You are on page 1of 11

1.

MATLAMAT PROGRAM BIG Projek ini bertujuan untuk memberi pengalaman kepada guru-guru pelatih dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat khususnya institusi sekolah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjalinkan silaturrahim antara guru pelatih dengan masyarakat sekolah serta masyarakat luar melalui aktiviti gotong-royong, ceramah motivasi di sekolah, membersihkan kawasan sungai serta memberikan sumbangan di perkampungan orang asli di situ. Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan etika keguruan serta daya ketahanan diri yang tinggi yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

2.0

OBJEKTIF Antara objektif program khidmat masyarakat ini ialah: 2.1 Melatih guru-guru pelatih untuk mengurus sesuatu aktiviti di luar kampus yang memerlukan interaksi dengan orang luar. 2.2 2.3 Mendedahkan guru pelatih kepada persekitaran sekolah luar bandar. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 2.4 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. 2.5 Mendekatkan diri guru pelatih dengan masyarakat khususnya komuniti sekolah.

3.0

JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN BINA INSAN GURU 3.1 Pensyarah Penasihat : Pn.Shamsiah Md Nasir dan Pn. Hjh Nor Rashidah bt. Hj Ahmad 3.2 Pengerusi : Muhammad Helmy Azmye b. Jamaluddin 3.3 Setiausaha : Nurul Huda Bt. Khairuzzaman 3.4 Bendahari : Azreyzan b. Bahaman 3.5 Unit Keselamatan : Muhammad Adib Mustafa b. Abdul Hadi, Muhamad Faiz Bin Khir dan Kenny Lucin 3.6 Unit Makanan : Mohd Arif b. Razali, Amirul Ar-Rasyidin Bin Jamaluddin dan Ummu Athirah bt. Lokman 3.7 Unit Pengangkutan : Mohd Adizan Shah b. Abd. Khanis dan Paulus Anak Uleh 3.8 Unit Peralatan : Azreen b. Adenan, Hasrul Hafiz b. Hamzah Hadi, Nor Azam Bin Md Isa dan Felix Laipat 3.9 Unit Perhubungan : Muhammad Syafiq b. Norazami dan 3.10 Unit Dokumentasi : Mohamad Haizar b. Suror, Nur Atiqah bt. Awang dan Ariff Azmir Bin Azizan 3.11 Unit Aktiviti : Eva May Gemina, Mohd Rezaq Fariz b. Mohd Khairulanur dan Siti Cahaya Binti Matsait

4.0

LAPORAN AKTIVITI Pada 4 Ogos 2010 jam 7.00 pagi, seramai 29 orang pelajar terdiri daripada

pelajar 2 PISMP RBT 1 dan 2 telah berkumpul di wakaf berhampiran pondok pengawal bagi mendengar sedikit taklimat daripada pengerusi program tentang perjalanan program pada hari tersebut. Selepas mendengar taklimat, para peserta membaca doa bagi meberkati lagi program kami pada hari tersebut. Bacaan doa telah diketuai oleh saya sendiri (Mohd Arif Bin Razali). Pada hari berkenaan juga saya yang telah di lantik sebagai AJK makanan telah bersiap sedia mengambil makan yang telah di tempah untuk program berkenaan. Saya dan juga beberapa rakan AJK yang lain telah mengagihkan makan kepada guru-guru pelatih yang lain apabila masa yang telah di tetapkan oleh pengerusi program. Pada pagi itu sebelum bertolak kami telah menyediakan sedikit sarapan pagi kepada guru pelatih sebelum bas sampai. Sebelum bertolak, terdapat sedikit masalah dengan pengangkutan kami pada pagi tersebut. Bas yang sepatutnya tiba pada pukul 7.15 pagi belum tiba lagi sehinggalah pukul 9.00 pagi. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pengerusi program Mohammad Helmy Azmey Bin Jamaludin telah mengarahkan saudara Paulus Anak Uleh untuk bertanyakan tentang pengangkutan kami di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Akhirnya bas yang ditunggu-tunggu telah tiba walaupun terlalu lewat. Walaupun kami telah lewat untuk bertolak, namun kami tabahkan juga hati kami agar semangat untuk menjalankan program ini tidak luntur. Sebelum sampai saudara pengerusi telah menghubungi pihak sekolah bagi menberitahu tentang masalah

yang kami hadapi, ini supaya tiada salah faham yang berlaku kelak. Kami tiba di Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat lebih kurang pada pukul 10.30 pagi. Setibanya kami di sana, kami disambut dengan baik sekali oleh pihak sekolah walaupun terlewat daripada jadual asal. Pihak sekolah telah menyediakan sedikit sarapan untuk menjamu kami. Kami agak terkejut kerana kami tidak menyangka bahawa pihak sekolah telah menyediakan sarapan untuk kami. Selepas bersarapan, pengerusi bagi program ini telah menbahagikan kumpulan kepada setiap pelajar. Terdapat lima kumpulan kesemuanya yang terdiri daripada lapan orang pelajar setiap satu kumpulan. Kumpulan 1, 2,3 dan 4 membuat mural di kawasan sekolah manakala kumpulan 5 membuat satu sesi motivasi kepada murid-murid darjah lima.

Kumpulan 1 diberikan tugasan membuat mural di bangunan A yang diketuai oleh Pn. Siti Aisyah Talib dan Ustaz Yusly Afdzal Mat Jusoh. Kumpulan 2 diberikan tugasan membuat mural di bangunan B iaitu di hadapan bilik guru yang diketuai oleh Pn Safiah bt Abd Majid. Kumpulan 3 diberikan tugasan untuk membuat mural di makmal sains yang diketuai oleh Pn Zarizam bt Harun. Kumpulan 4 diberikan tugasan melukis mural di bangunan C berhampiran surau yang diketuai oleh Pn. Zaidah bt Che Kob. Manakala sesi motivasi dikendalikan oleh kumpulan 5 yang diketuai oleh Pn Hjh Hasmah bt Kasmuri. Saya sendiri telah di letakkan di dalam kumpulan 3 dimana kami di kehendaki melukis mural di depan bilik sains. Lukisan mural di setiap bangunan kebanyakannya telah dilukis oleh guru di sekolah ini sebelum kami tiba di sini. Kami hanya perlu menambah sedikit lukisan dan mewarnakannya. Lukisan di bahagian bangunan A merupakan yang terbesar antara keempat-empat lukisan yang telah dibahagikan kepada keempat-empat kumpulan. Kesemua pelajar telah memberikan komitmen yang penuh dalam menjayakan program ini. Saya dapat lihat terdapat satu semangat kerjasama dan semangat saling bantu-membantu dalam menyiapkan kesemua mural ini. Pada pukul 1.00 tengah hari, kami telah berhenti untuk berehat sebentar menikmati juadah yang telah disediakan oleh pihak sekolah serta solat zohor. Juadah makan tengah hari pada hari tersebut sangat enak dan beraneka jenis. Kami tidak menyangka bahawa pihak sekolah amat bermurah hati menyediakan juadah makan tengah hari kepada kami. Kami berasa sedikit malu kerana kami merasakan bahawa apa yang kami sumbangkan pada pihak sekolah tidak memadai dengan layanan baik daripada pihak sekolah. Selesai makan, kami menunaikan solat zohor di surau secara berjemaah. Selepas itu, kami berehat seketika sebelum menyambung semula tugas kami. Walaupun cuaca pada hari itu sangat panas, kami menyambung aktiviti mewarna dengan penuh sabar dan tekun. Proses mewarna kesemua lukisan telah hampir siap kecuali di bahagian tepi bangunan A. Lukisan yang rumit menyukarkan lagi usaha kami untuk mewarna kerana terdapat corak yang rumit di samping lukisan yang tinggi. Walau bagaimanapun, dengan tekad dan azam untuk menyiapkannya, kami akhirnya dapat menyelesaikan lukisan tersebut dengan cantik. Lukisan-lukisan

di lokasi yang lain juga telah siap lebih awal dan sedang menjalankan proses mengemas. Selepas kesemua proses mewarna telah siap, kami semua secara bergotongroyong mengemas dan membersihkan kawasan yang terlibat. Kami membasuh berus, membuang surat khabar yang telah digunakan dan mencuci lantai yang terkena cat semasa mewarna lukisan mural. Saya memantau kesemua tempat yang terlibat bagi memastikan segala peralatan dan sampah telah dikemas dengan baik. Sejurus selepas itu, acara penutup telah dijalankan di Anjung Musyawarah Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat. Ucapan telah dimulakan oleh wakil daripada pihak sekolah. Dalam ucapan beliau, beliau telah berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana kami sudi menghulurkan sedikit sumbangan yang bermakna kepada sekolah ini. Selepas itu, saudara pengerusi program telah memberikan ucapan terima kasih kerana pihak sekolah sudi menerima kunjungan kami dan secara tidak langsung membantu kami menjalankan program BIG fasa 2 kami ini. beliau menjemput pensyarah pengiring untuk menyampaikan sedikit cenderamata daripada kami kepada pihak sekolah. Beliau juga, sebagai wakil kepada kesemua peserta program menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah. Acara penutup tersebut melabuhkan tirainya pada pukul 4.00 petang. Selepas penat seharian menjayakan program di Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat, kami mengunjungi salah sebuah kilang kerepek yang terkenal di Banting untuk dijadikan buah tangan pulang ke kampus. Selepas selesai membeli, kami bertolak balik dengan wajah yang lesu tetapi membawa seribu makna dan pengalaman yang sangat berharga. Pengalaman-pengalaman ini dapat membantu kami semasa berkhidmat di sekolah kelak dengan membuat aktiviti mural di sekitar kawasan sekolah.

5.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN ANALISIS SWOT

Kawasan Sekolah a) Kekuatan Keadaan sekolah adalah amat memuaskan dan selesa untuk menjalankan program BIG fasa 2 ini. Kemudahan asas yang terdapat di sekolah ini seperti surau, kantin dan tandas memudahkan peserta semasa program berjalan. Jarak perjalanan daripada kampus ke tempat program juga tidak terlalu jauh. b) Kelemahan Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diatasi oleh pihak pengurusan seperti kawasan menjalankan sesi motivasi yang agak sempit untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Disamping itu tiada guru yang memantau sepanjang sesi motivasi itu berlangsung. c) Peluang Memberi peluang kepada peserta untuk merasai aktiviti khidmat masyarakat yang jarang dilakukan. Program ini mengajar peserta untuk menhulurkan sedikit bantuan kepada masyarakat sekeliling dan mengajar semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

d) Cadangan Penambahbaikan Beberapa langkah yang dapat diambil bagi mengatasi permasalahan diatas antaranya ialah menyediakan tempat yang lebih luas untuk menjalankan sesi motivasi dan guru yang bertanggungjawab untuk menyelia sesi motivasi mengambil peranan terhadap tanggungjawab beliau.

Peralatan melukis dan mewarna a) Kekuatan Pihak sekolah telah menyediakan perlatan melukis dan mewarna yang mencukupi untuk para peserta menjalankan aktiviti mural. Segala peralatan seperti pelaka, berus dan bekas warna membantu para peserta menyiapkan kesemua lukisan yang telah disediakan. Segala peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah telah mencukupkan peralatan kurang yang telah diperuntukkan oleh pihak institut. b) Kelemahan Peralatan yang diberikan oleh pihak institut sama sekali tidak mencukupi untuk para peserta menyiapkan lukisan mural. Segala peralatan yang dipohon dalam kertas kerja juga tidak diperolehi mengikut bilangan yang telah dipohon. c) Cadangan Penambahbaikan Pihak institut seharusnya memberikan segala peralatan yang diberikan mengikut bilangan yang dipohon kerana bilangan yang dipohon bersesuaian dengan bilangan peserta dan bilangan lukisan mural. Pengangkutan a) Kekuatan Keadaan bas yang selesa memberikan kepuasan kepada setiap peserta untuk mengharungi perjalanan yang jauh. Bas yang disediakan juga berkeadaan baik dan tidak mempunyai masalah dari segi ruang dalam bas yang uzur. b) Kelemahan Terdapat kelemahan yang sangat ketara dengan pengurusan waktu syarikat bas berkenaan. Bas tiba lewat daripada waktu yang dijanjikan dan menyukarkan perjalanan program berjalan dengan lancar. Pemandu bas yang sedikit kurang ajar dan hanya mementingkan diri.

c) Ancaman Pengurusan waktu syarikat bas yang lewat menjadikan perjalanan program ini tidak mengikut perancangan asal dan segala aktiviti perlu dibuat dengan pantas. Kelewatan waktu mungkin menimbulkan salah faham antara pihak penganjur program dengan pihak sekolah. d) Cadangan Penambahbaikan Langkah untuk menyelesaikan masalah di atas ini adalah dengan tidak menggunakan lagi perkhidmatan syarikat ini kerana syarikat ini telah menunjukkan yang ia tidak dapat memenuhi waktu perjalanan yang dikehendaki oleh pelanggannya.

6.0

REFLEKSI KENDIRI

Progaram Bina Insan Guru kali ini iaitu khidmat masyarakat telah di adakan di Sekolah kebangsaan Kancung Darat. Program kali ini yang bertarikh 4 Ogos 2010 telah menbawa banyak makna kepada saya dan juga rakan-rakan guru pelatih yang lain. Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa up to date dengan mengamalakan adab -adab yang terpelihara. Saya sebagai seorang guru pada masa hadapan dapt mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya Program BIna Insan Guru ini. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih tidahk terhingga kepada Pn.Shamsiah Md Nasir yang banyak membimbing saya sebagai pelajar di IPG Kampus Pendidikan Teknik ini. Tanpa tutor sehebat beliau siapalah saya dimana beliau yang menjadi tonggak utama penyuntik semangat kepada saya dan rakan sekelas.Setiap aktiviti dalam Program Khidmat Masyarakat yang telah di jalankan Sekolah Kebangsaan Kancung Darat telah menyedarkan saya sebagai seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas sebenar sebagai seorang guru kelas pertama yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dalam kelas sahaja. Kesedaran kepada saya perlu terbit dalam diri di samping tanggungjawab yang amat pentig perlu ada dalam diri saya sebagai seorang pendidik yang akan mendidik pelajar saya menjadi seorang insan yang Berjaya dalam kehidupannya.

Sepanjang Program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri pelatih yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain menyiapkan dan mewarnakan lukisan mural di sekolah tersebut. Persiapan sebelum program

berlansung juga dilakukan bersama-sama sehinggalah berakhirnya program itu.. Dan saya rasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi pendidikan di masa hadapan Saya yan telah ditugaskan sebagai AJK makanan telah menimba sedikit ilmu dan pengalam dalam menjalankan aktiviti yang sedemikian. Dengan adanya program seperti ini, kami telah di banyak di jar untuk berdikari supaya dapat melatih kami pada masa hadapan nanti. Saya berharap pada masa hadapan nanti segala pengalam dan ilmu yang telah di pelajari dapat igunakan sepenuhnya di sekolah yang saya bakal tempuhi nanti.

You might also like