You are on page 1of 2

Ruj.

Kami Tarikh

: IPG Kampus PM 144:24/19 Jilid.2 ( : JANUARI 2013

Tuan Pengurus Besar, Persatuan Badminton Malaysia, Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, Jalan 1/70D, 60000 Bukit Kiara, KUALA LUMPUR Tuan, PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN ILMIAH KE PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA (BAM). Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa guru pelatih PISMP Matematik dan Sains (Semester 5), Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka akan mengadakan lawatan ilmiah ke BAM bagi memenuhi keperluan kursus PJM 3112 (Pengurusan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani). Tujuan utama program ini adalah untuk memperoleh maklumat dan pengetahuan berkaitan perjalanan pengurusan. pentadbiran, kewangan serta kemudahan-kemudahan yang dimiliki oleh Persatuan Badminton Malaysia. Program tersebut dijangka akan dilaksanakan seperti ketentuan yang berikut:

Tarikh Masa Peserta

: 29 JANUARI 2013 (SELASA) : 10.30 pagi 1.00 petang : 35 orang guru pelatih dan 4 orang pensyarah

3. Untuk perhatian pihak tuan, program ini juga memerlukan satu sesi taklimat berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran, kemudahan, sumbangan persatuan ini dalam memartabatkan sukan badminton negara serta hal-hal lain yang berkaitan dengan Persatuan Badminton Malaysia.

4. Kami juga berhasrat untuk melawat ke sekitar Pusat Sukan BAM bagi melihat kemudahan-kemudahan yang dimiliki oleh BAM serta aspek-aspek pengurusan alatan dan atlit yang dikendalikan oleh BAM.

5. Bersama-sama surat ini dilampirkan agenda lawatan untuk rujukan pihak tuan. Sebarang kemusykilan yang berkaitan, sila hubungi Cik Nur Hayati binti Jamaludin, pengerusi program di talian 019-4566792 atau Cik Khairul Bariah binti Kassim, setiausaha di talian 013-6263078.

6. Kesudian pihak tuan untuk menerima kedatangan kami amat kami hargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA CINTAILAH BAHASA KITA Saya yang menurut perintah, .......................................... (TUMERAH BT. ROSMIN) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka. sk 1. Ketua Jabatan PJ&K, IPGKPM 2. Fail Lawatan

You might also like