You are on page 1of 13

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul.

Pilih jawapan itu.


Soalan 1 hingga Soalan 15 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1. Erma belajar _______________sarung ketupat daripada neneknya. A menenun B menganyam C menjahit D menyulam

2. Maafkan __________ kerana tidak sengaja terpijak kaki saudari, kata Salmiah kepada gadis itu. A saya B aku C patik D hamba

3. Nita, ______________ datang ke majlis hari jadi adik saya minggu depan, pelawa Idah. A janganlah B jemputlah C usahlah D tidaklah

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2

4. Faizah membeli dua ____________ jagung bakar untuk adiknya. A tongkol B papan C biji D buku

Soalan 5 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

5. Tukang rumah itu sedang ___________________ sekeping papan. A mengetam B memaku C memahat D menggergaji

Soalan 6 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

6. Pengembara itu berehat di ________ pokok mempelam untuk menghilangkan penat. A atas B bawah C tepi D luar 2

Soalan 7 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

7. Daniel sangat suka akan sup ___________ ikan yang dimasak oleh ibunya. A bebola B bebuli C bebawang D berketul

Soalan 8 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

8. Pekerja itu ___________ dahan pokok yang menghalang pandangan lalu lintas. A membelah B mencantas C menebus D menebang

Soalan 9 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

9. Nyambek ___________ apabila bahunya dicuit dari belakang oleh lelaki yang tidak dikenalinya. A tergamam C terdiam B terkejut D terpukau 3

Soalan 10 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8

10. Encik Lim Aik membantu jirannya yang akan ___________ ke tempat lain. A berpindah B berlepas C bertolak D berangkut

11. Wahida rajin mengemas rumah._______, dia merupakan anak sulung dalam keluarganya. A Lantaran itu B Tambahan pula C Namun demikian D Selain itu

12. Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu __________oleh sorakan penonton. A mundar-mandir B hiruk-pikuk C lintang-pukang D simpang-siur

13. ___________ majlis penyampaian hadiah itu disusun oleh setiausaha Hari Keluarga sekolah kami. A Tatasusila B Tatacara C Tatatertib D Tatahias

14. Ceramah ___________Keburukan Permainan Video itu disampaikan oleh pegawai kesihatan Hospital Kuala Lumpur. A dengan B terhadap C seperti D tentang

Soalan 15 berdasarkan Gambar 10

Gambar 10

15. Ayah membaca se __________ surat khabar sambil mendengar radio. A keping B helai C naskhah D kajang

Soalan 16 dan 17 Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah ini. 16. Kecantikan Mahsuri yang itu menjadi bualan penduduk Langkawi. A bagai pinang dibelah dua B bagai cincin dengan permata C bagai bulan dipagari bintang D bagai bertih digoreng

17. Walaupun berlainan bangsa, Mei Ling dan Khatijah berkawan baik sejak bangku sekolah. A seperti kunyit dengan kapur B seperti aur dengan tebing C seperti cincin dengan permata D seperti isi dengan kuku

Soalan 18 Pilih kata seerti yang paling sesuai bagi kata yang bergaris. 18. Orang kaya itu mengusir pengemis yang meminta sedekah di rumahnya. A menolak B menghalau C mengugut D memukul

Soalan 19 Pilih lawan kata yang sesuai bagi kata yang bergaris. 19. Walaupun berbadan kurus, budak itu kuat makan. A gemuk B besar C lebar D luas

Soalan 20 berdasarkan Gambar 11 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

Gambar 11

20.

A B C D

Bilakah kamu sampai di sini? Bagaimanakah kamu datang ke sini? Mengapakah kamu datang ke sini? Adakah kamu baru sampai?

Soalan 21 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan. 21. Bolehkah kamu memulangkan buku cerita ini kepada Jessica? A B C D Sudah tentu. Memang saya berjanji untuk bertemu dengannya petang ini. Pasti boleh. Lagipun, saya sudah lama mengenalinya. Boleh juga. Pasti ibu dan ayah saya tidak keberatan. Jika boleh, Jessica mahu kamu memulangkan buku itu sendiri.

Soalan 22 hingga Soalan 26 Pilih ayat yang betul. 22. A B C D Oh, panasnya cuaca pada hari ini! Eh, sakitnya kakiku tersepak batu! Wah, tergamak engkau mencuri notaku! Nah, tingginya lelaki dari Scotland itu!

23.

A B C D A B C D A B C D

Lambat amat sekali kura-kura itu berjalan. Tutur kata anak Puan Maimon benar sopan. Paling cantik nian lukisan yang dilukis oleh pelukis terkenal itu. Hasil kraf tangan golongan istimewa itu sungguh unik. Fazli lebih bijak dari abangnya. Sila serahkan surat berdaftar ini ke Johan. Setiap bulan, saya pulang ke kampung untuk menjenguk ibu dan ayah. Kunci bilik itu ada kepada pengawal keselamatan. Sudah satu setengah jam saya menunggu Kamil di perhentian bas. Semua orang pekerja tidak dibenarkan meninggalkan bangunan itu. Nazir menabung separuh daripada gaji bulanannya. Tiap malam, William mengikuti kelas muzik.

24.

25.

26.

A Bilalah nenek akan keluar dari hospital? B Apatah daya kami untuk menentang arahan majikan. C Diakah yang membongkar rahsia itu. D Siapatah yang mengoyakkan buku saya ini.

Soalan 27 dan Soalan 28 Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan. 27. Di tepi sungai itu ada beberapa rumpun pokok buluh. A B C D Terdapat beberapa rumpun pokok buluh di tepi sungai itu. Beberapa rumpun pokok buluh ditanam di tepi sungai itu. Di tepi sungai itu mungkin ada beberapa rumpun pokok buluh. Ada sungai di tepi beberapa rumpun pokok buluh itu.

28. Saya berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh, kata Haiza kepada Jamil. A Jamil menjelaskan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. B Jamil dan Haiza diberitahu bahawa mereka berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. C Jamil dimaklumkan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. D Haiza memberitahu Jamil bahawa dia berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Soalan 29 dan soalan 30 Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul. 29. I II III IV A B C D 30 Rumah saya agak jauh dari sekolah. Barangan yang dijual di pasar raya itu jauh lebih murah daripada yang dijual di pasar raya lain. Pergilah jauh agar tiada sesiapa pun yang akan mengganggumu, kata Khairil kepada rakan baiknya. Setiap hari, dia berjalan kaki jauh lima kilometer.

II sahaja I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II, dan III sahaja I II III IV Adik rimas memakai baju sejuk yang tebal itu. Nora berasa rimas berada dalam bilik yang panas itu. Rimas jelas terbayang pada wajah lelaki yang berkumis itu. Berita yang baru diterimanya itu betul-betul rimas kepalanya.

A B C D

I dan II sahaja III dan IV sahaja II dan III sahaja II, III, dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca iklan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. MENABUNG BERSAMA NIKKIE JAMINAN MASA DEPAN YANG CERAH 2 Mei 13 Mei 2006

Bersempena dengan ulang tahun Bank Nikkie yang ke-10, kami telah menawarkan pelbagai keistimewaan dan hadiah yang menarik sepanjang promosi kami kepada para pelanggan. Kadar dividen yang tinggi Hadiah wang tunai menanti ahli Kelab Nikkie yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM Hadiah-hadiah yang lumayan melalui pelbagai peraduan yang bakal diadakan Sebuah tabung Nikkie yang cantik apabila anda mendepositkan RM200 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-61401697 atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Nikkie hari ini. Anda boleh juga melayari laman web kami di alamat: http://www.banknikkie.com.my/banknikkie 31. Kata dividen dalam iklan bermaksud... A B C D manfaat yang diperoleh. peratus keuntungan yang diagihkan sama rata. simpanan wang di bank. keuntungan yang dibayar kepada penyimpan.

32. Siapakah yang paling layak menerima hadiah wang tunai dari pihak Bank Nikkie? A pelajar yang berusia antara 13 tahun hingga 17 tahun B pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, atau SPM C calon yang akan menduduki tiga peperiksaan utama 9

D graduan dari universiti tempatan 33. Mengapakah pihak Bank Nikkie mengadakan promosi tersebut? A B C D untuk memperkenalkan Bank Nikkie kepada orang ramai untuk meminta orang ramai mengunjungi Bank Nikkie untuk menjual tabung Nikkie untuk meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-10

34. Apakah ganjaran yang diterima oleh mereka yang membuat simpanan sebanyak RM200? A B C D tabung Nikkie yang cantik kadar faedah yang tinggi hadiah wang tunai dibenarkan melayari laman web Bank Nikkie

35. Yang manakah penyataan yang tidak benar? A B C D pihak Bank Nikkie ingin menggalakkan pelajar menabung tiada perkhidmatan internet disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjut peraduan yang diadakan menawarkan hadiah yang menarik promosi tersebut berlangsung selama dua minggu

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur. Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2002. Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam di kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga. Hal ini disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi. Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkidorkid di sini jarang-jarang ditemukan di tempat lain. Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam 10

orkid yang betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul. Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini setiap tahun. Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India, Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini. Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid, pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau di Taman Orkid Antarabangsa Serendah. 36. Kata keistimewaan dalam petikan bermaksud A B C D keunikan kelebihan kebesaran keindahan

37. Penyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid Antarabangsa Serendah, kecuali A B C D pokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga. jenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan. orkid di sini tidak perlu dijaga dengan teliti. orkid yang ditanam di sini tidak kurang daripada 500 jenis.

38. Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam jangka masa empat tahun itu? A B C D 500 orang 25 000 orang 50 000 orang 100 000 orang

39. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Taman Orkid Antarabangsa mendapat perhatian orang ramai? A banyak pelancong dari dalam dan luar negeri yang mengunjungi taman itu B pelancong banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenangan C bilangan pelancong asing yang mengunjungi taman ini melebihi bilangan penduduk setempat 11

D pengunjung sering menaiki menara tinjau 40. Pada pendapat anda, mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah diwujudkan? A B C D untuk memperkenalkan tanaman orkid kepada generasi baru untuk memperindah Bandar Raya Kuala Lumpur untuk mempelbagaikan tanaman yang terdapat di negara kita untuk menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid

Disediakan oleh, Panitia Bahasa Melayu, SK Pusat Bandar Puchong (1)

Disemak oleh, Ketua Panitia Bahasa Melayu, SK Pusat Bandar Puchong (1)

Disahkan oleh, Guru Besar, SK Pusat Bandar Puchong (1)

12

Disediakan oleh, .. ( Hasnizatul Azam B. Zainudin ) Guru Panitia Bahasa Melayu, SK Pusat Bandar Puchong (1)

Disemak oleh, ( Hairi B. Said ) Ketua Panitia Bahasa Melayu, SK Pusat Bandar Puchong (1)

Disahkan oleh, ( )

13

You might also like