You are on page 1of 40

Perancangan Sumber Kewangan Sukan

Disediakan oleh: CHIEN YI EN LEE ZU AN TAN JAYNE QI WONG CHUN HSIANG (5 PISMP SN/PJ/BC)

Tugas dan tanggungjawab


Tanggungjawab pengurusan sumber kewangan sukan merupakan faktor utama menentukan kejayaan sesuatu organisai sukan. Seseorang pengurus sumber kewangan harus mempunyai ciri-ciri akauntabiliti semua transaksi kewangan organisasinya. Semua transaksi kewangan sama ada penerimaan atau pembayaran tunai perlu diluluskan oleh sekurang-kurangnya dua pihak dalam organisasi untuk meminimumkan risiko kesilapan.

Disyorkan supaya semua transaksi kewangan sama ada penerimaan tunai perlu diluluskan oleh sekurang-kurangnya 2 pihak dalam organisasi utk meminimumkan risiko kesilapan , penyelewengan dana dan aktiviti penipuan

Tugas pengurus kewangan:


Bidang tugas & tanggungjawab seseorg pengurus kewangan bergantung kpd saiz organisasi itu. Program2 yg dikendalikan, perkhidmatan dan aktiviti2 yg terlibat Memastikan catatan dibuat dan direkodkan untuk semua transaksi kewangan organisasi. Menyelaras penyediaan belanjawan untuk tahun yang akan datang . Mengeluarkan resit dan mendeposit semua wang tunai yang diterima ke dalam akaun bank organisasi. Meluluskan pembayaran dengan segera.

Menyimpan rekod-rekod semua pendapatan dan perbelanjaan dengan sistematik. Mengeluarkan invois dengan segera untuk sewaan seperti bangunan, peralatan Melulus dan menandatangani akaun bank, pelaburan organisasi dan kemudahan pinjaman organisasi. Mengurus aliran tunai organisasi. Bersikap akauntabiliti terhadap wang tunai runcit organisasi.

Menyediakan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada jawatankuasa organisasi dan pihak pengurusan. Sentiasa tahu perkembangan terkini kedudukan kewangan organisasi. Mengesyorkan strategi pelaburan untuk dana lebihan. Menguruskan program pelaburan organisasi.

Ciri-ciri dan kemahiran pengurusan kewangan


Kejujuran dan integriti Mempunyai pengetahuan mengendalikan rekod kewangan

Kebolehan mengurus transaksi kewangan

Dedikasi terhadap tugasnya

Kebolehan bekerja secara logikal dan sistematik

Keinginan untuk mempertingkatkan diri

Kemahiran pengurusan yang tinggi

Mahir dalam membuat keputusan

Perakaunan
Definisi pengumpulan data-data kewangan mengenai esebuah organisasi( Bendit dan Koahler, 1991) Tujuan kenal pasti keuntungan dan kerugian sesebuah organisasi dan kenal pasti aset dan liabiliti yang berkaitan dengan pemilikan perniagaan. Perakaunan boleh dibahagikan kepada: i) perakaunan kewangan ii) perakaunan kos

Perakaunan kewangan Vs Perakaunan kos


Perakaunan kewangan adalah cara untuk menganalisis, mengklasifikasi dan merekod transaksi kewangan dan menentukan bagaimana transaksi ini akan memberi kesan kepada perjalanan sesebuah organisasi Perakaunan kos melibatkan belanjawan untuk penggunaan kakitangan dan para pengurus serta bersifat futuristik, manakala perakaunan kewangan lebih ditujukan kepada pihak luar seperti pemegang sahan dan lebih bersifat historical.

Penyata kewangan
Merupakan dokumen mengenai semua datadata dalam proses perakaunan. Ia dikira dan disediakan dalam tahunan, suku tahunan dan bulanan.

Penyata kunci kira-kira(PKK)


PKK menyenaraikan aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik Aset ialah harta yang dimiliki oleh perniagaan. Aset boleh dibahagikan kepada tiga i) aset semasa ii) pelaburan jangka masa panjang iii) aset tetap

Kegunaan PKK
Menunjukkan perubahan perniagaan untuk sesuatu tempoh masa tertentu. Menunjukkan peningkatan atau penurunan dalam fasa-fasa tertentu perniagaan. Menunjukkan keupayaan perniagaan untuk membayar hutang. Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan.

Kedudukan kewangan dpt dikenalpasti melalui penyata knci kira-kira Digunakan utk tujuan pemantauan Penyata ini bersifat telus dan membolehkan pemegang saham utk menilai prestasi organisasi, kadar pertumbuhannya dan kedudukan kewangannya.

Aset
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan. Aset dibahagikan kepada aset semasa dan aset tetap. Aset semasaharta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan. Contohnya, tunai di tangan, penghutang, stok barang niaga, pelaburan sementara dll yang boleh ditukar ke bentuk wang ringgit sekiranya dijual dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyata kunci kira-kira.

Aset
Aset tetap harta yang dimiliki oleh perniagaan seperti perabot, peralatan,kenderaan, bangunan. Aset tetap bersifat tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perakaunan.

Pelaburan jangka masa panjang


Adalah sebarang pelaburan yang mempunyai tempoh matang melebihi satu tahun.

Susut nilai
Selepas sesuatu aset diperolehi, nilai sesuatu aset akan menurun dari setahun ke setahun.

Liabiliti
Merupakan jumlah hutang perniagaan kepada pihak luar. Liabilti boleh dibahagi kepada i) liabiliti jangka masa panjang ii) liabiliti semasa Liabiliti semasa hutang yang perlu dijelaskan segera. Contoh: stok yang perlu dijelaskan pembayarannya kepada pemiutang dalam tempoh sebulan.

Liabiliti jangka masa panjang pinjaman yang diambil oleh perniagaan dan bentuk jumlah pinjaman ada besar nilainya. Contoh: pinjaman untuk pembelian aet seperti premis, kenderaan, mesin dll.

Ekuiti pemilik
Merupakan jumlah wang yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan Ekuiti pemilik terdiri daripada jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan untung yang didapati daripada kegiatan perniagaan digunakan semula dalam perniagaan.

Dua cara menyediakan kunci kira-kira


-Bentuk T -Penyata

Contoh menyediakan kunci kira-kira dalam bentuk T

Contoh menyediakan kunci kira-kira dalam bentuk Penyata

Penyata Aliran Tunai


Menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai dalam jangka masa tertentu Dibahagikan kepada aktiviti operasi dan aktiviti kewangan Kos operasi dan perbelanjaan modal mempengaruhi penyata aliran wang tunai masuk dan perbelanjaan tunai Disediakan dahulu kerana maklumat diperlukan kemudian untuk penyata pendapatan dan penyata kunci kira-kira.

Belanjawan
Merupakan peruntukan sumber untuk aktiviti. Tujuan membuat belanjawan adalah untuk membuat ramalan pergerakan sumber wang. Tidak dikhususkan hanya dengan wang juga termasuk sumber manusia, mesin, masa, ruang dan sebagainya. Maklumat dari penyata pendapatan dan penyata kunci kira-kira diguna untuk merancang belanjawan induk pada masa depan.

Jenis-jenis Belanjawan
Belanjawan Operasi Kos yang penting dalam belanjawan operasi adalah kos tetap dan kos pelbagai. Kos tetap - kos yang tidak akan berubah walaupun aktiviti dijalankan. Cth: sewa untuk kemudahan. Kos pelbagai kos yang akan berubah apabila aktiviti menurun. Cth: kos menerbitkan katalog jualan meningkat. Pihak organisasi boleh bertindak menurunkan jumlah bilangan katalog dan pengiriman.

Belanjawan operasi di sebelah mengalami defisit kerana unjuran perbelanjaan dijangkakan melebihi pendapatan.

Ia akan membawa masalah kepada organisasi sekiranya organisasi tidak membuat perancangan untuk mengurangkan perbelanjaan dan cara-cara untuk meningkatkan sumber pendapatan.

Belanjawan Modal
Merupakan dana yang diperuntukkan untuk penambahbaikan aset, membeli aset untuk jangka masa panjang. Contoh: tanah, bangunan, stadium Ia mungkin akan susut nilai pada masa depan

Contoh belanjawan modal untuk organisasi sukan

Proses belanjawan
Kemahiran menyediakan belanjawan adalah kombinasi belanjawan zero based dan penelitian kepada prestasi dahulu, meramalkan apa yang akan berlaku dalam jangka masa perakauan akan datang.

Belanjawan Zero-based
Belanjawan Zero-based adalah keadaan di mana satu organisai mula berniaga tiaptiap tahun tanpa peruntukan kewangan. Tujuan- mengawal belanjawan berlebihan dan pembaziran.

Langkah mengendalikan penyediaan belanjawan.

Mengenalpasti misi, matlamat dan objektif organisasi, dan kaedah yang hendak digunakan untuk menyediakan belanjawan.

Membuat penyelidikan tentang kekuatan organisasi dan sumber sedia ada dan rancang keperluan masa depan.

Melibatkan tenaga pakar dalam proses penyediaan belanjawan kerana mereka lebih berpengalaman.

Menyemak dan meneliti analisis dahulu, semasa dan akan datang serta membuat anggaran dalam belanjawan.

Menyediakan belanjawan dengan panduan penyata kewangan dan belanjawan tahuntahun lepas.

Buat pelarasan selepas meneliti belanjawan untuk memastikan ketepatan, logik dan realiti.

Mengemukakan belanjawan itu kepada beberapa pegawai untuk dianalisis.

Menyedia dan membentangkan belanjawan itu serta bersedia untuk disoal jawab.

Melaksanakan belanjawan tersebut

Membuat audit dan pemantauan ke atas belanjawan.

Pemantauan Belanjawan
Tujuan: memastikan tidak berlaku lebihan belanja. Membuat justifikasi ke atas lebihan belanja yang berlaku. Nyatakan sumber alternatif mana sumber kewangan akan diambil dan disalurkan untuk mengatasi defisit tersebut

Tindakan ke atas lebihan belanja?


Hentikan atau bekukan untuk berbelanja ke atas kod perbelanjaan berkenaan dan laksanakan siasatan dan kenal pasti akan keperluan untuk berbelanja lebih. Uruskan pindahan kod perbelanjaan itu ke kod perbelanjaan lain yang dibenarkan dan difikirkan wajar. Kenalpasti sama ada sumber pendapatan yang bakal dan mungkin diperolehi dalam masa terdekat

Kesimpulan
Menguruskan kewangan merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam mana-mana peranan pengurusan. Pengurus sukan hendaklah berpengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan kewangan. Fungsi pengurus sukan:
Mengawas perbelanjaan yang dibuat oleh setiap unit Menyediakan belanjawan yang realistik untuk organisasi Memberi pulangan ke atas pelaburan yang dicadangkan.

Rujukan
Wong Eng Hoe, etal. Siri Sains Sukan Pengurusan Strategik Sukan. Malaysia: Oxford. http://www.scribd.com/doc/31801336/Penguru san-kewangan-sukan

You might also like