You are on page 1of 2

SOALAN TUTORIAL (EDU3106)

KUMP. SEMUA Sediakan family tree peribadi dan kaitkan dengan sejarah penghijrahan nenek moyang. Bincang tentang faktor-faktor penghijrahan yang berkaitan. (1 jam) KUMP 1: Bincang dalam kumpulan kecil tentang pantang larang pelbagai kaum di Malaysia. Bentang hasil perbincangan. (1 jam) KUMP 2: Banding beza dengan menggunakan borang pengurusan grafik (PG) tentang implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat. (1 jam) KUMP 3: Dalam bentuk forum kecil, buat perbincangan tentang faktor-faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina pada peringkat pengajian tinggi dan implikasinya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara. (1 jam) KUMP 4: Bincang dalam kumpulan kecil berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan serta kesan Program Kelas Intervensi Awal (KIA 2M). (1 jam) KUMP 5: Buat satu lakaran pelan lantai dan bincang tentang persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, terutamanya dari aspek fizikal dan sosio-emosi. (1 jam) KUMP 1: Guru pelatih menyediakan peta minda tentang kriteria-kriteria untuk pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

(1 jam) KUMP 2: Guru pelatih merancang dan menyediakan RPH untuk pedagogi kelas bercantum. (1 jam) KUMP 3: Setiap kumpulan mempersembahkan simulasi yang bertemakan adat dan adab makan salah satu etnik. Bincangkan keunikan pelbagai adat yang patut dihormati dan dihargai.

(1 jam) KUMP 4: Video klip yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi guru ditayangkan, guru pelatih berbincang dan memberi pendapat mereka. (1 jam) KUMP 5: Video klip yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi guru ditayangkan, guru pelatih berbincang dan memberi pendapat mereka. (1 jam) KUMP 6: Perbincangan tentang proses merancang dan menyediakan pelan tindakan yang mesra budaya. Fokus perbincangan ialah kumpulan sasaran, objektif, tempoh masa dan langkah-langkah tindakan. (1 jam)

You might also like