You are on page 1of 12

PENDIDIKAN ISLAM KPLI IBADAT

(4 jam)

KONSEP IBADAT, IBADAT KHUSUS DAN IBADAT UMUM

KONSEP IBADAT
Maksud ayat 56 surah Al-Zariat: Dan aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah aku (beribadat) Pengertian ibadat. Ialah mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan amalan yang diperintah dan meninggalkan yang ditegah oleh Allah dalam semua aspek kehidupan.

Jenis Ibadat
1. 2.

Ibadat Khusus Ibadat Umum

1. Ibadat Khusus
A. Ibadat Wajib: Iaitu ibadat yang wajib ditunaikan kerana ia menjadi rukun Islam dan jika ditinggalkan adalah berdosa. Ibadat-ibadat itu ialah mengucap dua kalimah syahadah, solat fardhu, puasa ramadhan, zakat dan menunaikan haji serta meninggalkan larangan.

Sambung
B. Ibadat Sunat: Ibadat yang digalakkan untuk dilakukan yang boleh mendapat pahala yang berkali ganda seperti solat sunat, puasa sunat, sedekah dan sebagainya.

2. Ibadat Umum
Ialah ibadat yang harus dilakukan secara pilihan yang mempunyai hubungan dengan Allah.

Contoh-contoh Ibadat Umum:


a. Bekerja untuk mendapat pendapatan Yang halal seperti bertani, berniaga, Bertukang,makan gaji dan sebagainya b. Makan makanan yang halal dimakan c. Memakai pakaian yang diharuskan oleh Syarak. d. Mengadakan hubungan dengan orang lain.

Sambungan
e. Mendapat ilmu dan kemahiran untuk kebahagiaan di dunia dan diredhai Allah.

Hukum-hukum Ibadat. 1. Ibadat Wajib. Wajib ditunaikan, berdosa ditinggalkan dan wajib pula qadha

2.

Ibadat Sunat

Sunat ditunaikan, mendapat pahala berkali ganda, tidak berdosa jika ditinggalkandan tidak pula dikenakan qadha
3. Ibadat Harus

Boleh ditunaikan mengikut pilihan.

Mengapa Manusia Beribadat ?


a.

Sebagai Fitrah manusia yang hidup bergantung kepaqda Allah.

b.

Sebagai membalas nikmat Allah.


Sebagai menjalani perintah Allah.

c.

Sambungan Supaya manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Supaya manusia insaf bahawa dirinya adalah hamba Allah.

d.

e.

You might also like