You are on page 1of 4

Latihan Kefahaman 1

Sotong kurita tergolong dalam kumpulan haiwan yang disebut molukas. Haiwan ini tinggal di dalam kawasan yang beriklim panas. Tubuhnya yang lembut tanpa bertulang itu diseliputi dengan lapisan liat yang disebut mantel. Sotong kurita mempunyai lapan lengan atau tentakel dan ini digunakannya untuk menangkap makanan. Rahangnya yang keras dan berbentuk seperti paruh digunakan untuk memecahkan cangkerang mangsa, menarik isinya keluar dan memotong makanan tersebut. Sotong kurita betina bertelur beribu-ribu biji di tempat khas di celah-celah batu. Ibu kurita menjaga telurnya sehingga menetas dan membersihkannya dengan memancutkan air. Selama dua bulan, ibu kurita akan menjaga telur-telurnya dan tidak akan berganjak dari situ walaupun untuk mencari makanan. Sotong kurita menggunakan tentakelnya untuk berpaut pada batu atau memegang mangsanya. Sotong kurita akan membelit mangsanya dengan kuat dan kemudian menyuntik bisa dari mulutnya ke dalam tubuh mangsanya. Kemudian mangsanya itu akan dipotong-potong dengan paruhnya. Sotong kurita mempunyai tiga jantung yang mengepam darah ke seluruh bahagian tubuhnya. Kurita dapat berubah warna supaya sama dengan sekitarannya. Perubahan warna ini membolehkan kurita bersembunyi di celah-celah batu atau memeranjatkan musuhnya. Haiwan ini juga melindungi diri dengan memancutkan cecair hitam ke arah penyerangnya. 17 Sotong kurita menggunakan __________________ untuk mendapatkan makanannya.

(1) lapan lengan atau tentakel (2) badan yang lembut dan tidak bertulang (3) lapisan liat yang dikenali sebagai mantel (4) rahang yang keras dan berbentuk seperti paruh

18 Ibu sotong kurita memastikan telurnya tidak diganggu dengan _______________.

(1) bertelur di situ selama dua bulan (2) tidak berganjak dari situ walau untuk mencari makanan (3) membersihkan telurnya dengan memancutkan dengan air (4) bertelur di tempat yang bersembunyi seperti di celah-celah batu

19 Makna membelit dalam petikan bermaksud _______________.

(1) melilit (2) menjerat (3) memegang (4) menangkap

20 Perkataan yang berlawan dengan perkataan mengepam ialah _____________.

(1) menyalur (2) menyedut (3) menghirup (4) menghantar

21 Satu perkataan yang terdapat dalam teks dan bermaksud cucuk menggunakan jarum ialah _______________.

(1) berpaut (2) berganjak (3) menyuntik (4) memancutkan Latihan Kefahaman 2

Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang mengikutinya. Klik bulatan di sebelah jawapan pilihan kamu. Setelah selesai, klik butang semak. Memanglah tepat pemilihan kepala singa sebagai lambang negara. Binatang yang dikatakan telah ditemui Sang Nila Utama itu mempunyai ciri-ciri ketangkasan dan berani menempuh cabaran. Pemilihan kepala haiwan yang dianggap raja rimba ini bersesuaian dengan unsur sejarah. Lembaga Penggalak Pelancongan Singapura pula telah menjadikan Merlion sebagai lambangnya. Merlion mempunyai kepala seekor singa dan berekorkan ikan duyung. Lambang ini telah ditempatkan di beberapa tempat seperti Muara Sungai Singapura dan Pulau Sentosa. Sebuah taman telah dibina agar menjadi daya tarikan kepada pelancong. Di taman itu, ada terdapat sebuah patung raksasa yang berukuran 8 meter tinggi seolah-olah mengawal muara sungai Singapura. Merlion itu juga boleh memuntahkan air sejauh 10 meter dari tebing taman itu ke muara sungai. Hampir setahun lalu, muntahan air dari mulut Merlion itu telah dimatikan. Langkah ini diambil sebagai suatu langkah berjaga-jaga. Kerja-kerja menambak tanah di kawasan yang berdekatan dikhuatiri akan memendakkan kawasan perairan dan ini akan membuat alat mengepam air mudah tersumbat dan rosak. Kini, kerja-kerja baik pulih telah pun berakhir. Kerja baik pulih itu telah memakan belanja sebanyak $300,000. Sebuah alat mengepam air yang mengguna tenaga 25 kuasa kuda yang baru telah dipasang. Sebuah alat automatik yang menjaga masa pengepam telah dipasang juga. Dengan ini, Merlion dapat memuntahkan air pada tepat pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Sebuah lagi patung digelar "anak Merlion" telah dicantikkan juga. Warna putih yang berkilau-kilau juga telah dapat dipulihkan. Di samping kerja-kerja baik pulih lain seperti kawasan lantai dan juga pagarpagar besi. Taman Merlion ini pasti akan menjadi sebuah kawasan yang menarik untuk dilawati orang tempatan mahupun para pelancong. 1 Lambang Lembaga Penggalak Pelancongan Singapura ini berbentuk seekor binatang yang ___________________________.

(1)berkepalakan haiwan yang dianggap raja rimba (2)berkepalakan singa dan berekorkan ikan duyung (3)telah ditempatkan di beberapa tempat di Singapura

(4)menarik untuk dilawati oleh orang tempatan dan juga para pelancong

2 Di taman itu terdapat ___________________________.

(1)sebuah patung raksasa (2)muara sungai Singapura (3)kerja-kerja menambak tanah (4)daya tarikan kepada pelancong

3 Makna ketangkasan dalam petikan bermaksud ___________________________.

(1)ketulusan (2)kepandaian (3)kepantasan (4)ketangkapan

4 Perkataan yang berlawanan dengan perkataan dibina ialah ___________________________.

(1)dirosak (2)dilumat (3)dihancur (4)diruntuh

5 Satu perkataan yang terdapat dalam teks dan bermaksud kekuatan yang membolehkan menggerakkan sesuatu ialah ___________________________.

(1)unsur (2)tenaga (3)lambang (4)pengepam

Perjalanan hidup manusia boleh dianggap seperti aliran sungai, bermula dari mata air membawa ke muara. Setiap bayi akan menjadi kanak-kanak, menjadi remaja, dewasa dan akhirnya tua. Apabila seseorang itu telah tua dan dalam keadaan uzur, dia dianggap tidak berguna lagi. Bagi anak-anak, terutama yang terlampau sibuk dengan urusan kerja, mereka tidak sanggup menjaga ibu bapa yang telah berumur. Adakalanya mereka menghantar ibu bapa mereka terutama yang telah nyanyuk ke rumah orang-orang tua. Di Malaysia, menjelang tahun 2020, peratusan penduduk tua dianggarkan akan meningkat menjadi 1.4% berbanding dengan 5.70% pada tahun 1980. Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa faktor, seperti taraf pemakanan yang lebih baik dan kemudahan perubatan yang lebih meluas. Jangkaan peningkatan bilangan orang tua menjelang tahun mendatang, akan mengakibatkan rumah kebajikan bagi orang-orang tua tidak dapat menampung pertambahan ini. Pada tahun 2020, dianggarkan 600 000 penduduk akan mencapai usia 65 tahun. Keadaan ini akan

meninggalkan seribu satu persoalan pada mereka dan negara. Masalah ini bertambah runcing dengan sikap golongan muda yang lebih mementingkan diri sendiri dan kebendaan. Sekiranya langkah-langkah segera tidak diambil, dikhuatiri kehidupan orang tua akan terabai. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya, dengan mengisytiharkan 1 Oktober mulai tahun 1992 sebagai Hari Warga Tua, untuk mengingati sumbangan serta kewujudan mereka dalam masyarakat. 1.Mengapakan anak-anak menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan A. B. C. D. 2. A. B. C. D. kerana kekurangan masa untuk melayani orang tua mereka kerana orang tua mereka boleh buat kerja kebajikan kerana orang tua mereka sentiasa dalam kesunyian kerana orang tua mereka memerlukan perkhidmatan rawatan Mengapakan jumlah manusia yang berumur 65 tahun semakin meningkat? Bilangan ahli setiap keluarga semakin banyak. Perkhidmatan kesihatan semakin menyeluruh. Penjagaan mereka sangat rapi. Pengeluaran makanan bertambah.

3. Bagaimanakah kerajaan mengiktiraf golongan tua? A. B. C. D. dengan mendirikan lebih banyak rumah kebajikan dengan membuat kajian tentang kedudukan mereka dengan mengadakan hari yang khusus bagi mereka dengan menyeru semua pihak menyayangi mereka

4. Apakah masalah genarasi muda sekarang? A. B. C. D. sangat mengutamakan amalan pemakanan sangat mengutamakan rumah kebajikan sangat mementingkan kasih sayang sangat mementingkan kerjaya

5. Apakah tajuk yang sesuai dengan rencana di atas? A. B. C. D. Pertambahan Warga Tua Permasalahan Warga Tua Sikap Generasi Muda Kini Kehidupan Generasi Muda

You might also like