You are on page 1of 1

SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT

Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan. Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Contoh ayat; a. Subjek Predikat b. Subjek Predikat Petani itu membajak sawahnya setiap hari. : Petani itu : membajak sawahnya setiap hari Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya. : Samsul : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

c. Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar. Subjek Predikat : Anak Pak Hashim yang tampan itu : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.

d. Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok. Subjek Predikat : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul : terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok

Pembahagian atau pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan. Dalam ayat (a) di atas, unsur itu membajak, misalnya tidak boleh digabungkan untuk menjadi binaan sebab bentuk itu dan membajak termasuk ke dalam kelompok unsur berasingan. Oleh itu, ayat (a) tidak mungkin boleh dipenggal dengan memisahkan petani sahaja sebagai frasa subjek, dan itu membajak sawahnya setiap hari sebagai frasa predikat. (Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka)

You might also like