You are on page 1of 5

Kognitif pada diri manusia membezakan manusia dengan haiwan serta makhluk lain di dunia.

Kognitif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan minda dan akal. Menurut kamus elektronik Besta kognitif ialah perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses penerimaan maklumat, pemahaman dan penggunaan pengetahuan. Bagi Haliza Hamzah dan Joy N Samuel (2009:42) kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingat, mengkategorikan, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Menurut mereka lagi perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pemikiran kanak-kanak. Ini bermakna perkembangan kognitif merupakan corak perubahan pemikiran yang berlaku daripada zaman kanak-kanak. Bagi Mok Song Sang (2008:75) kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Atan Long (1982:261) pula menyatakan kognitif adalah melibatkan proses penanggapan, pembinaan, konsep, penakulan, penilaian dan penyelesaian masalah. Pembinaan daya pemikiran kanak-kanak dipengaruhi oleh penekanan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Bagi Mok Song Sang (2008:42) lagi kemahiran kognitif membolehkan individu itu memberi pendapat, memahami, dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di sekeliling. Jelaslah disini bahawa perkembangan kognitif sebenarnya melabangkan proses mental. Semakin berkembang mental individu semakin berkembang kemahiran minda mengikut kadar umur bagi kanak-kanak normal. Bagi kanak-kanak yang tidak normal kognitif mereka berkembang dengan corak yang sama tetapi pada kadar yang berbeza. Kajian tentang kognitif ini di pelopor oleh dua tokoh terkenal iaitu Jean Piaget ahli psikologi Switzerland dan Lev Vygotsky ahli psikologi Russia. Jean Piaget melahirkan teori yang dikenali sebagai Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget manakala Lev Vygotsky pula memperkenalkan teori perkembangan kognitif yang dikenali dunia sebagai Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky. Teori-teori yang dikemukan selepas kajian mereka ini memudahkan guru-guru menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kerana teori ini membantu guru memahami pemikiran kanak-kanak serta memahami kognitif kanak-kanak. Setiap proses P&P perlulah sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak supaya proses P&P adalah berkesan dan membuahkan hasil.Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.

Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal. Menurut teori ini, belajar adalah perubahan persepsi dan pemahaman. Perubahan persepsi dan pemahaman tidak selalu berbentuk perubahan tingkah laku yang boleh diteliti. Dasar teori ini adalah setiap orang telah mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam dirinya. Pengalaman dan pengetahuan ini tertera dalam bentuk struktur kognitif. Prinsip kognitif banyak digunakan dalam dunia pendidikan, khususnya terlihat pada perancangan suatu sistem instruksional, prinsip-prinsip tersebut antara lain: 1. Seseorang yang belajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logik tertentu 2. Penyusunan materi pelajaran harus dari sederhana ke kompleks 3. Belajar dengan memahami akan jauh lebih baik daripada dengan hanya menghafal tanpa pengertian penyajian Antara ciri-ciri dalam teori kognitif ialah menekankan kefahaman struktur bahasa yangh dipelajari dan membantu pelajar menguasai bahasa yang dipelajari secara lebih berkesan. Teori ini juga digunakan dalam pengajaran bahasa kedua serta mementingkan pengetahuan dan kesedaran tentang pola-pola sintaksis dan leksikal. Selain itu, teori ini dapat memilih bentuk yang diterima dalam bahasa dan menolak bentuk yang bukan struktur dalam bahasa. Bahasa juga dianggap sebagai fenomena pemikiran dan bukan mekanikal. Aspek analisis dan pembelajaran melalui deduktif ditekankan serta dapat memilih bentuk yang diterima dalam bahasa dan menolak bentuk yang bukan dalam struktur bahasa. Pengetahuan mengenai tatabahasa bahasa kedua dititikberatkan dan kanak-kanak mempunyai satu daya penguasaan yang bertindak melalui hipotesis dan uji kaji.

3.1.2 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Bagi Piaget proses pemikiran berubah secaramenyeluruh bermula selepas lahir hingga mencapai tahap kematangan. Setiap individu pasti mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. (Mok Song Sang 2009:42) Piaget menyatakan terdapat empat faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu. Faktor tersebut adalah faktor kematangan biologi yang secara amny gen yang diwariskan merupakan pengaruh proses pemikiran. Faktor kedua adalah faktor perseketaran, faktor ini melibatkan interaksi antara individu dengan persekitaran. Proses pemikiran akan menjadi luas, tajam serta bertambah sekiranya berlaku interaksi antara individu dengan persekitaran dan impaknya ialah, penerokaan, pengujian,pemerhatian dan penyunsunan dalam diri kanak-kanak apabila mendapat maklumat baru. Faktor seterusnya ialah faktor sosial. Faktor sosial ialah pergaulan kanak-kanak dengan ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. Semakin banyak kanak-kanak bersosial, semakin banyak input yang diperoleh maka semakin bagus perkembangan kognitif kanak-kanak. Faktor terakhir ialah keseimbangan. Keseimbangan di sini bermaksud kebolehan mengadaptasi situasi baru dalam kehidupan. Jean Piaget membahagikan peringkat perkembangan kognitif kepada empat peringkat iaitu peringkat peringkat sensorimoto yang berlaku sebaik sahaja selepas lahir hingga ke usia 2 tahun, peringkat pra operasi yang bermula pada usia dua hingga tujuh tahun, peringkst operasi konkrit yang bermula pada usia tujuh tahun dan berakhir pada usia sebelas tahun dan akhir sekali peringkat operasi formal iaitu perkembangan kognitif yang berlaku pada usia sebelas tahun keatas, Pada peringkat sensorimotor pergerakan fizikal dan penggunaan deria merupakan elemen penting dalam proses perkembangan kognitif kanak-kanak. Kebanyakkan skema yang dibina adalah berdasarkan komunikasi fizikal bayi dengan persekitaran. Sebenarnya selepas lahir bayi dapat membezakan objek di persekitaran. Pada usia 4 hingga 8 bulan kanak-kanak mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. (Mok Song Sang 2008:82). Mulut merupakan alat untuk berinteraksi dengan persekitaran kerana kanak-kanak menggungunakan mulut untuk mengisap objek yang diminati. Pada peringkat ini juga kanak-kanak memulakan menunjkan pemikiran yang logic. Setiap aktiviti yang dilakukan ada matlamatnya dan pada peringkat ini juga kanak-kanak boleh mengulang proses asal secara fizikal. Peniruan (imitasi) mudah berlaku dalam peringkat ini juga kanak boleh menggambarkan objek dalam memori. Antara aktiviti yang dapat dilakukan pada peringkat ini untuk membantu perkembangan kognitif kanakkanak pada peringkat ini ialah menggunakan objek yang berbunyi terutama objek yang mengeluarkan lagu kanak-kanak untuk menarik perhatian mereka supaya mereka mempunyai koordinasi yang baik dan deria motor yang tajam. Ibu bapa pula boleh membeli puzzle yang berbentuk konkrit (Rujuk Lampiran) kerana ianya merupakan satu permainan yang bermatlamat dan melatih pemikiran logic kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak haruslah sentiasa positif kerana telah dinyatakan pada peringkat ini kanakkanak suka meniru, jadi model yang terbaik diperlukan untuk memastikan perkembangan kognitif kanakkanak itu positif. Setiap pengajaran yang dilakukan dengan cara meniru mestilah betul. (IMPLIKASI DALAM P&P) Peringkat seterusnya iaitu peringkat pra operasi yang berlaku pada usia dua hingga tujuh tahun. Pada peringkat ini akan menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Menggambar dan merancang aktiviti pergerakan membantu memperkembangkan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini. Pada peringkat inimereka menggunakan konsep simbol dalam bahasa. Kanak-kanak mula melambangkan objek dengan simbol (bahasa). Proses perlambangan dikenali sebagai fungsi semiotik.Pada peringkat ini kanak-kanak mula bermain permainan membanyangkan (pretend play). Mereka akan mengambil watak-watak yang menarik pada mereka untuk ditiru dalam permainan membanyangkan ini. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009:48) kanak-kanak turut memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup contohnya kilat terjadi kerana bumi marah. Pemikiran kanak-kanak pada masa ini bergantung kepada benda-benda yang konkrit. Kanak-kanak juga belum boleh berfikir secara logik dan rasional. Kanak-kanak pada peringkat ini mampung menceritakan

semula pengalaman mereka dengan ayat yang mudah dan mengingati segala arahan yang pendek dengan mudah dan tepat. Pada masa ini kanak-kanak tiada keupayaan untuk menggambarkan proses transformasi diamana kanak-kanak tidak boleh melihat perubahan yang berlaku dalam sesuatu proses transformasi dan dalam keadaan ini kanak-kanak hanya boleh memerhati satu keadaan pada satu-satu ketika sahaja (Mok Song Sang 2008:83). Pada peringkat ini juga kanak-kanak tidak berkeupayaan untuk menghayati operasi songsang. Ini bermakna kanak-kanak tidak boleh membezakan proses yang telah diubah dengan proses asal. Kanak kanak pada peringkat ini juga belum menguasai konsep pengabadian diaman mereka menganggap bilangan dan panjang adalah sama. (Contoh Ketidakupayaan:Rujuk Lampiran). Pada peringkat ini juga kanak-kanak mempunyai egosentrik yang tinggi. Implikasi terhadap P&P pada perigkat pra operasi ini ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit. Contohnya sekiranya seorang guru bahasa ingin menambah perbendaharaan kata dalam tema alatan sukan, maka guru tersebut boleh membawa alatan sukan seperti bola, bad pingpong, raket tenis, net dan lain-lain kedalam kelas untuk mengaplikasi fungsi semiotic. Untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang matematik pula guru boleh menggunakan guli atau batang ais krim untuk nmenyelesaikan masalah matematik. Arahan yang diberikan kepada kanak-kanak ini haruslah pendek dan mudah difahami kerana dengan cara ini mereka boleh mengingat arahan yang diberikan, jadi sekiranya guru ingin melaksanakan aktiviti untuk muridnya sama ada di dalam kelas ataupun diluar kelas, arahan yang pendek dan jelas adalah penting. Nasihat dan nilai yang ingin diajar kepada murid harus disampaikan dalam ayat yang mudah.Untuk mengajar nilai-nilai yang baik lakonan boleh diaplikasikan dengan menggunakan watak-watak yang digemari contohnya Ultraman. Guru-guru dan ibu bapa mesti mengaja anak-anak menggunakan perkataan yang sesuai dengan ayat. Perkataan dan frasa yang kurang sesuai boleh menyebabkan kekeliruan apabila berkomunikasi. Pengajaran luar kelas juga boleh dilakukan untuk memperkuatkan daya ingatan mereka. Peringkat seterusnya iaitu peringkat operasi konkrit berlaku pada usia tujuh hingga dua belas tahun. Pada peringkat ini mereka telah menguasai prinsip identiti iaitu prinsip yang menekankan jmlah, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga berkeupayaan untuk menguasai proses pengelasan dan proses penyusunan secara bersiri (dari kecil ke besar atau sebaliknya atau bilangan menaik kepada menurun atau sebaliknya). Pemikiran kanak-kanak pada usia ini mula mengubah pemikiran mereka iaitu daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered (memahami persepsi orang lain). Kanak-kanak ini juga mula bersosial dan masih tidak dapat berfikir secara abstrak. Pada peringkat ini proses P&P menggunakan bahan yang konkrit boleh diteruskan tetapi menggunakan bahan yang lebih menarik. Sebagai contoh sekiranga sesorang guru bahasa itu ingin mengajar tajuk haiwan, haiwan-haiwan mainan plastik boleh diguanakan. (RUJUK LAMPIRAN). Dalam matapelajaran sains eksperimen boleh dilakukan supaya kanak-kanak pada usia ini dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Kanak-kanak harus diberi peluang untuk bercerita untuk memsatikan penigkatan dalam bidang bahasa. Selain ini bahan bacaan haruslah ringkas dan tersusun. Kaitan antara pengalaman harian dengan proses P&P boleh dilaksanakan. Soalan-soalan berbentuk analik dan logic serta jalan penyelesaian juga dapat diaplikasi dalam P&P. (IMPLIKASI DALAM P&P) Pada peringkat operasi formal (12 tahun keatas) kanaka-kanak ini boleh berfikir secara sistematik untuk memberi idea terhadap beberapa kemungkinan enyelesaian, boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif untuk menyesalkan masalah. Mereka juga mula menerima konsep induktif dan deduktif dalam P&P dan egosentrik remaja mula muncul dalam peringkat ini. Implikasinya guru boloeh menggunakan bahan konkrit untuk mengajar contohnya dalam matapelajaran sains. Sekiranya guru hendak menerangkan tentang organ dalaman. Haiwan seperti katak boleh digunakan. Guru sebenarnya patut memberi peluang kepada pelajar untuk membuat hipotesis atau ramalan awal supaya mereka dapat mengembangkan lagi kognitif mereka serta menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. Guru juga sepatutnya memberi peluang kepada pelajar untuk menjana idea.

Dalam penulisan karangan berpandu misalnya, guru sepatutnya membiarkan pelajarnya membina idea sendiri dan memberi galakan. Fungsi guru hanya memerhati dan membetulkan sekiranya salah.

You might also like