You are on page 1of 8

MUHAMAD IZZUDDIN BIN KUSMAN PISMP SEM 1, 2010 RBT 3

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia, dasar PTV telah dibentuk untuk memantapkan sistem PTV. Ianya menjurus ke arah melahirkan golongan pelajar yang berorientasikan pengetahuan sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga manusia negara.

PTV juga berperanan membangunkan diri individu menjadi seseorang warga yang berkualiti, berakhlak dan bertanggungjawab.

Dalam bersaing, PTV harus terus memajukan sistem pendidikannya. 3 elemen yang mempengaruhi kedudukan kompetatif dan menyumbang kepada perkembangan PTV diambil kira.

Elemen-elemen tersebut ialah: a) Keupayaan PTV b) Kepentingan PTV c) Faktor yang menyumbang kepada pembangunan PTV

Membuka peluang belajar kepada yang berminat, layak dan memberi manfaat kepada dirinya sendiri. Memberi peluang individu melanjutkan pengajian dalam pendidikan yang sama. Berhubungkait dengan keadaan sebenar semasa dalam pekerjaan dan kehidupan bekerja.

Memberi individu keperluan bekerja yang memuaskan.

Menyediakan individu tentang potensi diri dalam membuat keputusan, melanjutkan pelajaran dan mengambil bahagian dalam sesuatu acara. Menyediakan individu dengan asas pekerjaan dan latihan yang berkesan.

Menyumbang kepada kesamaan peluang dalam kalangan sistem pendidikan.

Menyediakan infrastruktur dan bekalan tenaga manusia yang mahir dalam sains dan teknikal. Membolehkan manusia memahami perubahan teknologi yang mana sains dan teknologi adalah ciri yang utama. Memperluas pilihan pelajar untuk mendapatkan pendidikan. Membantu mengurangkan pengangguran. Menyumbang kepada pembangunan masyarakat moden yang kompleks.

Perubahan dalam kerja. Perubahan dalam kaedah, teknik dan proses. Perubahan mesin dan alatan. Pendidikan sepanjang hayat. Perubahan dasar pemerintah.

You might also like