You are on page 1of 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012

HBMT 1203 PENGAJARAN MATEMATIK PRA-SEKOLAH

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NAMA NO. TELEFON E-MEL

: : : : : :

810407135041001 810407-13-5041 JASNI BIN EHWAN 013-8415439 jassz19@yahoo.com jassz19@oum.edu.my PPT SIBU

PUSAT PEMBELAJARAN

810407135041001

HBMT1203

ISI KANDUNGAN

Bil.

Kandungan

Muka Surat

1.0 Pengenalan

2.0 Konsep Pendidikan Prasekolah 2.1 Konsep Awal Matematik

3 3

3.0 Konsep Pra Nombor

4.0 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

5.0 Aktiviti Pembelajaran Prasekolah 5.1 Aktiviti Memadankan Objek 5.2 Aktiviti Membanding Objek

12 12 13

6.0 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget 6.1 Tahap-Tahap Perkembangan Kognitif Jean Piaget 6.2 Implikasi Teori Kognitif Piaget Kepada Pengajaran

14 14 16

7.0 Teori Pembelajaran Bruner 7.1 Implikasi Teori Bruner Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran

17 18

8.0 Kesimpulan

20

Rujukan

21

810407135041001

HBMT1203

1.0

Pengenalan Pendidikan prasekolah adalah asas kepada pendidikan di sekolah. Ia merupakan

pendedah awal murid kepada perkembangan individu selepas pendidikan awal di rumah. Oleh itu, guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya pengajaan dan pembelajaran guru berkesan dan dapat difahami oleh kanak- kanak. Dalam pendidikan prasekolah, guru prasekolah perlu mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti kumpulan, individu dan kelas. Guru perlu sentiasa menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa lebih seronok semasa belajar. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah berdasarkan beberapa prinsip teori pembelajaran. Antara teori tersebut ialah teori pembelajaan kognitif. Teori pembelajaran kognitif merupakan salah satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di pra sekolah. Teori ini menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku murid dalam pembelajaran. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada kanak-kanak dapat membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Teori pembelajaran kognitif juga memberikan beberapa implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Selain itu, teori tersebut juga memberi penekanan kepada penyusunan isi pelajaran hendaklah disediakan berdasarkan peringkat perkembangan kanak-kanak. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza mengikut umur atau tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak tersebut agar pembelajaran lebih bermakna.

810407135041001

HBMT1203

2.0

Konsep Pendidikan Prasekolah Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman

pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Ia bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke alam sekolah rendah.

2.1

Konsep Awal Matematik Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibangunkan dengan

matlamat untuk memperkembang dan menyuburkan potensi kanak-kanak yang secara menyeluruh dan seimbang meliputi segenap aspek perkembangan sama ada fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial. Proses ini berupaya dicapai melalui persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan ceria serta disokong oleh pelaksanaan aktiviti yang kreatif, menyeronokkan dan bermakna. Dalam konteks ini, peluang yang sama rata akan diberikan kepada semua kanak-kanak untuk memperkembangkan potensi diri melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang dirancangkan. Prinsip utama yang diguna pakai dalam KSPK adalah berdasarkan kepada pendekatan dan kandungan pembelajaran yang relevan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak serta turut mengambil kira perbezaan potensi antara individu. Adalah diharapkan melalui pelaksaaan KSPK akan memberi kesempatan kepada kanak-kanak memperoleh konsep dan kemahiran asas secara holistik yang berupaya menjana asas yang kukuh dalam proses kesinambungan pembelajaran di sekolah rendah kelak. Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman matematik awal adalah penting kerana ia merupakan asas untuk membantu murid menjalani kehidupan seharian dengan lebih sistematik dan memudahkan murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.

810407135041001

HBMT1203

Pengalaman yang diberikan adalah merangkumi pengetahuan tentang konsep pra nombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Guru hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara tersusun bagi mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan dan memastikan pengalaman pembelajaran yang bermakna, menggembirakan, berkesan serta memberi motivasi kepada murid untuk belajar.

3.0

Konsep Pra Nombor Kemahiran pranombor merupakan kemahiran yang paling awal yang perlu

diperkenalkan kepada kanak- kanak sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Pendedahan awal konsep pra nombor pada seawal usia kanak-kanak adalah penting bagi membina sikap positif terhadap Matematik. Pendekatan yang dirancang rapi sesuai untuk membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran numerasi. Kanak- kanak memerlukan banyak pengalaman hands-on dan menyebut sebelum kemahiran menulis nombor. Seawal umur 2 tahun, kanak-kanak telah mula mengajuk patah-patah kata yang didengar di sekelilingnya. Contohnya satu, dua, tiga dan seterusnya. Konsep pranombor dalam pendidikan prasekolah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :i. Pengelasan ii. Perbandingan iii. Seriasi iv. Padanan satu dengan satu v. Pola vi. Keabadian

810407135041001

HBMT1203

3.1

Pengelasan Pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi konkrit berdasarkan

ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek tersebut boleh dilakukan berdasarkan kepada :a) Satu ciri ( contohnya : warna, saiz, bentuk) b) Dua ciri ( contohnya : warna dan bentuk, warna dan saiz ) c) Tiga cirri ( contohnya : warna, bentuk dan saiz ) d) Negatif ( contohnya : objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu ) Aktiviti pengelasan adalah proses yang penting bagi membentuk konsep nombor. Oleh itu, prses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu :a) Memilih dan membanding b) Mengumpul c) Memilih semula d) Mengasingkan kumpulan e) Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep

3.2

Perbandingan Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas

perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri- ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid- murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti banyak, lebih kurang dan lebih tinggi. Contoh perbandingan digunakan ialah :Ukuran ( Panjang : Pendek , Tinggi : Rendah , Tebal : Nipis ) Saiz ( Besar : Kecil ) Berat ( Berat : Ringan ) Bilangan ( Banyak : Sedikit )

810407135041001

HBMT1203

3.3

Seriasi Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan

berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik yang lain. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan. Ini menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna. Contoh seriasi yang biasa dilakukan adalah seperti berikut: i) Menyusun mengikut pola urutan Kecil Pendek ii) Besar , Nipis Tebal , Rendah Luas Tinggi

Panjang , Sempit

Menyusun objek mengikut cirri bentuk, saiz, warna dan sebagainya.

3.4

Padanan Satu Dengan Satu Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara

objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada : i) konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya. ii) konsep objek dengan nombor. iii) konsep nombor dengan nombor. Contoh padanan satu dengan satu adalah seperti berikut: a. Memadan benda yang berpasangan yang sama (kasut) b. Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama (sudu dan garpu) c. Memadan bilangan yang sama d. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor

810407135041001

HBMT1203

3.5

Pola Salah satu aspek dalam Matematik adalah mengkaji pola. Contohnya dalam

kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan ada waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid: a) Meniru pola b) Menyambung pola c) Melengkapkan pola d) Membina pola sendiri

3.6

Keabadian Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim,

isipadu dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid- murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.

810407135041001

HBMT1203

4.0

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh

kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar. Aktiviti bermain adalah asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Frobel (1805) percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti pilihan bagi kanakkanak. Pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkat keyakinan dan semangat ingin tahu yang tinggi kepada kanak-kanak (Van Horn et. al., 2007). Ini mendorong kanak-kanak mencari penyelesaian tanpa merasa takut. Selaras dengan itu suatu sistem pembelajaran bagi tajuk konsep nombor dibangunkan berasaskan pendekatan permainan bagi kanak-kanak prasekolah. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, dan susunan atur. Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya.

810407135041001

HBMT1203

Dalam memahami konsep nombor pula, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran serasi dan padanan satu dengan satu secara logik. Konsep nombor melibatkan tujuh aspek pembelajaran iaitu mengetahui konsep nombor 1 hingga 5, mengetahui konsep nombor 1 hingga 10, mengetahui konsep dan nilai sifar, mengetahui konsep nombor 10 hingga 20, mengetahui konsep siri 20, 30, 40, dan 50, operasi tambah dan akhir sekali ialah operasi tolak. Contohnya, guru menjalankan aktiviti dalam mengetahui konsep dan nilai sifar, di mana guru tersebut meletakkan 5 biji limau ke dalam bakul dan menyuruh mereka mengeluarkan kesemua limau tersebut, setelah kesemua limau tersebut dikeluarkan maka guru memberikan penerangan bahawa baki yang tinggal di dalam bakul tersebut adalah sifar. Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh menggunakankonsep nombor keseluruhannya dengan betul. Konsep ini penting untuk membolehkan kanak-kanak memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang nombor keseluruhannya. Kebolehan mengelaskan objek atau benda mengikut warna , bentuk dan saiz. Kebolehan mengenal kuantiti melaluiperbandingan, banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang. Pada peringkat ini, instruksi yang boleh digunakan oleh guru ialah menunjukkan mereka benda-benda maujud. Guru boleh membawa bahan seperti buah-buahan dan benda-benda yang menarik ke dalam kelas agar kanak-kanak mengenali bahan tersebut dengan lebih dekat. Mereka boleh memegang, mengenali bentuk dan merasa bahan-bahan tersebut serta mengingatinya. Melalui kaedah ini para pelajar akan dapat mengetahui bahawa kuantiti objek adalah berbeza. Hal ini boleh digunakan oleh guru kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh mengingati sesuatu dengan lebih lama dan suka bertanya serta cuba memahami konsep.Mereka mula menggun akan bahasa secara sedikit demi sedikit dan berfikir menggunakan bentuk-bentuk simbol.

810407135041001

HBMT1203

Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik . Ianya juga akan dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai masalah Matematik. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi Matematik. Flansburg (1994) telah menyatakan bahawa pembelajaran Matematik bukanlah dengan mengingat tetapi merupakan aktiviti yang kreatif seperti melukis, menulis atau bermain. Berlainan pula dengan Bruner, beliau juga tidak menafikan mungkin satu lagi jenis kecerdasan wujud iaitu kecerdasan naturalis dan menjadikan jumlah keseluruhan kecerdasan yang ada ialah lapan. Setiap murid di dalam kelas bukan hanya tertakluk kepada satu jenis kecerdasan sahaja. Seseorang itu mungkin memiliki dua atau lebih kecerdasan dan ini adalah tugas guru untuk mencari cara pembelajaran yang sesuai dengan seseorang pelajar itu berdasarkan jenis kecerdasan mereka. Pengetahuan Matematik tidak wujud dalam objek atau realiti luaran, tetapi ia adalah perkaitan (Kamii, 1982). Sebaliknya proses mengira sebenar hanya berlaku sekiranya kanak-kanak faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan seterusnya (Fuson, 1988). Selain itu, guru juga perlu sedar bahawa pada peringkat awal kanak-kanak di prasekolah perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objekobjek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak disebabkan perkembangan kognitifnya yang terhad. Murid-murid di peringkat ini juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid.

10

810407135041001

HBMT1203

Guru memainkan peranan penting dalam merancang aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna bagi kanak-kanak. Aktiviti yang dirancang haruslah bervariasi kerana kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis kecerdasan. Antara cadangan lain aktviti yang boleh dilaksanakanialah :-

a) Aktiviti di dalam bilik darjah Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan semua murid dalam aktiviti yang sama. Kebiasaannya aktiviti berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh guru melalui penerangan, arahan, penceritaan, pertanyaan dan menjawab soalan di akhir sesi pembelajaran menunjukkan aktiviti bermain secara berkumpulan dalam bilik darjah. b) Aktiviti berkumpulan Aktiviti berkumpulan sangat penting kerana melalui aktiviti ini kanak- kanak belajar berkongsi dan menanti giliran untuk mengambil bahagian. Apabila bermain dalam aktiviti berkumpulan, guru hendaklah memastikan setiap kumpulan melibatkan jantina, agama dan bangsa yang berlainan. Kumpulan hendaklah dalam jumlah ahli yang kecil supaya setiap kanak- kanak mendapat peluang yang sama rata. Objektif sampingan adalah supaya kanak-kanak dapat bekerjasama antara satu sama lain. c) Aktiviti individu Di samping aktiviti di dalam bilik darjah dan berkumpulan, guru juga hendaklah mengadakan aktiviti perseorangan. Ada ketikanya aktiviti perseorangan sesuai kepada kanak- kanak kerana ia memberi peluang kepada kanak- kanak untuk berdikari dan membenarkan guru memberi arahan secara perseorngan kepada kanak- kanak.

11

810407135041001

HBMT1203

5.0

Aktiviti Pembelajaran Prasekolah Bagi mencapai matlamat pembelajaran, guru seharusnya merancang dan

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang positif kepada kanak-kanak. Kejayaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat dipengaruhi oleh sejauh mana tahap pemahaman dan penghayatan guru dalam merealisasikan hasrat dan matlamat yang terkandung dalam KSPK. Dalam masa yang sama, tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan komitmen guru untuk merencanakan pendidikan di peringkat prasekolah yang berkualiti menjadi sebahagian daripada elemen yang perlu diberi perhatian yang serius.

5.1

Aktiviti Memadankan Objek Objektif pembelajaran bagi aktiviti ini ialah murid dapat memadankan dua

kumpulan objek yang mempunyai bilangan sama. Berikut ialah contoh langkah pengajaran bagi aktiviti tersebut :a) Guru menunjukkan tiga kuntum bunga tiruan dan tiga helai daun tiruan. b) Guru meminta murid memadankan dua kumpulan objek tersebut .

Rajah 1 : Memadan dua kumpulan objek

c) Guru ulangi aktiviti di atas dengan objek dan bilangan yang lain. (Contoh : 5 batang pensel dengan 5 batang pembaris)

12

810407135041001

HBMT1203

5.2

Aktiviti Membanding Objek Objektif pembelajaran bagi aktiviti ini ialah murid membuat perbandingan dua

kumpulan objek dengan menyatakan sama banyak, lebih atau kurang. Berikut ialah contoh langkah pengajaran bagi aktiviti tersebut :a) Semua murid diminta mengambil gula-gula yang disediakan. b) Murid mengira dan memberitahu bilangan gula-gula masing-masing. c) Guru memanggil 2 orang murid ke hadapan dan bandingkan gula-gula yang dikumpul. (seorang mempunyai lebih dan seorang lagi kurang) d) Guru bersoal jawab dengan murid. Gula-gula siapa lebih banyak? Gula-gula siapa kurang? e) Guru membimbing murid-murid menyebut. Contoh : 1) Gula-gula Abu lebih banyak daripada gula-gula Ali. 2) Bilangan B lebih banyak daripada bilangan A

A B Rajah 2 : Membanding dua kumpulan objek

f) Aktiviti diulang dengan menggunakan objek yang berlainan sehingga murid-murid boleh membuat perbandingan.

13

810407135041001

HBMT1203

6.0

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Terdapat beberapa konsep penting yang terkandung dalam teori kognitif ini.

Antara konsep-konsep tersebut adalah skema, asimilasi, akomodasi dan adaptasi. Teori ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktivitiaktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep,

menyelesaikan masalah dan sebagainya. Menurut Piaget (1983), perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak adalah mengikut siri urutan yang berperingkat-peringkat. Teori perkembangan kognitif ini dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut :i) ii) iii) iv) Peringkat deria motor ( 0 2 tahun ) Peringkat praoperasi ( 2 7 tahun ) Perinkat operasi konkrit ( 7 11 tahun ) Peringkat operasi formal ( 11 tahun dan keatas )

6.1 6.1.1

Tahap-Tahap Perkembangan Kognitif Jean Piaget Peringkat deria motor ( 0 2 tahun ) Pada peringkat ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan

persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning), Mussen dan Kagan (1974).

14

810407135041001

HBMT1203

6.1.2

Peringkat praoperasi ( 2 7 tahun ) Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku

yang ketara seperti kebolehan mengira. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Tahap ini bahagikan kepada dua sub tahap iaitu tahap pra-konseptual (2-4 tahun) dan tahap pra-operasi (4-7 tahun).

6.1.3

Perinkat operasi konkrit ( 7 11 tahun ) Tahap operasi konkrit berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun.

Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Perkembangan semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakanrakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

15

810407135041001

HBMT1203

6.1.4

Peringkat operasi formal ( 11 tahun dan keatas ) Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa

pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

6.2

Implikasi Teori Kognitif Piaget Kepada Pengajaran Berikut adalah beberapa implikasi teori kognitif Piage terhadap pengajaran :Memahami perkembangan kognitif pelajar. Oleh itu pengajaran hendaklah dilaksanakan berpandukan tahap pemahaman pelajar. Pelajar memerlukan aktiviti hands on dan explorasi aktif. Pelbagai bahan bantu mengajar digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran hendaklah diperingkatkan dimana setiap topik perlu disusun dari aras yang senang ke susah. Contoh-contoh konkrit dan analogi digunakan bagi memudahkan pemahaman murid terhadap isi pembelajaran.

16

810407135041001

HBMT1203

7.0

Teori Pembelajaran Bruner Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Jerome Bruner (1966), menyatakan bahawa pembelajaran merupakan proses yang aktif. Ini bermaksud pelajar membina pengetahuannya sendiri atau konsep baru berasaskan pengalaman. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar berhadapan dengan tugasan atau masalah yang telah biasa ditemui. Pelajar akan memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudah serta kekal melalui pembelajaran yang bermakna, Abu Hassan Kassim (2003). Teori Perkembangan Kognitif oleh Bruner berpendapat bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat simbolik. Pada peringkat awal, kanak-kanak kebiasaannya belajar melalui peringkat enaktif. Peringkat ini adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu untuk memahami berinteraksi dengan persekitarannya. Banyak aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan kepada pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak mudah mempelajari apa sahaja pada peringkat ini. Pada peringkat ini, kanak-kanak haruslah diberi pengalaman yang kukuh tentang sesuatu pembelajaran supaya semua aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam jangka masa yang panjang. Pada peringkat ikonik pula merupakan peringkat seterusnya dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak belajar memikirkan sesuatu melalui imej dan gambarajah. Menurut Richard Overbaugh (2004), kanak-kanak dapat menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan. Sebagai contoh, nombor 3 dikaitakan dengan objek yang mempunyai nilai 3.

17

810407135041001

HBMT1203

Manakala dalam peringkat simbolik pula kanak-kanak boleh memahami dan belajar melalui simbol dan konsep yang lebih meluas. Bruner (1966) berpendapat bahawa ketiga-tiga peringkat perkembanagan kognitif itu tidak boleh terpisah antara satu sama lain, tetapi terus berkembang dalam kehidupan seseorang.

7.1

Implikasi Teori Bruner Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan

peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bagi murid-murid prasekolah, bahan pengajaran dan pembelajaran seperti gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep. Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid dengan guru, interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahan pengajaran. Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari masa ke semasa. Penglibatan murid-murid penting agar mereka dapat menikmati pembelajaran bermakna. Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Ini bermakna guru perlu memeringkatkan isi pelajaran. Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku yang diingini dilakukan. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. Dengan itu, guru perlu mengambil kira kesediaan belajar murid-murid ketika merancang proses pengajarannya. Sementara itu, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong akan dapat dipupuk dalam aktiviti pengumpulan maklumat projek dan perbincangan.

18

810407135041001

HBMT1203

Berikut adalah antara lain beberapa implikasi teori ini kepada pengajaran di bilik darjah :Guru hendaklah menyediakan peluang untuk pelajar meneroka seperti projek, lawatan dan kajian luar. Gunakan gambar, carta dan objek bagi memudahkan pembentukan konsep. Hukum dan prinsip hendaklah ditekankan supaya pelajar berupaya

mengaplikasikan dalam menyelesaikan masalah. Kerja kumpulan dan perbincangan hendaklah dikendalikan. Pengetahuan perlu disusun dan dipertingkatkan agar pembentukan konsep bermula dari yang mudah kepada yang susah. Mengambil kira kesediaan pelajar untuk belajar. Mewujudkan peluang untuk pelajar menyusun, menganalisis dan membuat sintesis.

19

810407135041001

HBMT1203

8.0

Kesimpulan Oleh itu, dapat dirumuskan perkembangan kognitif kanak-kanak pada usia 4

hingga 6 tahun adalah amat penting kerana proses ini akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak tersebut. Ini disebabkan oleh perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak dan ianya sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Sekaligus melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Komponen perkembangan kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Selain itu juga, kanak-kanak dapat berfikir secara logikal matematik melalui manipulasi objek secara konkrit dan pemperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat serta memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan harian kanakkanak tersebut. Selain itu, murid juga dapat menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan menggunakan pelbagai jenis bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka bagi meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.

20

810407135041001

HBMT1203

RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Shukor, Suppiah Nachiappan & Ramlah Jantan. (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd. Gibbs dan Castadena. (1975). Konsep Awal Matematik di Pra Sekolah. Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/konsep-awalmatematik-di-prasekolah.html Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Selangor : Penerbitan Kyazano Enterprise. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2010). Bahagian Pembangunan Kurikulum : Kementerian Pelajaran Malaysia. Konsep Awal Matematik Di Prasekolah. (2010). Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/konsep-awal-matematik-diprasekolah.html Lee Shok Mee. (1997) Psikologi Pendidikan 2 : Teori Dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Luthfis. (2008). Teori Perkembangan Kognitif. Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada http://luthfis.wordpress.com/2008/04/20/perkembangan-kognitif-dalampersprektif-piaget/. Nor Azira Zakaria. (2008). Teori Perkembangan Kognitif. Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada http://www.scribd.com/doc/5517475/teori-perkembangan-kognitif. Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. (2010). Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada http://allaboutpemulihan.blogspot.com/2011/10/kemahiran-asasmatematik.html Prinsip Teori Pembelajaran Kognitif. (2010). Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada http://syufaal.blogspot.com/2010/08/prinsip-teori-pembelajaran-kognitif.html Sulaiman Ngah Razali. (1997). Pedagogi Teori dan Praktik. Selangor : Dewan Bahasa & Pustaka.
21

You might also like