You are on page 1of 45

RUKUN NEGARA Matlamat & Pencapaiannya

Kumpulan 2 : Oo Yue You 112181 Najwa Atiqah bt Zulkeflee112174 Sufira Jali 113693 Chong Boon Pin 110039 Ko Wei Jie 112153

Rukun Negara
Ideologi kebangsaan Malaysia Dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara ( selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara )

MATLAMAT RUKUN NEGARA

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara cara hidup demokratik

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

DEFINISI
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

TERAS

pembangunan insan, masyarakat, dan negara merangkumi


peningkatan kualiti jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Dengan percaya kepada Tuhan, masyarakat akan diingatkan dengan ajaran-ajaran agama dan memupuk diri berlaku baik dan membina kerjasama ke arah perpaduan

Islam merupakan agama rasmi bagi Malaysia sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan

TETAPI
agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram

Bahagian 1 Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan

Agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agamaagama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Menyedari betapa pentingnya

keteguhan pegangan anggota


masyarakat terhadap ajaran agama

masing-masing, prinsip ini telah


dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara

2.Kesetiaan kepada raja dan negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-Pertuan bagi negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada YDPA.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan Perkara 4(1).

Matlamat
lambang negara berdaulat & merdeka menjadi sumber rujukan bagi semua hal ehwal negara sistem pemerintahan menjadi lebih teratur, licin dan adil memastikan pengasingan kuasa di kalangan badanbadan pemerintah terjamin menjamin kedaulatan undang-undang keamanan rakyat & negara akan terjamin

Peruntukan utama dalam perlembagaan Malaysia ada 5 perkara:. Isu-isu tersebut ialah: Bahasa Agama Kewarganegaraan Hak Asasi Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak

Perkara-perkara ini menjadi faktor penting untuk mewujudkan persefahaman ke arah perpaduan.

AGAMA
Ku-kurikulum : mata pelajaran agama Islam di ajar secara rasmi di setiap peringkat persekolahan. Bagi agama-agama lain kemudahan sewajarnya juga disediakan. Misalnya pihak sekolah boleh mengadakan guru untuk pelajar agama lain jika memenuhi syarat tertentu. Bagaimanapun asuhan nilai-nilai murni berunsurkan akhlak dan keagamaan disalurkan kepada murid-murid bukan islam melalui mata pelajaran moral.

kemudahan beribadah : rumah-rumah ibadah setiap agama didirikan di serata negara. Bantuan kewangan dan sokongan lain seperti tapak bangunan boleh diperolehi daripada kerajaan.

HAK ASASI
Peruntukan hak asasi di malaysia terkumpul secara bertulis ( dalam perlembagaan bertulis ) ia menjamin keseimbangan atau kewajaran kadar kuasa kerajaan berbanding kadar kebebasan asasi rakyat. Jaminan ini dipastikan oleh Perlembagaan yang menggariskan kuasa dan perlaksanaan oleh pihak tertentu. Ungkapan berikut menyimpal hakikat tersebut: tiap2 orang bebas bercakap, membuat perjumpaan dan menubuhkan persatuan, tetapi kebebasan ini boleh disekat oleh Parlimen jika difikirkan mustahak untuk keselamatan negeri atau keamanan dan keelokkan akhlak awam M Salleh Abas (1988;52 )

BAHASA
Setelah hampir setengah abad bahasa melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, peranannya seperti yang dihasratkan melalui perkara 152 perlembagaa, kini sudah tercapai. Penggunaan bahasakebangsaan sebagai bahasa rasmi di segenap peringkat sudah terlaksana pada peringkat yang menyakinkan. Ini termasuk penggunaan di parlimen dan mahkamah. Di universiti, bahasa melayu sudah menjadi bahasa pengantar hingga pada tahap 70 hingga 80 peratus pengajaran semenjak beberapa tahun yang lalu. Bagaimanapun perkembangan tahun-tahun 90-an menampakkan sikap terbuka kerajaan dan rakyat terhadap penggunaan bahasa.

Penggunaan bahasa melayu dalam urusan-urusan rasmi dan sebagaibahasa pengantar ilmu di universiti-universiti kini lebih fleksibel. Keanjalan sikap ini lebih merupakan keprihatinan tentang keberkesanan komunikasi daripada apa-apa sebab lain. Dalam kes perbicaraan bekas timbalan perdana menteri pada akhir tahun 1998, penggunaan bahasa Inggeris di benarkan disamping penggunaan bahasa melayu diteruskan.

KEWARGANEGARAAN
Tiap2 orang yang memohon hendaklah mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan. Dari keterangan di atas jelaslah bahawa status kewargenegaraan itu bukan sesuatu yang diperolehi secara automatik, tidakpun semestinya satu warisan daripada bapa yang wargenegara. Bagaimanapun Perlembagaan memberi peruntukan yang membolehkan seseorang pemastautin memohon untuk pertimbangan menjadi wargenegara Malaysia dengan memenuhi syarat-syarat tertentu. Termasuk di dalam syarat-syarat itu ialah kebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu dan bersumpah akan taat setia kepada negara ini. Syarat ini adalah bagi menjamin orang itu menjadi rakyat dan warganegara yang bertanggungjawab dan menyumbang seperti yang dituntut oleh Rukunegara.

Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak


Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Walau bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain, iaitu menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain.

KEADILAN
diasaskan
SETIAP RAKYAT SAMA TARAF KEBEBASAN ASASI TERJAMIN

Masyarakat Aman Stabil Makmur


Anggota masyarakat bergerak dengan licin dan teratur

TANPA KEKACAUAN = BERASA SELAMAT

Undang-undang negara berasaskan kepada

PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN perlu DITERIMA DIPERTAHANKAN

UNDANG-UNDANG NEGARA

dijamin oleh
Institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa!

KESOPANAN DAN
KESUSILAAN
Prinsip kelima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat untuk membentuk warga negara yang bersopan santun . Tatasusila ini juga mengutuk tingkah laku yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang .

Matlamat
Melahirkan generasi muda yang berhemah tinggi Unsur perpaduan dijana dalam sanubari remaja Mempertahankan prinsip kebudayaan negara kita Membina jati diri dan daya tahan warga

CARA-CARA
Pihak kerajaan menjalankan kempen Budi Bahasa Media massa mempromosikan kempen Kelas Pendidikan Moral dan Sivik serta Kewarganegaraan ditawarkan oleh Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Pembacaan ikrar dalam perhimpunan sekolah Pertandingan kebangsaan seperti forum,melukis poster,kuiz dan menulis esei

P E N C A PA I A N
Kempen Budi Bahasa 2005 yang dilancarkan oleh YAB Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi di Istana Budaya

KESAN-KESAN POSITIF
Negara aman dan harmoni Ekonomi negara lebih maju Kes jenayah Semangat perpaduan

Menubuhkan Majlis Perpaduan Negara / Majlis Penasihat Perpaduan Negara pada tahun 1971

Memasukkan unsurunsur rukun negara ke dalam program agensiagensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Memasukkan unsurunsur rukun negara ke dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi

Menyebatikan prinsipprinsip rukun negara ke dalam peraturan pertubuhan dan ikrar rasmi

Melantik Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara pada tahun 1974

You might also like