You are on page 1of 1

TAMADUN JEPUN YANG BOLEH DIJADIKAN IKTIBAR KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

2011

PENGENALAN Pengertian tamadun berasal dari perkataan bahasa Arab maddana yang bererti membangunkan atau memajukan. Dalam bahasa Inggeris disebut civilization. Perkataan tamadun juga boleh dikatakan berpunca dari perkataan madana yang bererti membina, mendirikan, Bandar,menaikkan taraf ke tahap beradab, menghalus budi pekerti, menimbulkan sifat keinsanan sejati serta menjauhi sifat kebinatangan dan telah mencapai tahap kehalusan budi pekerti serta kebudayaan yang luhur. Tamadun Islam dapat didefinisikan sebagai pencapaian umat islam dalam bidang kerohanian,kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, sains dan teknologi, undang-undang, politik , ekonomi, pendidikan dan sebagainya yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tamadun islam berkembang seiring dengan penurunan wahyu yang berteraskan kepada ajaran Tauhid berpaksikan kepada Aqidah, Syariah dan Akhlak. Setiap Tamadun yang yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinambungan dan kelangsungan sesebuah Tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh Tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara Tamadun Samada di peringkat perkongsian nilai, pemilkiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dlihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatf.Interaksi antara Tamadun Jepun, China dan India telah memberi kesan positif kepada pelbagai perkara seperti penyebaran agama Buddha,teknologi pengeluaran gula daripada tebu,astronomi dan sebagainya. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah Tamadun dengan Tamadun lain. Keterbukaan seperti ini menyebabkan berlakunya percambahan fikiran yang boleh menyebabkan kemorosotan sesebuah Tamadun.

You might also like