You are on page 1of 31

PERJUANGAN INSAN PENDIDIK TOKOH-TOKOH PENDIDIK BARAT DAN TIMUR

DISEDIAKAN OLEH : MOHAMAD SAFUAN BIN CHE OTHMAN MOHAMAD NASRUN BIN MOHD ZAKI

TOKOH-TOKOH PENDIDIK BARAT

JOHN DEWEY (1859 1952)

LATAR BELAKANG
- dilahirkan pada tahun 1859 di Burlington, Vermont - minat dalam bidang falsafah dipupuk sejak beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda. - pengkhususan beliau di peringkat sarjana di Universiti John Hopkins adalah dalam bidang falsafah. - pernah bertugas di Universiti Minnesota selama 10 tahun

- pada tahun 1894, beliau bertukar ke Universiti Chicago, bertugas sebagai ketua Jabatan Falsafah, Psikologi dan Pedagogi.

- dua tahun kemudian, menubuhkan Sekolah Makmal Universiti, atau lebih dikenali sebagai Sekolah Dewey

- beliau berpindah ke Kolej Guru Columbian setelah meletakkan jawatan di Sekolah Dewey kerana beberapa kontroversi timbul di sekolah tersebut
- pernah dijemput ke negara Jepun, Cina, Turki, Mexico, Afrika Selatan dan Russia di mana beliau menjalankan kajian untuk menghasilkan laporan pendidikan - bersara wajib pada tahun 1930 - kekal dengan jawatan Professor Emeritus sehingga tahun 1939 - meninggal dunia di New York pada tahun 1952

SUMBANGAN

- Dalam bukunya yang bertajuk Democracy and Education, beliau telah menggariskan pandangan beliau mengenai pendidikan. Beberapa butir penting yang dipetik daripada buku tersebut adalah seperti yang berikut :

-secara keseluruhan, pendidikan boleh dianggap sebagai satu proses yang mewujudkan keadaan kondusif dan selesa agar dapat memudahkan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran fizikal dan moral mereka - pendidikan tidak seharusnya tamat apabila individu meninggalkan bangku sekolah; ia seelok-eloknya berlaku sepanjang hayat seseorang demi perkembangan berterusan

- setiap individu mempunya potensi yang unik tanpa mengambil kira ciri-ciri fizikal atau psikologi masing-masing . Justeru, matlamat pendidikan ialah untuk membantu setiap individu mencapai potensi mereka demi kepentingan masyarakat.

MARIA MONTESSORI (1870-1952)

LATAR BELAKANG
- dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada tahun 1870 - tamat pengajian dalam bidang perubatan pada tahun 1896 - digelar sebagai doktor perempuan yang pertama di Itali - mula tertarik dengan cara kanak-kanak belajar ketika menjalankan tugas klinikal harian kanak-kanak - pada tahun 1901, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan falsafah - tiga tahun kemudian, dilantik sebagai professor antropologi di Universiti Rom

- pada tahun 1906, meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya ke atas 60 orang kanak-kanak di daerah San Lorenzo, Rome. - pernah dicalonkan untuk anugerah Nobel Peace Prize sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1949, 1950, dan 1951.

- meninggal dunia pada tahun 1952 di Holland


- perjuangan beliau masih diteruskan lagi sehinggan kini melalui Association Montessori Internationale (AMI) di Amsterdam, Netherlands.

SUMBANGAN
-Kaedah Montessori. Mula diperkenalkan di Casa dei Bambini, atau Rumah Kanakkanak. Kaedah ini berpegang kepada dua prinsip, iaitu :
Kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang untuk

berinteraksi dengan persekitaran di mana mereka berada, serta dengan bahanbahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-kanak digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa. Kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri mereka sendiri. Kedua-dua prinsip di atas telah mengilhamkan usaha Montessor I dari segi reformasi pendidikan, metodologi, psikologi, pengajaran dan latihan perguruan. -Pameran bilik darjah (digelar glass house) di Pameran Antarabangsa PanamaPasifik di San Francisso pada tahun 1915

- Pusat Latihan Montessori di Laran, Netherlands (1938) - Siri kursus latihan perguruan di India (1939) - Pusat Montessori di London (1947)

JEAN PIAGET (1896-1980)

LATAR BELAKANG
-Dilahirkan pada tahun 1896 -Dibesarkan di Lake Neuchatel di Switzerland - seorang kanak-kanak yang cerdas dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi berhubung dengan alam semulajadi - ketika berusia 10 tahun, telah mahir membuat pemerhatian yang begitu rapi mengenai alam sekeliling, sehinggakan soalan-soalan yang sering dikemukakan hanya boleh dijawab dengan membuat rujukan di pusat sumber - pengkhususan di peringkat kedoktoran adalah dalam bidang zoologi - meninggal dunia pada tahun 1980

SUMBANGAN
-Pada tahun 70an dan 80an, pemikiran Piaget menjadi sumber inspirasi bagi reformasi pendidikan negara Eropah dan Amerika yang lebih cenderung kepada pendekatan berpusatkan kanak-kanak. - pemikirian Piaget mengenai pendidikan ialah Piaget berpendapat bahawa pendidikan bermakna menghasilkan pencipta dan perekabentuk dan bukan mereka yang hanya akur dan menjadi pengikut sahaja

- Piaget juga percaya bahawa kanak-kanak bukan hanya bekas kosong untuk diisikan dengan ilmu, sebaliknya kanak-kanak ialah pembina ilmu yang aktif, serta ahli sains muda yang sering mencipta dan menguji teori-teori dalam dunia mereka.

CARL ROGERS (1902-1987)

LATAR BELAKANG
-Dilahirkan pada tahun 1902 di Oak Park, Illinois, Chicago - menceburi diri dalam bidang pertanian di Universiti Wisconsin-Madison, diikuti dengan sejarah dan seterusnya, agama. - dua tahun kemudian, melanjutkan pelajaran di Kolej Guru, Universiti Columbia - memperoleh Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1928 dan Doktor Falsafah pada tahun 1931 - melibatkan diri dengan kajian-kajian berkaitan dengan kanak-kanak di Persatuan Mencegah Keganasan Terhadap Kanak-Kanak, Rochester, New York.

- meninggal dunia pada tahun 1987

SUMBANGAN
-Menghasilkan buku pertama berjudul The Clinical Treatment of the Problem Child (1939) - buku kedua berjudul Caunseling and Psychotherapy : Newer Concepts in Practice - mendirikan pusat kaunseling di Universiti Chicago (1945) - menerbitkan hasil karya utama beliau berjudul Client-Centered Therapy pada tahun 1951. - 1915 1980, mengendalikan beberapa bengkel bersama anak perempuan beliau, Natalie Rogers

ALBERT BANDURA (1925 KINI )

LATAR BELAKANG
-Dilahirkan pada tahun 1952 di Mundare, Kanada - menerima Anugerah Bolocan dalam bidang psikologi daripada Universiti Columbia - memperoleh Sarjana Sastera pada tahun 1951 dan Doktor Falsafah pada tahun berikut daripada Universiti Iowa. - 1953, mula bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Stanford sehingga kini - 1974, Bandura telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Psikologi Amerika

SUMBANGAN
-Menghasilkan beberapa buah buku, antaranya ialah Adolescent Aggression (1959), Social Learning and Personality Development (1963), Aggression: A Social Learning Analysis (1973) - 1977, menghasilkan buku berjudul Social Learning Theory, mempunyai pengaruh yang kuat sehingga berjaya mengubah hala tuju psikologi masa kini yang agak berbeza berbanding dengan tahun 80-an - 1986, menerbitkan buku berjudul Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory - buku keenam diterbitkan pada tahun 1997 berjudul Self Efficacy: The Exercise of Control. Dalam buku ini, beliau mengutarakan teori efikasi kendiri serta aplikasinya dalam bidang pendidikan

TOKOH-TOKOH PENDIDIK TIMUR

HAMKA (1908 1981)

LATAR BELAKANG
-Dilahirkan pada tahun 1908 di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat. - dikenali dengan gelaran Buya, nama panggilan orang Minangkabau yang membawa maksud seorang yang dihormati

- pendidikan awal di Sekolah Dasar Maninjau sehingga Kelas Dua


- ketika berusia 10 tahun, meneruskan pelajaran dalam bidang agama dan bahasa Arab di Sumatera Thawalib, Padang Panjang. - mula berkhidmat sebagai guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan pada tahun 1927 dan di Padang Panjang pada tahun 1929 - menjawat jawatan sebagai Dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga 1858

-beliau juga pernah menjadi Rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta

- meninggal dunia pada tahun 1981 di Jakarta

SUMBANGAN
-Beliau berminat mengkaji karya-karya ulamak dan tokoh-tokoh utama dari Timur Tengah

-Sifat beliau yang tekun membaca dan bertukar-tukar buah fikiran menjadikan beliau seorang pemidato yang disegani ramai
- beliau merupakan seorang wartawan, penulis, penyunting dan penerbit -Antara hasil karya beliau : - Karya ilmiah Islam seperti Tafsir al-Azhar sebanyak 5 jilid - karya kreatif seperti novel dan cerpen. Beberapa novel beliau seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijcj, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli telah dijadikan buku teks sastera di negara ini dan Singapura

LAO TZE

LATAR BELAKANG
-Beliau dikatakan lahir pada tahun 570 SM di Luoyang, ibu negeri lama Negara Cina - beliau telah dilantik sebagai Penyimpan Arkib Imperial oleh Raja Zhou di Luoyang - meninggalkan Luoyang ketika keadaan tidak aman dengan menaiki seekor lembu menuju ke barat - sesampainya beliau ke Han Gu Pass, beliau telah ditahan oleh pengawal yang mengawal keselamatan tempat itu - apabila pengawal menyedari bahawa beliau tidak akan kembali ke negara Cina, pengawal tersebut meminta beliau untuk berkongsi kebijaksanaan beliau - dilaporkan bahawa dengan serta merta Lao Tze turun dari lembunya dan menulis sebuah esei yang panjangnya lebih daripada 5000 patah perkataan

- Dengan itu, wujudnya hasil karya beliau yang terkenal iaitu Tao Te Ching -Sebaik sahaja selesai penulisan tersebut, beliau meneruskan perjalanan dan tidak ditemui lagi di negara China - beliau dilaporkan meninggal dunia pada 490SM

SUMBANGAN
-Membuat kesimpulan bahawa dunia ini terdiri daripada langit, bumi, manusia dan prinsip-prinsip yang dipanggil dao - segalanya di dunia dikawal oleh peraturan-peraturan semula jadi, dengan itu, wujudnya konsep kaya dan miskin, hidup dan mati, cantik dan hodoh dan sebagainya - Tao Te Ching ajaran Lao Tze yang merangkumi bidang yang amat luas, iaitu dari aspek kerohanian individu serta dinamika interpersonal sehingga teknik-teknik politik. Di samping itu, ia menegaskan apa yang mereka lakukan

TERIMA KASIH

You might also like