You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal : ke-2 Minggu Praktikum : kedua Tarikh peristiwa/ kejadian : 7 april 11 April 2013 Tajuk : Minggu kedua

a Praktikum Fasa I AHAD Seperti minggu sebelumnya, kami tiba awal untuk kesekolah dengan menaiki kereta. Saya bersama-sama rakan praktikum lain termasuk rakan praktikum dari jurusan bahasa melayu bersiap siaga dengan pakaian kemas dengan semamngat baru berikutan telah serasi dengan warga sekolah. Telatah para guru yang sangat mesra dan murid-murid yang berdisiplin dan ceria membuatkan kami bersemangat untuk memulakan hari pertama pada minggu kedua. Pada hari ini saya bertugas untuk mengajar kelas 5 Amal jam 9.15 pagi hingga jam 10.15 pagi dan kelas 5 Bakti bagi sesi berikutnya selepas rehat dari jam 1045 hingga jam 11.15 pagi. Sesi pnp berlaku seperti biasa dengan meneruskan aktiviti memasang dan membanding kecerahan litar.. ISNIN Hari ini bermula dengan agak lesu berikutan terpaksa tidur lewat semalaman malam tadi. Akriviti pengajaran dan pembelajaran hari ini memerlukan persediaan yang lebih berikutan topik yang diajar agak susah. Selain itu, pada minggu ini juga saya terpaksa menghadiri beberapa sesi latihan monodrama pada malam sebelumnya untuk ke pertandingan yang akan di adakan pada hari rabu nanti. Justeru terpaksa saya melelapkan mata agak lewat bagi menyiapkan perancangan pengajaran saya. Sesi pengajran berjalan lancar namun saya dapat mengenalpasti beberapa orang murid yang lemah membaca dari kelas 5 Bakti. Setiap arahan bertulis yang saya berikan hanya akan disalin balik olehnya. Hal ini mencetus pemikiran saya untuk cuba mengatasi masalah tersebut. SELASA Seperti biasa saya kesekolah selepas mengambil dua rakan jurusan bahasa. Pagi ini sesi P n P saya bermula seawal jam 7.45 pagi. Masalah timbul apabila pintu bilik sains masih belum dibuka dan peralatan utnuk sesi pengajaran saya belum saya sediakan secukupnya. Lewat beberapa minit akhirnya dapat saya menjalankan sesi pengajran. Pada waktu senggang yang ada, saya menimba seberapa banyak maklumat dan nasihat dari guru pebimbing dan bermesra dengan guru-guru yang lain bagi memahami budaya sekolah tersebut. Saya berjumpa dengan cikgu suzana untuk membuat persetujuan dengan nya bagi menukar sesi interaksi pada hari rabu dan kamis. Saya akan ke alor star keesokannya. Urusan untuk memaklumkan ketiadaan saya berjaya dilakukan RABU Saya tidak dapat hadir kesekolah berikutan menghadiri pertandingan monodrama.

KHAMIS Kami bersedia untuk menerima kunjungan Dr. Shamshun pada hari ini. Namun begitu beliau tidak dapat hadir berikutan kelalaian kami dan kesilapan teknikal untuk menghantar jadual dan peta sekolah. Sesi P&P berjalan seperti biasa. Ianya menarik pada hari ini kerana saya menggunakan muzik sebagai penyedap sesi P&P.

You might also like