You are on page 1of 22

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA : FITRY WILLEM NO MATRIK : 840220125617001

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

KERTAS KONSEP SELANGKAH KE PROGRAM INKUSIF BERKESAN : PERANAN GURU, IBUBAPA, SEKOLAH DAN PIHAK LUAR.

ABSTRAK Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana mereka memasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana dan mengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Objektif kertas kerja ini adalah ingin merungkai setiap satu masalah berkaitan dengan perlaksanaan program inklusif yang berkesan. Permasalahan ini banyak berkaitan dengan kekeliruan peranan yang dihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap individu di sekolah perlu memainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan program inklusif yang dilaksanakan.Namun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang tugas dan peranan setiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan. Antara isu yang sering diutarakan ialah burn-out dikalangan guru aliran perdana mengajar pendidikan khas. Oleh itu kertas kerja ini diharap dapat mengupas isu apakah peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa, sekolah dan pihak luar dalam menjayakan program inklusif yang berkesan di sekolah.

PENGENALAN Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

di sekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup. Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.

PERANAN GURU Peranan guru sebenarnya telah berubah secara dramatic sejak beberapa dekad ini, iaitu berubah daripada individu yang menyampaikkan ilmu dengan pengajaran secara terus kepada fasilitator dan konsultan (Nancy Disa Turner, 2008). Ini adalah benar kerana sekarang guru bukan sahaja sebagai penyampai maklumat namun melangkaui perhubungan yang lebih rumit dan mendalam. Guru menjadi bahan rujukan kepada beberapa aspek dalam kehidupan tidak kira dalam aspek pendidikan mahupun rohani. Selepas keluarga, guru merupakan salah satu pihak yang paling berpengaruh dalam pendidikan murid pendidikkan khas. Mereka berperanan sebagai sumber sokongan yang berterusan kepada ibubapa( Eitan, Rachel & Zohar 2009). Ini adalah kerana sokongan dan

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

perhatian yang guru berikan kepada murid pendidikan khas ini membuka mata ibubapa tentang kepentingan pendidikan inklusif dan memberi sokongan moral kepada mereka. Dalam melaksanakan pendidikan inklusif yang berkesan guru pendidikan khas memainkan peranan penting kerana mereka perlu mempunyai pengetahuan unik sebagai amalan yang terbaik bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan konsultasi bersama guru aliran perdana (Lim Kilanowski et.al 2010). Pengetahuan dan pengalaman mereka berinteraksi dan berhubung dengan murid pendidikan khas memberikan mereka kelebihan dalam menjalinkan hubungan dengan guru aliran perdana. Mereka perlu selalu berbincang dan mendapatkan idea bagi mencari jalan penyelesaian tentang beberapa konflik pendidikan inklusif di dalam kelas aliran perdana. Pembelajaran kooperatif merupakan kaedah pembelajaran yang sinonim dengan pendidikan ink;usif. Ini disokong dengan dapatan yang dikaji oleh Lim Kilanowski et.al 2010 yang menyatakan pembelajaran kooperatif merupakan model bagi amalan dalam inklusif yang paling berguna. Dalam pembelajaran kooperatif guru pendidikan khas dan guru aliran perdana akan berkerjasama di dalam pengajaran dan pembelajaran namun mengikut gaya masingmasing dalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran. Menurut Frederickson et. al 2004 mendapati adalah satu kebiasaan dalam memaparkan definisi kejayaan inklusif di kalangan guru melibatkan proses inkusif. Guru mula beberapa bentuk sokongan dan program peningkatan kemahiran bagi masyarakat. Ini adalah penting bagi memastikan semua pihak yang berkenaan memndapat latihan dan pendedahan yang berterusan mengenai program inklusif yang berkesan. Guru juga memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaan program inklusif (Burrack, Root et.al 1997) yang turut menyatakan ianya ada perkaitan program latihan perguruan yang mereka hadiri sebelum mula mengajar. Komitmen guru dan sekolah dalam menjayakan program inklusif adalah salah satu perkara yang paling penting dalam merealisasikannya. Ini disokong oleh Avramidis et.al 2000 yang menyatakan guru dengan sikap positif adalah disebabkan ilmu pendidikan inklusif dan pendidikan khas yang mereka perolehi semasa program latihan penguruan. Selain itu para guru juga perlu dibina secara professional dan bersedia secara psikologi, social dan sikap supaya dapat menghadapi situasi yang memerlukan mereka menyokong
4

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

pendidikan inklusif dengan apa cara sekalipun (Mittler, 2000) Ini adalah penting kerana banyak karenah dalam pendidikan inklusif yang perlu mereka hadapi sepanjang karier mereka sebagai guru inklusif. Karenah birokrasi sekolah, karenah rakan sekerja, karenah murid aliran perdana, karenah murid masalah pembelajaran dan karenah ibubapa adalah perkara yang sering terjadi dalam karier sebagai guru.

PERANAN IBUBAPA Mengikut Cross, Traub, Shelton et.al 2004 dalam melaksanakan program inklusif yang berkesan, ibubapa perlu : Sentiasa berfikiran positif Menjalin hubungan yang erat dengan guru Mengenalpasti program intervensi yang bersesuaian Menjalin hubungan sesame ibubapa murid khas yang lain Berkolaborasi bersama guru khas, guru aliran perdana, pentadbir sekolah dan pihak luar. Menghadiri kursus dan latihan keibubapaan mendapatkan khidmat sokongan

Ibubapa perlu menjalinkan hubungan yang mantap dengan guru untuk melaksanakan intervensi yang berkesan bagi mengenalpasti keperluan pelajar dan pengubahsuaian yang berkesan.(Cross, Tranb & Shelton et.al 2004) Sebagai pihak yang paling rapat dengan murid pendidikan khas, ibubapa adalah sumber maklumat yang paling penting bagi guru bagi melaksanakan sesuatu program yang berkesan bagi murid inklusif Menurut Vito L & Valerie Valenti 2010 sebagai salah satu pihak yang bertanggungjawab dengan pendidikan anak mereka, ibubapa juga perlu diinklusifkan di mana mereka perlu terlibat dengan latihan pembangunan staff. Ini adalah relevan kerana sesuatu
5

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

program inklusif sukar untuk berjaya kerana kekurangan sokongan dan penglibatan dari ibubapa. Jika ibubapa turut terlibat secara tidak langsung dengan program inklusif, maka pelajar dengan sendirinya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran inklusif. Sesetengah sokongan dan latihan bukan sahaja menyediakan ibubapa dengan peralatan yang boleh digunakan dalam situasi mereka, tetapi juga memahami bahawa mereka juga tidak keseorangan. (Amanda A.A & Elaine Frankell 2010). Seperti yang diketahui ibubapa yang mempunyai anak berkeperluan khas mengalami tekanan dalam membesarkan anak mereka. Ibubapa ini selalunya mempunyai pengharapan yang tinggi terhadap anak mereka. Maka sokongan daripada guru khususnya memberikan mereka satu suntikan semangat bahawa anak mereka juga masih mempunyai peluang untuk menerima pendidikan sama seperti pelajar aliran perdana yang lain. Memberi pendidikan kepada ibubapa tentang pendidikan khas boleh meningkatkan kesedaran dan menguatkan lagi kemahiran mereka semasa berhadapan dengan anak khas mereka (Amanda A A & Elaine Frankel 2010). Ini adalah bertepatan dengan konsep pendidikan itu sendiri di mana memberi ilmu yang berguna untuk diaplikasikan. Contohnya ibubapa yang mempunyai anak disleksia boleh mengetahui cara untuk mengatasi masalah anak mereka dengan mengenalpasti permasalahan anak mereka terlebih dahulu.

PERANAN PIHAK SEKOLAH Sekolah boleh diumpamakan seperti tempat murid istimewa ini mendapatkan bekalan ilmu yang berguna untuk meneruskan kehidupan mereka. Sekolah membentuk program yang telah dikenalpasti bersesuaian dengan setiap individu murid berdasarkan penilaian oleh pihak yang terlatih dengan kerjasama ibubapa. (Eitan, Rachel & Zohar 2009). Kolaborasi ini penting kerana dengan adanya campur tangan ibubapa, guru dan sekolah dalam penilaian pendidikan maka masalah keciciran pelajar, tersalah penilaian dan penempatan dan lain-lain dapat diatasi. Menurut John C. 2010, pihak sekolah seharusnya menyediakan pelbagai bentuk latihan dan sokongan kepada guru yang terlibat dalam program inklusif bagi memantapkan lagi kemahiran guru dan seterusnya mengubah pandangan dan sikap guru terhadap program inklusif
6

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

yang dijalankan di sekolah. Ini adalah kerana ada segelintir guru yang mengajar murid inklusif ini langsung tidak mempunyai latihan dan pengetahuan tentang program inklusif ini dan pelajarpelajar pendidikan khas. Ini menyukarkan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Dengan adanya bantuan dari pihak sekolah ini maka kebajikan murid berkeperluan khas ini lebih terjamin. Pendidikan inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas. Dengan meletakkan kepentingan mewujudkan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan menyediakan peluang memgembangkan pendidikan secara professional yang mampan melalui warga pendidik yang professional. (Stainbanck & Stainbanck 1990). Sekolah secara asasnya akan berubah secara drastik apabila pendidikan inklusif diwujudkan secara berperingkat. Guru pendidikan khas dan guru aliran perdana khasnya akan merasakan perubahan di mana sistem pembelajaran yang boleh dimodifikasi akan digunakan semasa pembelajaran dan pengajaran kepada murid inklusif. Pihak sekolah seharusnya memastikan murid pendidikan inklusif benar-benar terlibat secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga seharusnya diberi peluang berinteraksi secara bermakna dengan guru dan rakan- rakan kelas yang lain serta murid khas itu sendiri mendapat faedah daripadanya.(John Charema, 2010) Ini adalah kerana kepentingan program itu sendiri adalah memberi peluang murid pendidikan inklusif ini untuk bersosialisasi dan berintegrasi dengan murid aliran perdana agar memberikan impak yang berfaedah kepada mereka. Menurut kajian oleh menyatakan murid berkeperluan khas yang berinteraksi secara bermakna dengan murid aliran perdana didapati menjadi lebih bersemangat dan ceria semasa proses pembelajaran dan pengajaran.(Jennifer Katz & Pat Mirenda 2002) Pada asasnya pihak sekolah dan kerajaan seharusnya berkerjasama ke arah mengimplementasikan dan memperkasakan falsafah, nilai dalam dan prinsip dalam pendidikan inklusif seperti mana yang telah ditetapkan oleh UNESCO 1994. Kerjasama ini adalah berguna menyediakan prasarana dan bantuan dari aspek tenaga pengajar dan kelas yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas.

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

PERANAN PIHAK LUAR Peranan pihak luar ini melibatkan banyak individu, sukarelawan, badan berkanun dan badan tidak berkanun, pihak swasta, pakar terapi dan pihak berkepentingan. Penglibatan pihak luar ini membawa banyak faedah bagi melancarkan lagi perjalanan pendidikan inklusif di sekolah. Sokongan sukarelawan di dapati menjadi mekanisme sokongan kedua paling biasa di dalam kelas inklusif (Lisa Kilanowski et. al 2010). Peranan sukarelawan ini penting kerana mereka memudahkan dan membantu guru dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dan di luar kelas. Selain itu peranan staff sokongan seperti penolong pembantu murid merupakan sumber utama menyokong pelajar pendidikan khas di dalam kelas aliran perdana (Farrell, 1995) Staff sokongan terutama penolong pembantu murid memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam pembelajaran murid khas di dalam kelas aliran perdana. Ini terutama pelajar yang mempunyai masalah fizikal dan tingkahlaku. Dengan adanya penolong pembantu murid, ini membantu guru aliran perdana menyesuaikan diri secara beransur- ansur dan kepelbagaian kecacatan murid berkeperluan khas ini. Institusi pendidikan tinggi juga berperanan untuk mengkaji semula kursus kepada bakal pendidik serta kurikulum mereka agar berfaedah kepada pelajar khas (Vito L & Valerie 2010). Bakal pendidik ini perlu dibekalkan dengan ilmu pendidikan khas yang mencukupi bagi memberikan persediaan kepada mereka dari aspek pembelajaran dan pengajaran. Selain itu pihak berkuasa yang berkaitan pendidikan merasakan perlunya pengukuran bagi penempatan murid berkeperluan khas untuk mengelakkan pelajar yang diinklusifkan di kelas aliran perdana gagal (Emma M Maddington & Phil Reed 2006).

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

CADANGAN Halangan-halangan di dalam menginklusifkan pelajar pendidikan khas merupakan satu masalah yang ada jalan penyelesaian. Antara cadangan- cadangan yang boleh digunakan dalam pendidikan inklusif yang boleh digunakan dan dijadikan iktibar adalah : a) Penglibatan adalah berguna untuk keperluan manusia untuk menikmati dan menjayakan hak- hak manusia dalam program inklusif. b) Perbezaan manusia adalah normal c) Perbezaan pembelajaran mesti diadaptasi mengikut keperluan kanak- kanak pendidikan khas. d) Sekolah biasa mesti mengenalpasti dan memberi respon terhadap keperluan pelajar mereka. e) Sekolah biasa dengan orientasi inklusif merupakan satu cabaran besar dalam melawan sikap mendiskriminasi, membentuk komuniti yang mengalu- alukan pendidikan inklusif, membina masyarakat inklusif dan mecapai tahap pendidikan untuk semua f) Bila sekolah aliran perdana menyediakan pendidikan yang efektif kepada majoriti kanakkanak khas, mereka juga meningkatkan kecekapan dan dan keefektifan bagi keseluruhan sistem pendidikan.. g) Kerajaann perlu mengadaptasikan undang- undang dan prinsip polisi bagi kemasukan pelajar pendidikan inklusif dalam sekolah biasa. kepelbagaian

IMPLIKASI Implikasi kertas kerja ini diharap dapat memberi idea kepada setiap pihak yang terlibat dalam menjayakan program inklusif. Dalam kertas kerja ini diterangkan beberapa peranan setiap pihak
9

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

yang berkenaan dalam program inklusif. Setiap peranan yang dihuraikan diambil daripada dapatan kajian yang terdahulu samaada membuat tinjauan mahupun daripada pembacaan. Setiap peranan yang diberikan diharap dapat membantu setiap pihak membuat perhitungan yang positif sebelum membuat keputusan di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif.

RUMUSAN Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkanperlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanakkanakberkeperluan khas. Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin, terutamanya dalam persekitaran semula jadi.

10

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

RUJUKAN
1

John Charema (2010) : Inclusive Education In Developing Countries In The Sub Saharan Africa : From Theory To Practice; http:// www .internationaljournalofspecialeducation .

Maria Del Carmen Tejeda- Delgado (2009) : Teacher Efficacy, Tolerance, Gender and Years Of Experience And Special Education Referrals http:// www .internationaljournalofspecialeducation

Eitan Eldar, Rachel Talmor and Zohar Dayan Romem(2009) : An Integrative Model For Including Children With Autistic Spectrum Disorder In General Education SettingsA Practical Lesson In Israel : http:// www .internationaljournalofspecialeducation

Vito Loiacono and Valerie Valenti(2010) ; General Education Teachers Need To Be Prepared To Co-teach The Increasing Number Of Children With Autism In Inclusive Settings : http:// www .internationaljournalofspecialeducation

Amanda Ajodhia- Andrews & Elaine Frankel (2010) ; Inclusive Education In Guyana : A Call For Change : http:// www .internationaljournalofspecialeducation

Jennifer Katz & Pat Mirenda, 2002 ; Including Students With Developmental Disabilities In General Education Classrooms : Social Benefit : www .internationaljournalofspecialeducation http://

11

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

Angela Valeo 2003; Inclusive Education Support Systems : Teacher and Administrator Views : http:// www .internationaljournalofspecialeducation

Emma M Waddington & Phil Reed 2006; Parents and Local Education Authority Officers Perceptions Of The Factors Affecting The Success of Inclusion of Pupils With Autistic Spectrum Disorder: http://www.internationaljournalofspecialeducation

Effrosini Kalyva, Dina Gojkovic & Vlastaris Tsakiris 2005; Serbian Teachers Attitudes Towards Inclusion : http:// www .internationaljournalofspecialeducation

10 Nancy DIsa Turner 2008 ; Preparing Preservice For Inclusion In Secondary Classroom. http:// www .internationaljournalofspecialeducation

12

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA 1. NAMA PROGRAM

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Kibubuk , 89108 Pitas , Sabah.

2.

TAJUK

Program Inklusif Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran 2013

3.

PENDAHULUAN

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan muridmurid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid yang berpotensi untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid akan di inklusifkan secara sepenuh masa atau separa
13

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

masa. Murid akan diinklusifkan di dalam kelas yang dirasakan sesuai dengan kebolehan mereka. PPKIBP SK Kibubuk menyimpan hasrat dalam membantu sistem pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

4.

RASIONAL

Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program Inklusif akan dapat memastikan : i. ii. iii. iv. v. vi. Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

5.

MATLAMAT

Menjadikan pelajar-pelajar berkeperluan khas sealiran dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak
14

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanakkanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

6. 6.1

OBJEKTIF Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama- sama pelajar normal. 6.2 Supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat. 6.3 Menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. 6.4 Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.

7.

KUMPULAN SASARAN

Empat orang murid-murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu
15

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

8.

JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP 2013 PENGERUSI EN. JAPRI MUSTAPAH (GURU BESAR SK KIBUBUK)

NAIB PENGERUSI
16

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

EN JASMIN KALANDANG (PENYELARAS PPKIBP)

SETIAUSAHA PN. MLORENE MELON (SETIAUSAHA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP)

BENDAHARI PN JUNIAH MARATIN (GURU MATEMATIK PPKIBP)

AJK EN FITRY WILLEM ( GURU BAHASA MELAYU & SAINS ) PN MLORENE MELON ( GURU BAHASA INGGERIS ) EN ALFREODDIN MAIT ( GURU MATEMATIK ) EN JUMIN MARATIN (GURU MATEMATIK PPKIBP) USTAZ MOHD SYARIF BIN MANSOR (GURU PENDIDIKAN ISLAM PPKIBP) 9. STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF 2012

AKTIVITI Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan oleh guru-guru

TUJUAN Murid belajar dan guru mengajar/membimbing

TINDAKAN Semua guru pendidikan khas dan jawatankuasa program inklusif.

CATATAN April November

17

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

sepanjang masa Kelas tambahan dan bimbingan selepas waktu persekolahan dan semasa cuti penggal Motivasi Kecemerlangan Diri serta Teknik Pengurusan Masa yang maksimum Perjumpaan bersama ibu bapa / penjaga dan waris murid-murid (2x) Latihan latih tubi menjawab soalan format UPSR, soalan percubaan negeri dan pelbagai sumber Bengkel Teknik Menjawab dan pemberian markah dalam semua subjek UPSR Murid mendapat pendedahan awal teknik pemberian markah Jawatankuasa kecemerlangan UPSR, Jawatankuasa Pendidikan Khas Mac Murid-murid akan didedahkan dengan pelbagai bentuk dan format soalan Semua guru pendidikan khas dan jawatankuasa program inklusif. April September Mendapat maklumat dan perkembangan prestasi murid-murid Mengenal pasti potensi diri dan kesedaran untuk kecemerlangan Guru Besar dan unit bimbingan dan kaunseling, jawatankuasa Pendidikan Khas Semua guru pendidikan khas dan jawatankuasa program inklusif. April, Julai April Memudahkan proses P&P yang terancang Semua guru pendidikan khas dan jawatankuasa program inklusif. April September

18

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

Pemberian Hadiah dan Ganjaran hasil keputusan ujian Majlis Bacaan Yasin/Solat Dhuha/Solat Hajat (setiap Jumaat) dan Majlis Bacaan Yasin/Solat Hajat Perdana Khemah Ibadah dan Perkampungan UPSR

Meningkatkan motivasi serta kesungguhan murid

Jawatankuasa kecemerlangan UPSR dan PIBG

Ogos, November September

Memohon hidayah, petunjuk serta keizinan dari Yang Maha Esa

Guru Besar, Jawatankuasa kecemerlangan UPSR dan PIBG Jawatankuasa pendidikan khas

Kesedaran dalaman dan pertambahan ilmu

Jawatankuasa kecemerlangan UPSR, Unit Bimbingan dan Kaunseling, PIBG

Mei

Lain-lain aktiviti yang bersesuaian dari semasa ke semasa untuk kecemerlangan UPSR 2012

Meletakkan prestasi sekolah pada tahap maksimum

Guru Besar, jawatankuasa pendidikan khas dan PIBG

10.

PROSES MELAKSANAKAN STRATEGI

BIL

AKTIVITI

STRATEGI PERLAKSANAAN

TEMPOH

19

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

1.

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan oleh guru-guru

Membimbing murid dengan Sepanjang masa pelbagai kaedah dan pendekatan Guru-guru menggunakan pendekatan yang sesuai mengikut potensi muridmurid. Kelas dijalankan pada pukul 1.00 hingga 2.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat (bermula 4/2/2013). Dijalankan 2 kali di mana guru kaunseling akan dijemput. Mendedahkan murid-murid dengan pelbagai bentuk soalan dan perbincangan. Penumpuan kepada teknik menjawab soalan dan teknik mendapat markah terbaik. Guru pakar dan guru pemeriksa kertas akan dijemput. Murid-murid yang mendapat keputusan terbaik pada setiap ujian bulanan dan peperiksaan akan diberikan ganjaran sebagai motivasi. Setiap pagi Jumaat mulai Mac, April dan Mei Sepanjang tahun Februari dan Mei P&P di dalam kelas Sepanjang tahun

2.

Pengagihan murid mengikut potensi pencapaian akademik

3.

Kelas tambahan dan bimbingan selepas waktu persekolahan dan semasa cuti penggal

Febuari hingga September

4.

Motivasi Kecemerlangan Diri serta Teknik Pengurusan Masa yang maksimum

5.

L atihtubi menjawab soalan format UPSR, soalan percubaan negeri dan berbagai sumber Bengkel Teknik Menjawab dan pemberian markah dalam semua subjek UPSR

6.

8.

Pemberian Hadiah dan Ganjaran hasil keputusan ujian

Sepanjang tahun

9.

Majlis Bacaan Yasin/Solat

Sepanjang tahun
20

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

Dhuha/Solat Hajat (Setiap Jumaat) dan Majlis Bacaan Yasin/Solat Hajat Perdana

27/1/2012 akan diadakan bacaan yasin/solat hajat/solat dhuha di bawah pimpinan Ustaz Mohd Syarif Murid-murid akan diserapkan dengan program kerohanian dan jati diri untuk kekuatan mental dan fizikal. Program akan dijalankan di luar sekolah selama 3 Hari 2 Malam. Program Anak Angkat antara semua guru-guru SK Kibubuk dan murid-murid Tahun 6.

10.

Khemah Ibadah dan Perkampungan UPSR

April

11.

Lain-lain aktiviti yang bersesuaian dari masa ke semasa untuk kecemerlangan UPSR 2012

Sepanjang tahun

10.

PENUTUP

Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khasmempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid berkeperluankhas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangatdiminatinya.Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti
21

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKK 2013

kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama,iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanakkanakberkeperluan khas. Ini adalah supayahak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin,terutamanya dalam persekitaran semula jadi.

22

You might also like