You are on page 1of 4

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1.

"Kamu jangan cuba jadi __________, nanti buruk padahnya," kata Asri kepada Jamil. A. batu api B. cakar ayam C. angkat bakul D. ayam tambatan 2. Ibu dan ayah saya tidak pernah __________ terhadap kami adik-beradik. A. pilih kasih B. sampai hati C. makan angin D. campur tangan 3. Kami menerima cadangan itu dengan __________ demi kebaikan bersama. A. tebal telinga B. keras kepala C. ringan tangan D. tangan terbuka 4. Keputusan Doktor Hasbulah untuk pulang ke kampungnya dan membuka sebuah klinik di situ bagai __________. A. ayam dimakan tangau B. sirih pulang ke gagang C. telur di hujung tanduk D. mendukung biawak hidup 5. Puan Aminah __________ setelah suaminya meninggal dunia. A. batu api B. patah kandar C. pekak badak D. masuk akal

6. "Janganlah kamu __________ dengan kejayaan orang lain," pesan Cikgu Hisham kepada anak muridnya. A. berat hati B. ada hati C. iri hati D. isi hati 7. Mak Tom selalu __________ sejak kematian anak tunggalnya itu. A. naik tangan B. pasang telinga C. senyum kambing D. berendam air mata 8. Anak gadis Pak Hamid itu __________. Ramai pemuda yang menaruh hati terhadapnya. A. cantik seperti raja B. cantik seperti merak C. cantik seperti berlian D. cantik seperti bidadari 9. Jika kita banyak membaca, __________ kita akan bertambah kuat dan matang. A. daya fikir B. otak udang C. mulut murai D. muka tembok 10. "Kamu mesti membayar __________ atas kehilangan duit itu," kata Ah Seng kepada Rajan. A. cari jalan B. ganti rugi C. durian runtuh D. langkah kanan

11. Pekerjaannya di restoran itu sebagai _________ ke arah membuka perniagaannya sendiri pada suatu masa nanti. A. batu api B. lepas tangan C. dapat terpijak D. batu loncatan 12. Seseorang yang telah tertipu sekali akan sentiasa beringat pada masa hadapan. A. patah tumbuh hilang berganti B. pisang takkan berbuah dua kali C. alah bisa tegal biasa D. memikul biawak hidup 13. Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh. A. alang-alang mandi biar basah B. hangat-hangat tahi ayam C. alang-alang menyeluk pekasam D. makin murah makin menawar 14. Seseorang yang tidak mempunyai harta benda. A. kain sehelai sepinggang B. sudah jatuh ditimpa tangga C. retak menanti belah D. berkerat rotak berpatah arang 15. Kamu melakukan kebajikan, tetapi orang lain pula yang mendapat nama. A. yang sejengkal tidak boleh menjadi sehasta B. lembu punya susu sapi dapat nama C. memikul biawak hidup D. lain bengkak lain menanah 16. Seseorang itu mendapat kesenangan jika rajin berusaha A. ringan tulang berat perut B. ringan sama dijinjing, berat sama dipikul C. nasi sudah menjadi bubur D. segan bertanya sesat jalan

17. Sesuatu yang hilang akan berganti akhirnya. A. zaman beralih, musim bertukar B. patah tumbuh hilang berganti C. sekali air bah, sekali pantai berubah D. indah khabar daripada rupa 18. Encik Vicky dan Puan Cindy ________ apabila berjalan bersama. A. ada padi semua boleh jadi B. ada udang sebalik batu C. nasi sudah menjadi bubur D. bagai pinang dibelah dua 19. Zaiman akan menyimpan satu perempat daripada gajinya setiap bulan kerana dia berpendapat .. A. lembut gigi daripada lidah B. beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis C. nasi sudah menjadi bubur D. patah tumbuh hilang berganti 20. Ratnam mengambil keputusan tidak mahu aktif dalam kegiatan sukan lagi kerana dia tidak mahu pelajarannya terabai seperti A. yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran B. tua-tua keladi, makin tua makin menjadi C. bagai enau dalam belukar D. sekali jalan kena, dua kali jalan tahu

You might also like