You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU IMBAN d/a PEJABAT PELAJARAN DAERAH KECIL SELANGAU LOT 363, BLOK 15, NEWTOWNSHIP

SELANGAU, 96000 SIBU. Tel: 084 805188 Fax: 084 805188

SRK 28 YBB 3506 JPS(W)SKPI(KK)/153/05/10/JLD.1(83) Tarikh : 28 Ogos 2012 Kepada: Ibu Bapa Murid, Pra Sekolah dan Tahun Satu, SK Penghulu Imban, Selangau.
Tuan, KEM 1 MURID 1 SUKAN PERINGKAT DAERAH SELANGAU 2012. Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SK. Penghulu Imban akan menganjurkan Kem 1 Murid 1 Sukan peringkat daerah selangau seperti butiran berikut. TARIKH : 3 4 SEPTEMBER 2012 HARI : ISNIN DAN SELASA 3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa semua pelajar Pra Sekolah dan Tahun Satu tidak perlu hadir ke sekolah bagi memberi laluan kepada perjalanan kem tersebut. Ini adalah kerana, bilik kelas Pra Sekolah dan Tahun Satu akan digunakan sebagai tempat penginapan peserta kem. 4. Pihak sekolah memohon maaf di atas segala kesulitan. Kerjasama pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, harap maklum. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

_____________________________ (ANDREW SIRAI AK BENANG) Guru Besar, SK Penghulu Imban, Selangau Selangau.
ASB

You might also like