You are on page 1of 8

Surat cadangan berkenaan 8 Strategi Utama Untuk Menjayakan Matlamat Rasuah Sifar Di Malaysia yang diserahkan oleh Setiausaha

Agung DAP, Lim Guan Eng pada Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti,pada 13.02.2006, bertempat di Parlimen

SuratCadangan oleh Lim Guan Eng

(Parlimen, Isnin):

Surat cadangan berkenaan 8 Strategi Utama Untuk Menjayakan Matlamat Rasuah Sifar Di Malaysia yang diserahkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integri,13.02.2006, bertempat di Parlimen -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------13 Februari 2006. Y.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti, Bilik Jawatankuasa 2, Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen 50680 Kuala Lumpur. Yang Berhormat-Yang Berhormat, DENGAN TANGAN

8 Strategi Utama Berdasarkan Penguatkuasaan, Pencegahan Dan Pendidikan(3P) Untuk Menjayakan Matlamat Rasuah Sifar Di Malaysia. Dengan hormatnya, kami percaya hanya sebuah masyarakat membina dan maju yang berintegriti, bermoral dan beretika dapat meningkatkan daya saing dan daya tahan negara. Oleh itu parti DAP bersedia memberikan sokongan kepada Pelan Integeriti Nasional (PIN) sekiranya ia dapat menyelamatkan Malaysia daripada gejala rasuah yang mengancam keselamatan, kemakmuran dan nilai-nilai murni masyarakat kita. Kami ingin ketengahkan 8 strategi utama berdasarkan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan(3P) untuk menjayakan matlamat rasuah sifar di Malaysia. Memang diakui umum gejala rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semakin bertapak di Malaysia baik dalam pihak pentadbiran kerajaan sebagai penerima rasuah ataupun pihak korporat dan awam sebagai pemberi rasuah. Selepas kemenangan besar parti BN dalam pilihanraya besar 2004, YAB Perdana Menteri telah menggubal PIN bagi meningkatkan integriti dan etika, memerangi rasuah dan aktiviti tidak beretika yang lain. Bagi tempoh lima tahun pertama iaitu antara tahun 2004 hingga 2008, PIN telah menetapkan 5 sasaran yang dikenali sebagai Tekad 2008 adalah: 1. mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan; 2. meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam, dan mengatasi karenah birokrasi; 3. 4. 5. meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan; memantapkan institusi keluarga; dan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Kita sudah masuk tahun kedua dan pencapaian yang diperolehi amat tidak memuaskan. PIN tidak memenuhi atau membuat sebarang kemajuan ke atas 5 sasaran di bawah Tekad 2008 ini. Contohnya, sasaran menaikkan skor dalam Indeks Persepsi Rasuah yang digubal oleh Transparency International daripada 5.2 mata yang dicatat oleh Malaysia pada tahun 2003 menjadi sekurang-kurangnya 6.5 mata menjelang tahun 2008, serta mengubah kedudukan ke-37 daripada 133 negara menjadi sekurang-kurangnya kedudukan ke-30 memang merosot bila kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 39 pada tahun lepas. Institut Integriti Malaysia (IIM), yang telah ditubuhkan sebagai jentera pelaksana PIN, tidak boleh dipersalahkan keseluruhannya. Ini adalah kerana skop IIM adalah terlalu terhad dan berfungsi semata-mata sebagai sebuah agensi koordinasi dan pemantau. IMM memainkan peranan think-tank dalam aspek pendidikan yang perlukan masa yang agak panjang dan mungkin tidak berhasil sekiranya pihak kerajaan tidak menunjukkan iltizam dan azam politik dan ekonomi untuk menghapuskan gejala rasuah yang merupakan satu penyakit barah atau AIDS dalam sistem pentadbiran negara. Untuk menjayakan matlamat rasuah sifar di Malaysia, kami ingin menggariskan 8 strategi utama merangkumi penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan yang berteraskan iltizam dan azam politik dan ekonomi kepimpinan negara. 1. Pihak pentadbiran mesti menunjukkan kepimpinan melalui teladan dengan menghindarkan diri daripada menyalahgunakan jentera dan wang kerajaan untuk faedah dan tujuan politik seperti menafikan peruntukan pembangunan dan elaunelaun tambahan kepada pihak pembangkang atau menyalahgunakan wang rakyat untuk projek-projek mahal gajah putih dan pergi makan angin di luar negara. 2. Badan Pencegah Rasuah (BPR) harus bebas, mempunyai kuasa pendakwaan dan akauntable hanya ke Parlimen untuk mengelakkan sebarang persepsi campur tangan politik bila ia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti sekarang;

3.

Menubuhkan satu Tribunal Rasuah agar orangramai boleh merujuk kepada Tribunal ini mengambil tindakan sekiranya Badan Pencegah Rasuah atas alasanalasan tertentu yang susah difahami enggan berbuat demikian atau tidak mahu menjawab tentang laporan yang dibuat;

4.

Menggubal satu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistle-blower Act) untuk melindungi keselamatan pemberi maklumat amalan rasuah dan juga memberikan ganjaran yang sewajarnya kalau perlu;

5.

Teguran-teguran dan pendedahan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan oleh Ketua Audit Negara mestilah disusuli dengan tindakan dan Ketua Audit Negara harus diberikan kuasa menghukum mana-mana jabatan yang melakukan kesalahan;

6.

Menubuhkan satu Ombudsman untuk menangani perkara-perkara berkaitan dengan amalan-amalan tidak sihat yang tidak tertakluk di bawah takrifan rasuah serta meningkatkan urus tadbir pentadbiran dan pihak korporat demi menjaminkan tanggungjawab sosial korporat;

7.

Mengadakan satu sistem kawalan dalam yang rapi dan berkesan dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Integriti di semua Kementerian dan jabatan kerajaan supaya sebarang penyalahgunaan kuasa dan amalan tidak sihat dapat dikesan dengan segera dan seterusnya dicegah sebelum ia berlaku; dan

8.

Memperkenalkan gejala rasuah sebagai satu perkara wajib dalam sekolahsekolah rendah, menengah dan universiti tentang bahayanya rasuah untuk mendidik daripadanya. generasi muda mengasingkan dan menjauhi diri

Kepimpinan Melalui Teladan

Kerajaan BN harus menghormati prinsip Perlembagaan di mana undang-undang dilaksanakan secara sama rata ke atas semua rakyat Malaysia. Peruntukan pembangunan kecil tahunan sebanyak RM 50,000 RM 100,000 untuk setiap DUN dan RM 500,000 setiap kawasan Parlimen harus diberikan kepada semua wakil rakyat baik parti kerajaan ataupun pembangkang. Oleh kerana tidak ada sebarang penelitian atau audit yang rapi, banyak penyelewengan dan penyalahgunaan peruntukan pembangunan kecil kawasan dan elaun perjalanan telah berlaku. Contohnya YAB Ketua Menteri Melaka dan ADUN-ADUN Negeri Melaka telahpun menyalahgunakannya untuk tujuan dan menfaat politik dan peribadi seperti berkempen di pilihanraya kecil, menghadiri mesyuarat parti, mengadakan sidang akhbar dengan pemberita, mengadakan jamuan makan, membeli hamper Hari Raya, pergi luar negeri makan angina, membeli lounge suit dan telefon bimbit. Wakil rakyat BN Melaka diberikan RM 5,000 setiap orang untuk adakan rumah terbuka pada hari perayaan di mana perbelanjaan tidak diaudit langsung. Wakil rakyat yang bukan Ahli EXCO dilantik sebagai Timbalan EXCO dan diberikan bayaran RM 2,000 sebulan sungguhpun tidak termasuk dalam Anggaran Belanjawan Negeri dan jawatan tersebut tidak diperakukan dalam undang-undang ataupun Perlembagaan Negeri. Pimpinan tertinggi kerajaan BN harus mengamalkan prinsip kepimpinan melalui teladan menghukum sesiapa yang melakukan kesalahan tanpa kira kedudukan politiknya sekiranya beriltizam dan ikhlas membenteras rasuah. Penghakiman Mahkamah Rayuan yang dijatuhkan ke atas kes Metramac Corporation Bhd (Metramac) pada bulan Januari 2006 ini adalah peluang yang paling ketara untuk menunjukkan prinsip ini. Metramac mendapat tender membina, mengurus dan mengutip Tol Cheras. Mahkamah Rayuan melalui Hakim Gopal Sri Ram telah memerhati tiga perkara dalam skendal Metramac ini. Pertama, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin telah menyalahgunakan kuasanya dengan memihak kepada dua kroninya, Anuar Othman dan

Datuk Halim Saad sehingga membolehkan kedua-duanya mengambil alih syarikat itu. Kedua, Tun Daim memain silap mata bila menyatakan kerajaan tidak ada wang membayar wang ganti rugi tetapi boleh membayar RM 756.7 juta sebaik sahaja syarikat itu diambil alih oleh kedua-dua kroninya. Ketiga, kedua-dua kroni yang menjadi pengarah syarikat telah mencuri dan melakukan pecah amanah dengan mengeluarkan RM 32.5 juta daripada syarikat iu. Pemerhatian tersebut oleh Mahkamah Rayuan adalah sungguh serius sekali. Ahli Parlimen Cheras YB Tan Kok Wai yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana membantah kutipan tol di Cheras telah membuat laporan polis berkaitan dengan pemerhatian Mahkamah Rayuan. Malangnya tidak ada sebarang tindakan diambil. Sekiranya pemerhatian Mahkamah Rayuan pun tidak cukup untuk mengambil tindakan, ilitzam dan kepimpinan melalui teladan untuk membenteras rasuah memang menimbul tanda-tanya. BPR Mesti Bebas Dan Akauntable Kepada Parlimen Sememangnya Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pencegahan Rasuah 1997 harus dipinda bukan sahaja untuk memberikan taring kepada BPR supaya tidak dikenali sebagai harimau tanpa gigi dan mengelakkan tanggapan umum bahawa BPR beroperasi lebih untuk menutup daripada mencegah rasuah. Selagi BPR masih di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri, tidak bebas dan tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia tidak berkesan mencegah rasuah Saya telah menerima banyak aduan bahawa BPR tidak bertindak malah tidak menjawab pun ke atas laporan yang dibuat ke atasnya. Malah saya sendiri mempunyai pengalaman yang sama bila laporan-laporan says kepada BPR tidak diambil perhatian langsung. Sebelum tahun 2000, memang ada tindakan susulan oleh BPR ke atas laporan saya. Tetapi sepanjang 5 tahun kebelakangan ini saya telah membuat 5 laporan mengenai pentadbiran kerajaan negeri Melaka kepada BPR Melaka, BPR tidak pernah menghubungi saya untuk

mendapat maklumat lanjut khususnya berkaitan dengan laporan rasuah ke atas YAB Ketua Menteri Melaka. Lapuran terkini terhadap YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam adalah pada tahun ini berkaitan dengan tabung misteri kebajikan kesihatannya sebanyak RM 908,242.33 yang dikumpulkan daripada orang awam sejak 19.12.2001 untuk membantu pesakit-pesakit miskin tetapi disalahgunakan untuk membiayai kos rawatan hospital ahli keluarganya. Seperti yang lazim dilakukan oleh saya, laporan kepada BPR dilampirkan dengan semua dokumen berkaitan. Usaha mendapat maklumat lanjut tentang perkembangan terkini tentang siasatan baik di peringkat negeri mahupun di ibupejabat menemui jalan buntu sahaja. Sebaliknya, BPR Ibupejabat telah meminta keterangan saya berkaitan satu kes yang tidak ada kena mengena dengan saya. Saya telah mengeluarkan kenyataan tentang hutanghutang judi sebanyak RM 7 juta oleh bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Osu Sukam kepada Ritz Casino di London. Saya mempersoalkan di mana bekas Ketua Menteri Sabah mengumpulkan harta sebegitu besar untuk berjudi berpuloh-puloh juta ringgit di London dan BPR harus siasat samada kekayaan ini dikumpulkan semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sabah selama dua tahun. Selepas kenyataan saya disiarkan di suratkhabar, BPR pula dengan serta-merta bergegas ke Melaka mendapat keterangan saya menanyakan di mana saya terima maklumat ini. Sikap sedemikian seakan-akan menandakan BPR lebih berminat di mana saya memperolehi maklumat amalan rasuah daripada mengambil tindakan ke atas mereka yang lakukan rasuah. BPR wajib melindungi pemberi maklumat bukan menyusahkan mereka, dan bertanggungjawab memaklumkan kemajuan siasatan samada diteruskan ataupun ditutup. Oleh itu suatu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat harus digubal untuk menggalakkan

pendedahan amalan-amalan rasuah ini. Akhirnya, adalah dikesali kerajaan tidak membenarkan atau BPR tidak berani mengambil tindakan ke atas pemimpin-pemimpin UMNO yang digantung daripada memegang jawatan UMNO kerana terlibat dalam politik wang. Kegagalan BPR bertindak atas satu kesalahan yang jelas memenuhi takrifan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 memang membuktikan betapa besarnya tugas BPR memulihkan keyakinan rakyat terhadap keberkesanan dan integritinya. Sebagai rumusan, PIN tidak akan mencapai hasrat mewujudkan integriti dan etika sebagai budaya hidup dan kerja rakyat, sistem pentadbiran kerajaan dan swasta sekiranya kerajaan sendiri dianggap main-main dan sekadar melepaskan batuk di tangga. Pihak DAP memang bersedia membantu dan bekerjasama dengan YAB Perdana Menteri tetapi selagi kelapan-lapan strategi yang digariskan di atas tidak dilaksanakan, agak sukar untuk melihat macam mana Tekad 2008 boleh tercapai. Sekian terima kasih. Yang benar,

LIM GUAN ENG SETIAUSAHA-AGUNG

You might also like