You are on page 1of 1

DOA SEMPENA ANUGERAH KECEMERLANG

. .
Allahum anta al aziz zul jalil Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafatkan kesyukuran dan pujian terhadapMu atas kurniaanMu yang tidak ternilai. berkatilah usaha murni kami ini jadikan MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANG SKUR ini sebagai pembakar semangat kegemilangan sekolah ini untuk terus gemilang dalam pelbagai bidang pendidikan Ya Allah. Kau jadikanlah penerima-penerima anugerah pada petang sebagai insan yang patuh,taat serta tidak angkuh dengan segala nikmat yang kau berikan. Moga-moga cemerlangnya mereka pada hari ini akan membuahkan tuah sebagai pewaris kepimpinan terbaik negara pada suatu hari nanti. Ya Allah ya Aziz ya Sattar pa,al lullima yurid Pada kesempatan ini, Tanamkanlah dalam jiwa guru-guru sekolah ini sebagai jiwa pendidik yang kental, tabah dan memyimpan satu misi dan visi bagi terus menabur bakti kepada anak-anak didik disini untuk menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara yang tercinta ini. kami mohon kebesaran dan kehebatanMu ya Allah agar engkau anugerahkan rasa kasih dan sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik kami, sebagaimana kami mengasihi dan menyanyangi anak-anak kami sendiri. Kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan, semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam memikul tanggungawab sebagai seorang pendidik. dan Kami bermohon dari Mu ya Allah,eratkanlah mahabbah diantara ibubapa anak2 ini dgn barisan poendidik di sek ini mudahan2 dgn kasih sayang ini roh keberkatanmu sentiasa memayungi usaha kami dalam mencorak anak2 yg cemerlang disisiMU. berkatilah pertemuan dan usaha-usaha kami, Kurniakanlah kami ilham, cetusan idea serta gembelingan tenaga yang padu dan jitu serta rapatkanlah saf kami supaya kami dapat uraikan kekusutan masalah yang kami hadapi. Ya allah ya rahman ya rahim.. Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah lembut, dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Moga-moga dengan pemberian dari Mu ini dapatlah kami melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik dan sempurna.

You might also like