkan semula ke dalam ketuhar dan masak pada tahap High selama tiga minit lagi. 3. Keluarkan dan tuang ke dalam loyang atau gelas koktel dan biarkan beku dalam peti sejuk.
Read More Add Comment (0) Hits: 5653

Puding Mangga Aneka

User Rating: Poor

/2 Best

Bahan-bahan: 1 liter air 10 gm agar-agar 150 gm gula 100 gm puri mangga 100 gm buah-buahan campuran dalam tin Cara Menyediakan: 1. Didihkan air bersama agar-agar sampai larut. Masukkan gula dan puri mangga. 2. Kacau hingga sebati, tuangkan ke dalam loyang berbentuk bulat. 3. Setelah keras, hias dengan strawberi dan buah kiwi.
Read More Add Comment (0) Hits: 5442

Puding Pisang

User Rating: Poor

/ 24 Best

BAHAN LAPISAN KEK: 1 biji kek swissroll | potong lapan 15 gm agar-agar serbuk 2 cawan air BAHAN LAPISAN PISANG: 3 biji pisang montel | hiris 20 gm agar-agar serbuk 4 sudu besar tepung kastad 1 cawan gula 3 cawan susu segar 3 biji kuning telur BAHAN LAPISAN BAWAH: 15 gm agar-agar serbuk 2 cawan santan Sedikit pewarna kuning CARA MENYEDIAKAN: 1. Kita sediakan lapisan kek dulu. Potong swiss roll dan susun di bahagian bawah loyang. 2. Satukan agar-agar dan air. Didihkan hingga larut. Tuang ke atas swiss roll. Biarkan mengeras. 3. Hirisan pisang disusun di tepi loyang dan kalau ada lebih susunkan di atas lapisan swiss roll yang sudah mengeras.

4. Satukan bahan lain dalam periuk dan kacau sebati di atas api yang kecil sehingga likat. Tuangkan ke atas lapisan swiss roll tadi. Biarkan mengeras. 5. Sediakan bahan ketiga, satukan semua bahan dan didihkan. Tuangkan di atas lapisan kedua, dan biarkan mengeras.
Read More Add Comment (0) Hits: 8059

Agar-agar zebra
User Rating: Poor / 27 Best

BAHAN A:

25 gm agar-agar serbuk 700ml air 170 gm gula 2 helai daun pandan BAHAN B: 250ml susu cair 30 gm tepung kastad 2 biji telur 1/2 sudu kecil esen vanila

BAHAN C: 1 sudu besar koko CARA MENYEDIAKAN: 1. Masak bahan A sehingga sebati. 2. Masukkan bahan B yang telah dipukul sebati dan kacau adunan sehingga hampir pekat. 3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan dengan serbuk koko dan satu bahagian lagi tidak perlu diwarnakan. 4. Tuangkan secara berselang-seli ke dalam acuan. Tuang sebahagian adunan tanpa koko ke dalam acuan, masukkan ke dalam peti sejuk sebentar, diikuti sebahagian adunan berkoko. 5. Ulangi proses dengan menuang dan mengeraskan adunan secara berselang-seli sehingga habis. * Anda boleh menghias dengan menyusun hirisan buah-buahan di bahagian bawah acuan sebelum menuang lapisan pertama. 4.Susun lagi adunan yang berwarna coklat dan ulang sehingga habis. 5. Sejukkan dan biarkan beku sebelum dipotong.

Agar-Agar Jagung

BAHAN-BAHAN: 1 tin susu cair 2 tin jagung berkrim (kisar dan tapis) 25 gm agar-agar 7 gelas air 11 sudu besar gula Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau Acuan berbentuk jagung

CARA MENYEDIAKAN: 1. Masak agar-agar hingga hancur, kemudian masukkan jagung, gula dan susu cair. Kacau sebati. 2. Bahagikan agar-agar kepada tiga bahagian. Warnakan merah, kuning dan hijau. 3. Tuangkan adunan di dalam acuan dan sejukkan.

Puding Karamel Berkacang

BAHAN-BAHAN:
1 1

/4 tin susu cair /2 tin susu pekat (tin kecil) 8 biji telur 1 tin air 1 sudu kecil vanila 2 sudu besar gula 50 gm kacang tanah (sangai dan tumbuk kasar) 10 gm keju

CARA MENYEDIAKAN: 1. Campurkan susu cair, susu pekat, telur, air dan vanila. Kemudian pukul rata dan sebati. 2. Kemudian masukkan kacang ke dalam acuan. 3. Masukkan bahan ke dalam acuan dan kukus hingga masak. 4. Setelah masak, angkat. 5. Sagatkan keju di atasnya dan bakar di dalam ketuhar selama 5 minit.

Agar-Agar Mangga Coklat

BAHAN-BAHAN: 2 biji mangga masak 1 paket serbuk agar-agar (10 gm) 150 gm kepingan coklat 2 cawan susu cair 1 /2 cawan susu manis 1 cawan air 1 sudu kecil esen vanila

CARA MENYEDIAKAN: 1. Mula-mula kita kisar buah mangga dengan air. Ketepikan. 2. Tuangkan susu cair dalam periuk dan masukkan serbuk agar-agar. 3. Masukkan coklat. 4. Kacau hingga semuanya sebati. 5. Setelah mendidih masukkan mangga kisar dan esen vanila. 6. Kacau sebati dan rata. 7. Tuangkan dalam adunan dan sejukkan.

Puding Kek Kastad

BAHAN-BAHAN: 1 biji kek mentega 100 gm tepung kastard


1

/4 tin susu cair /4 tin susu pekat

1 tin air

CARA MENYEDIAKAN: 1. Bahan-bahan seperti tepung kastard, susu cair, susu pekat dan air dikacau hingga pekat di atas api yang kecil. 2. Kek mentega diletakkan di dalam acuan. Curahkan bahan-bahan di atas kek mentega tersebut. 3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150oC selama 8 hingga 10 minit. 4. Jika suka bolehlah makan bersama sos kastard.

Puding Hak Milik Kekal

User Rating: Poor

/ 368 Best

BAHAN-BAHAN: 1 peket agar-agar serbuk (tiada warna) 1 tin susu cair 2 sudu besar tepung kastard Pewarna hijau dan merah 250 gm gula

CARA MENYEDIAKAN: 1.Panaskan satu sudu kecil serbuk agar-agar bersama satu cawan air. 2.Bubuhkan pewarna hijau. Biarkan ia mendidih. 3.Tuangkan dalam bekas. Ketepikan.

4.Sementara itu satukan satu sudu kecil agar-agar serbuk dengan satu cawan susu cair, setengah cawan gula, setengah cawan air serta tepung kastard. 5.Gaul sebati sehingga adunan pekat. 6.Tuangkan adunan ke atas lapisan hijau tadi. Biarkan ia sejuk. 7.Sementara itu didihkan lebihan susu cair bersama satu sudu kecil serbuk agar-agar dan lebihan gula tadi. 8.Campurkan dengan setengah cawan air dan sedikit pewarna merah. 9.Setelah ia mendidih,tuangkan ke atas lapisan kastard tadi. 10.Biarkan ia mengeras.

Puding Milo Gula Merah

User Rating: Poor

/ 415 Best

BAHAN A:

37 gm agar-agar 5 gelas air 2 helai daun pandan

BAHAN B: 300 gm gula 100 gm gula merah

BAHAN C: 3 biji telur 4 sudu besar milo (satukan semua, pukul sedikit) 1 sudu kecil esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN: 1. Masak bahan A sehingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan bahan B. Biarkan mendidih. 2. Sementara itu, satukan kesemua bahan C dan pukul sekali. 3. Selepas itu, tuangkan bahan C ini ke dalam adunan tadi. Biarkan sekejap sahaja. 4. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan atau bekas yang bersesuaian. 5. Sejukkan di dalam peti ais dan hidangkan.

Puding Sayang Tiga Hati

User Rating: Poor

/ 233 Best

BAHAN A: 3 sudu besar serbuk agar-agar 300 gm gula 1,300 ml air 1 helai daun pandan 1 tin buah campuran (tuskan) Sedikit pewarna kuning Sedikit black seed dan poppy seed

BAHAN B: 300 ml santan pekat Sedikit pewarna hijau dan merah jambu Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN: 1. Satukan bahan A, masak sehingga mendidih.

2. Keluarkan satu potong bahagian dan masukkan sedikit pewarna kuning. 3. Masukkan pula buah campuran dalam acuan dan tuangkan 1/3 bahagian kuning tadi. 4. Masukkan sedikit black seed dan poppy seed biarkan ia separuh beku. 5. Lebihan agar-agar tadi dimasak sekali lagi sehingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan santan. 6. Bahagikan kepada dua bahagian, satu dibubuh warna hijau dan satu lagi dibubuh warna merah jambu. 7. Sementara itu, sebelum masukkan lapisan hijau dan merah jambu, pastikan garu dulu setiap lapisan agar-agar yang hampir beku tadi dengan garpu. 8. Kemudian tuangkan warna hijau di atas lapisan pertama tadi, biarkan ia sedikit beku. 9. Kemudian bolehlah tuangkan warna merah jambu pula. 10. Bekukan dalam peti ais. Setelah sejuk, terbalikkan dari acuan di atas pinggan dan hidangkan.

Puding Kelapa

User Rating: Poor

/ 155 Best

BAHAN-BAHAN: 2 liter air 1 pek coconut puding Mix (500 gm)

CARA MENYEDIAKAN: 1. Masukkan air di dalam bekas kemudian masukkan coconut puding mix. 2. Kacau perlahan-lahan dan rata. 3. Kemudian sejukkan dan hidangkan.

Agar-Agar Kering

User Rating: Poor

/ 90 Best

BAHAN-BAHAN: 10 gm agar-agar 500 ml air

100 gm gula 80 gm gula batu Sedikit pewarna merah dan hijau

CARA MENYEDIAKAN: 1. Masak agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan gula batu. Masak sehingga pekat dan tapiskan. 2. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan merah dan hijau. Tuangkan ke dalam bekas nipis. 3. Setelah sejuk, gulungkan agar-agar yang nipis dan potong menyerong. Jemur sehingga kering.

Hidangan Mi Dan Pasta

Mi Udang
User Rating: Poor / 37 Best

Bahan-bahan: 500 gm mi 300 gm sawi - dikerat 150 gm tauge 2 biji tomato - dihiris nipis 5 keping tauhu - digoreng dan dipotong kecil Bahan-bahan Kuah: 600 gm udang saiz kecil 10 tangkai cili kering - dipotong 10 ulas bawang merah - dimayang 1 tin sup tomato 4 sudu besar sos cili 1 cawan minyak Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan Hiasan: 300 gm udang saiz besar 1 labu bawang besar - dihiris 2 tangkai cili merah - dihiris 1 tangkai daun sup - dipotong halus 1 tangkai daun bawang - dipotong halus Bawang goreng secukupnya Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan cili kering secara berasingan kemudian dikisar halus. 2. Udang kecil direbus dengan sedikit air dan garam. Bila mendidih, tuskan kemudian asingkan kulitnya. 3. Kisar kulit udang bersama air rebusannya kemudian tapis sebelum disatukan dengan isi udang dan dikisar semula sehingga halus. 4. Tuangkan air udang ke dalam periuk. Masukkan bawang merah dan cili kering yang dikisar dan kacau sehingga rata. 5. Masukkan sup tomato, sos cili, garam dan gula. Kacau dan biarkan mendidih kemudian padamkan api. 6. Untuk menyediakan mi, tuangkan kuah secukupnya ke dalam kuali. Biarkan mendidih barulah dimasukkan mi, tauge, sawi dan hirisan tomato serta tauhu. Biarkan mendidih sekali lagi barulah

dicedok ke dalam pinggan. Taburkan udang rebus, hirisan bawang besar dan cili merah, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan panas-panas.
Read More Add Comment (0) Hits: 4971

Suun Goreng Hainan


User Rating: Poor / 17 Best

Bahan-bahan: 100 gm suun - direndam hingga lembut 50 gm isi ayam - dipotong kecil 60 gm kulit tauhu - direndam hingga lembut dan dipotong 2 gm cendawan telinga tikus - direndam hingga kembang 30 gm bunga kincam 10 gm parsli cina - dipotong panjang 20 gm daun bawang - dipotong panjang 10 gm saderi - dipotong panjang 1 tangkai cili merah - dipotong menyerong 30 gm sos tiram 1/2 cawan air rebusan ayam 10 gm bawang putih - dicincang Garam dan lada sulah secukup rasa Minyak untuk menumis

Cara menyediakan: 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih, kulit tauhu dan bunga kincam. Kacau seketika kemudian masukkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih selama dua minit. 2. Bila lembut, masukkan suun dan cendawan. Goreng dua minit lagi. 3. Masukkan isi ayam, saderi, parsli, daun bawang, sos tiram, cili merah dan kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada sulah, kacau dan angkat.
Read More Add Comment (1) Hits: 4220

Mi Kuah Daging
User Rating: Poor / 15 Best

Bahan-bahan: 500 gm mi 100 gm daging batang pinang - dipotong kecil

20 gm udang kering - ditumbuk 3 batang sawi - dikerat 3 cm 3 biji tomato - dibelah 8 4 ulas bawang merah - ditumbuk halus 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus 2 cm halia - ditumbuk halus 3 sudu besar cili kisar 3 sudu besar tomato puri 1/2 cawan minyak masak 1 kiub pati ayam 4 cawan air 2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air Garam dan gula dan secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk halia. Kacau hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar dan sedikit air. Kacau hingga rata dan biarkan hingga pecah minyak dan hilang bau cili. 2. Masukkan daging dan kacau. Biarkan hingga empuk kemudian masukkan udang kering dan kacau rata. 3. Tuangkan air dan masukkan kiub pati ayam, tomato puri, garam dan gula. Biarkan mendidih. 4. Masukkan mi, sawi dan tomato. Kacau hingga rata. 5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau dan padamkan api. Sewaktu menghidang, hiaskan dengan hirisan limau nipis, bawang goreng dan kacang tanah yang sudah digoreng dan ditumbuk.
Read More Add Comment (0) Hits: 5356

Mi Kuah Taucu
User Rating: Poor / 25 Best

Bahan-bahan: 1 kg mi kuning - dicelur 3 keping tauhu - digoreng dan dihiris 250 gm tauge - dicelur 3 biji telur - direbus Bahan Kuah: Dikisar: 300 gm udang kering 150 gm taucu 10 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 10 tangkai cili kering 250 gm keledek - direbus dan dilecek 1/2 cawan kacang tanah yang telah ditumbuk Gula dan garam secukup rasa Minyak untuk menumis Air secukupnya Bawang goreng Hirisan daun sup dan daun bawang Limau kasturi Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar, tuangkan air dan masukkan keledek dan kacang tanah. Biarkan kuah pekat dan perisakan dengan garam.

2. Hidangkan bersama mi yang sudah dicelur, tauhu, tauge, telur, limau kasturi, bawang goreng dan hirisan daun sup serta daun bawang.
Read More Add Comment (0) Hits: 4300

Spageti Bebola Daging


User Rating: Poor / 33 Best

Bahan-bahan Sos Tomato: 1/3 cawan minyak zaitun 1 labu bawang besar - dipotong dadu 4 ulas bawang putih - dipotong dadu kecil 1/2 batang lobak merah - diparut 1 batang seleri - diparut 1 sudu kecil thyme 1 sudu kecil basil 1 sudu kecil oregano 2 helai daun bay 1 sudu besar tomato puri 2 tin tomato - dihancurkan 500 gm spageti - direbus

Sedikit air Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan Bebola Daging: 500 gm daging lembu - dicincang 1/2 labu bawang besar - dicincang halus 2 kemping roti - direndam dan dilecek bersama susu 2 sudu besar daun parsli - dicincang Garam dan lada hitam secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, lobak, saderi dan herba-herba oregano, thyme, basil dan daun bay. 2. Masukkan tomato puri dan gorengkan sebentar. 3. Masukkan tomato yang diramas, air secukupnya, garam, gula dan lada hitam. Didihkan sampai sos pekat. 4. Sementara sos hampir pekat, daging tadi digaul rata dengan bahan-bahan bebola daging. 5. Kemudian dibentuk seperti guli kecil. 6. Panaskan minyak zaitun dan goreng bebola daging hingga kuning. 7. Selepas itu masukkan bebola ke dalam sos tomato tadi. Biarkan mendidih 15 minit lagi sebelum disajikan bersama pasta.

Warning: Attempt to modify property of non-object in /home/sajionli/public_html/sajionline.my/components/com_jomcomment/mambots.php on line 139

Laksa Lemak sarawak

Bahan-bahan: 1 kg kelapa parut - ambil santan pekat secukupnya 500 gm mihun 120 gm tauge 300 gm udang bersaiz sederhana 60 gm sambal laksa Garam dan serbuk perasa secukupnya 350 gm timun 500 gm ayam 2 biji telur 1.5 liter stok ayam 15 gm daun ketumbar Rempah Laksa: (Dikisar halus) 2 ulas bawang putih 50 gm bawang merah 60 gm belacan 10 hiris lengkuas

6 biji buah keras 30 gm cili kering 2 batang serai 30 gm kacang 80 ml minyak masak 5 gm asam jawa - ambil airnya Cara Menyediakan: 1. Didihkan stok ayam, masukkan sambal laksa dan masak selama 20 minit. Tapis dan buangkan stok ayam yang berlebihan (tinggalkan secukupnya untuk dicampurkan dengan santan). Panaskan kembali sambal laksa, campurkan santan tetapi jangan sampai menggelegak. Perisakan dengan garam dan serbuk perasa. 2. Sediakan rempahnya dengan cara panaskan kuali bertangkai, goreng semua bahan rempah hingga garing dan tuangkan ke dalam kuah laksa. Panaskan kuah semula sambil dikacau supaya tidak pecah minyak. 3. Rendam mihun dalam air panas mendidih hingga lembut. Toskan airnya. 4. Celur udang kemudian buangkan kulit serta urat belakangnya. Rebus ayam hingga masak dan siatkan isinya. 5. Bahagikan mihun kepada 6 mangkuk hidang. Begitu juga dengan tauge, ayam dan udang, celur setiap bahagian dengan air panas mendidih berasingan, kemudian letakkan ke atas mi. Sendukkan kuah dan hias dengan timun, telur dadar serta daun ketumbar. 6. Hidangkan segera. Makan ketika masih panas.
Read More Add Comment (0) Hits: 3655

Mi Gulung
User Rating: Poor /1 Best

Bahan-bahan: 1/2 kg mi kuning 5 biji telur 200 gm sayur campur 100 gm sos tomato 100 gm udang 200 gm daging kisar 200 gm isi ikan merah - dihancurkan sedikit Sedikit garam 1 sudu besar minyak bijan Cara Menyediakan: 1. Celur mi dengan air panas dan tuskan. 2. Pukul telur dan digoreng dadar nipis sebanyak empat keping. 3. Setelah sejuk, letakkan mi di tengah dan gulung telur. 4. Untuk kuah, tumiskan sos tomato bersama udang, isi ikan, daging kisar dan juga sayur campur. 5. Masukkan minyak bijan dan garam secukup rasa. Jika perlu, masukkan satu sudu makan gula. 6. Apabila sedia dimakan, tuangkan kuah ke atas mi gulung. 7. Isi kuah boleh dipelbagaikan. Anda boleh juga menggunakan bebola ikan.
Read More

Add Comment (0) Hits: 2859

Fettucinne Hijau Ayam Belanda dan Cendawan

Bahan-bahan: 120 gm fettucinne - direbus hingga lembut 30 gm kepingan daging ayam belanda - dihiris memanjang 40 gm cendawan segar - dipotong 4 1/2 labu bawang besar - dicincang 20 ml air rebusan ayam 25 gm keju parmesan 20 gm mentega 200 ml krim putar Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Cairkan mentega dan tumiskan bawang besar, cendawan dan daging ayam belanda sehingga rangup. 2. Masukkan air rebusan ayam dan kecilkan api. 3. Masukkan krim putar, garam dan serbuk lada sulah, kemudian renehkan selama empat minit. 4. Masukkan pasta dan keju parmesan kemudian padamkan api. Kacau hingga rata dan angkat. Hidangkan panas-panas.
Read More

Add Comment (0) Hits: 2815

Bihun Kuah Lemak


User Rating: Poor /2 Best

Bahan-bahan: 1 bungkus bihun - direndam 50 gm tauge 50 gm tauge hijau 200 gm udang basah - dibuang kulit 3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng 1 biji kelapa - ambil 2 mangkuk santan 3 keping asam gelugur 2 batang serai - dititik 1 sudu besar bawang goreng Garam dan gula secukup rasa Bahan Sambal: 100 gm cili kisar 100 gm udang kering

6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 cawan minyak Sedikit garam jika suka Bahan Tabur: 3 biji telur - direbus dan dipotong nipis 4 biji limau kasturi - dibelah dua Daun sup - dihiris halus Daun bawang - dihiris halus 1 tangkai cili merah - dimayang Bawang goreng secukupnya Cara Menyediakan Sambal: 1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan. Kacau dan biarkan pecah minyak. Asingkan sedikit untuk tabur atas, manakala yang selebihnya dibahagi dua. Sebahagian dibiarkan di dalam kuali sementara sebahagian dimasukkan ke dalam periuk. Cara Menyediakan Kuah: 1. Di dalam periuk yang berisi sambal tadi, masukkan santan, asam keping, serai, udang, garam dan gula. Biarkan mendidih, masukkan bawang goreng dan angkat. Ketepikan. 2. Panaskan baki sambal yang dibiarkan di dalam kuali. Masukkan satu cawan air, biarkan mendidih, masukkan bihun dan tauhu kemudian kacau rata. Bila bihun lembut, masukkan kedua-dua jenis tauge, kacau hingga rata dan angkat. 3. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam pinggan, hiaskan dengan hirisan telur, daun sup, daun bawang dan cili merah. Perahkan jus limau kasturi dan tabur bawang goreng. Akhir sekali tuangkan kuah. Jika ingin lebih pedas, tambahkan sedikit sambal.
Read More Add Comment (0) Hits: 3906

Mi Kuah
User Rating: Poor / 27 Best

Bahan-bahan: 600 gm mi kuning - dicelur dan tuskan Bahan Kuah: 150 gm kacang tanah - goreng dan dikisar 70 gm udang kering - dikisar 100 gm daging - dihiris nipis 500 gm kerang 8 tangkai cili kering 5 ulas bawang kecil 2 ulas bawang putih 2 cm halia 2 sudu taucu 3/4 kelapa parut - ambil santan Garam secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis Bahan-bahan hiasan: 3 biji kentang rebus 3 biji telur rebus - potong nipis melintang 2 tangkai cili hijau - dimayang halus Daun sup dan daun bawang - dimayang halus Tauge - dicelur Timun - dihiris halus 3 keping halus - potong kecil dan goreng Sedikit bawang goreng

Cara Menyediakan: 1. cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk lumat. 2. Tumiskan hingga garing. Masukkan udang kering, taucu dan kacau hingga rata. Masukkan kacang tanah, daging dan kerang, kacau kira-kira 5 - 10 minit. 3. Masukkan santan, kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Angkat. 4. Hidangkan mi dengan bahan-bahan hiasan. 5. Curahkan kuah ke atas mi tadi mengikut cita rasa anda.
Read More Add Comment (0) Hits: 6527

Page 8 of 19

Start Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next End

Koleksi Hidangan Pembuka Selera Pencuci Mulut Ayam dan Daging Makanan Laut

Ikan Telur Sayuran Kerabu Nasi Mi Dan Pasta Minuman Kuih-muih Biskut Kek Petua SAJI Petua Dapur Anda Petua Penyakit Petua Kecantikan Tips SAJI Penjagaan Si Kecil Pengurusan

Mi Rebus Tanjung
User Rating: Poor /9 Best

Bahan-bahan: 1 kg mi - celur 400 gm tauge - celur Bahan-bahan Kuah: 100 gm ubi keledek merah - rebus dan kisar halus 100 gm kacang kuda rebus - kisar halus 4 sudu besar gula pasir 1 sudu besar garam 1/2 cawan air asam jawa 3 sudu besar cuka 5 sudu besar kicap lemak 3 sudu besar bawang goreng 50 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak 20 gm bijan - goreng tanpa minyak Bahan Sambal Dikisar: 100 gm cili kisar 7 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 200 gm udang kering 1 cawan minyak masak Bahan-bahan hiasan: 4 biji telur - rebus dan potong nipis 3 keping tauhu - goreng dan potong kecil 3 biji ubi kentang - rebus empuk dan potong kecil 2 tangkai daun bawang - hiris halus

1 tangkai daun sup 5 biji limau kasturi - belah dua Bawang goreng secukupnya Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar untuk membuat sambal. Masukkan satu cawan air dan kacau hingga pecah minyak. Asingkan sedikit untuk hiasan manakala selebihnya dibiarkan di dalam kuali. 2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah dikisar halus ke dalam sambal dan biarkan hingga mendidih selama lima minit lagi sebelum dituangkan ke dalam periuk besar. 3. Masukkan ubi keledek dan kacang rebus yang dikisar halus, air asam jawa, cuka, kicap, garam dan gula ke dalam periuk berisi sambal. Jika terlalu pekat, tambah air, tetapi jangan terlalu cair. Kacau rata dan biarkan mendidih. 4. Masukkan bawang goreng, bijan dan juga kacang tanah yang telah dikisar halus. Kacau hingga rata dan rasa masam masinnya. Angkat. 5. Untuk menghidang, masukkan mi dan tauge yang sudah dicelur ke dalam pinggan kemudian hiaskan dengan hirisan telur, tauhu, ubi kentang, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Perahkan jus limau kasturi dan tuangkan kuah ke atasnya. Jika ingin lebih pedas, masukkan sedikit sambal.

Mi Rebus

Bahan-bahan: 1 kg mi kuning - direbus 1/2 kg tauge 2 cawan minyak 1 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan taucu - basuh dan kisar halus Gula dan garam secukup rasa 200 gm kacang tanah - dikisar halus 50 gm serbuk lada 300 gm daging cincang 4 liter air 3 labu bawang besar - dihiris 10 ulas bawang putih - dikisar 4 biji buah keras - dikisar 2 batang serai 4 cm halia 4 cm lengkuas 150 gm ikan bilis (halus) - direbus dan kisar 200 gm udang geragau - direbus dan kisar

Bahan Tabur: Tauhu goreng - dipotong dadu Daun sup, daun bawang, cili hijau - hiris Bawang goreng Telur rebus, limau kasturi - dibelah Kicap Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak, tumis daging cincang dan balik-balikkan hingga kuning serta garing. Angkat dan ketepikan. 2. Tumis bawang hiris dalam lebihan minyak gorengan daging, apabila garing masukkan bahan kisar, serbuk lada dan air. 3. Biar mendidih hingga naik minyak. Sendukkan minyak ke dalam mangkuk lain dan biarkan kuah yang masih di dalam periuk berada di atas dapur. Masukkan kacang, taucu, garam, gula, serai, lengkuas dan halia, biarkan mendidih sekali lagi. Campurkan tepung, kacau rata dan iarkan sehingga mendidih. 4. Tutup api dan tuangkan minyak yang telah diasingkan di dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.

Mi Dadar

Bahan-bahan: 3 biji telur 2 sudu besar susu cair 1 tangkai daun bawang - dimayang halus 1 sudu kecil serbuk lada sular 2 1/2 cawan air 1/4 cawan minyak masak 3 bungkus mi kering 1 kiub perasa ayam Cara Menyediakan: 1. Pukul telur sebentar, masukkan susu, daun bawang, serbuk lada sulah dan kiub perasa ayam, pukul lagi. 2. Didihkan air, celur mi kering hingga lembut. Tuskan airnya. 3. Masukkan mi ke dalam telur. Panaskan minyak sebanyak dua sudu besar. Tuangkan campuran mi dan dadar, biarkan keemasan dan balikkan. 4. Angkat dan hidangkan bersama sos kicap bercili. Sos cili Berkicap Bahan-bahan: 5 ulas bawang merah - tumbuk 3 ulas bawang putih - tumbuk 1 sudu besar udang kering - tumbuk 1 sudu besar cili kisar 1/2 cawan sos tomato 1 sudu besar minyak Kicap dan gula secukup rasa 1 sudu besar kacang tanah yang telah disangai dan ditumbuk Cara Menyediakannya: 1. Panaskan minyak dalam periuk kecil, tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. 2. Masukkan cili dan kacau hingga naik minyak. 3. Seterusnya masukkan sos tomato. Perisakan dengan kicap dan gula. 4. Taburkan kacang tanah dan hidangkan bersama mi dadar.

Udon Sos Lada Hitam

Bahan-bahan: 200 gm mi udon segar 80 gm daging - dipotong kecil dan nipis 4 sudu makan sos lada hitam 1 biji bawang besar - dipotong dadu 1 batang karot - dipotong jejari kecil 1/2 biji lada benggala - dipotong dadu 1 mangkuk kubis - yang telah dipotong kecil 1 cawan air 1/2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 2 sudu makan air Minyak untuk menumis Cara Menyediakan: 1. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging hingga masak (tetapi tidak garing). 2. Masukkan bawang dan goreng hingga layu. Masukkan pula sos lada hitam dan air, kacau dan biarkan mendidih. 3. Masukkan karot, lada benggala, kubis dan udon. Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau rata dan angkat. 4. Hidangkan panas-panas.

Nota: Mi udon juga ada dijual dalam bentuk kering. Untuk menggunakannya, anda perlu didihkan air dan rebus udon anggaran 8 - 10 minit.
Read More Add Comment (0) Hits: 6812

Mi Wantan & Char Siew Ayam


User Rating: Poor / 22 Best

Bahan-bahan: 1/2 bungkus mi wantan - dicelur 50 gm sawi - dicelur 2 mangkuk air sup 1 sudu kecil bawang putih - cincang 3 sudu kecil sos tiram 1 sudu kecil serbuk perasa 2 sudu kecil stok ayam 2 sudu kecil gula Serbuk lada sulah secukupnya Sos hitam

Sedikit minyak Tepung jagung secukupnnya - dibancuh dengan air Cara Menyediakan: 1. Tumis bawang putih cincang hingga naik baunya. Kemudian masukkan semua bahan kecuali tepung jagung dan lada sulah. Biarkan mendidih, tambahkan lada sulah dan tepung jagung. Bila mendidih sekali lagi, angkat dan curahkan ke atas mi wantan dan sawi yang telah dicelur. 2. Hidangkan bersama Char Siew Ayam

Char Siew Ayam Bahan-bahan: 400 gm dada ayam - direbus dalam air sup 2 sudu besar gula 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar bawang putih - dihiris Sedikit kicap pekat Sedikit serbuk perasa Pewarna merah Sedikit minyak Cara Menyediakan: 1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak dan perapkan dada ayam hingga campuran bahan sebati. 2. Kemudian panaskan kuali dan goreng dada ayam. Balikkan-balikkan hingga masak. Hiris nipis dada ayam yang telah dimasak sebelum dihidangkan.

You might also like