You are on page 1of 25

SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(A)Alatan fizikal
• Bahagian ini akan membantu pelajar untuk member fokus bagaimana persekitaran
sekolah itu dibentuk
Aktiviti 1
Data Sekolah Kebangsaan Titi Gantong (SKTG)

Bilangan murid keseluruhan : 232


purata murid dalam kelas : 30
Saiz kelas :

30X20

Bilangan bilik darjah : 8

Lelaki Perempuan Bilangan guru :

11 09

Nama Sekolah : Sekolah kebangsaan Titi Gantong,


Sg Limau 09100,
Baling Kedah.

Kedudukan Sekolah: Luar bandar

1
Aktiviti 2
SUASANA BILIK DARJAH
Lukiskan pelan 2 buah bilik darjah yang anda lawati semasa orientasi ini. Bagi setiap
kelas, jawab soalan berikut :
PELAN BILIK DARJAH (A) KELAS 1 CERDIK (PENDIDIKAN ISLAM)

X
Meja PAPAN TULIS PINTU
Guru

SUDUT BACAAN PINTU

ALMARI BAHAN PAPAN KENYATAAN

Petunjuk: X Kerusi

Murid sederhana Murid Cerdas Murid Lemah

2
PENURUAAPELAN BILIK DARJAH (B) KELAS 2 cerdik (PENDIDIKAN ISLAM)

SUDUT
BACAA
PINTU
N
PAPAN KENYATAAN

MEJA
GURU

PINTU

PAPAN TULIS

Petunjuk:

Murid Cerdas Murid Sederhana Murid Lemah X Kerusi

3
(1) Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan di kelas
dan bagaimana ianya digunakan ?
• Sumber asas papan tulis dihadapan kelas.Guru merancang dan bijak
mengunakannya supaya murid dapat membaca dan memahami apa yang tertera di
papan tulis.

• Sumber elektronik seperti radio,LCD digunakan pada permulaan pelajaran dalam


proses kemahiran mendengar dan bertutur.
-Guru memperdengarkan rakaman kepada murid-murid.
-Murid mendengar perkataan dengan baik dan dapat menyebut dan bertutur
perkataan tersebut.
• Sumber bukan elektronik seperti kad imbasan dan kad suku kata.
-Guru mempamerkan kad imbasan serta menyebut perkataan yang tertera pada
kad imbasan tersebut.
-Murid mendegar serta mampu menyebut dengan betul.
-Guru membahagikan kepada empat kumpulan.
-Murid diminta membentuk kad suku kata supaya menjadi perkataan.

Sumber elektronik digunakan disudut pandang dengar di hadapan kelas dan


disimpan di pusat sumber selepas digunakan.

Sumber bukan elektronik digunakan di waktu pembelajaran dan dilekatkan di papan


kenyataan selepas tamat pembelajaran .Supaya murid boleh membuat rujukan
bahan bacaan.

(2) Apakah bahan yang murid boleh gunakan bila mereka memerlukan?
• Bahan-bahan bercetak seperti gambar,kad suku kata, kad perkataan dilekatkan di
papan kenyataan Sebagai bahan pengajaran bilik darjah dipamerkan untuk
dijadikan bahan bacaan tambahan disamping menjadi ransangan murid untuk
menjalankan aktiviti tambahan sama ada dengan tanpa pengawasan guru.

4
• Buku-buku cerita dan majalah kanak-kanak diletakkan di sudut bacaaan sebagai
bahan tambahan kepada buku teks dan menjadi bahan bacaan di waktu lapang.

• Bahan elektronik seperti LCD yang digunakan di bawah kawalan guru di waktu
pengajaran dan pembelajaran.
• Sebagai bahan ransangan untuk aktiviti pembelajaran seterusnya.

(3) Sejauh mana pengerakan murid dibenarkan?


• Murid dapat bergerak bebas dibawah pengawalan guru.
• Murid diberi tugasan, serta adakan permainan yang berkaitan dengan
pembelajaran mereka.

(4) Kenalpasti caramana murid diletakkan dalam kumpulan?


• Terdiri daripada murid-murid pelbagai kebolehan didalam satu kumpulan.
• Tidak dilebelkan murid cerdas,sederhana dan lembab.
• Dibentuk berasakan aktiviti atau tugasan yang diberikan kepada mereka.
• Murid yang agak lemah dan nakal ditempatkan dibarisan hadapan kelas kerana
mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada guru serta proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

(5) Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas?


Kelas Pertama Tahun 1 cerdik
• Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat
bantu mengajar yang sesuai dan teknik yang terbaik bagi menarik minat murid
untuk mengikuti pengajaran didalam kelas.
• Kedudukan murid dalam kumpulan mengikut tahap pencapaian masing-
masing,supaya guru dapat menumpukan perhatian kepada murid yang lemah.
• Keadaan didalam kelas agak kurang terkawal.

5
Kelas Kedua Tahun 2 cerdik
• Kurang mempelbagaikan pengunaan alatan atau bahan bantu mengajar.
• Kedudukan murid didalam kelas tidak mengikut tahap pencapaian dan kebolehan
mereka.
• Kawalan didalam kelas agak baik.

(6) Apakah yang membuatkan ianya berbeza?


Perbezaan ini berlaku disebabkan
• Cara penyampaian guru untuk menarik minat murid.
• Penggunaan bahan bantu mengajar seperti ABM, kad imbasan dan sebagainya
dapat membantu murid-murid dalam memahami dan mengikuti pelajaran yang
diberikan
• Kawalan kelas yang berkesan dari guru memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran .

6
(C)Peraturan dan Disiplin Sekolah
Aktiviti 3
1) Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah.

Perkara 1 : Kehadiran.
1.1 Tiap-tiap pelajar mesti hadir ke sekolah pada hari-hari persekolahan.
1.2 Bagi pelajar-pelajar yang tidak hadir selama TIGA hari berturut-turut tanpa surat
keterangan dari ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah akan menyiasat dan menulis surat
kepada ibu bapa atau penjaga berkenaan.
1.3 Jika seseorang pelajar itu tidak hadir atas sebab-sebab tertentu, ibu bapa atau
penjaganya mestilah menghantar surat-surat doktor kepada guru kelas berkenaan.
1.4 Pelajar-pelajar juga diwajibkan hadir untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum
yang berkenaan.

Perkara 2 : Kedatangan.
2.1 Pelajar tidak dibenarkan datang lewat. Pelajar-pelajar diwajibkan berada di dalam
sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum loceng pertama dibunyikan.
2.2 Pelajar-pelajar yang datang lewat tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan
tindakan disiplin

Perkara 3 : Perhimpunan.
3.1 Semasa perhimpunan sekolah, tiap-tiap pelajar diwajibkan hadir. Pelajar-pelajar
hendaklah beratur mengikut kelas dan berjalan dengan teratur ke tempat perhimpunan. Di
tempat perhimpunan mereka hendaklah duduk berbaris mengikut kelas masing-masing
seperti yang ditetapkan.
3.2 Semua pelajar dikehendaki mengaminkan bacaan doa dan apabila menyanyikan lagu
kebangsaan NEGARA KU,lagu negeri kedah dan lagu sekolah berdiri dengan teratur dan
penuh semangat. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar menghormati lagu
kebangsaan dengan berdiri tegak apabila lagu ini dinyanyikan.
3.3 Semua ucapan dan pengumuman yang dibuat, semua pelajar dikehendaki sentiasa
senyap dan memberikan perhatian.

7
3.4 Setelah perhimpunan selesai pelajar-pelajar mestilah berjalan kembali ke kelas
mengikut baris berpandukan kepada arahan pengawas.

Perkara 4 : Pakaian seragam.


4.1 Setiap pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang telah ditetapkan
semasa berada di sekolah pada setiap masa. Pakaian mestilah bersih dan kemas.
4.2 Pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian yang kemas dan seragam ini dari rumah,
dari awal waktu persekolahan sehingga pulang ke rumah.
4.3 Semasa diadakan pendidikan jasmani pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian
khas yang telah ditetapkan oleh Guru Pendidikan Jasmani.

Perkara 5 : Rambut dan kuku .


5.1 Pelajar-pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek
(bersikat).
5.2 Pelajar lelaki yang melanggar peraturan 5.1 akan dikenakan tindakan disiplin, iaitu
rambut pelajar berkenaan boleh dipotong oleh guru disiplin.
5.3 Pelajar-pelajar perempuan dinasihatkan berambut pendek dan bertudung.
5.4 Pelajar-pelajar dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat
atau sebagainya.

Perkara 6 : Tatatertib & Kesopanan

6.1 Dalam Bilik Darjah


6.1.1 Tidak di benarkan buat bising,merayau tanpa tujuan serta mengganggu rakan-
rakan sekelas semasa ketiadaan guru dan lain-lain pelakuan yang boleh mengganggu
suasana.
6.1.2 Mesti patuh kepada arahan ketua kelas
6.13 Menjaga kebersihan kelas berdasarkan jadual bertugas yang di tetapkan.
6.14 Sentiasa beratur semasa keluar dari kelas untuk ke kelas lain dan waktu rehat
6.15 Meminta kebenaran guru atau ketua darjah untuk keluar masuk kelas semasa
ketiadaan guru.
6.16 Memastikan semua kerusi di angkat ke atas meja sebelum pulang.

8
6.2 Waktu Rehat (kantin)
6.2.1 Berbaris semasa membeli makanan/minuman.
6.2.2 Makan dan minum dengan cermat.
6.2.3 Ikut arahan pengawas yang bertugas.
6.2.4 Jangan berlari-lari dan membuat bising di kantin
6.2.3 Apabila loceng berbunyi menandakan habis waktu rehat, pelajar-pelajar
dikehendaki dengan segera masuk ke kelas masing-masing tanpa membuat bising.

6.3 Dalam Bilik Guru:


6.3.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik guru tanpa arahan atau
kebenaran dari guru.
6.3.2 Mengambil apa-apa barang dalam bilik guru tanpa kebenaran atau arahan guru
adalah satu kesalahan.

6.4 Dalam Bilik Pusat Sumber:


6.4.1 Bilik Perpustakaan adalah tempat bermutalaah. Tiap-tiap pelajar dikehendaki
memelihara dan mematuhi peraturan-peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan
serta mematuhi arahan-arahan Pengawas Pusat Sumber bertugas.

6.5 Dalam Bilik Sains & Bengkel Kemahiran Hidup:


6.5.1 Setiap pelajar mestilah mematuhi peraturan-peraturan di bilik-bilik tersebut,
sebagaimana yang telah ditetapkan.
6.5.2 Para pelajar dikehendaki beratur dengan tertib di luar kelas sebelum bergerak
masuk ke makmal sains atau bengkel selepas diarahkan oleh guru berkenaan. Pelajar-
pelajar tidak dibenarkan membuat bising semasa menuju ke tempat tersebut.

6.6 Persatuan / Kelab dan Unit Berpakaian Seragam:


6.6.1 Para pelajar bertanggungjawab ke atas kejayaan sesuatu persatuan / pertubuhan
yang dianggotainya.
6.6.2 Para pelajar yang terlibat dengan aktiviti Persatuan Kelab / Pasukan Beruniform
mestilah hadir pada waktu yang ditetapkan.

9
6.6.3 Para pelajar yang hadir untuk menyertai sebarang aktiviti Persatuan / Kelab /
Pasukan Seragam sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah mestilah
berpakaian seragam yang lengkap.
6.7 Latihan / Permainan Untuk Rumah / Sekolah:
6.7.1 Para pelajar dikehendaki patuh kepada Persatuan atau arahan guru yang
bertanggungjawab mengenai latihan / permainan rumah atau sukan.
6.7.2 Pelajar-pelajar dilarang berkeliaran di kaki lima bangunan sekolah, para pelajar
hendaklah berada di kawasan padang sahaja.
6.7.3 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah dan membawa
pakaian yang sesuai untuk permainan dan latihan.

2) Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan


tersebut?
Pelajar-pelajar di sekolah ini tidak dibekalkan buku disiplin tetapi hanya pengawas
sekolah sahaja dibekalkan buku disiplin. Ini kerana pelajar-pelajar sering mengabaikan
buku disiplin dan tidak membacanya. Oleh sebab itu, peranan pengawas-pengawas
sekolah amat penting bagi membantu mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Peranan
pengawas sekolah ialah:
i) Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan
setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh pelajar-pelajar sekolah ini.
ii) Pengawas-pengawas perlu menjalankan tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan
berani ketika menjalankan tugas.
3) Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah
• Murid yang di dapati melakukan kesalahan akan di kenakan hukuman setelah di
dapati dengan sengaja melanggar peraturan-peraturan sekolah atau mana-mana
peraturan yang di tetapkan oleh Kementerian Pendidikan atau jabatan pendidikan
negeri kedah.
• Hukuman / Tindakan Tatatertib Yang Dicadangkan:
1.0 – Amaran / Peringatan
KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN

Sebahagian besar daripada komponen guru bergantung kepada kemampuannya


menguruskan bilik darjah. Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada isi ini

10
termasuklah persediaan, merancang, menstruktur pengajaran, pengurusan strategi
pengajaran dan hubungan dengan murid.

a) Pengurusan Bilik Darjah


Pengalaman pembelajaran seseorang murid itu adalah dipengaruhi oleh bagaimana ianya
di perkenalkan kepadanya. Murid akan hilang tumpuan jika sesuatu aktiviti itu dijalankan
pada jadual waktu yang terlalu lama. Mereka memerlukan rangsangan untuk bertahan.
Peranmulaan dan penutup sesuatu pelajaran iaitu adalah fasa-fasa kritikal dalam
perancangan seseorang guru. Pergerakan dari satu aktiviti kepada satu aktiviti yang lain
dan memulakan dan menghabiskan tugasan memerlukan kemahiran seorang guru.

1) Bagaimana murid memberi tumpuan.


Guru (A)
• Tumpuan murid-murid kepada guru berlaku dalam keadaan sehala. Ini kerana
penyusunan bilik darjah tersebut menggunakan pendekatan pemusatan guru.
• Komunikasi sehala ini berlaku di mana pelajar mendengar sahaja penerangan
yang diberikan oleh guru.
• Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang baik.

Guru (B)
• Tumpuan murid-murid kepada guru berlaku dalam keadaan sehala. Ini kerana
penyusunan bilik darjah tersebut menggunakan pendekatan pemusatan guru.
• Komuniksai sehala ini berlaku di mana pelajar mendengar sahaja penerangan
yang diberikan oleh guru.
• Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang baik kerana guru melibatkan
penglibatan semua pelajar .

2) Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan?


GURU (A)

11
• Semua murid terlibat dalam perbincangan.
• Guru melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif, kerana murid-
murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan memahami
sesuatu perkara dengan lebih cepat .
• Murid yang aktif kemungkinan amat meminati subjek yang diajar atau menyenangi
cara guru mengajar. Dengan ini mereka aktif bertanya pelbagai soalan dan guru ini
juga sentiasa mengajukan soalan kepada murid-murid tersebut supaya menjawab.

GURU (B)

• Semua murid terlibat dalam perbincangan.


• Guru melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif, kerana murid-
murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan
memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat lagi.
• Murid-murid lebih prihatin, aktif dan memberi tindakbalas yang baik dalam
aktiviti perbincangan kerana guru mengunakan bahan ABM.

3) Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran?

GURU (A)
• Guru ini melakukan pengajaran melalui penerangan, tunjuk cara dan amali. Ia
juga melibatkan pengetahuan dan kemahiran guru.
• Guru ini memberi latihan dan kerja rumah kepada murid-murid supaya dapat
disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
• Apabila guru memberi tekanan kepada sesuatu perkara, nada suaranya turut
berubah turun/ naik. Sekiranya guru ini tidak mengunakan kaedah ini,
kemungkinan murid sukar untuk membezakan antara perkara yang penting atau
tidak penting.

12
GURU(B)
• Guru memulakan pelajaran dengan memberitahu pelajar tentang objektif yang
akan dicapai. Fakta-fakta penting dijelaskan dengan contoh yang tepat.
• Guru ini memberi latihan dan kerja rumah kepada murid-murid supaya dapat
disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
• Apabila guru meberi tekanan kepada sesuatu perkara, nada suaranya turut
berubah. Sekiranya guru ini tidak mengunakan kaedah ini, kemungkinan murid
sukar untuk membezakan antara perkara yang penting atau tidak penting.

4) Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan

GURU (A)
• Ya. Guru ini dapat memberikan arahan dengan baik melalui pertuturan yang
jelas dan tepat. Buktinya, sekiranya murid-murid tidak dapat memahami
pengajaran tersebut mereka akan meminta guru tersebut mengulanginya.

• Sewaktu berkomunikasi di dalam kelas, guru ini memastikan sebutan yang


digunakan mengikut bahasa melayu baku yang boleh diterima oleh semua
murid.
• Guru ini menekankan konsep kejelasan suaranya ketika mengajar di dalam
kelas. Oleh itu suara guru perlulah cukup kuat supaya didengar oleh semua
murid. Sekiranya murid-murid dibahagian belakang tidak dapat mendengar
suara guru dengan jelas sudah tentu mereka juga sukar memberi perhatian apa
yang diajar oleh guru . Akhirya masalah disiplin pula akan timbul seperti
membuat bising didalam kelas dan sebagainya.

GURU (B)

13
• Ya. Guru ini menggunakan sebutan yang baik dan suara yang lantang.
Buktinya, keseluruhan murid dapat mendengar dengan baik dan guru akan
menyoal sama ada murid faham atau tidak.
• Sewaktu berkomunikasi di dalam kelas, guru ini memastikan sebutan yang
digunakan mengikut bahasa melayu baku yang boleh diterima oleh semua
murid.
• Guru ini menekankan konsep kejelasan suaranya ketika mengajar di dalam
kelas. Oleh itu suara guru perlulah cukup kuat supaya didengar oleh semua
murid. Sekiranya murid-murid dibahagian belakang tidak dapat mendengar
suara guru dengan jelas sudah tentu mereka juga sukar memberi perhatian
pada apa yang diajar. Akhirnya masalah disiplin lain pula timbul seperti
kebisingan dan sebagainya.

5) Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan


efektif?

GURU (A)
• Guru ini memberikan arahan dengan tepat dan jelas kepada murid-murid
supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan efektif melalui cara
pengajaran secara verbal (lisan).
• Guru ini melihat cara murid melakukan tugasan yang diberi supaya murid-murid
tidak tersilap melakukan tugasan.
• Sekiranya terdapat kesilapan dalam melakukan tugasan murid-murid ini ditegur
secara baik dan diminta oleh guru supaya dapat memperbaiki kembali.

14
GURU (B)
• Guru ini memberikan arahan dengan tepat dan jelas kepada murid-murid
supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan efektif melalui cara
persembahan bahan (surat khabar).
• Guru ini melihat cara murid melakukan tugasan yang diberi supaya murid-murid
tidak tersilap melakukan tugasan.
• Sekiranya terdapat kesilapan dalam melakukan tugasan murid-murid ini ditegur
secara baik dan diminta oleh guru supaya dapat memperbaiki kembali.

6) Bagaimanakah guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan semasa murid


telah siap tugasan?

GURU (A)
• Guru ini dapat mengelola dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan disiplin
bilik darjah terutamanya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran diadakan.
• Di awal proses pengajaran dan pembelajaran guru ini telah memperingatkan murid-
murid supaya menghantar tugasan yang lepas di akhir waktunya.
• Perancangan penyampaian pengajaran yang teliti, daya kreatif dan gaya
pengajaran guru akan membantu mengawal disiplin kelas.

GURU(B)

• Guru ini tegas apabila memberi tugasan kepada murid. Murid-murid yang tidak
dapat menyiapkan tugasan yang lepas diarahkan supaya menyatakan sebab kerja
tersebut tidak dapat disiapkan. Guru tersebut memberi amaran yang tegas kepada
murid-murid yang tidak mempunyai alasan yang kukuh dan berharap mereka tidak
mengulangi perbuatan tersebut.
• Guru ini memberi penegasan bahawa beliau tidak akan menyemak tugasan murid-
murid sekiranya jumlah buku latihan yang dihantar tidak mencukupi.
• Perancangan penyampaian pengajaran yang teliti, daya kreatif dan gaya
pengajaran guru akan membantu mengawal disiplin kelas

15
7) Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang
lain?

GURU (A)

• Guru ini memberi arahan dengan baik dan bertindak segera untuk
menguruskan murid dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain.
• Guru ini menyedarkan murid-murid apabila guru ingin berubah dari satu tajuk
ke tajuk yang lain ataupun daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain.
• Langkah ini perlu kerana murid-murid perlu mengadakan persediaan mental
sebelum menerima maklumat baru. Kemungkinan juga murid-murid yang terlalu
menumpukan perhatian kepada latihan yang diberikan “terlepas” penerangan
guru melibatkan timbul kekeliruan apabila menyedari perkara yang
dibincangkan pada masa itu tidak releven dengan apa yang dipelajarinya
sebelumnya.

GURU (B)
• Guru ini memberi arahan dengan baik dan bertindak segera untuk
menguruskan murid dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain.
• Guru ini menyedarkan murid-murid apabila guru ingin berubah dari satu tajuk
ke tajuk yang lain ataupun daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain.
• Langkah ini perlu kerana murid-murid perlu mengadakan persediaan mental
sebelum menerima maklimat baru. Kemungkinan juga murid-murid yang terlalu
menumpukan perhatian kepada latihan yang diberikan “terlepas” penerangan
guru melibatkan timbul kekeliruan apabila menyedari perkara yang
dibincangkan pada masa itu tidak releven dengan apa yang dipelajarinya
sebelumnya.

16
8) Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang
diberi?

GURU (A)
• Guru ini memberi peringatan kepada murid-murid supaya mereka dapat
menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan.
• Dalam hal ini murid-murid akan mendisiplinkan dirinya menyiapkan tugasan
atau kerja yang diberikan dengan mengabaikan kerja-kerja lain. Misalnya,
murid-murid tidak bersedia menonton rancangan televisyen kegemaranya selagi
tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.
• Walaubagaimanapun, tahap kepatuhan bergantung kepada taraf kematangan
murid-murid dan jenis tugasan yang diberikan. Tugasan yang menarik dengan
tempoh yang sesuai dan sesuai pula dengan taraf kematangan dan umur murid
menjadikan disiplin arahan kerja terlaksana.

GURU (B)
• Guru ini memberi peringatan dengan tegas kepada murid-murid supaya mereka
dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan.
• Dalam hal ini murid-murid akan mendisiplinkan dirinya menyiapkan tugasan
atau kerja yang diberikan dengan mengabaikan kerja-kerja lain. Misalnya,
murid-murid tidak bersedia menonton rancangan televisyen kegemaranya selagi
tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.
• Walaubagaimanapun, tahap kepatuhan bergantung kepada taraf kematangan
murid-murid dan jenis tugasan yang diberikan. Tugasan yang menarik dengan
tempoh yang sesuai dan sesuai pula dengan taraf kematangan umur murid.

17
9) Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya?
GURU (A)
• Guru membuka sesi persoalan kepada murid-murid tentang pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan.
• Sebelum guru ini menamatkan pengajarannya, beliau membuka sesi persoalan
kepada murid-murid untuk memastikan kefahaman murid.
• Guru mengingatkan pelajar apa yang perlu dibawa pada minggu hadapan dalam
proses pengajaran dan pembelajarannya.

GURU (B)

• Guru membuka sesi persoalan kepada murid-murid tentang pengajaran dan


pembelajaran yang dijalankan
• Guru mengingatkan pelajar dengan tegas supaya dapat menyiapkan kerja rumah
yang dibuat pada hari tersebut.
• Guru memberi motivasi dan nasihat kepada murid-murid di akhir waktu pengajaran
dan pembelajarannya.

B. Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran

Guru mempunyai kemahiran yang pelbagai. Ada yang jelas, seperti menulis dengan
kemas dan jelas di papan tulis. Guru yang berkemahiran akan membuatkan sesuatu yang
susah itu kelihatan mudah. Oleh yang demikian, adalah wajar seseorang bakal guru itu
memiliki kemahiran ini memerlukan banyak latihan.

18
Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar.
1) Penggunaan soalan
GURU (A)
• Teknik soal jawab secara lisan.
• Soalan-soalan yang diberi berdasarkan topik yang lepas.
• Penggunaan tatabahasa, tanda soal. Contoh: "APAKAH……?."

GURU (B)
• Di awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru melakukan kemahiran penyoalan
yang membantu pelajar mengingatkan kembali ilmu pengetahuan yang lepas.
• Kemahiran penyoalan yang digunakan dapat mengcungkil fikiran pelajar untuk
membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.
• Perkataan dan istilah soalan yang digunakan diajukan dengan lebih mudah difahami
oleh murid-murid. Bentuk soalan yang diberikan adalah ringkas, padat dan jelas.

2) Memberi penerangan

GURU (A)
• Penerangan yang jelas tentang topik yang dipelajari.
• Penerangan yang dibuat disertakan dengan contoh dan cerita supaya dapat menarik
perhatian murid.

GURU (B)
• Guru memberi penerangan yang baik kepada murid-murid tentang isi pelajaran
dengan menggunakan contoh dan ABM.
• Guru menerangkan dan membaca isi pelajaran dengan menunjukkan buku teks.

19
• Guru menerangkan topik tersebut berdasarkan pengetahuan murid-murid terhadap
pelajaran yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan
bermakna.
• Selepas aktiviti penerangan guru menggalakan murid-murid bertanya mana-mana
perkara yang mereka kurang faham.

3) Pengerakan penyampaian dalam pengajaran

GURU (A)
• Guru membuat latihan praktikal bersama murid.
• Guru banyak melakukan pergerakan dalam kelas dari hadapan ke belakang semasa
menyampaikan supaya dapat memberi keterangan yang jelas kepada pelajar.
GURU(B)
• Guru melakukan perubahan pergerakan langkah di dalam kelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cara bergerak ke kiri dan ke kanan
serta ke hadapan dan ke belakang.
• Guru juga melakukan pergerakan anggota seperti menggerakan tangan dan kepala
dan ianya dapat menarik minat murid-murid.

4) Pengunaan alatan
GURU (A)
• Tiada penggunaan ABM.

GURU (B)
• Guru mengajar murid-murid dengan menggunakan ABM dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya penyampaian pengajaran lebih mudah, tepat, cepat serta
menarik .

5) Respons kepada kerja murid

GURU (A)

20
• Guru menitik beratkan kerja-kerja murid dan sentiasa memberi respons yang baik
dengan member pujian kepada murid yang membuat tugasan dengan baik.

GURU (B)
• Guru amat tegas dalam aspek tugasan atau kerja rumah yang di berikan kepada para
murid.
• Guru akan memastikan semua buku latihan di hantar oleh para murid sebelum
menyemak lebaran kerja yang telah di berikan.

6) Pengunaan suara dan “eye contact”

GURU (A)
• Penggunaan suara guru amat jelas dan akan mengulangi setiap yang diperkatakan.
• Penggunaan “eye contac”t guru sangat baik kerana ia tidak melihat kepada segelintir
pelajar sahaja tetapi kepada keseluruhan pelajar.

GURU (B)
• Pertuturan suara guru amat jelas dan tepat. Guru ini menggunakan suara yang
lantang.
• Pandangannya tertumpu pada satu tempat sahaja dan mengambil masa untuk
mengalihkan pandangan ke tempat lain.

7) Pengerakan badan

GURU (A)

• Guru banyak menggunakan pergerakan tangan kerana ia bersesuaian dengan topik


yang diajar.
• Guru sentiasa bergerak melihat dan memantau keadaan murid.

21
GURU (B)
• Guru melakukan banyak pergerakan anggota badannya yang melibatkan tangan dan
kepala supaya dapat menarik minat dan kecenderungan murid-murid untuk mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran.

AKTIVITI 6
Hasilkan daripada pemerhatian anda, terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan
kelemahan, persamaan dan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan
apa yang anda dapat pelajari daripadanya.
KEKUATAN
 Guru mempunyai daya kemahiran dan kecekapan mengajar yang tinggi
 Guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan
alat bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan untuk meningkatkan
minat murid mengikut mata pelajaran.
 Menghargai dan memuji murid-murid yang berkelakuan baik ataupun menunjukkan
prestasi dan pencapaian baik dalam aktiviti pembelajaran.
 Guru mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dan melayan soalan dan idea
murid dengan sikap terbuka

22
 Guru mengingati setiap nama murid dalam kelas,mereka sedar bahawa guru
benar-benar mengenali mereka masing-masing dan memberi perhatian dengan
baik.
 Mengunakan strategi pemusatan murid dan bahan-bahan semasa menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
 Guru bersifat penyayang dan sering tunjuk air muka yang manis demi merapatkan
hubungan guru dengan murid.
 Guru mengajar murid berdasarkan kebolehan mereka khasnya dalam aktiviti
kumpulan dan individu.

KELEMAHAN
1) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik akan menjadikan murid –
murid merasa bosan dan mula membuat bising ,dan seterusnya menimbulkan
masalah displin yang mengganggu komunikasi guru dengan murid dalam bilik darjah.
*Cara mengatasi:
 Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik menggunakan
strategi pemusatan murid dan bahan pelajaran untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

2) Guru tidak mahir mengunakan alat dan bahan pengajaran dengan baik .Mereka
mungkin tahu memilih alat dan bahan bantu yang sesuai dengan pelajaran tetapi
mereka tiada kepakaran dalam menghasilkan bahan atau mengolah alat disebabkan
kurang pengetahuan atau pendedahan tentangnya.
* Cara mengatasi
 Guru perlu ada pendedahan tentang cara mengunakannya dan membuat
persediaan awal sebelum mengajar agar pengurusan masa berjalan dengan baik
mengikut apa yang dirancang.

3) Kadang-kadang guru menggunakan nada suara yang membosankan semasa


proses pengajaran dan pembelajaran
* Cara mengatasi:

23
 Untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan guru harus menggunakan nada
bervariasi rangsangan demi menarik perhatian murid untuk mendengar.

4) Guru yang jarang merancang pelajarannya secara sistematik atau tidak Mengikut
rancangan pelajaran yang disediakan dan mengajar sesuka hati akan menjadikan
murid-murid tidak dapat memahaminya atau menimbulkan kekeliruan kerana
pelajaran yang disampaikan secara tidak sistematik.
* Cara mengatasinya :
 Guru perlu merancang dan membuat persediaan mengajar lebih awal dan
melaksanakan rancangan pelajaran mengikut sukatan yang diberikan secara
sistematik ,menarik dan bermakna.

KELAINAN
1) Penggunaan sumber eletronik sebagai bahan bantu mengajar untuk
menyampaikan makna dan konsep dengan lebih jelas lagi disamping
merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaran.
2) Memasukkan unsur nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan diiringi muzik.
3) Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku diluar bilik darjah sekitar sekolah.
3. Kemudahan Fizikal Dan Peralatan
Buat lawatan di sekolah dan perhatikan apakah kemudahan dan alatan yang disediakan
bagi kegunaan guru dan murid yang boleh menyumbang kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Berikan cadangan bagaimana ianya boleh digunakan semaksimanya.
Apakah kemudahan dan alatan yang anda rasa perlu ada di sekolah itu tetapi belum
diwujudkan. Buat nota ringkas

Bil. Bentuk kemudahan / Ada/ tiada Cadangan


alatan
1. Makmal Teknologi Ada  Memperbaiki komputer dan
Maklumat dan Komputer talian internet yang rosak
(ICT) sekian lama.
 Semua pelajar perlu diberi
peluang untuk

24
menggunakannya.

2. Pusat Sumber Ada  Menambah buku-buku


keagamaan.

3. Bilik Bimbingan dan Ada  Membimbing pelajar-


Kaunseling pelajar yang bermasalah

4. Dewan Besar Tiada  Dewan ini perlu di bina


untuk kemudahan
menjalankan aktiviti
sekolah.
5. Surau Ada  Supaya dapat
mengubahsuai surau
tersebut supaya kelihatan
lebih ceria

6. Bilik Kemahiran Hidup Ada  Supaya dapat


mengubahsuai bilik
tersebut secepat mungkin
untuk kemudahan murid-
murid mengikuti proses
pembelajaran dan
pengajaran dengan baik.
 Meningkatkan. tahap
kemasan dan susunan
barang dalam bilik.

7. Makmal Sains Ada  Mengaktifkan daya fungsi


bilik sains sekolah

25

You might also like