You are on page 1of 1

Ruj.

Kami Tarikh

: IPG Kampus PM 144:24/19 Jilid.2 ( : JANUARI 2013

Ketua Jabatan, Ketua Unit, Pensyarah PISMP Matematik dan Sains Semester 5 Ambilan Januari 2011. Tuan/Puan, MAKLUMAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH PISMP (MATEMATIK & SAINS) AMBILAN JANUARI 2011 KE UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) DAN PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA (BAM). Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa PISMP Matematik & Sains Semester 5 Ambilan Januari 2011 melalui Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, akan menganjurkan sebuah program Lawatan Ilmiah ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Program ini bagi memenuhi keperluan kursus PJM 3112 (Pengurusan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani). 3. Sehubungan itu, seramai 35 pelajar PISMP terdiri dari PISMP Matematik dan Sains Ambilan Januari 2011 akan mengikuti program tersebut. Program tersebut dijangka akan dilaksanakan seperti ketentuan yang berikut: Tarikh Hari Masa Peserta : 28 JANUARI 2013 - 29 JANUARI 2013 : ISNIN - SELASA : 10.30 pagi 1.00 petang : 18 guru pelatih PISMP Matematik Januari 2011 17 guru pelatih PISMP Sains Januari 2011 4 orang pensyarah pengiring.

Kesudian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan amatlah kami hargai Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA IMAN, ILMU, INTEGRITI Saya yang menurut perintah,

............................................. (TUMERAH BT. ROSMIN) Pengarah, IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

s.k.

: Fail Timbul & Fail Lawatan Ilmiah.

You might also like