Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kajian Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam Karangan

Kajian Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam Karangan

Ratings: (0)|Views: 10 |Likes:
Published by aro71

More info:

Published by: aro71 on Jul 06, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/21/2014

pdf

text

original

 
Kajian Kelemahan Tatabahasa Pelajar CinaDalam Karangan
Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam Penulisan KaranganDi Peringkat Menengah RendahNursidah binti Ab.Hamid (Ms.PBMP)Fairose binti Sulaiman (Med.Bahasa Melayu)Jamaludin bin Badusah (Phd)Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. AbstrakKelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di peringkat menengah rendah agakmembimbangkan. Kelemahan tersebut jika tidak ditangani oleh guru secara pragmatik bukan sahajapencapaian mereka dalam Bahasa Melayu terjejas malahan turut menggagalkan matlamatkurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah iaitu untuk melahirkan pelajar yang berketrampilanberbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan danpekerjaan. Antara faktor yang menyebabkan kelemahan tatabahasa pelajar tersebut ialah faktor persekitaran, pengaruh bahasa ibunda, pedagogi pengajaran guru dan sikap mereka terhadap matapelajaran Bahasa Melayu. Sehubungan dengan hal itu, satu kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti aspek kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di sebuah sekolahmenengah dalam bandar di daerah Batu Pahat, Johor. Dapatan kajian menunjukkan sembilan aspekkesalahan morfologi pelajar telah dikenal pasti. Antaranya ialah kesalahan penggunaan imbuhanawalan beR, di, ke, meN, pe, kata tugas, ganti nama diri, kosa kata dan ejaan di samping kesalahanstruktur ayat. Sehubungan dengan hal itu, beberapa langkah disarankan kepada para guru untukmenangani kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di bilik darjah secaraterancang supaya matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah tercapai.PENGENALANDalam konteks pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, kajian tentang penguasaan bahasa pelajar terutama dalam kalangan pelajar bahasa kedua sering dilakukan oleh para penyelidik. Antaranyakajian yang telah dilakukan oleh Foziah (1992), Narayanan (1993), Mohamad Tarmizi (1994), Noor  Aina (1996), Khairudin (1997) dan Rosalind (2009). Hal ini disebabkan penguasaan bahasa keduabagi pelajar bukan Melayu seperti pelajar Cina, pelajar India dan pelajar peribumi sama ada diSabah dan di Sarawak tidak berlaku secara semula jadi tetapi didorong oleh berbagai-bagai motif seperti untuk mengelakkan pemencilan, memajukan kerjaya, meningkatkan ilmu pengetahuan dansebagainya, Tambahan pula, tidak semua manusia itu dilahirkan dwibahasa (Zulkifley, 1994) dan haltersebut menyebabkan pembelajaran bahasa kedua di bilik darjah perlu terancang dan berkesan.Memandangkan terdapat perbezaan antara pemerolehan bahasa pertama dengan bahasa keduadalam kalangan pelajar, Lyon (1968) telah menggunakan istilah penguasaan (acquisition) untukbahasa pertama dan istilah pembelajaran (learning) untuk bahasa kedua. Sungguhpun begituHaliday (1970), Gleitman (1986) dalam Zulkifley (1994) menyatakan bahawa bahasa kedua bolehdipelajari melalui keadaan semula jadi (sebelum tempoh masa kritikal tamat) dan melalui kaedahterancang (selepas tempoh masa kritikal). Sehubungan hal itu, Steinberg (1982) memberikan limasebab pembelajaran terancang bagi pemerolehan bahasa kedua di bilik darjah yang amat berbezadengan pembelajaran semula jadi. Antara sebab tersebut ialah keadaan bilik darjah memaksapelajar menyesuaikan diri kepada proses-proses kumpulan, disiplin dan tatacara bilik darjah;kurikulum terancang dipatuhi oleh guru untuk menyempurnakan tujuan-tujuan tertentu berkenaanbahasa yang diajar; rumus-rumus nahu dipaparkan dan guru mungkin menggunakan bahasapertama untuk menerangkan sesuatu struktur dalam bahasa kedua; penggunaan bahasa kedua di
 
dalam bilik darjah terhad dan guru mengunakan bahan bantu mengajar untuk melaksanakanmatlamat yang ditetapkan oleh guru.Banyak cabaran yang dihadapi oleh guru dalam usaha mencapai objektif utama pengajaran bahasakedua. Para guru bukan sahaja berusaha untuk mencapai objektif pengajaran untuk membolekanpelajar memahami pertuturan, menghasilkan pertuturan, kebolehan membaca dan menulis bahkanguru juga memastikan pelajar boleh menghasilkan ayat-ayat gramatis dan seterusnya membinakebolehan memproses bahasa pada tahap wacana. Dalam hal ini, Juriah Long (2009) menegaskanbahawa senario pendidikan di Malaysia pada abad ke-21 dipengaruhi oleh perubahan pesat yangberlaku dalam semua aspek kehidupan rakyat Malaysia hasil daripada kemajuan sains danteknologi serta tindakan maklumat. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia dihadapkan puladengan cabaran baru iaitu hasrat Malaysia menjadi negara maju dalam bidang ekonomi, politik,sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan menjelang 2020. Oleh yang demikian, menurut beliaulagi, pendidikan menjadi salah satu asas utama dalam pembangunan negara Malaysia. Sejajar dengan hasrat pembangunan negara, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyemak KurikulumBersepadu Sekolah Menengah dan menggubah semua berdasarkan penggunaan bahasa untukmembolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu bagi menghadapi rintangan dan cabaranpendidikan alaf ke-21.Oleh yang demikian antara tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui aspek kelemahantatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di peringkat menengah rendah. Diharapkandapatan kajian ini dapat membantu guru-guru memilih dan menyesuaikan kaedah pengajaranbahasa kedua supaya matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah untukmelengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluandiri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002).BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUADalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagimereka yang mempunyai bahasa pertama seperti Mandarin, Tamil, Iban dan Dusun. Penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memperoleh bahasa tersebut melalui proses pengajaran danpembelajaran di bilik darjah. Hal tersebut menyebabkan tatacara penguasaan bahasa tersebutadalah berbeza dengan penutur jati (Hornstein dan Lightfoot 1991, Zulkifley Hamid 2000). Oleh itu,bahasa Melayu sebagai bahasa kedua merujuk kepada bahasa Melayu yang dikuasai dandigunakan oleh penutur bukan Melayu di Malaysia. Akta Pelajaran 1961 memperuntukkan beberapa perkara tentang penggunaan bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan di sekolah. Antaranya ialah penggunaan bahasa Melayu, bahasakebangsaan, bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan mata pelajaran bahasa Inggerisdijadikan mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah rendah, menjadikan bahasa kebangsaan sebagaimata pelajaran yang wajib dipelajari di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SRJK) dan sekiranyamunasabah dan praktikal dan sekiranya ibu bapa lebih daripada lima belas orang murid memohonkemudahan pengajaran bahasa Cina dan Tamil boleh diadakan; menjadikan bahasa kebangsaansebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah menengah kebangsaan, manakala bahasaInggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib; dan pengajaran bahasa kebangsaan adalah wajib bagisemua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh diajar sekiranyapraktikal dan munasabah, dan sekiranya lebih daripada lima belas orang ibu bapa yang memohon.Berdasarkan Akta Pendidikan 1961, ternyata bahawa peruntukan dasar bahasa kebangsaan dalamsistem pendidikan yang ternyata secara eksplisit dalam Akta Pelajaran 1961 menetapkan bahasaMelayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.Sementara itu, bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib. Hasrat ini adalah selarasdengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara sepertiyang termaktub dalam perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta BahasaKebangsaan 1963/1967(Juriang Long, 2009).
 
PERNYATAAN MASALAHPencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagisekolah-sekolah menengah di negeri Johor sejak tiga tahun belakangan menjadi isu dalam kalanganpendidik di negeri ini lantaran peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar amat kecil sekali.Pada tahun 2007 pencapaian yang ditunjukkan ialah 71.74%, tahun 2008 ialah 73.82%, dan padatahun 2009 sebanyak 73.41% (Jabatan Pelajaran Negeri Johor, 2009). Sementara itu, keputusanBahasa Melayu PMR bagi daerah Batu Pahat pada 2007 ialah 91.24%, tahun 2008 91.69% dantahun 2009 ialah 91.15%. Manakala keputusan Bahasa Melayu sekolah tempat responden dipilihpada tahun 2009 ialah 86.29% berbanding 91.79 % pada tahun 2008 dan 89.24% pada tahun 2007(Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat,2009).Tambahan pula analisis peratus pencapaian karangan dalam kalangan responden menunjukkantahap yang sangat lemah iaitu 12% daripada 34 pelajar memperoleh markah lulus. Hal inidisebabkan terdapat banyak kesalahan aspek tatabahasa dalam karangan yang dihasilkan. Menurut Abdul Aziz (1996), penilaian secara analisis boleh dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklumbalas subkemahiran penting yang berkaitan karangan misalnya dari aspek struktur dan gaya,pemilihan isi, penyusunan isi, tatabahasa, penggunaan perbendaharaan kata, dan aspek mekanisdalam penulisan karangan. Maklumat analisis tersebut merupakan asas untuk mengesan kekuatandan kelemahan pelajar secara umum dan akan digunakan oleh guru dalam pengajaran pemulihan.Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pejabat Pelajaran Batu Pahat pada 2009,bilangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di peringkat menengah rendah yang bukan opsyenadalah lebih banyak jumlahnya berbanding guru-guru opsyen Bahasa Melayu. Guru-guru tersebutbukan sahaja mempunyai pengalaman mengajar antara 01-05 tahun malah mereka terdiri daripadapelbagai latar belakang pendidikan seperti Teknologi Maklumat ( 15%), Akaun dan Ekonomi (10%), Alam Sekitar (02%), Sains dan Matematik (20%), Pendidikan Seni dan Muzik (15%), Sejarah danGeografi (25%) dan lain-lain (13%). Sementelahan itu, bilangan guru opsyen yang mengajar BahasaMelayu menengah rendah di sekolah responden ialah 16% berbanding bilangan guru bukan opsyensebanyak 84%.LATAR BELAKANG KAJIANHuraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua (2002) telah menetapkan bahawatatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalamkonteks ketetapan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Antara aspek morfologi yang diberi tumpuan ialah struktur kata yang merujuk kepada pola suku katabagi bagi kata Melayu asli dan kata pinjaman bahasa Melayu, bentuk kata seperti kata tunggal, kataterbitan, kata majmuk dan kata ganda, dan golongan kata yang terdiri daripada kata nama, katakerja, kata adjektif dan kata tugas. Manakala aspek sintaksis yang diberikan tumpuan pula ialahunsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan pembinaannya serta pembahagiansubjek dan predikat, jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan, ragamayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif, susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang, binaan ayat iaituayat dasar, ayat tunggal, dan ayat majmuk, proses penerbitan ayat seperti konsep ayat terbitan,proses pengguguran, proses penyususnan semula, proses peluasan dan aspek tanda baca. Aspek tatabahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu PMR merupakan salah satu kriteriayang diberi perhatian dalam pemberian markah sama ada bagi penulisan karangan Bahagaian Biaitu karangan berdasarkan bahan rangsangan yang memperuntukkan 20 markah atau penulisankarangan respon terbuka iaitu karangan Bahagian C yang memperuntukkan 40 markah. Antarakriteria untuk menentukan peringkat pencapaian calon dalam karangan Bagaian B sama adacemerlang, baik, sederhana, lemah atau belum menguasai ialah ayat yang gramatis, kata dan kosakata yang tepat, kesalahan penggunaan kata yang minimum, ejaan dan tanda baca yang betul.Manakala kriteria untuk menentukan sesuatu peringkat calon bagi karangan respon terbuka ialahpenggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat, penggunaan pelbagai ayat majmuk yanggramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum, penggunaan penanda wacana yang betul, ejaan

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->