You are on page 1of 7

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

SEMESTER MEI 2013 HBEF2703 KOKURIKULUM (TIA1)

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

ISI KANDUNGAN

NO. 01 02 03 04 05

ISI KANDUNGAN LATAR BELAKANG ADAT RESAM PERKAHWINAN PAKAIAN JUADAH ISTIMEWA KAUM BAJAU AMALAN YANG DILAKUKAN KETIKA MAJLIS PERKAHWINAN

MUKA SURAT 3 3 5 5 6

06 07 08

PANTANG LARANG KESIMPULAN RUJUKAN

6 7 7

LATAR BELAKANG BAJAU adalah terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri abah dan sekitarnya. Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur abah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir. Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul. Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai imur pula menetap di sekitar udat, andakan, Lahad Datu, unak, Semporna dan Tawau.

Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud. ADAT RESAM PERKAHWINAN Merisik Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat melayu. Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon. Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi menemui keluarga gadis.

Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan secocok dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali pertunangan. Meminang Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semua barang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Dalam majlis penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan. Majlis Perkahwinan Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kuling tangan, gong bebandil dan gegendang di tempat kediaman kedua-dua pihak. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenali sebagai runsai. Sebelum Hari Perkahwinan Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada Hari Perkahwinan Pengantin dihias dengan pakaian baru,selalunya berwarna kuning ataupun hijau,ataupun baju serimpak. Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan turun dari tandu ataupun kudanya dijulang diatas bahu anggota rombongan atau didukung masuk kerumah pengantin rumah perempuan.

Setelah Tiba Waktunya Pengantin lelaki akan mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki akan masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan wuduk. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan.Setiap tabir itu akan dibuka selapis demi selapis dan harus membayar wang tebus. Setelah Tirai Dibuka Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi

isterinya,kedua-dua mempelai tersebut disandingkan. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu. PAKAIAN Kain kelubung labuh hasil tenunan tangan. Kain ini mempunyai reka corak yang bersegi-segi dan berkotak-kotak dalam susunan berjalur. Warna dasarnya hitam, menakala coraknya pula bewarna merah. Ia dipakai oleh pengantin perempuan semasa majlis perkahwinan. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar. JUADAH ISTIMEWA KAUM BAJAU Antara makanan tradisional suku kaum Bajau yang dihidangkan ketika perkahwinan ialah kima, sagol atau senagol, putu dan tompek. Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Manakala Sagol/enagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/enagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Putu pula ialah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Akhir sekali, tompek pula ialah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.

AMALAN YANG DILAKUKAN KETIKA MAJLIS PERKAHWINAN Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai dan Runsai. Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum bajau Kota Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak kerumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai,perarakan dihentikan buat sementara.,lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab dan kabul. Tarian Limbai diiringi oleh irama kulin tangan. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan,dua orang pemukul gendang,dua orang pemaian gong dan seorang pemain bebandil. Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang. Selain tarian Limbai, Runsai juga merupakan tarian tradisional suku kaum Bajau di Kota Belud. Runsai selalu di tarikan di majlis perkahwinan pada sebelah malam. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk dua wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan. PANTANG LARANG DALAM MELAKSANAKAN MAJLIS PERKAHWINAN Dalam melakukan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad. Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yang melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik. Pada kebiasaannya mereka akan memilih hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam, kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadi murah. Bagi kaum Bajau mereka lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat monogami daripada poligami. Dalam perkahwinan Bajau, kebanyakan perkahwinan berlaku antara kaum kerabat (saudara-mara) mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya bahawa perkahwinan sesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka. Perkahwinan Bajau tidak pernah melarang perkahwinan dengan orang luar dari kerabat mereka, namun mereka lebih cenderung untuk berkahwin dengan kaum kerabat (yang jauh)
6

sendiri. Pun begitu, mereka tidak boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau muhrim. Jika perkahwinan berlaku dengan muhrim sendiri, maka perkahwinan itu dianggap sumbang dan panas serta akan mendatangkan sial. KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, setiap suku kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Bersama-sama kita memeliharanya agar tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan. RUJUKAN Bajau. www.wikipedia.org diperolehi pada 1 Julai 2013.

You might also like