You are on page 1of 1

ASSALAMUALAIKUM....DAN SALAM SEJAHTERA Yang berusaha, Tn. Hj Othman Bin Hussain, pengarah IPG KPI, Dr.

Husin Bin Md Yusof, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KPI, barisan para pensyarah dan para pelajar sekalian... Ayah dan ibu... Itu permulaan kami... Dapat melihat bulan dan matahari... Ahai... Ayah dan ibulah mesti dihormati... Hadirin sekalian, siapa ibu-bapa? Siapa itu ibu-bapa pada diri seorang anak? Ibu adalah seorang insan yang berjantina perempuan, yang mengandungkan anaknya selama 9 bulan, menanggung kelemahan demi kelemahan, sakit dan pening ketika proses mengandung. Setelah 9 bulan, tibalah masa untuk melahirkan anak dalam kandungannya itu. Kesakitan melahirkan anak itu adalah kesakitan yang amat sakit yang perlu ditanggung oleh seorang ibu. Ada di luar sana, ibu-ibu yang jika diberi pilihan ketika melahirkan anak itu sama ada untuk menyelamatkan nyawanya atau nyawa anaknya, ada diantara mereka sanggup memilih untuk menggadaikan nyawa mereka demi nyawa anaknya. Lihatlah, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Setelah anak itu lahir, dijaganya dengan rapi, dengan penuh kasih sayang dan diberi segala kemahuannya demi melihat anaknya itu bahagia dan gembira. Seterusnya, bapa pula adalah seorang insan yang berjantina lelaki, suami kepada si ibu. Tugasnya sungguh berat. Mencari rezeki untuk menanggung keluarganya. Bekerja keras tanpa mengira penat lelah, tanpa mengira waktu demi anaknya yang tercinta. Tugas bapa tidak berhenti di situ sahaja. Tugas bapa juga adalah untuk melindungi keluarganya daripada sebarang malapetaka. Bapa juga bertanggungjawab untuk membimbing seluruh anggota keluarganya ke jalan yang benar. Hadirin sekalian, lihatlah, betapa besarnya pengorbanan kedua-dua insan mulia ini kepada anaknya. Setelah anaknya itu besar, sudah ingin mencapai kejayaan, malangnya jasa dan pengorbanan kedua ibu-bapa mereka itu sudah dilupakan. Ya Allah ya tuhanku, saya bermohon agar perkara itu tidak sama sekali berlaku dalam kalangan hadirin yang berada di depan saya ini. Di sini saya ingin berpesan kepada hadirin dan juga berpesan kepada diri saya sendiri agar tidak melupakan jasa pengorbanan ibu-bapa kita. Tugas seorang anak adalah untuk membahagiakan dan menggembirakan hati kedua ibu-bapanya. Peringatan untuk menghormati kedua ibu-bapa ini telah ditegaskan oleh Allah dalam surah Lukman ayat ke 14 yang bermaksud, Dan kami wajibkan
manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Lukman: 14)

Justeru itu, saya sekali lagi ingin berpesan kepada hadirin sekalian agar jangan sesekali melupakan ibu-bapa anda, jangan sesekali meninggikan suara ketika bercakap dengan ibu-bapa anda dan janganlah anda menderhakai ibu-bapa kamu. Kepada hadirin yang ibu-bapanya sudah meninggal dunia, tugas kita sebagai seorang anak tidak berhenti disitu sahaja. Sesuai dengan hadis nabi, apabila mati, terputus amalan anak Adam, kecuali tiga perkara, ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh. Justeru itu, janganlah kita lupakan ibu-bapa kita dalam doa kita. Semoga dengan doa kita dapat membantu ibu-bapa kita di sana. Sekian, terima kasih.

You might also like