You are on page 1of 6

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Ujian Akhir Kursus PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (SEKOLAH RENDAH) Semester 3

HUBUNGAN ETNIK

NO. KOD PUSAT

: WAJ 3106 :

TARIKH: MASA :

APRIL 2010 1 JAM 30 MINIT

ANGKA GILIRAN:

ARAHAN KEPADA CALON. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A : 3 soalan struktur Bahagian B : 2 soalan esei 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, dan satu soalan dalam Bahagian B 3. Jawab soalan: Bahagian A pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan. Bahagian B pada kertas jawapan yang disediakan. 4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dan diserahkan di akhir peperiksaan. Kertas jawapan yang tidak diserahkan apabila peperiksaan tamat tidak akan diperiksa oleh pemeriksa. 5. Masa tambahan 10 minit diberi untuk membaca soalan sebelum menjawab kertas soalan ini. UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA BAHAGIAN A (30 markah) B (20 markah) 1a 1b NO. SOALAN /MARKAH 2a 2b 3a 3b JUMLAH

4 JUMLAH KESELURUHAN

KERTAS INI MENGANDUNGI 6 HALAMAN BERCETAK DAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

No. Kod :

WAJ 3106

Angka Giliran :________________________ BAHAGIAN A (30 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini 1a) Bagi sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang pelbagai etnik, perpaduan merupakan satu konsep terpenting dalam elemen kestabilan politik a) Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan ciri-ciri utama bagi sesebuah masyarakat (i) Berkelompok iaitu kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tersendiri.

(ii) Mengalami perubahan iaitu berupaya mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia [ 2 markah ] b) Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Rumuskan 2 ciri penting bagi sesuatu budaya (i) Diwarisi iaitu budaya terus berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. (ii) Berubah-ubah iaitu budaya dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar. [ 2 markah ] c) Kenalpasti apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatukanpadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. [ 1 markah ]

SULIT

No. Kod : 1b)

WAJ 3106

Angka Giliran :________________________

Kenalpasti 5 usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum (i) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di Negara ini. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu Penubuhan Sekolah Wawasan sebagai pendekatan alternative untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk meningkatkan semangat patriotsme dan memupuk perpaduan kaum. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) untuk menggalakkan hubungan yang baik antara kaum di sekolah. [ 5 markah ]

(ii) (iii) (iv) (v)

2a)

Demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang dipilih oleh kebanyakan negara di dunia selepas Perang Dunia Kedua. Nyatakan ciri-ciri demokrasi (i) (ii) (iii) (iv) (v) Kerajaan atau pemerintah di pilih oleh rakyat Sistem beraja diamalkan mengikut perlembagaan. Rakyat bebas memilih perwakilan dan boleh bersuara Boleh mengamalkan budaya dan agama masing-masing Kabinet berfungsi sebagai badan penggubal dasar Negara. [ 5 markah ]

2b)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 antaranya mengandungi unsur tradisional sebagai kontrak sosial yang dipersetujui bersama antara etnik Melayu, China dan India. Kenalpasti unsur tradisional tersebut. (i) (ii) (iii) Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi namun bahsa lain juga dilindungi. Agama Persekutuan iaitu Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Kedudukan istimewa orang Melayu meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dll.

SULIT

No. Kod : (iv) (v)

WAJ 3106

Angka Giliran :________________________

Kedudukan istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pelbagai bidang kehidupan di Malaysia. Pemerintahan Beraja iaitu raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri. [ 5 markah ]

3a

Nyatakan 5 asas hubungan etnik dalam konteks agama (i) (ii) (iii) (iv) (v) Berkenal-kenalan iaitu mewujudkan hubungan mesra dan saling mengenali antara satu sama lain. Persefahaman iaitu saling memahami antara satu sama lain terutama dalam masyrakat majmuk. Bekerjasama iaitu mewujudkan hubungan social yang memantapkan kehidupan bermasyarakat Persaudaraan iaitu pertalian yang rapat atas dasar beriman dan bertaqwa (Islam Hadhari) Berkasih sayang iaitu satu sifat kemanusiaan yang patut disemai dan dibajai dalam sanubari setiap anggota masyarakat [ 5 markah ]

3b

Hubungan Etnik: Peranan Kerajaan dan Masyarakat A. Huraikan 2 peranan masyarakat bagi memastikan matlamat Rukun Tetangga tercapai (i) (ii) Mengukuhkan semangat kejiranan seprti amalan kunjung mengunjung, bersukan, rekreasi dan kebajikan. Mewujudkan kursus kepimpinan, ceramah keagamaan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat [ 2 markah ]

B. Rumuskan 3 peranan kerajaan dalam bidang pendidikan dalam konteks hubungan etnik (i) Menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke university yang menggunakan satu bahasa perantaran (Bahasa Malaysia). 4 SULIT

No. Kod : (ii) (ii)

WAJ 3106

Angka Giliran :________________________

Pendidikan dan aktiviti ko kurikulum yang menerapkan sikap dan nilainilai yang mendokong kepada pencapaian perpaduan Negara. Pendidikan Sepanjang Hayat iaitu program pendidikan yang dijalankan oleh oleh pelbagai agensi dan pihak luar untuk memupuk perpaduan nasional. Penyertaan semua kaum dalam acara sukan, kebudayaan, social, khemah kerja dan sebagainya [ 3 markah ]

(iii)

SULIT

No. Kod :

WAJ 3106 BAHAGIAN B (20 markah) Jawab satu soalan dalam bahagian ini

4. Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia bertujuan untuk menyelesaikan masalah sosioekonomi dan projek pembangunan. Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan serta cinta kepada negara dan mengeratkan perpaduan nasional. Huraikan dengan jelas sejauh manakah kenyataan tersebut benar dengan sokongan bukti-bukti yang sahih [ 20 markah ]

5 Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak British menyebabkan pembangunan tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar, dan selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi antara kelompok etnik. Berdasarkan kenyataan di atas, cerakinkan kesan-kesan yang akan timbul sekiranya tindakan-tindakan mengatasi jurang ekonomi ini tidak diatasi oleh kerajaan. [ 20 markah ]

You might also like